Khamis, 28 Jun 2012

kimi-'A'! itu M U D A H Insya Allah ...A! Buktikan!


Adakah anda TAKUTkan subjek kimi-'A'! itu M U D A H? Adakah anda TIDAK SUKA subjek  kimi-'A'! itu M U D A H ? Adakah jantung anda seringkali berdegup kencang apabila tibanya waktu  kimi-'A'! itu M U D A H  di sekolah? Adakah keputusan  kimi-'A'! itu M U D A H  anda kurang memuaskan? Adakah anda merasai guru  kimi-'A'! itu M U D A H  anda garang dan menakutkan? Adakah anda merasai bosan apabila mempelajari  kimi-'A'! itu M U D A H ? 
Adakah anda rasa  kimi-'A'! itu M U D A H  bukan satu subek yang penting untuk dipelajari? Anda mungkin menghadapi masalah dalam mempelajari  kimi-'A'! itu M U D A H . kita akan membincangkan tentang pemikiran positif dalam mempelajari  kimi-'A'! itu M U D A H . 
Setiap pelajar pasti inginkan kejayaan dalam bidang akademik. Perasaan bahagia, puas hati, berbangga pasti hadir dalam diri anda apabila anda menempa kejayaan dalam apa bidang sekalipun. Tidak mustahil untuk anda berjaya dalam subjek  kimi-'A'! . Apkah langkah pertama bagi mencapai kejayaan ini? Mestilah anda harus membuang sikap dan tanggapan negatif tehadap  kimi-'A'!  dan menggantikannya dengan yang postif.
Pertama sekali anda harus tahu bahawa anda tidak boleh lari daripada mempelajari  kimi-'A'!  selagi anda berada di bangku sekolah. Oleh itu, adalah lebih mudah jika anda menghadapi subjek ini dengan penuh ketabahan, kesabaran dan keberanian. Minat yang telah lama anda kuburkan harus dihidupkan semula bagi memudahkan anda mempelajari subjek yang dikatakan sukar ini. Bersama-samalah kita berusaha mencungkil minat untuk mempelajari  kimi-'A'! . Terdapat beberapa langkah boleh anda ambil untuk jadi berminat untuk mempelajari  kimi-'A'! , iaitu:
1. Hiasi ayat-ayat perangsang dalam jiwa anda dan juga di sekeliling anda.
Ulangi ayat-ayat perangsang ini setiap hari untuk beberapa kali. Hiasi bilik anda, meja belajar anda, peti sejuk anda, kelas anda dengan kata-kata perangsang di bawah ini. Jadikan ia poster-poster yang ceria dan menarik perhatian demi melahirkan semangat untuk mempelajari  kimi-'A'!  Slogan-slogannya adalah seperti berikut, anda juga boleh mencipta slogan positif sendiri yang bersesuaian dengan diri anda:
§ ‘Semakin hari saya semakin mahir dalam bidang kimi-'A'! ’
§ ‘Saya boleh menguasai  kimi-'A'! ’
§ ‘Saya semakin memahami  kimi-'A'! ’
§ ‘Saya sentiasa rileks ketika mempelajari  kimi-'A'! ’
§ ‘Saya yakin dengan kebolehan saya dalam  kimi-'A'! ’
§  kimi-'A'!  itu menarik!
2. Jadikan diri anda semangat untuk mempelajari  kimi-'A'! .
Untuk melahirkan semangat ini, anda boleh
§ mencari sebab mengapa anda harus mempejari  kimi-'A'! . Senaraikan seberapa banyak mungkin.
§ Mencari aplikasi  kimi-'A'!  dalam kehidupan seharian. Anda pasti terkejut apabila melihat betapa banyaknya kegunaan  kimi-'A'!  dalam kehidupan kita!
§ Bersemangat untuk pergi ke kelas dan menyalin nota
§ Bertanyakan soalan. Jika anda tidak memahami sesuatu perkara dalam kelas  kimi-'A'! , jangan takut untuk mengangkat tangan dan bertanya soalan. Guru sebenarnya suka apabila pelajar menunjukkan minat dalam subjek yang diajarnya. Guru amat suka apabila pelajar bertanyakan soalan di kelas.
§ Anda juga haruslah cuba menjawab dan menyelesaikan soalan dan latihan  kimi-'A'!  yang guru anda berikan. Adalah bagus anda berbincang dengan rakan anda untuk menjadikan pelajaran ini lebih menarik. Sama-sama anda pasti boleh!
3. Banyakkan berdoa dan memohon kejayaan dari Allah
§ Setiap kejayaan kita peroleh adalah sebenarnya datang dari Allah. Kita harus sentiasa menjadi hamba yang bersyukur di atas segala pemberianNya. Saya menggalakkan setiap hari anda, memohon dari Allah s.w.t (bagi yang muslim) supaya diberikan kejayaan dalam setiap perkara yang diceburi. Ikhlaskan diri anda untuk lakukannya demi mencari keredhaan Allah s.w.t, demi melihat kebesaranNya, demi mendekatkan diri kepadaNya dan demi menjadi hamba yang lebih, bersyukur, sujud dan tawadduk kepadaNya. Allah s.w.t pasti mendengar setiap doa hambaNya.
§ Amalkan doa penerang hati setiap kali memulakan pelajaran dan jangan lupa membacakan Bismillah sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Harapkan pertolongan dan perlindungan dariNya dalam setiap langkah yang anda ambil, Allah s.w.t suka dan sayang kepada insan yang sentiasa mengingatiNya, mengagungkanNya dan bersyukur akan setiap pemberianNya.
§ Jangan lupa untuk tunaikan solat lima waktu dan membaca Al-Quran setiap hari untuk menerangkan hati dan memudahkan ilmu masuk ke jiwa anda. Amalkan zikir dan selawat dan sentiasa meminta ampun akan dosa-dosa yang anda telah lakukan.
Hati yang ikhlas, dan niat yang luhur untuk mencari keredhaanNya pasti menempa kejayaan!
4. Percaya anda boleh!
Jangan biarkan tanggapan orang mengkaburkan niat anda untuk berjaya. Jangan biarkan mereka mematahkan semangat anda! Jangan biarkan mereka pijak kepala anda! Yakin pada diri bahawa dengan usaha yang gigih, pemikiran yang positif, kejayaan pasti milik anda!

Juzuk



Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.
Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yang nak di kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama-sama kita belajar…
Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan sahabat semua. Sama-sama kita kongsikan kepada sahabat handai kita, adik-adik kita, keluarga kita dan suadara-saudara kita supaya sama-sama mendapat pahala…

sulit


KEMENANGAN gemilang di perang Badar sungguh mengembirakan Nabi saw. Ramai yang ditawan dan diantaranya terdapat menantu baginda iaitu Abul As, suami kepada puterinya Zainab.


Zainab telah beriman kepada Allah dan Rasul tetapi suaminya itu masih musyrik. Beliau menyertai orang-orang quraisy dalam perang Badar dengan kaum muslimin yang dipimpin oleh baginda saw.


Perkara Abu As ditawan dalam perang itu telah diketahui Zainab dan beliau perlu menebus suaminya yang sangat disayanginya itu. Beliau tidak mempunyai harta yang banyak dan dilehernya terdapat kalung pemberian ibunya Khadijah sewaktu beliau berkahwin dengan Abu As dulu. Kerana tiada pilihan lain maka kalung itu dikirimkan ke Madinah bagi menebus suami menurut oeraturan tawanan perang ketika itu.


Kini kalung itu berada di tangan Nabi. Baginda segera dapat mengenalinya dan merasa amat terharu melihatkan kalung Khadijah itu. Betapa sebaknya jiwa baginda tidak dapat dibayangkan kerana kalung itu sekaligus menumbulkan kenangan lama baginda bersama Khadijah.


Perang Badar telah menyebabkan kalung itu telah dimiliki oleh puterinya Zainab bertahun-tahun lamanya kini berada di tangan untuk menebus suaminya dari tawanan ayahandanya sendiri. Bagaimanapun Abu As dibebaskan dan dikembalikan kepada Zainab.


Semasa keadaan itu berlaku Allah telah menurunkan ayat kepada Nabi saw:
”Wahai orang Mukmin. Bila datang kepadamu wanita beriman yang ikut hijrah maka ujilah (keimanan) mereka. Allah lebih tahu dengan keimanan mereka. Maka jika kamu tahu mereka beriman maka tidak boleh lagi mereka kembali kepada (suami mereka) yang kafir. Mereka tidak halal lagi bagi mereka,” (Mumtahanah : 10)


Dengan turunnyat ayat itu, Zainab harus berpisah dari suaminya, beliau tidak boleh berada di tangan orang Musyrik. Nabi segera memberitahu ini kepada Abu As walaupun pahitnya kerana memisahkan kasih sayang mereka sebagai suami isteri.


Abu As cuba memujuk Nabi tetapi baginda tidak boleh tawar menawar dan harus lakukan walaupun mengenai anak kandungnya sendiri.


Abul As pun kembali ke Mekah dengan disertai dua orang Ansar iaiti Zaid Haristah dan seorang lagi untuk melaksanakan kehendak ayat. Sampai mereka di Mekah, maka diberitahu segera kepada Zainab akan pesanan Nabi bahawa beliau hendaklah bercerai dengan suaminya. Sebagai wanita mukminah dia taat kepada perintah Allah dan Rasul walau betapa duka lara yang dialami.
Zainab berangkat ke Madinah dengan hajat bersama Nabi dengan ditemani Zaid dan seorang lagi. Seorang saudara suaminya bernama Kananah bin Rabi’ ikut menghantar atas permintaan suaminya.


Keluarlah rombongan Zainab ke Mekah menuju ke Madinah. Tetapi belum pun jauh perjalanan mereka dikejar oleh segolongan quraisy dengan kemarahan yang amat sangat.


Zainab telah dipukul Habar Aswad sehingga beliau jatuh ke batu. Zainab yang ketika itu sedang mengandung terkejut apabila terkena tombak dan terjatuh ke batu menyebabkan kandungannya gugur. Sakit yang amat sangat terkujur menahan derita yang dialami Zainab telah memaksa Kananah melawan bagi membelanya, tapi Abu Sufian dari quraisy segera membisikkan kepadanya jalan keluar yang baik.


”Keluarlah malam hari, kerana keluar siang sangat memalukan quraisy, ia suatu penghinaan. Kami tidak melarang Zainab untuk tinggal bersama bapanya,”


Bisikan Abu Sufian itu pada mulanya tidak mahu diterima oleh Kinanah, tetapi memandangkan Zainab dalam kesakitan yang amat apatah lagi gugur kandungannya, maka cadangan itu diterimanya.


Rombongan itu kembali semula ke Mekah dan dapatlah Zainab berehat seketika. Pada malamnya mereka berangkat semula tanpa sebarang halangan. Dengan izin Allah mereka selamat tiba dan bertemu Nabi.


Rasul turut marah setelah dikhabarkan peristiwa tadi dan ramai yang turut mengutuk dan menyatakan simpati kepada Zainab. Betapa pun keadaan, hukum Allah tetap berlaku dengan tegas walaupun dengan risiko yang berat. Maka tinggallah Zainab di Madinah di tengah saudara-saudara Islam yang lain.
Pada suatu masa yang lain, sekali lagi baginda menghadapi masalah dengan Zainab iaitu berpunca dari bekas suaminya Abu As yang masuk ke Madinah dan dilindungi Zainab. Kafilah dagang yang dipimpin Abu As telah ditawan dan mereka enggan pulang ke Mekah sebaliknya beliau lari ke Madinah dan bersembunyi di tempat Zainab tanpa diketahui Nabi.


Perbuatan Zainab akhirnya diketahui dan baginda mencela Zainab kerana berbuat demikian kerana itu boleh mendatangkan fitnah dalam masyarakat dan beliau sepatutnya bermusyawarah dengan Nabi terlebih dahulu.


”Wahai puteriku. Muliakanlah tempatnya (sambut beliau dengan baik), engkau tidak halal lagi baginya, beliau haram dari mendekatimu,”


Nabi memberikan peringatan itu sebab keduanya berpisah dalam kasih sayang, masih ada hubungan keluarga maka pergaulan dalam melindunginya haruslah dibatasi.


Akhirnya Nabi memberitahu kepada orang ramai akan hal Abu As berada di Madinah dan menyebutkan tentang barang dagangannya yang jatuh ke tangan muslimin.


Demi menghormati Zainab dan baginda Rasul Allah, maka rampasan kafilah yang telah menjadi hak mereka itu dikembalikan semula. Tetapi waktu diajak beliau masuk Islam dia menolaknya. Dengan membawa barang dagangan itu Abu As kembali semula ke Mekah dan membahagikan kepada pemiliknya.
”Adakah sesiapa lagi yang belum menerimanya?” tanyanya lagi.


”Jika tidak?” jawab mereka.
”Jika tiada, dengarlah baik-baik : saksikanlah sekalian bahawa aku mengucapkan : Asyhasu an la ilaja illah Lah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah,” demikian katanya.


”Demi Allah. Diharap tiada yang mencariku setelah aku Islam melainkan khuatir aku kamu nanti menyangka aku ini akan memakan hartamu dan selesailah tugas aku dan hari ini aku peluk Islam.


Hari ini juga aku akan berangkat ke Madinah bagi mendapatkan apa yang selama ini telah luput dalam diriku bagi berjihad bersama kaum muslimin dibawah pimpinan amin Muhammad” katanya lagi


Berangkatlah dia ke Madinah membawa imannya. Bergembiralah penduduk Madinah menyambutnya lebih’lebih lagi Zainab dan Nabi sendiri.


Dulu dia menolak dan hari ini membawa imannya. Maka Nabipun mengembalikan Zainab dengan pernikahan menurut Islam kepada Abul As.
Bermulalah hidup mereka dengan lebih bahagua di bawah cahaya Islam, inilah salah satu suka duka dalam keluarga Nabi dalam baginda mematuhi Allah dan kerasulannya.

Hafaz AlQuran

PERSEDIAAN SEBELUM MENGHAFAL :

1. Membersihkan diri dari segala hadas.
2. Memakai wangi-wangian.
3. Bersugi atau memberus gigi.
4. Berwudhuk.
5. Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian.

  • Pastikan tulisan mudah dibaca. 
  • Sebaiknya menggunakan mushaf rasm uthmani.

6. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz Al Quran.
7. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz Al Quran. Waktu yang
dicadangkan:
  • Selepas subuh.
  • Selepas maghrib.

8. Pilih guru yang ingin anda perdengarkan bacaan dan hafalan anda.
9. Perbetulkan niat untuk menghafal Al Quran.

CARA MENGHAFAZ :

1. Tentukan had bilangan ayat atau mukasurat yang hendak dihafal.
2. Bacalah ayat yang hendak dihafal. Pastikan bacaan tersebut betul dari segi
tajwid dan sebutan.
3. Ulang bacaan dengan disemak bacaan tersebut supaya tidak ada kesilapan
setiap kali ianya diulang.
  • Bilangan ulangan ayat yang dicadangkan adalah sebanyak 60 / 30 / 10 / dan lain-lain bersandarkan kepada kemampuan ingatan seseorang.
  • Semakin banyak ayat diulang semakin mudah ianya dihafal dan kekal lebih lama dalam ingatan.

4. Sebaik sahaja selesai ulangan bacaan tersebut dan anda berpuashati dengan
bacaan tersebut, mulakan dengan mengulang ayat yang pertama yang ingin
dihafal sehinggalah berjaya menghafal ayat tersebut.
5. Kemudian berpidahlah ke ayat yang kedua. Ulang langkah yang sebelumnya
sehingga selesai hafalan ayat yang ketiga.
6. Ulang hafalan ayat satu kemudian diiukuti ayat yang kedua.
7. Selepas anda yakin ayat satu dan dua telah dihafal dengan hafalan yang
sempurna mulakan hafalan dengan diulang langkah yang digunakan pada
ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Kemudian susuli dengan urutan ayat
satu dua dan tiga dihafal serentak.
8. Ayat yang berikutnya juga dilakukan langkah seperti ayat satu dua dan tiga
sehinggalah sampai ke had yang telah ditetapkan ( cth : 1 ms / 1 ‘ain ).
9. Ulanglah keseluruhan hafalan  sehinggalah benar-benar yakin hafalan
tersebut sempurna.
10.Perdengarkan bacaan kepada guru atau kawan yang dipilih.11.Apabila ingin memulakan hafalan yang baru, ulang terlebih dahulu hafalan
yang lalu, barulah dimulakan hafalan yang baru dengan cara yang sama pada
hafalan yang lalu.
12.Hafallah setiap ayat dan alunkanlah ia dengan penuh tadabbur dan dengan
penuh kesungguhan serta niat untuk memahami dan memelihara kalam
Allah.

SELEPAS MENGHAFAL :

1. Berdoa agar dikurniakan keberkatan dalam hafalan. Antara doa yang baik
untuk dibaca :


“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya
dan petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang. 
Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.

2. Pastikan Al Quran sentiasa dibaca dan diulang selalu. Pastikan setiap hari
ada jadual mengulang dan jadual hafalan yang baru.
3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan , memahami makna, hukum dan
hikmah yang terkandung di dalam setiap ayat.
4. Berusaha untuk beramal dengan setiap perintah yang didatangkan dan
berusaha menjauhi setiap larangan yang terkandung di dalam Al Quran.

TABIAT MEREKA YANG INGIN MENGHAFAZ AL QURAN
1. Sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci.
2. Sentiasa berjaga-jaga daripada termakan makanan atau minuman yang
haram, begitu juga yang syubhat.
3. Rajin bangun di waktu malam untuk berqiyamullail, membaca Al Quran dan
menunaikan solat malam.
4. Mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia sama ada dalam
bentuk perbuatan atau percakapan serta menjauhi perkara yang dilarang
oleh Allah sama ada dalam bertuk percakapan atau perbuatan.
5. Menjaga tingkahlaku dan percakapan seharian.
6. Rajin berpuasa sunat.
7. Memastikan niat menghafal Al Quran sentiasa kerana Allah bukan kerana
habuan dunia dan sebagainya.
8. Menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia.

Menyentuh kalbu




TINGGAL kenangan. Mohd. Faizal (berdiri belakang) dan adiknya, Aqsa Khan (depan kanan) bergambar bersama saudara-mara mereka.

Pilu hati seorang ibu apabila mendapati sepasang anak kandungnya maut bersama suami yang dipercayai menolak kedua-dua anaknya itu sebelum terjun dari tingkat 21 sebuah kondominium di Batu 9, Hulu Langat, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Ismail Khan, 39, warga Pakistan mengambil keputusan membunuh diri bersama sepasang anaknya, Mohd Faizal, 9, dan Aisar, 6, kerana tidak tahan masalah rumah tangga dihadapi bersama isteri.

Isteri mangsa, Zuraidah Ridhwan, 31, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Serdang berkata, dia sedih dengan kejadian menimpa keluarganya.
Menurutnya, dia dan suami sudah lebih 10 tahun berkahwin dan pergolakan rumah tangga tercetus selepas suaminya yang bekerja sebagai kontraktor gagal dalam perniagaan tiga tahun lalu dan tidak mempunyai pendapatan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

“Sejak itu, saya menanggung perbelanjaan keluarga termasuk membayar sewa rumah. Semua kos lebih kurang RM2,000 sebulan.

“Saya mengambil keputusan berpindah ke rumah ibu. Tahun lalu, saya memberitahu suami untuk bercerai sebelum memfailkan perceraian di mahkamah,” katanya.
Zuraidah berkata, suami pernah merayu supaya menangguhkan permohonan cerai kerana mahu menunggu kelulusan taraf tetap kewarganegaraan yang sudah dimohon sejak dua tahun lalu.

Dia berkata, suaminya mengalami tekanan berikutan masalah itu, tambahan pula keputusan perceraian mereka dijangka pada Ogos ini. Sementara itu, pembantu rumah mangsa yang mahu dikenali sebagai Fatimah berkata, biasanya Ismail menjemput kedua-dua beradik terbabit dari sekolah dan tadika sebelum menghantarnya pulang ke rumah.
“Namun, pada hari kejadian, dia tidak menghantar kedua-dua anaknya pulang seperti biasa. Saya menghubunginya dan dimaklumkan mahu membawa anaknya pergi ke taman permainan.

“Saya terkejut apabila diberitahu ketiga-tiga mereka ditemui maut akibat terjatuh dari tingkat 21 kondominium tempat tinggal kami,” katanya.

P/s - Alfatehah.... cuma teman harap ada pakar psikologi yg wat kajian tentang kejadian seperti ini