TAKDIR ALLAH ITU TIDAK PERNAH TERSILAP. SEMUANYA SEMPURNA PADA WAKTUNYA.
Bas itu…
Sepatutnya dipandu oleh abahnya
Tapi malam tu, abahnya tak dapat bawa, sebab kena hantar anak-anak ke KL.
Maka digantikan dengan pemandu lori yang baru sahaja masuk jadi driver gantian.
Dan malam itu…
Bas itu terbalik.
Di tempat lain pula, ada seorang pelajar , yang terlambat 10 minit .
Lalu pada malam itu, bas pun berlalu pergi tanpa dia.
Mungkin masa tu dia menangis.
Rasa kecewa.
Rasa terkilan sebab tak sempat naik.
Tapi siapa sangka…
10 minit itu sebenarnya yang menyelamatkan nyawa dia.
Bila kita renung balik , kita nampak betapa semua ini bukan kebetulan.
Allah yang atur setiap detik.
Setiap siapa yang naik, siapa yang tak sempat.
Siapa yang bawa, dan siapa yang tak jadi bawa.
Hinggakan siapa yang duduk seat kiri, siapa duduk seat kanan, siapa duduk depan, siapa duduk belakang juga memberi kesan berbeza pada impact pelanggaran.
Namun… ini bukan bermakna mereka yang pergi itu tidak bernasib baik.
Sama sekali tidak.
Sebenarnya, Allah telah pilih mereka.
Kerana itulah hari yang Allah sudah tetapkan sebagai hari pulang mereka.
Hari yang sudah tertulis dalam Lauh Mahfuz bahkan sebelum mereka dilahirkan lagi.
Dan mungkin…
Mereka lah yang pergi dalam keadaan paling tenang.
Ada yang sedang tidur.
Ada yang tidak sempat rasa sakit.
Pulang di usia muda, lalu terselamat dari fitnah dan godaan dunia yang semakin dahsyat ini.
Mungkin itulah sebaik-baik penutup untuk mereka.
Suci. Redha. Terpelihara.
Dan pada pemandu bas gantian malam itu, pasti ada trauma yang menghimpit.
Mungkin ada teguran dari Tuhan bukan untuk dia semata tapi untuk kita semua pengguna jalan raya yang kadang juga leka atau memandu sesedap rasa.
Dan abah yang sepatutnya bawa, pasti kerana belum masa dia.
Allah masih beri peluang untuk menambah amal, menebus dosa, dan terus memberi kasih kepada keluarga.
Inilah Qada’ dan Qadar..
Rukun Iman keenam yang kita harus percaya…
Setiap orang yang pergi, yang tinggal, yang tertinggal, semuanya sedang berada dalam takdir terbaik yang Allah pilih untuk mereka.
Ya Allah…
Ampunkan dosa-dosa mereka yang telah pergi.
Tempatkan mereka dalam kalangan hamba yang Engkau kasihi.
Dan kuatkan hati semua keluarga yang sedang merawat luka.
Dunia cuma tempat singgah…
Bukan tempat tinggal, tapi hamparan mengumpul amal.
#AlFatihah buat semua mangsa tragedi bas ini.
#UPSIMalaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan