Selasa, 1 April 2014

Keris

Keris memang suatu senjata yang hebat dan keseluruhan penciptaannya dipenuhi falsafah perjuangan.

Malah seni permainan senjata itu juga mempunyai adab dan langkah-langkah yang menunjukkan kemuliaan serta betapa gentlemennya pendekar Melayu. Ribuan tahun mereka telah diasuh untuk berperang dengan beradab sehinggalah masuknya bangsa-bangsa yang tidak kenal adab dan tidak tahu beratur.

Pada rupa bentuk keris terdapat ricik yang setiap satunya mewakili falsafah-falsafah pembuatan. Pernah seorang pakar keris berkata, “Kalau keris dibuat hanya sebagai senjata, tidak mungkin ia dibuat seindah ini.” Itu kata-kata pakar keris, Tuan Mohd Nordin Abd. Hamid suatu ketika apabila beliau ditemubual sebuah akhbar tempatan tidak lama dahulu.

Benar, keris merupakan antara senjata yang ditukang penuh keindahan. Empu-empu keris meletakkan sepenuh jiwa mereka di dalam penciptaan setiap bilah yang sedang diperbuat. Melayu dan umat Nusantara telah lama menjadi umat yang setiap inci kehidupan mereka diselubungi seni. Sebuah bangsa yang hebat dan diciptakan Allah sangat dekat dengan segala seni keindahan. Lihat sahaja hasil pertukangan Melayu ke penempaan keris sehingga ke adab berbahasa dan beretika. Dari gaya duduk hingga ke cara berjalan, setiap satu mempunyai adat dan seninya. Menegur kesalahan juga dibuat dengan penuh seni dan berbahasa lapik yang disulam supaya mesejnya sampai tetapi dihias dengan haruman bahasa yang tidak menjatuhkan dan menghinakan. Melayu dan rumpun-rumpun bangsa Nusantara telah lama hidup dan mati dan bernafas di dalam seni. Sehinggalah sampah-sampah hanyut dari barat mula diangkat orang sebagai seni dan mereka cuba pula mengajar kita untuk memandang tinggi kepada budaya import tersebut dan menganggap seni dengan akar budaya tempatan sebagai berkualiti rendah dan ketinggalan zaman.

Begitu juga di dalam adat tempur pendekar Melayu satu ketika dulu. Keris tidak dihunus sebaik pertarungan bermula. Permulaan tempur, musuh dihentak dengan buntut keris terlebih dahulu. Ia sebagai amaran supaya berhenti melawan. Amaran yang harus diterjemah sebagai peluang untuk berundur dan tidak meneruskan pertarungan yang tidak menguntungkan. Tetapi jika masih melawan, hentakan kedua pula akan dibuat dengan menggunakan muncung hulu. Ia ibarat amaran kedua. Jika masih tidak mengendahkan isyarat-isyarat amaran tersebut, barulah keris yang bersarung itu akan dicabut dari sarung. Keris yang dicipta dengan penuh ketelitian, kedudukan ganjanya akan sentiasa tidak muat dimasukkan sepenuhnya ke dalam sampir. Ia sentiasa dalam kedudukan bersedia untuk berkhidmat kepada tuannya. Ia dicipta dan ditempa supaya mudah tercabut segera apabila khidmatnya diperlukan. Setelah peluang kedua diberikan dan tidak diendahkan, keris yang dicabut tersebut masih belum boleh digunakan sebagai senjata untuk membunuh. Amaran ketiga dalam adab pendekar Melayu harus diberikan. Keris kemudian akan digunakan untuk mencederakan sedikit wajah, bermula dengan telinga kiri, kemudian kanan dan berakhir dengan hidung. Wajah ialah perlambangan maruah. Menghiris sedikit anggota wajah sudah harus ditafsirkan sebagai maruah yang telah dilukakan. Bagi yang memahami bahawa amaran ketiga dalam bentuk pencederaan wajah ini akan disusuli tindakan yang lebih keras, maka berundur diri di dalam barisan peluang-peluang yang telah diberikan itu harus dipertimbangkan. Jika masih berdegil, barulah jalan terakhir di dalam adat pertarungan itu diambil. Keris kemudiannya akan dihunus dan ditikam ke anggota badan. Jarang ada yang ditikam dengan keris perbuatan empu keris handalan dapat menghirup udara segar pagi hari minggu berikutnya. Keris, dari asal perbuatannya sehingga ke penggunaannya dihias indah ia dengan seni, kesabaran dan tindakan jitu.   


Saya pernah bertanya kepada salah seorang guru silat apa fungsi belalai gajah di dalam ricikan keris pada kedudukannya di bawah ganja. Jawapan berikut diberikannya kepada saya dan saya masih ingat akan kata-kata itu walaupun ianya dijawab hampir lima belas tahun yang lepas.

“Benamkan seluruh lok dan tenggelamkan belalai gajah sampai ke ganja, ditusuk ia parah, direntap nanti hilanglah pula segala maya.”

Belalai gajah menurut guru silat terbabit, ialah bagi tujuan merobek isi perut si mangsa apabila mangsa cuba mencabut tikaman keris yang sudahpun dibenamkan ke anggota tubuhnya. Jika tikaman itu melukakan, merawat tikaman itu akan lebih memarahkan keadaan. 


Dari sana satu idea timbul untuk menyerang kembali si penulis biadab tersebut menggunakan falsafah seni tempur keris tersebut. Jawapan balas kemudian dirangka seringkas mungkin supaya falsafah seni tempur keris ini dapat dipadatkan dan digunakan bagi pertempuran dalam media. Jika dahulu gelangannya daratan, kini gelanggannya media dan alam siber. Jika dahulu senjatanya mungkin keris yang ditarikan dengan gerak penuh seni, kini senjatanya ialah papan kekunci laptop dan modem broadband.

Jawapan kepada penulis biadab itu harus dirangka supaya ia dilihat sebagai sebuah provokasi yang akan menyebabkan dirinya berasa panas punggung. Seluruh seni tempur keris itu harus dipadatkan dalam sebuah jawapan ringkas. Dari ‘mengetuk kepala’ di penulis tersebut dengan hulu keris, kemudian ‘menghiris wajahnya’ supaya dia kembali berpijak di bumi nyata dan kemudian ‘menikam’ perjuangannya sehingga membenamkan ‘belalai gajah sehingga ke ganja’ dengan jawapan provokasi. Tikaman provokasi yang akan menyebabkan dirinya menjawab kembali dalam gaya yang telah diiginkan. Apabila sahaja dia menjawab provokasi tersebut, dia akan bertindak seolah-olah cuba mahu merawat tikaman ‘keris’ yang sudah dalam tenggelam dalam tubuhnya. Cabutan ‘keris’ tersebut akan menyebabkan bahagian belalai gajah tersebut merobek seluruh perjuangan gerakan dajjal yang bermotifkan penguasaan kembali kuasa nasrani di negara ini. Harus diingatkan kepada sahabat pengunjung, apabila saya menggunakan perkataan ‘mengetuk kepala’, ia tidak seharusnya ditafsirkan secara tersurat. Ia hanya sebuah manifestasi kepada makna perlakuan membuat pukulan kepada daya intelektual serta maruah diri penulis itu. Pukulan ke wajah dan kepala tidak dibenarkan sama sekali oleh Rasulullah s.a.w. walaupun dalam keadaan sedang berperang.


Read more: http://satuhala.blogspot.com/2012/06/pertuduhan-ke-atas-rasulullah-saw-punca.html#ixzz2xgGCm0ms

Tiada ulasan:

Catat Ulasan