Isnin, 9 November 2026

Allah jaga kita

 Aku pandang muka dia.


Aku tunggu dia senyum.


Tunggu dia cakap, "Gurau je."


Tapi dia tak senyum.


Aku angguk.


"Baik, tuan."


Aku keluar dari bilik tu.


Duduk depan komputer.


Buka fail surat yang aku tulis malam tadi dengan hati-hati.


Ayat yang aku susun supaya tak ada siapa terasa.


Aku padam tarikh.


Aku tukar.


Notis: 24 jam.


Aku tekan print.


Bunyi printer tu...


Sampai hari ni aku masih ingat.


Aku hantar semula ke bilik dia.


Letak atas meja.


Aku tak cakap apa-apa.


Petang tu, aku kemas meja.


Tujuh tahun aku kerja situ.


Semua masuk dalam satu kotak.


Dalam kereta, aku tak terus hidupkan enjin.


Aku tanya diri sendiri.


Aku buat keputusan betul ke?


Tapi bila teringat suara mak dalam telefon minggu lepas...


Lemah.


Tersekat-sekat.


Aku terus pandu balik kampung.


Adik-beradik aku ada.


Tapi semua bekerja.


Semua ada tanggungan.


Aku yang paling boleh berundur.


Jadi aku berundur.


Sampai rumah, aku tengok mak dekat atas katil.


Mak kurus sangat.


Tulang pipi dah nampak.


Lengan mak aku boleh genggam dengan satu tangan.


Mak senyum bila nampak aku.


"Kakak tak kerja ke?"


"Kakak cuti panjang, mak."


Aku tak sanggup cakap perkara sebenar.


Lapan bulan...


Hari-hari aku bermula dengan ubat mak.


Pagi bubur.


Tengah hari sup.


Petang buah yang aku potong kecil-kecil.


Bawa mak ke hospital ikut tarikh temujanji.


Tunggu berjam-jam dekat kerusi plastik.


Mandikan mak.


Sikat rambut mak.


Malam aku tidur tepi katil mak.


Setiap kali mak batuk, aku terjaga.


Duit simpanan aku makin habis.


Satu hari aku buka aplikasi bank.


Baki tinggal tiga angka.


Aku jurutera.


Dulu gaji aku cukup untuk hantar duit pada mak setiap bulan.


Sekarang aku tak tahu bulan depan nak bayar apa.


Malam tu aku masuk bilik air.


Buka paip kuat-kuat.


Supaya mak tak dengar aku menangis.


Aku bersandar pada dinding.


Dalam hati aku berbisik,


"Ya Allah... aku dah lepaskan kerja. Duit pun dah habis. Aku tak menyesal. Aku cuma minta satu... jangan ambil mak dulu. Bagi aku peluang jaga dia lama sikit."


Aku tak minta kerja baru.


Aku tak minta duit.


Aku cuma minta mak.


Aku tak tahu...


Rupanya mak pun berdoa setiap malam.


Doa yang aku tak pernah dengar.


Bulan demi bulan...


Mak mula boleh duduk sendiri.


Mula boleh makan lebih sesudu.


Mula boleh jalan ke dapur.


Satu pagi aku bangun...


Bau kopi.


Mak tengah berdiri depan dapur.


Bancuh kopi untuk aku.


Aku tercegat dekat pintu dapur.


Tak mampu cakap apa-apa.


Doktor sendiri terkejut tengok perkembangan mak.


Alhamdulillah.


Allah izinkan mak sihat semula.


Tak lama lepas tu...


Phone aku berbunyi.


Satu syarikat tawarkan aku jawatan jurutera.


Lebih dekat dengan kampung.


Gaji lebih baik dari dulu.


Aku tak pernah mohon pun.


Nama aku dicadangkan oleh seseorang yang pernah bekerja dengan aku.


Malam tu aku cerita pada mak.


Mak senyum.


"Mak doa tiap malam. Mak minta Allah ganti apa yang kakak tinggal untuk mak."


Aku terdiam.


Selama lapan bulan aku ingat aku yang jaga mak.


Rupanya...


Doa mak yang jaga aku.


Bekas bos aku?


Aku tak tahu dia dekat mana sekarang.


Aku tak pernah cari tahu.


Semua urusan dia, aku dah serahkan pada Allah.


Sebab hidup aku dah terlalu penuh dengan syukur...


Tak ada ruang lagi untuk dendam.


Kalau hari ni kau sedang pilih antara kerja dan mak ayah...


Dan kau takut kehilangan segalanya.


Ingat ni.


Rezeki boleh dicari semula.


Jawatan boleh diganti.


Tapi doa seorang mak yang dijaga anaknya...


Boleh buka pintu yang kau sendiri tak tahu wujud.


Source: Anissa Aziz

Ahad, 8 November 2026

Tengku Ngah

 🔥 Kisah Anak Melayu Klang Buka Kilang TV Di Rusia.


1. Tengku Ngah Putra berasal dari Klang, beliau adalah abang kepada pelakon Raja Azura.


2. Pada awal tahun 90-an, beliau bekerja sebagai seorang salesman, kemudian belajar ilmu shipping di pelabuhan Klang.


3. Seterusnya beliau bekerja dan mendalami ilmu eksport dan perkapalan dengan sebuah syarikat di Singapura.


4. Beliau belajar cara menyusun kontena atas kapal. Waktu tu semua perlu kira secara manual. Kalau salah susun kapal akan senget.


5. Pada satu hari beliau beri idea kepada bos nya supaya buat servis kapal feeder untuk mengangkut barang dari Johor ke Singapura.


6. Bos nya menolak cadangan beliau, dan menyuruh beliau buat sendiri dengan memberi sewa kapal milik syarikat.


7. Tengku Ngah Putra menyahut cabaran tersebut dan memulakan bisnes tersebut seorang diri.


8. Kali pertama kapal masuk ke pelabuhan dia tak dapat pelanggan.


9. Kali kedua kapal masuk, dia cuma dapat muatan 1 kontena.


10. Hanya pada kali ketiga kapal dia masuk, barulah kapal beliau dipenuhi muatan kontena sampai dia terpaksa hentikan tempahan kerana permintaan terlalu tinggi.


11. Tak lama selepas tu, ada syarikat besar iaitu Kuok Brothers mula jadi pesaing beliau dengan menawarkan servis yang sama.


12. Ditambah pula dengan syarat baharu yang memerlukan beliau bayar Bank Guarantee sebanyak RM500k untuk terus beroperasi.


13. Jadi beliau ambil keputusan untuk let go bisnes tersebut dan mula merancang untuk mengembara.


14. Semasa bekerja di pelabuhan Singapura, beliau berkawan dengan warga Rusia yang datang berlabuh di situ.


15. Warga Rusia tu kenalkan beliau dengan pagawai di kedutaan Rusia. Dari situ beliau berjaya dapatkan visa untuk mengembara ke Rusia.


16. Pada waktu tu ada direct flight ke Rusia menaiki pesawat Aeroflot. Harga tiket cuma RM1500 pergi dan balik termasuk tiket percuma pergi ke London.


17. Ketika di Moscow, Rusia beliau berjalan-jalan di pasar sambil memerhati pelbagai barangan yang dijual di sana.


18. Selepas seminggu di Moscow beliau balik ke Malaysia. 


19. Sampai di Malaysia beliau beli 6 kotak coklat wafer, made in Malaysia, berjenama Rinda dikeluarkan oleh sebuah kilang di Pulau Pinang. Harganya RM30 sekotak.


20. Kemudian beliau terbang semula ke Moscow dengan coklat tadi, sampai di sana beliau jual coklat wafer dengan harga USD 30 sekotak.


21. Kadar tukaran matawang ketika itu 1 USD bersamaan RM2.70 sen.


22. Beliau berniaga secara rambo di pasar. Dalam masa sekejap je 6 kotak coklat habis di jual.


23. Lepas seminggu di sana beliau balik semula ke Malaysia. Kali ni beliau beli 10 kotak coklat pula untuk di jual di Rusia.


24. Selepas 10 kotak coklat laku keras di Rusia, ada permintaan dari penduduk di sana untuk beliau jual bateri jenis AAA.


25. Jadi beliau balik ke Malaysia dan pergi ke kilang Eveready di Johor untuk beli bateri AAA. 


26. Kali ni beliau kembali ke Moscow dengan puluhan kotak coklat dan bateri Eveready.


27. Dari hari ke hari jualan semakin laris, meja jualannya juga semakin panjang, sampailah satu hari ada gangster Moscow datang ke tapak jualannya.


28. Tanpa cakap banyak, “Pangggg!!!”. Gangster Moscow memberikan penampar kepada beliau sebagai salam perkenalan.


29. Rupanya tapak pasar tu dijaga oleh gangster tersebut. Siapa masuk main langgar je memang mendapatlah pelempang.


30. Jadi cara nak settle, beliau berikan semua coklat yang dijual kepada gangster tersebut.


31. Tak lama selepas tu gangster tu minta beliau datang berjumpa. Rupanya gangster tu minta beliau supply coklat kepada mereka sebanyak 150 kotak.


32. Selepas beberapa kali supply, jumlahnya mencecah sampai penuh 1 kontena berisi coklat.


33. Satu ketika beliau pergi berjalan² naik kereta api. 


34. Dalam perjalanan sejauh 1680km dari Moscow ke Siberia, beliau berkenalan dengan seorang ahli perniagaan dari India yang nak beli kilang besi di Siberia yang ada 66,000 pekerja. 


35. Malaysia pada waktu itu terkenal sebagai pengeksport barang elektronik dan keperluan rumah.


36. Jadi ahli perniagaan tersebut minta beliau supply televisyen kepada semua pekerja di kilang besi tersebut, dan pekerja akan bayar melalui potongan gaji.


37. Beliau pun setuju dan berikan nombor akaun untuk bayaran deposit.


38. Pada awalnya beliau cuma anggap tawaran tu cuma sembang² kosong dan tak serius kerana waktu tu beliau beri invois dengan tulisan tangan saja.


39. Namun bila balik ke Malaysia, beliau pergi juga survey ke kilang televisyen jenama Sony, Panasonic dan lain-lain.


40. Tapi semua kilang tu tak berani eksport barang ke Rusia kerana isu kestabilan ekonomi dan politik. Negara tersebut dianggap berisiko. 


41. Malahan tiada syarikat insuran yang sanggup memberi jaminan keselamatan kepada kargo yang dihantar ke Rusia.


42. Kalau nak juga, dia kena beli dulu tv tu dan eksport sendiri atas tanggungan risiko sendiri.


43. Lalu beliau terbang semula ke Rusia berjumpa dengan ahli perniagaan tersebut dan beritahu perkara tersebut.


44. Beliau tidak melihat ini sebagai satu halangan, sebaliknya mengambil langkah berani dengan menawarkan untuk membekal televisyen jenama beliau sendiri dengan nama “Nikom”, eksklusif untuk pekerja di kilang besi Siberia sahaja.


45. Ahli perniagaan itu setuju dan meminta beliau bekalkan tv secara SKD (Semi Knock Down). Maksudnya sampai di Rusia baru tv tu akan dipasang sepenuhnya.


46. Selepas tu beliau balik ke Malaysia dan pergi ke satu kilang tv bernama Makonka yang menghasilkan televisyen jenama AKAI di Meru Klang milik sebuah syarikat Hong Kong.


47. Di kilang tersebut banyak anak melayu bekerja di situ. Lalu beliau berkenalan dengan seorang Director melayu di kilang tersebut sambil belajar cara membuat televisyen.


48. Tanpa disangka, tiba² dalam akaun syarikat beliau di UMBC ada duit masuk dari Rusia sebanyak RM 1.375 juta.


49. Rupanya ahli perniagaan Rusia tu dah masukkan duit deposit tv kepada syarikat beliau.


50. Selepas itu beliau pergi ke kilang Makonka dan minta mereka hasilkan televisyen OEM dengan menggunakan jenama sendiri iaitu “NIKOM”.


51. Cabaran seterusnya semasa nak eksport, tiada syarikat insurans yang berani beri jaminan untuk eskport barangan ke Rusia.


52. Akhirnya beliau gunakan “insurans terbang”. Maksudnya beliau cuma bayar untuk cover note sahaja bagi melengkapkan dokumen eksport. Tapi tiada jaminan diberikan sekiranya berlaku sesuatu kepada barangan tersebut.


53. Bila tv dah sampai di Rusia, beliau hadapi masalah seterusnya, iaitu tak tahu cara nak pasang tv tu.


54. Jadi beliau pergi ke kilang Makonka dan cari pekerja mahir sebanyak 5 orang. 


55. Para pekerja Makonka ni diminta untuk ambil cuti tanpa gaji, dan mereka diterbangkan ke Rusia selama 15 hari untuk mengajar pekerja di sana cara pasang dan calibrate tv.


56. Selepas itu beliau menggajikan 2 orang bekas pekerja Makonka bersama beberapa orang Rusia untuk bekerja secara full time memasang tv di kilang miliknya di Rusia.


57. Kilang tv itu beroperasi selama 2 tahun khusus untuk membekalkan tv kepada para pekerja kilang disana sahaja.


58. Selepas projek membekal tv kepada pekerja kilang di Rusia selesai, ada seorang kawan mengajak beliau pergi ke Almaty, Kazakhstan. 


59. Sampai di Almaty beliau pergi ke sebuah kilang menghasilkan peluru torpedo untuk kapal selam.


60. Kali ini beliau dapat projek membekal tv kepada para pekerja di kilang peluru torpedo pula. Jadi beliau buka kilang tv nya di dalam kilang tersebut.


61. Satu hari beliau dapat berita yang Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad akan datang buat lawatan ke kilang tersebut.


62. Semasa PM buat lawatan, beliau sempat melambai kepada PM, lalu beliau diperkenalkan oleh Presiden Kazakhstan kepada PM dengan mengatakan, “lelaki ini dari Malaysia”.


63. Perkenalan itu menarik perhatian PM yang hairan macamana seorang rakyat Malaysia boleh ada kilang pasang tv di Almaty.


64. Selepas perkenalan itu, PM meminta beliau untuk hadir ke hotel untuk berbincang.


65. Ketika ini usia beliau baru 25 tahun.


66. Semasa di hotel, beliau ditanya oleh PM antaranya, “Dah berapa lama kamu berniaga di Kazakhstan?” , “Apa kemudahan yang Malaysia ada tapi tiada di Kazakhstan?”, 


67. Lalu beliau ceritakan tentang masalah yang dihadapi, antara masalah insuran untuk eksport barangan dan masalah penerimaan bank untuk bayaran.


68. Selepas itu PM mengajak beliau untuk balik ke Malaysia menaiki pesawat bersama untuk melanjutkan lagi perbincangan.


69. Semasa dalam pesawat PM banyak bertanya kepada beliau tentang isu dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi untuk eksport barangan ke Kazakhstan.


69. Sampai di Malaysia beliau dijemput datang ke pejabat PM untuk perbincangan seterusnya.


70. Semasa dalam pertemuan itu, PM meminta beliau buka kilang tv di Malaysia untuk pasaran eksport.


Bersambung ke episod 2.


#KisahUsahawan #inspirasi #boskatering 


.

Jumaat, 6 November 2026

Belanja makan

 Setiap kali saya bayar,


Makanan-makanan ketika kami berkumpul dengan ahli keluarga dan kawan-kawan,


Anak-anak akan bertanya.


"Ayah berapa tadi makan?"


Saya tunjukkan resit.


"Ya Allah! Ayah! Takpe ke ayah belanja diorang semua. Ayah ada duit lagi tak?"


Dan,


Anak-anak akan tanya, kenapa saya suka buat begitu?


Kenapa suka belanja orang?


Saya cerita pada anak-anak. Satu peristiwa yang sakitnya masih saya rasa.


Satu hari,


Kawan saya telefon nak kerja tak. Sebab masa ni saya tiada kerja tetap. Jadi, setiap pagi saya kan tunggu panggilan atau mesej kerja kosong.


"Angkat barang ofis. Kau ok tak? Sampai 10.00 malam"


"Ok"


Saya tak tanya pun berapa bayaran. Janji ada duit. Balik nanti saya boleh beli pampers, susu dan makan minum untuk keluarga.


Masa ni masih menumpang rumah abang ipar. 


Kerja macam nak gila. Rasa nak tercabut tulang. 


Bayangkan,


Angkat kerusi, meja. Almari besi tu. Peralatan ofis tanpa lif. Tingkat bawah sampai tingkat lima. Ulang alik. 


Kena siap sebelum jam 10.00 malam.


Kalau tak bayaran tak masuk, kata kawan yang panggil kerja ni.


Saya dari pagi tak makan. Nak turun makan, segan dengan keluarga abang ipar walaupun dia ok saja. Tahu tengah susah. Tengah usaha nak cari duit.


Terketar-ketar rasa badan.


Tengahari ingatkan ada makan, tapi roti je dapat. Sebab kena kejar waktu kerja. Macam nak pitam.


Habis tu kawan ajak makan.


Saya apalagi. Terus pesan tom yam seafood, nasi, air oren segar. Sampai je, baru nak makan, kawan yang ajak kerja ni cakap,


"Pergh, kalau bawak abu kan, memang dia kapak duit wooo. Ni makan lebih dari gaji. Hahaha!"


Gurau?


Tidak. 


Pedih. Melekat dalam dada. 


Macam di siat-siat hati dan jiwa. Sepanjang hari bagi air kosong dan roti, baru nak makan kena "sound" macam tu, buatkan saya terdiam.


Saya tak jadi makan. Saya tolak makanan tu. Berdosa rasa sampai sekarang saya biarkan makanan begitu.


Tapi, hati dah sakit.


"Eh. Makanlah bu. Order kemain sedap. Makanlah"


Saya diam. Sepatah apa pun saya tak sebut.


Gaji hari tu saya tak ambil. Sampai depan rumah, saya diam. Dia telefon, saya tak angkat. 


Dan, kisah itu habis disitu. Saya tidak berhubung dengannya. Walaupun dia tak jauh pun dengan kawasan rumah. Kalau ke masjid, surau, terserempak saja.


Bagi salam, senyum, itu saja.


Sebab itu,


Saya tak pernah berkira soal makan.


Makanlah. Ambil lah. Nak apa, silakan. InsyaAllah rezeki Allah itu luas. Allah Maha Pemberi rezeki.


Anak-anak kalau bergaduh soal makan, mereka tahu marah dan baran saya macamana. 


Anak-anak kalau tak habis makan, memang "kena".


Anak-anak kalau makan berkira, nak kongsi pun susah, siap! Pedih telinga kena.


Kerana,


Saya pegang satu perkara.


Nabi kita adalah manusia yang paling pemurah.


Dan selalu menghiburkan mereka yang susah.


Takkan miskin, mereka yang selalu memberi dan meraikan sesiapa yang susah.


#sweeterapi

Rabu, 4 November 2026

Ride

 Lelaki Tiba-Tiba Beli Motosikal Berkuasa Besar Selepas Usia 40 Tahun


Pernah perasan, ada lelaki yang sejak muda hanya menunggang motosikal biasa. Tetapi apabila masuk usia 40-an, tiba-tiba muncul di rumah dengan motosikal berkuasa besar.


Harganya pula bukan murah. Ada yang mencecah puluhan ribu ringgit.


Isteri mungkin tertanya-tanya. 


Kawan-kawan pula mula mengusik.


Kenapa baru sekarang nak bergaya macam orang muda?

.


Sebenarnya, ada penjelasan menarik dari sudut psikologi.


Ketika usia 20-an, ramai lelaki sedang membina kehidupan. Baru bekerja, baru berkahwin, membayar rumah, membesarkan anak dan menanggung pelbagai komitmen.


Banyak keinginan peribadi terpaksa diketepikan. Bukan kerana sudah tidak berminat, tetapi kerana ada tanggungjawab yang lebih penting.

.


Apabila memasuki usia 40-an, keadaan hidup mungkin sudah berubah. 


Kerjaya lebih stabil, pendapatan bertambah dan sebahagian komitmen kewangan semakin berkurang.


Motosikal yang dahulu hanya mampu dipandang di kedai, akhirnya boleh dibeli.

.


Dari sudut psikologi, usia pertengahan juga boleh menjadi tempoh seseorang menilai semula kehidupannya.


Dia mula bertanya kepada diri sendiri, apa lagi yang belum sempat aku lakukan?


Ada yang mula mengembara. 


Ada yang kembali bersukan. 


Ada yang membeli basikal mahal. 


Ada juga yang akhirnya memenuhi impian memiliki motosikal berkuasa besar.

.


Aktiviti sebegini boleh memberikan rasa kebebasan, kepuasan dan identiti peribadi di luar tanggungjawab sebagai pekerja, suami atau bapa.


Ada lelaki yang memang meminati motosikal sejak muda dan kini baru mempunyai kemampuan.

.


Jadi, jangan terlalu cepat menghukum lelaki berusia 40-an yang tiba-tiba membeli motosikal besar.


Mungkin dia bukan sedang cuba menjadi muda semula.


Mungkin dia hanya sedang menunaikan janji kepada dirinya sendiri, janji yang terpaksa ditangguhkan selama 20 tahun kerana mendahulukan orang lain.


Kadang-kadang, apa yang orang nampak sebagai kemewahan sebenarnya ialah impian lama yang akhirnya menjadi kenyataan.


Anda pula, apa impian zaman muda yang masih belum sempat ditunaikan?

Selasa, 3 November 2026

Ride

 DUNIA PERMOTORAN HARI INI:

REALITI HOBI YANG DITUNGGANG DEMI PANGKAT, POKET, DAN KEPENTINGAN PERIBADI


Dunia permotoran seharusnya menjadi medan untuk menyatukan minat, membina ukhwah, dan menikmati kebebasan di atas dua roda. Istilah "LUNCUR" atau "RIDE" itu sendiri membawa maksud santai tanpa sempadan. Namun, realiti permotoran hari ini sudah jauh terpesong daripada landasan asal. Kebanyakan group motor yang wujud bagaikan sebuah syarikat korporat yang penuh dengan birokrasi, kepentingan peribadi, dan drama yang tidak berkesudahan. Lebih banyak membawa keburukan dan sakit kepala berbanding kebaikan.

Salah satu paling ketara ialah wujudnya pangkat yang tidak masuk akal President, Vice President, AJK, dan bermacam-macam ketua biro. Komuniti yang sepatutnya berasaskan persamaan minat kini dikawal oleh ego individu yang gilakan kuasa. Ironinya, ahli-ahli dipaksa dgr arahan seolah-olah sedang bekerja, sedangkan masing-masing keluar modal sendiri untuk minyak dan penyelenggaraan motor.

Lebih parah lagi, group motor kini bertukar menjadi lubang perniagaan pihak tertentu. Dalam setahun, entah berapa helai baju dan jersi yang dikeluarkan dengan meletakkan harga yang melampau tinggi, seolah-olah kain yang digunakan itu kalis api atau kalis peluru. Hakikatnya, ia hanyalah jersi biasa yang dicetak murah, bertujuan untuk mengaut keuntungan atas angin daripada poket ahli sendiri. Apa yang paling kelakar dan menyakitkan hati, dah lah baju itu dibeli dengan duit poket ahli sendiri, kemudiannya ahli dikontrol bodoh dan diperli pula supaya tidak memakai baju tersebut sesuka hati di luar atas alasan kononnya takut mencemarkan atau memburukkan nama group. Duit kita lebur, baju kita punya, tapi mereka pula yang sibuk berkuasa menentukan bila kita boleh menyarungnya. Ditambah pula dengan isu kutipan yuran tahunan atau bulanan yang tiada audit jelas, termasuklah pembukaan akaun "Derma Kilat” setiap kali ada ahli yang menerima musibah atau kemalangan. Pihak pengurusan paling laju buat poster kutipan kononnya atas dasar kebajikan, tetapi wang derma daripada ahli-ahli marhaen bertukar menjadi duit poket tepi yang lebur entah ke mana tanpa ada ketelusan jumlah yang sebenar diserahkan kepada mangsa.

Paling memuakkan apabila minat ahli mula ditunggang demi kepentingan agenda luaran. Belum masuk lagi isu konvoi atau mega event yang rupa-rupanya diselitkan dengan unsur and agenda parti politik. Ahli-ahli dipergunakan sebagai "MACAI" untuk meramaikan majlis, manakala pihak atasan mendapat nama, dana, atau kabel politik di atas pagar. Malah, ada juga yang menunggang atas dasar agama, kononnya berkonvoi sambil beramal, padahal semuanya hanyalah wayang demi jaga imej dan poket segelintir individu.

Lebih menjijikkan, atas tiket konvoi dan bersosial, batas agama dan moral terus dicampak ke tepi. Isu mengangkut dan membawa perempuan bukan mahram beratus-ratus kilometer tanpa segan silu dah jadi perkara biasa atas alasan "minat yang sama".

Di sebalik tabir persahabatan yang dilaungkan, realitinya penuh dengan toksik dan permusuhan. Drama bergaduh sesama ahli sudah menjadi perkara biasa, sering kali berpunca daripada isu remeh. Sesiapa yang berani bersuara atau tegur salah laku pihak atasan dengan mudah akan dibuang daripada group tanpa budi bicara. Budaya singkir-menyingkir ini membuktikan bahawa nilai setiakawan telah mati.

Bukan itu sahaja, penyakit "puak dalam puak" atau kronisme tegar juga tebal dalam group. Wujud kasta antara "puak kayangan" dengan "puak marhaen", dan sikap pilih kasih waktu ride menjadi makanan ruji. Malah apabila turun ke jalanan, wujud pula isu konvoi yang menyusahkan pengguna jalan raya lain. Marshall ciptaan group sendiri bertindak ala-ala polis trafik, menahan kenderaan awam sesuka hati dan menunjuk lagak samseng atas jalan semata-mata mahu group mereka lalu dulu.

Kesimpulannya, dunia permotoran sekarang dipenuhi kepura-puraan demi memuaskan nafsu segelintir individu. Matlamat asal untuk tenangkan fikiran dan mencari kenalan baru telah tenggelam dalam arus kepentingan peribadi, maksiat, dan politik. Sudah tiba masanya para pemilik motosikal sedar dan kembali kepada konsep asal.Tungganglah jentera anda dengan bebas, tanpa perlu terikat dengan pangkat, baju group yg mahal, yuran dan derma misteri, agenda parti, atau drama group yang merosakkan jiwa.


Tungganglah Dengan Bebas!!


Isnin, 26 Oktober 2026

Reset lejar

 BERITA LUAR NEGARA

🔥 LEJAR LAMA SEDANG KEHILANGAN SUMBER. DAN PINTU KELUAR TELAH DIKUNCI.


Pada 21 Oktober 2026—hanya 48 jam yang lalu—infrastruktur perbankan pusat di London mengalami penyusutan kecairan yang besar dan tidak diumumkan.


Rangkaian kewangan arus perdana melabelkannya sebagai "pembetulan teknikal." Mereka mendakwa pasaran hanya mengalami ketidaktentuan.


MEREKA BERBOHONG KEPADA ANDA.


Apa yang mereka sembunyikan daripada pengetahuan umum ialah pelaksanaan rasmi protokol pemesejan global ISO 20022 merentasi 47 rangkaian perbankan utama secara serentak.


Tiada sidang akhbar. Tiada perdebatan awam. Ia dilaksanakan secara senyap pada pukul 4:47 pagi waktu Timur (Eastern Time).


SISTEM PENCETAKAN WANG LAMA SUDAH MATI UNTUK SELAMA-LAMANYA.


Selama 53 tahun, rangkaian mata wang fiat tradisional beroperasi berasaskan hutang. Mereka mencetak wang daripada ketiadaan. Mereka mengenakan faedah ke atas wang yang sebenarnya tidak wujud. Mereka menjadikan akaun anda sebagai tebusan untuk membiayai percaturan geopolitik mereka.


Mereka memberitahu anda bahawa sistem lama itu "terlalu besar untuk gagal" (too big to fail).


TETAPI MEREKA LUPA SIAPA YANG MEMEGANG SANDARAN SEBENAR.


Berikut adalah perkara yang sebenarnya dicetuskan oleh pengaktifan ISO 20022 di sebalik tabir:


▪️ Ketelusan Lejar Sepenuhnya: Setiap transaksi, setiap pemindahan dana rentas sempadan, dan setiap akaun institusi kini mesti disahkan melalui penyulitan kuantum yang disokong oleh aset. Tiada lagi akaun 'hantu'. Tiada lagi berbilion-bilion dana tanpa bukti yang bergerak dalam kegelapan.


▪️ Pemindahan Keluar Besar-besaran daripada SWIFT: Sistem pemesejan SWIFT yang lama sedang dikosongkan sepenuhnya daripada modal. Bank-bank pusat bukan sekadar mempelbagaikan portfolio mereka; mereka sebenarnya sedang bertindak menyelamatkan diri. Lebih 6,200 tan jongkong logam berharga fizikal telah dipindahkan ke dalam bilik kebal serantau yang selamat pada bulan ini sahaja.


▪️ Dompet Awam Sedia Digunakan: Protokol Akses Perbendaharaan Terus (Direct Treasury Access) telah disepadukan sepenuhnya ke dalam lejar digital persekutuan. Peralihan ini tidak memerlukan orang tengah, bank komersial, atau kebenaran daripada Wall Street.


MAnda tidak akan membina lejar selari yang disokong oleh aset melainkan anda bersedia untuk menutup empayar berasaskan kertas yang lama itu.


Mereka memberitahu anda bahawa kedaulatan digital hanyalah satu mitos. Mereka menganggap anda gila kerana menyimpan aset sebenar. Mereka ketawa apabila anda mengatakan bahawa penguasaan bank pusat akan berakhir.


Lihatlah papan paparan malam ini. Emas sedang memecahkan rekod. Mata wang lama pula tidak menunjukkan sebarang tanda kehidupan. Kartel perbankan sedang menyaksikan infrastruktur mereka berubah menjadi sekadar kabinet fail yang kosong.


Dokumen-dokumen telah ditandatangani. Peralihan telah pun dilaksanakan semasa anda sedang tidur.


PENETAPAN SEMULA (RESET) INI BUKANLAH SATU RAMALAN. IA ADALAH PELAKSANAAN YANG SEDANG BERLANGSUNG.


KOD: ISO-20022-LIVE / LEDGER-DRAIN / ASSET-BACKED-QFS / CARTELL-END


Kongsikan!

Saat mati

 Pernahkah anda terfikir apa yang berlaku kepada kimia otak kita tepat pada saat nyawa sedang melayang? Saat bilik menjadi sunyi, pandangan mula kabur, dan tubuh kaku tidak lagi bernyawa. Ramai menyangka kita terus "mati" begitu sahaja. Namun, realiti di sebalik tabir sains sebenarnya amat seram, mendebarkan, dan menginsafkan.


Misteri ini terurai pada tahun 2022. Sekumpulan saintis secara tidak sengaja telah merakam aktiviti otak seorang pesakit berusia 87 tahun yang dipasang pada mesin EEG, tepat pada saat beliau diserang sakit jantung lalu meninggal dunia. Buat pertama kali dalam sejarah, sains berjaya merakam imbasan "detik penutup" sebuah kehidupan.


Hasil kajian tersebut amat mengejutkan.

Sebaik sahaja jantung berhenti mengepam darah dan nafas terhenti, otak anda tidak terus padam. Sebaliknya, ia menyedari kegagalan sistem tubuh lalu memasuki mod panik kecemasan yang paling ekstrem. Otak mula melepaskan letusan kimia berskala gergasi sebagai talian hayat terakhir.


Pertama, hormon Norepinefrin melonjak secara mendadak sehingga 100 kali ganda.

Hormon stres ini memaksa otak berada dalam tahap kewaspadaan yang sangat tinggi (hyper-alertness). Impaknya? Masa tiba-tiba dirasakan bergerak sangat perlahan. Anda terperangkap dalam fasa di mana satu saat terasa seperti berjam-jam lamanya.


Sambil tubuh meronta menahan kesakitan, otak membanjiri sistem saraf dengan Dopamin dan Endorfin sehingga 60 kali ganda untuk menyekat trauma fizikal. Sains mengesahkan, pada saat inilah elektrik otak meletup dengan Gelombang Gamma, gelombang yang sama aktif ketika kita sedang bermimpi buruk atau mengingati memori silam.


Di sinilah bermulanya fasa yang paling menginsafkan: Life-Review. Dalam keadaan masa yang bergerak perlahan, otak menggunakan sisa tenaga terakhirnya untuk menayangkan semula seluruh lipatan memori hidup anda. Segala dosa, pahala, wajah orang tersayang, dan kesilapan lalu berputar seperti wayang gambar dalam masa beberapa saat. Anda dipaksa "menonton" semula kehidupan anda sendiri.


Selepas beberapa minit fasa tayangan misteri ini berlalu, otak akhirnya kehabisan tenaga sepenuhnya. Maka berlakulah fenomena seram yang dipanggil Wave of Death (Depolarisasi Terminal). Satu gelombang elektrokimia yang besar akan bergerak merentasi korteks otak dan tiba-tiba saja semua aktiviti elektrik terpadam secara kekal.


Apabila semua sistem tubuh sudah diisytiharkan mati, deria pendengaran adalah deria yang paling terakhir sekali akan terpadam. Telinga anda masih mampu mendengar dengan jelas esakan tangis keluarga dan laungan nama anda di sekeliling katil, walaupun anda sudah tidak lagi mampu bergerak atau menjawab.


Sains membuktikan bahawa tubuh fizikal kita akan berjuang habis-habisan sehingga ke titisan tenaga yang terakhir demi mempertahankan nyawa, walaupun ketika minda kita sendiri sudah berputus asa.


Kematian itu benar, dan ia sedang menunggu kita di garisan penamat yang tidak diketahui masanya. Nikmati hidup sementara masih hidup kerana hidup kita ini terlalu singkat. Sayangi orang yang ada di sekeliling kita sekarang, hargai setiap saat dengan mereka sebelum salah seorang daripada kita bertukar jadi kenangan. Jangan sesekali buat jahat atau aniaya orang lain, sebab sikit pun tak ada untungnya bila hujung nyawa kita nanti berakhir terlentang kaku.


Bila jasad dah bersatu dengan tanah, satu-satunya benda yang tinggal dan orang akan ingat pasal kita hanyalah kebaikan yang pernah kita tinggalkan


Kredit : threads mind.of.criminology

Ahad, 25 Oktober 2026

DS shuhaily

 https://www.facebook.com/share/1AEKBnDokQ/


PENGELAMAN SAYA BERKHIDMAT DENGAN PEGAWAI ‘GARANG’ DALAM PDRM

My Experience!


Mahathev Krishna


PDRM adalah sinyonim dengan Pegawai Kanan yang sentiasa bersenyum, lemah- lembut serta Pegawai Kanan yang garang dan keras dalam tingkah laku atau pun bahasa! 


Tapi pada zaman dulu, apa juga insiden, kita cuba selesaikan secara bertoleransi dalaman  within the Department) dan tidak lah sampai buat repot Polis, gempak satu Negara!

 

Anggota Polis boleh bawa apa jua insiden kekasaran, salah-laku, atau apa jua perbuatan tidak adil terhadap mereka kepada pihak atasan. 


Biasanya perkara itu di lapurkan oleh anggota melalui pangkat hieraki (saluran tata-tertib) kepada Sarjan Mejor atau pun Sub-Inspektor sampai ke Ketua Polis Daerah!. 


Kalau Pegawai Kanan di dapati betul mengasari anggota bawahan, Ketua Polis atau Ketua Formasi akan mengambil tindakan terhadap Pegawai tersebut. Sebarang salah laku, kekerasan, atau buli sesama Pegawai/Anggota tidak akan dikompromi.


Kalau ada pegawai kanan berperanggai buruk dan teruk sangat biasa di gelar ‘Pegawai Gila’, beliau akan di tukarkan ke formasi lain!

 

Pada tahun 2002, setelah tamat penugasan saya di Perubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) Misi di Timor Leste selama 2 tahun saya balik ke IPK NS, tempat saya dulu.

 

Malah, jawatan asal saya di IPK NS telah di isi oleh Pegawai lain.


Nasib baik, ada kekosongan jawatan ‘sikit bawah’ sebagai Pegawai Komunikasi Daerah IPD Seremban (IPD lama).


Oleh kerana keluarga saya berlokasi di Seremban dan saya pun dah ada rumah kat Ampangan Seremban, saya terima jawatan itu!

 

Adalah kali pertama saya bekerja di peringkat IPD – memang teruk kerja dengan tekanan jiwa boleh tahan! Punca masalahnya adalah kekurangan kekuatan Pegawai dan Anggota jadi masalah besar (manpower shortage). Pegawai dan Anggota yang lain terpaksa memikul tugas dan tanggung jawab tambahan! 


Ketua Polis Seremban pada ketika itu adalah ACP Mak Chee Onn – beliau sentiasa ‘ON’ sja tidak pernah ‘Off’! Hari Ahad pun datang kerja! Kami beri gelaran beliau sebagai ‘Mak Workaholic’! 


KPD akan berkumpul semua Pegawai Kanan dan Anggota buat rondaan hujung minggu seluruh IPD Seremban sampai 6 pagi! Esok pukul 10 pagi masuk kerja! 


Timbalan KPD ketika itu adalah Superintendant Mohd Zain bin Ismail, garang macam harimau! 


Kita orang Pegawai dan anggota cukup takut dengan Tuan Mohd Zain! Cara pertuturan beliau tak pernah lembut, sentiasa nada suara tinggi, tunggu nak maki hamun Pegawai dan anggota! Ada saja benda yang tak kena! 


Kalau ada anggota rambut panjang,, dia akan pegang rambut dan tarik kuat-kuat, sampai tercabut rambut! Dia akan menggunting rambut anggota! Pegawai pun kena! 'Kalau tak nak saya buat begitu, lain kali gunting rambut pendek' beliau beri amaran!


Kalau Pegawai/OCS  masuk mesyuarat lewat, Tuan Mohd Zain akan perli, suruh duduk di kerusi Pengerusi beliau dan dia akan duduk di kerusi Pegawai yang datang lewat itu! 


Banyak kali saya mengikuti Tuan Mohd Zain melawat balai Polis dalam sekitar daerah Seremban! Nilai, Labu, Mantin, Lenggeng, Senawang, Rantau, Paroi, Sikamat dll.


Semasa pemeriksaan, jika ada silap salah, Siap: dia akan panggil OCS dan memaki-hamun serta meminta laporan bertulis sampai kepada beliau esok pagi! Tak tidurlah OCS sepanjang malam!


Tuan Mohd Zain dengan saya baik! ‘You OK lah Mahathev, bagi kerja apa pun beres. Keep it up. Nanti I rekomen you naik ASP' 


Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya.


Saya suka dengan Tuan Mohd Zain kerana beliau membenci Rasuah. 'He is Mr. Clean!'


Setiap kali bermesyuarat, beliau akan menyentuh tentang gejala Rasuah. Imej baik pasukan Polis rosak kebanyakan kerana Rasuah!  Kalau ada sesiapa terlibat Rasuah, saya akan buang kerja awak. Be careful'! 


'I Like him for that’!


Dalam sesi mesyuarat, jika ada Pegawai buat tak betul, botol air mineral akan terbang pada muka pegawai itu! 


Memang panas barah sifat Tuan Mohd Zain! Tapi selepas itu beliau cepat ‘cool down’ pula!

 

Walau pun begitu peranggai Tuan Mohd Zain, Pegawai dan Anggota sayang kepada beliau kerana beliau tidak pernah menulis lapuran buruk dalam fail Penyata-diri Pegawai dan Anggota. 


Ramai anggota di naikkan pangkat di bawah penyeliaan Tuan Mohd Zain! 


Tapi, itu lah - kena sabar dan terima sifat dan attitude pegawai macam itu! 


Itulah style Tuan Mohd Zain! KPD pun tak boleh buat apa-apa!


Walaupun tegas, tidak pernah ambil tindakan tatatertib terhadap sesiapa!


Pernah anggota kekurangan wang mengawinkan anak, Tuan Mohd Zain membantu.


Biasanya kalau KPD tak OK, Timbalan OK dan sebaliknya.


Kalau anggota tidak bersalah, beliau akan defend anggota tersebut dan terus rekomen Surat Penghargaan KP/KPD kepada anggota yang bekerja rajin dan penuh berintegriti! 


Dalam PDRM ada dua kategori Pegawai Kanan, yang garang dan keras tetapi hati baik dan satu lagi sentiasa senyum, bercakap lemah-lembut, baik dengan anggota tetapi tidak menyokong naik pangkat! 


Untuk makluman semua, Tuan Mohd Zain adalah bapa kepada Datuk Seri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain!


Now you know why DS Mohd Shuhaily is like that!   😊

Sabtu, 24 Oktober 2026

Bug 4.6J

 2012, Seorang pelajar 18 tahun dari Malaysia baru buka akaun pelajar di Sydney. Nama dia Christine Jiaxin Lee. Belajar kejuruteraan kimia di University of Sydney.


Sepatutnya akaun pelajar mcm dia cuma ada overdraf $500 atau $1,000. Tapi disebabkan bug dlm sistem Westpac, akaun Christine disetkan kepada overdraf TANPA HAD. Unlimited.


Westpac tak perasan. Christine pun tak perasan. Selama 2 tahun akaun tu diam.


Sehinggalah 2014.


Christine yg ketika itu umur 20 tahun cuba keluarkan duit lebih dari baki dia. Dan ia berjaya. Dia cuba lagi. Berjaya lagi. Dia sedar akaunnya mcm ada duit ajaib yg tak pernah habis.


Bank tak call. Bank tak block. Jadi dia fikir, mungkin ini rezeki?


Dia tak report.


Apa yg dia buat selepas tu buat 1 Australia terkejut.


Dlm masa 11 bulan, dari Julai 2014 hingga April 2015, Christine keluarkan A$4.6 JUTA, lebih kurang RM14 juta ketika itu.


Dan dia berbelanja mcm dlm filem Crazy Rich Asians versi nyata.


Rekod mahkamah menunjukkan dia beli:

- Beg Hermès Birkin kulit buaya harga A$150,000

- Beg2 Hermès lain berpuluh-puluh biji

- Barang kemas Cartier

- Kasut Christian Louboutin

- Baju2 designer berjenama

- Iphone, Ipad, Macbook terbaru

- Dan yang paling kelakar dalam senarai jutaan ringgit tu, ada 1 Dyson vacuum cleaner.


Paling gila, dlm 1 hari saja dia pernah habiskan A$310,000, hampir RM1 juta. Dia shopping di Sydney, di Melbourne, semua butik mewah kenal muka dia.


Dia pindah dari rumah pelajar biasa ke apartment mewah di tgh bandar Sydney. Instagramnya penuh dgn gambar beg mewah, seperti anak org kaya.


Bila kawan tanya mn dpt duit, dia kata dari mak ayah di Malaysia yg kaya.


Sampai April 2015, baru sistem anti-fraud Westpac menjerit. Ada 1 akaun pelajar overdraft A$4.6 juta. Bank terus bekukan akaun & audit.


Baru Westpac sedar, ini bug sistem mereka sejak 2012.


Christine panik. Ketika itu A$3.3 juta sudah habis dibelanjakan. Baki yg tinggal tk ckp.


Westpac hantar peguam, tuntut duit. Christine senyap.


Setahun kemudian, 4 Mei 2016. Christine cuba senyap-senyap lari balik ke Malaysia. Dia sudah beli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur


Polis New South Wales tahan dia di pintu berlepas. Dia ditgkp dan didakwa atas tuduhan penipuan dan berbelanja hasil jenayah secara sengaja dgn nilai jutaan dolar. Kalau sabit kesalahan, blh masuk penjara bertahu2


Dia dibebaskan dengan ikat jamin yang ketat. Kes dia jadi berita nombor 1 di Australia dan Malaysia. Semua panggil dia "The Million Dollar Student" atau "Westpac's $4.6m Girl".


Semua org ingat dia akan masuk penjara.


Tapi di mahkamah, peguamnya bt hujah yg sgt bijak.


Peguamnya kata: "Anak guam saya td tipu sesiapa. Dia tdk hack bank. Dia tidak palsukan dokumen. Dia cuma tekan butang 'withdraw' di ATM dan di kaunter. Bank yg bg duit tu. Kalau ATM bg duit lebih, adakah itu salah pelanggan? Westpac yg bt silap, bukan dia."


Hujah itu, secara teknikalnya, betul dari segi undang2 jenayah di New South Wales. Untuk sabitkan penipuan, pendakwa mesti buktikan ada niat menipu (deception). Christine cuma keluarkan duit, bank yg luluskan.


Pendakwa pening. Mereka cuba buktikan dia tahu itu bkn duit dia, sebab tu dia lari. Tapi peguam bela kata, dia lari kerana takut, bukan kerana menipu.


Pada November 2017, berlaku plot twist yang tak dijangka.


Pendakwa raya New South Wales gugurkan SEMUA pertuduhan jenayah terhadap Christine Jiaxin Lee. Kes jenayah ditutup. Dia bebas.


Mahkamah kata, ini bkn kes jenayah, ini kes sivil. Bank yg cuai, bank kena tuntut balik cara sivil.


Westpac masih teruskan saman sivil utk dptkan balik A$3.3 juta, tapi dari segi jenayah, Christine sudah bebas dan dibenarkan pulang ke Malaysia.


Kisah Christine Lee jadi pengajaran paling mahal untuk bank2 di Australia. Selepas kes itu, Westpac terpaksa audit semua akaun dan tutup loophole unlimited overdraft yg wujud sejak 2012.


Dan untuk Christine, dia msuk sejarah sbg pelajar Malaysia yang pernah shopping RM14 juta dgn duit bug bank, dan lepas bebas tanpa rekod jenayah.

Rabu, 21 Oktober 2026

توكل

 Kisah Syekh Abdul Qodir Al-Jaelani

Diuji dengan Lilitan Tumpukan Hutang :


Suatu ketika, sebelum kemasyhuran nama Syekh Abdul Qodir Al-Jaelani Q.S. tersebar ke seluruh penjuru Baghdad, beliau diuji Allah dengan ujian yang berat: lilitan hutang yang menggunung.


1. Datangnya Ujian  

Pada masa mudanya, Syekh Abdul Qodir hidup dalam kezuhudan dan kefakiran. Beliau sering berhari-hari tidak makan, mengganjal perut dengan batu. Suatu saat, beliau harus menanggung nafkah para santrinya yang datang dari berbagai negeri untuk menuntut ilmu. Sementara itu, tidak ada sepeser pun harta di tangannya. 


Demi menjaga kehormatan para penuntut ilmu, beliau terpaksa berhutang kepada beberapa pedagang di pasar Baghdad. Hari demi hari, hutang itu bertambah. Para pedagang mulai menagih, sebagian dengan lembut, sebagian dengan kasar. Jumlahnya mencapai puluhan dinar emas — jumlah yang mustahil bagi seorang zahid yang hanya berbaju wol kasar.


2. Kesabaran di Tengah Tekanan  

Setiap pagi, para penagih hutang berdiri di depan pondok beliau. Namun Syekh tidak pernah mengeluh. Beliau tetap mengajar, tetap berdzikir, tetap melayani tamu. Wajahnya tenang, seolah tidak ada beban yang menindih pundaknya. 


Murid-muridnya gelisah. “Wahai Guru, izinkan kami meminta bantuan kepada para dermawan,” pinta mereka.  

Syekh tersenyum, “Anakku, jika aku meminta kepada makhluk, lalu di mana letak tawakkalku kepada Al-Khaliq? Hutang ini bukan antara aku dan mereka, tapi antara aku dan Allah yang menggerakkan hati mereka untuk memberi pinjaman.”


Malam-malam beliau lalui dengan sujud panjang. Dalam doanya beliau berbisik:  

“Ya Allah, Engkau yang menjadikan aku berhutang, maka Engkau pula yang berkuasa melunaskannya. Aku tidak takut pada penagih, aku hanya takut jika hati ini berpaling dari-Mu karena urusan dunia.”


3. Pertolongan yang Tak Disangka  

Puncaknya, seluruh pedagang sepakat datang bersamaan. Mereka mengepung pondok beliau dan berkata: “Wahai Abdul Qodir, lunasi hutangmu hari ini atau kami seret engkau ke pengadilan!”


Di saat itulah terdengar derap kaki kuda. Seorang utusan Khalifah Bani Abbasiyah datang tergesa-gesa membawa kantong-kantong penuh dinar. Dengan wajah penuh hormat ia berkata:  

“Wahai Syekh, semalam Khalifah bermimpi didatangi Rasulullah SAW. Beliau bersabda: ‘Di Baghdad ada kekasih Allah yang sedang kesulitan karena hutang. Lunasi hutangnya, jika tidak maka kerajaanmu akan binasa.’ Maka inilah 1000 dinar emas sebagai hadiah dari Khalifah, dan beliau memohon doamu.”


Syekh Abdul Qodir menengadahkan tangan, air matanya jatuh. Bukan karena hutangnya akan lunas, tapi karena Allah menunjukkan bahwa Dia tidak pernah meninggalkan hamba-Nya yang bertawakal.


4. Hikmah yang Diajarkan  

Beliau panggil semua pedagang, lalu dilunasinya seluruh hutang hingga tidak tersisa satu dirham pun. Kelebihan harta itu beliau bagikan kepada fakir miskin dan para santrinya.


Setelah itu beliau berkata kepada murid-muridnya:  

“Wahai anakku, inilah pelajaran bagimu. Hutang adalah ujian kesabaran. Jika engkau jujur, sabar, dan tidak lepas dari pintu Allah, maka Allah akan melunasi dari arah yang tidak disangka-sangka. Jangan takut miskin karena berbuat baik. Takutlah jika hatimu miskin dari yakin kepada Allah.”


Sejak hari itu, karomah beliau semakin masyhur. Orang-orang menyebut peristiwa ini sebagai “Karomah Lunasnya Hutang” — bukti bahwa tawakal yang hakiki tidak akan pernah disia-siakan.


Pesan dari Kisah Ini:  

Tawakal Total, Berusaha, lalu serahkan hasil sepenuhnya kepada Allah.  


Jaga Kehormatan,  Syekh berhutang bukan untuk dirinya, tapi untuk kemaslahatan penuntut ilmu.  

Allah Penolongnya Orang Sabar.


Pertolongan datang tepat di titik paling genting.  


Semoga kita bisa meneladani keteguhan Syekh Abdul Qodir Al-Jaelani Q.S. saat diuji dengan kesempitan dunia. Aamiin.

Selasa, 13 Oktober 2026

Cat serap

 Projek Cat Serap Bau Busuk Berasaskan Serbuk Jerami Padi dan Zink Oksida ($ZnO$) ini merupakan gabungan hebat antara kelestarian sisa pertanian (sains bahan hijau) dan kimia fotomangkin/penjerapan.


Ia sangat mantap untuk pertandingan inovasi STEM atau pameran sains kerana menggabungkan isu pencemaran bau, pembakaran terbuka jerami padi, dan aplikasi teknologi nano/bahan pintar.

1. Cadangan Nama Projek

  • EcoSorb Paint: Cat Pelapis Pintar Mesra Alam Penyerap Bau Berasaskan Komposit Bio-Silika Jerami Padi dan Zink Oksida

  • Atau: OdorShield Bio-Coat: Inovasi Cat Nyahbau Fotokatalitik Menggunakan Sisa Jerami Padi

2. Teori & Mekanisme Saintifik (Asas Kimia)

Kombinasi dua bahan ini menggunakan dua mekanisme serentak: Penjerapan Fizikal/Kimia (Adsorption) dan Penguraian Fotokatalitik (Photocatalytic Degradation).

A. Peranan Serbuk Jerami Padi (Bio-Penjerap / Silika Semula Jadi)

  • Jerami padi kaya dengan struktur selulosa, lignin, dan kandungan silika berliang (porous bio-silica) yang tinggi.

  • Apabila diproses menjadi serbuk halus (atau diaktifkan menjadi biochar/silika), ia mempunyai luas permukaan spesifik yang besar.

  • Fungsi: Bertindak seperti "span mikro" yang memerangkap molekul gas penyebab bau (contohnya gas ammonia $NH_3$, hidrogen sulfida $H_2S$, dan VOC) melalui tindakan liang kapilari.

B. Peranan Zink Oksida ($ZnO$) (Fotomangkin & Antibakteria)

  • $ZnO$ ialah semikonduktor dengan sifat fotomangkin aktif di bawah sinaran UV atau cahaya nampak.

  • Apabila terkena cahaya, elektron teruja menghasilkan radikal hidroksil ($\cdot OH$) dan superoksida ($O_2^{\cdot-}$).

  • Radikal ini mengoksidakan dan memecahkan molekul bau yang terperangkap pada permukaan cat kepada sebatian tidak berbahaya seperti $H_2O$ dan $CO_2$.

  • $ZnO$ juga bertindak sebagai agen antibakteria/antikulat pada dinding (mencegah kulat dinding yang turut menyumbang kepada bau hapak).

3. Metodologi Penyediaan Bahan

Langkah 1: Penyediaan Bio-Serbuk Jerami Padi

  1. Cuci jerami padi bersih untuk membuang lumpur/habuk, kemudian keringkan di bawah matahari atau ketuhar (60°C).

  2. Kisar jerami kering sehingga menjadi serbuk kasar.

  3. Ayak menggunakan pengayak makmal (saiz jejaring disyorkan: $\approx 100 - 200\text{ mesh}$ atau bawah $150\ \mu m$) untuk mendapatkan serbuk yang sangat halus agar tidak merosakkan tekstur cat.
    (Pilihan lanjutan: Karbonkan jerami pada suhu terkawal menjadi arang aktif biochar jerami padi untuk meningkatkan liang serapan).

Langkah 2: Formulasi Adunan Cat

Gunakan cat emulsi berasaskan air (water-based acrylic paint) putih biasa tanpa bau sebagai asas (base).

Sediakan beberapa nisbah sampel untuk menguji kesan kepekatan:

  • Sampel Kawalan: 100% Cat Asas

  • Formulasi A: 90% Cat Asas + 5% Serbuk Jerami + 5% Serbuk $ZnO$

  • Formulasi B: 85% Cat Asas + 10% Serbuk Jerami + 5% Serbuk $ZnO$

  • Formulasi C: 80% Cat Asas + 10% Serbuk Jerami + 10% Serbuk $ZnO$

Kacau menggunakan pengaduk mekanikal secara sekata selama 15–20 minit supaya partikel $ZnO$ dan jerami tersebar sekata (tidak berketul).

4. Reka Bentuk Eksperimen / Ujian Keberkesanan

Untuk membuktikan cat ini benar-benar berfungsi kepada panel penilai/juri:

Ujian 1: Ujian Penyerapan Bau Ammonia ($NH_3$) / Bau Najis

  1. Sediakan 3 atau 4 kotak ujian akrilik/kaca kedap udara yang sama saiz.

  2. Cat kepingan papan lapis (atau kadbod tebal) dengan formulasi cat berbeza dan masukkan ke dalam setiap kotak.

  3. Letakkan sumber bau terkawal di dalam kotak:

    • Menggunakan larutan ammonia cair ($NH_3$ 0.1M) atau sumber bau busuk (contoh: belacan/telur busuk).

  4. Instrumen Pengukur:

    • Gunakan sensor gas IoT MQ-135 (seperti dalam projek IoT sebelum ini) yang dipasang di dalam kotak untuk merekod penurunan paras gas (ppm) setiap 10 minit selama 2 jam.

Ujian 2: Ujian Ciri Fizikal Cat (Paint Quality)

  • Ujian Lekatan (Adhesion Test): Melukis garisan silang (cross-hatch) menggunakan pisau utiliti dan pita selofan untuk melihat sama ada cat mengelupas.

  • Masa Kering (Drying Time): Catat masa untuk lapisan cat kering sentuh (touch dry).

  • Keseragaman Warna/Tekstur: Menilai sama ada kehadiran serbuk jerami padi memberikan kesan permukaan yang terlalu kasar atau estetik bertekstur semula jadi (earth tone / textured paint).

5. Kekuatan Projek untuk Pemarkahan Juri Inovasi

  1. Prinsip Ekonomi Kitaran (Circular Economy): Menukar sisa pembakaran jerami sawah (punca jerebu bermusim) kepada produk bernilai tambah tinggi (wealth from waste).

  2. Kesesuaian Aplikasi Komersial:

    • Sangat sesuai untuk cat dinding bilik air, kawasan ternakan/kandang haiwan, dapur restoran, pusat pelupusan sampah mini, atau bilik rawatan haiwan kesayangan.

  3. Penyelarasan Matlamat SDG:

    • SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab.

    • SDG 13: Tindakan Iklim (mengurangkan pembakaran jerami terbuka).

    • SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan (memperbaiki kualiti udara dalaman / indoor air quality).

Adakah eksperimen ini mahu difokuskan kepada sumber bau khusus (seperti ammonia tandas atau bau hapak kulat), atau adakah anda ingin bantuan merangka rubrik nisbah campuran yang paling stabil agar cat tidak merekah?