Isnin, 27 April 2026

Hepi own nuting

 *INFLASI BUKAN KEMALANGAN. IA DIREKA.*


Kalau kau masih fikir semua ini “tak sengaja”…

kau dah ketinggalan jauh.


Kerajaan bukan hilang kawalan.

Mereka cipta keadaan untuk dapat lebih kawalan.


Inflasi?

Itu cuma “cukai senyap”.


Harga naik.

Kau bayar lebih.

Mereka salahkan ekonomi.

Dalam diam… mereka untung.


Tapi itu baru Step 1.


*STEP 2 LEBIH MENAKUTKAN.*


Di US, UK, Kanada…

Sistem Digital ID + CBDC (Central Bank Digital Currency)

sedang dibina… laju.


Tanpa debat.

Tanpa undian.

Tanpa perhatian media.


Bila semua jadi digital…

Setiap sen yang kau guna = boleh dijejak.

Setiap transaksi = boleh dikawal.


Orang nampak ini sebagai “kemudahan”.

Tapi bagi mereka… ini adalah kuasa.


*Dengan CBDC, mereka boleh:*

• Bekukan akaun kau

• Hadkan apa yang kau boleh beli

• Luputkan duit simpanan kau

• Potong cukai secara automatik

• Sekat transaksi yang “tak diluluskan”


Bunyi macam keterlaluan?


Lihat apa yang sudah berlaku di tempat lain.

Ini bukan teori. Ini arah tuju.


*REALITI PAHIT:*


Kerajaan sedang tenggelam dalam hutang.

Cara paling mudah untuk “selamatkan sistem”?

➡️ Kawal duit sepenuhnya.


Demokrasi tak hilang secara tiba-tiba.

Ia hilang… perlahan-lahan.


Melalui sistem moden

yang nampak “membantu”…

sampai satu hari, ia mengawal.


*Mereka jual Digital ID sebagai:*


✔️ Keselamatan

✔️ Perlindungan

✔️ Kecekapan


Tapi realitinya?

➡️ Lebih kuasa untuk mereka

➡️ Kurang kebebasan untuk kau


*Soalan sebenar:*


Kalau setiap perbelanjaan kau diperhatikan…

dan setiap pilihan kau boleh disekat…


Adakah itu masih “kebebasan”?


Ini bukan untuk menakutkan.

Ini untuk sedarkan.


Perubahan ini tak bising.

Tak drastik.


Tapi sangat… sangat terancang.

Ahad, 26 April 2026

Haji

 Kenapa Jemaah Malaysia buat haji sampai 40 hari. Bukan ke 6 hari je dah selesai buat haji?


Enam hari itu betul jika kita mempunyai pintu sesuka hati. Boleh pergi dan balik pada bila-bila masa 😆


Tapi situasinya berbeza jika jemaah haji perlu berangkat dalam jumlah yang sangat ramai.


Bayangkan Tabung Haji perlu menguruskan 31,000 orang untuk ke satu tempat yang jauhnya 7,000km atau 8 jam perjalanan. 


Untuk hantar 31000 orang tersebut perlukan sekitar 100 penerbangan. Balik juga perlukan lagi 100 flight.


Akan tetapi sehari TH paling banyak boleh uruskan maksimum 3 flight sahaja. 


Sebab urusan ground, transportation di tanah air dan di Mekah, urusan hotel, makanan dan lain-lain sekitar 1000 orang jemaah.


Jadi berapa hari diperlukan untuk hantar kesemua 31000 orang jemaah? Kebiasaannya ambik masa 30 hari untuk selesaikan semua urusan penghantaran jemaah haji ke Saudi.


Selain itu, airport di sana juga ada had maksimun. Sebab yang nak mendarat di Saudi bukan jemaah Malaysia sahaja. Ada berjuta orang yang tiba dalam tempoh sebulan serentak. Massive.


Disebabkan itulah, ada jemaah yang perlu bertolak awal sebulan sebelum wukuf di Arafah, supaya semua jemaah haji yang 31 ribu orang tadi akan berada di sana sebelum Hari Wukuf.


Nampak tak kenapa ia menjadi sehingga 40 hari?


Tapi berbeza dengan negara yang kuota haji mereka tak ramai. Contoh kita ambil Singapura. Kuota Haji mereka biasanya sekitar 900 orang sahaja.


Itu hanya memerlukan sehari pengurusan untuk membawa kesemua jemaah. Dan disebabkan itu mereka boleh pergi lebih lewat dari jemaah Haji Malaysia.


Secara kesimpulannya..


Kalau anda tergolong dalam kumpulan yang awal, maka anda juga akan pulang lebih awal. Begitulah sebaliknya.


Secara purata ia memerlukan tempoh masa sekitar 40 hari untuk menyelesaikan kesemua urusan tersebut.


Melainkan jika pergi dengan Pakej Swasta/VIP atau Visa Mujamalah yang biasanya mempunyai tempoh singkat (14–21 hari). Mereka tidak terikat dengan sistem FIFO Tabung Haji kerana menggunakan penerbangan komersial atau sewaan khas yang berbeza.


Dan melainkan juga jika kita sememangnya tinggal di Arab Saudi. Tak Sampai satu minggu dah selesai urusan Haji kita Insya Allah.


Hari 1 (8 Zulhijjah): Bermula dengan niat ihram haji dan bergerak ke Mina (Hari Tarwiyah).


Hari 2 (9 Zulhijjah): Wukuf di Arafah dan bermalam di Muzdalifah.


Hari 3 (10 Zulhijjah): Melontar Jamrah Aqabah, bercukur (Tahallul Awal), dan Tawaf Haji.


Hari 4 (11 Zulhijjah): Bermalam di Mina dan melontar ketiga-tiga Jamrah.


Hari 5 (12 Zulhijjah): Melontar ketiga-tiga Jamrah. Jemaah boleh memilih untuk Nafar Awwal (keluar dari Mina sebelum Maghrib).


Jika anda ambil Nafar Awwal, haji anda selesai di sini 5 hari sahaja.


Hari 6 (13 Zulhijjah): Jika tidak keluar pada hari ke-5, jemaah akan melontar sekali lagi dan melakukan Nafar Thani.


Ini melengkapkan tempoh 6 hari Haji anda jika mampu melakukan kesemua rukun tersebut seperti yang dinyatakan.


Pesan Atok

Isnin, 20 April 2026

Kapam


 Moden Konon, Tapi Cari Hamba:

Era Suami Robot & Isteri "Kepam" Ratu 


Zaman sekarang ni, ramai betina moden terutamanya spesies kepam berlagak kayangan dah tak pandang lelaki yang ada telo. Real men with principles? Tu semua nightmare buat diorang. Apa yang diorang lapar sangat sekarang adalah Simp Obedient Husband hahahahaha.


Kenapa?


Sebab lelaki yang tak ada backbone ni senang nak kena remote control. Diorang bukan cari teman hidup, diorang cari domestic slave yang boleh kena pijak kepala tapi tetap senyum ala Walasimp!


1. Mentaliti Semut Pekerja (The Mindless Drone)

Diorang nak ko ada mindset macam worker ant. Kerja, cari duit, balik rumah kena maki, pastu sambung kerja lagi sampai mampus. No vision, no balls, no life. Tugas ko cuma satu: jadi human ATM yang kerjanya bankroll semua lifestyle sampah diorang. Ko penat macam nak mati kat tempat kerja pun diorang tak give a fuck, janji beg tangan baru bulan ni settle. Ko tu suami ke, atau cuma pelabur tetap untuk akaun Instagram dia?


2. Sembang Ratu, Perangai Hantu

Acah-acah nak kena layan macam Queen, tapi habuk pun tak ada. Diorang nak semua privilege jadi ratu tapi tanggungjawab satu sen pun tak nak pikul. Ini bukan perkahwinan la weii tapi dictatorship yang dibungkus dengan plastik cinta plastik low cost. Kalau ko jenis yang asyik sebut "Yes, Dear" walaupun arahan dia bodoh nak mampus, tahniah... ko dah berjaya jadi anjing peliharaan paling taat dalam taman.


3. Alahan Dengan Lelaki Sejati

Kepam sangat mentakuti lelaki sejati. Lelaki sejati akan call out semua benda bodoh yang diorang buat. Lelaki sejati dapat tengok segala muslihat kepam dan tak dapat dipergunakan. Cara jijik diorang adalah label lelaki tegas sebagai "toxic". The truth is, diorang cuma nak lelaki Simp yang dah surrender maruah dia awal-awal lagi. Lelaki yang ada fear of loss melampau sampai sanggup jadi kain lap kaki janji si kepam tu tak cari jantan lain.


Kesimpulan:

Wake up, gais! Ko bukan hamba abdi yang tanggung dosa dan bil elektrik kepamist yang tak tahu bersyukur. Let us uphold the glory of patriarchy and relegate them back to their ancestral domain, the kitchen, where they truly belong😆😆

Isnin, 6 April 2026

تاءخير = خير

 Istilah تاءخير = خير (Takhir = Khair) adalah satu ungkapan atau pepatah dalam bahasa Arab yang membawa maksud yang sangat mendalam dari sudut motivasi dan kepercayaan kepada takdir.


Secara harfiah:

Takhir (تأخير): Penangguhan, kelewatan, atau sesuatu yang lambat sampai.


Khair (خير): Kebaikan atau yang terbaik.


Maksud Ringkas

"Setiap penangguhan itu ada kebaikannya."


Dalam konteks kehidupan seharian, ungkapan ini sering digunakan untuk memujuk hati apabila sesuatu yang kita rancang tidak menjadi atau tertunda. Antara pengajarannya ialah:


1. Hikmah di Sebalik Kelewatan

Kita mungkin merasa kecewa apabila urusan kita lambat selesai (contoh: lambat dapat kerja, lambat kahwin, atau lambat sampai ke destinasi), tetapi Allah sebenarnya sedang mengatur masa yang paling tepat untuk kita.


2. Perlindungan daripada Keburukan Kadangkala, kelewatan itu adalah cara Allah melindungi kita daripada sesuatu musibah yang mungkin berlaku jika urusan itu dipercepatkan.


3. Persediaan Diri

Penangguhan memberi kita peluang untuk menjadi lebih matang, lebih bersedia, atau lebih menghargai nikmat tersebut apabila ia tiba nanti.


Dalam konteks agama, ia berkait rapat dengan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu..."


Jadi, jika manusia sedang menghadapi sebarang penangguhan dalam urusan sekarang, ingatlah bahawa 


Takhir itu adalah Khair—Allah sedang menyiapkan sesuatu yang lebih baik atau pada waktu yang lebih sempurna.