📌CONTOH SOALAN TEMUDUGA IPG📌
🎓 1. Perkenalkan diri anda
Jawapan Cadangan: “Saya seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab dan minat dalam bidang pendidikan. Saya juga suka membantu orang lain dan berkongsi ilmu. Saya percaya dengan menjadi guru, saya dapat menyumbang kepada pembentukan generasi yang berilmu dan berakhlak.”
🍎 2. Kenapa anda nak jadi guru?
Jawapan Cadangan: “Saya ingin menjadi guru kerana saya mahu memberi impak kepada kehidupan murid. Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk sahsiah dan nilai murni. Saya juga minat mendidik dan ingin menjadi inspirasi kepada murid untuk berjaya.”
📚 3. Apa yang anda faham tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
Jawapan Cadangan: “Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai guru, saya perlu memastikan PdP bukan sahaja fokus akademik, tetapi juga pembentukan nilai dan sahsiah murid.”
🧠 4. Apa itu pedagogi terbeza?
Jawapan Cadangan: “Pedagogi terbeza ialah pendekatan pengajaran yang mengambil kira perbezaan murid dari segi kebolehan, minat dan gaya pembelajaran. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah supaya semua murid dapat belajar dengan berkesan.”
🤖 5. Apa itu Revolusi Industri 4.0?
Jawapan Cadangan: “Revolusi Industri 4.0 merujuk kepada penggunaan teknologi seperti AI, automasi dan internet dalam kehidupan. Dalam pendidikan, guru perlu mengintegrasikan teknologi supaya PdP lebih menarik dan relevan.”
💻 6. Bagaimana anda gunakan teknologi dalam PdP?
Jawapan Cadangan: “Saya akan gunakan video interaktif, kuiz dalam talian dan aplikasi pembelajaran untuk menarik minat murid. Teknologi membantu pembelajaran jadi lebih menyeronokkan dan mudah difahami.”
🛢️ 7. Apa pandangan anda tentang kenaikan harga minyak?
Jawapan Cadangan: “Kenaikan harga minyak memberi kesan kepada ekonomi dan kos sara hidup. Sebagai guru, saya boleh mendidik murid tentang kepentingan berjimat cermat dan kesedaran isu semasa.”
👩🏫 8. Bagaimana anda kawal kelas yang bising?
Jawapan Cadanagan: “Saya akan gunakan pendekatan tegas tetapi berhemah, seperti memberi arahan jelas, menggunakan isyarat atau aktiviti menarik untuk tarik perhatian murid. Hubungan baik dengan murid juga penting untuk kawalan kelas.”
❤️ 9. Apakah kekuatan anda?
Jawapan Cadanagan : “Kekuatan saya ialah saya sabar, mudah bekerjasama dan cepat belajar perkara baru. Ini membantu saya menyesuaikan diri dalam situasi berbeza.”
⚠️ 10. Apakah kelemahan anda?
Jawapan Cadangan: “Saya kadang-kadang terlalu fokus untuk hasil terbaik, tetapi saya sedang belajar untuk mengurus masa dengan lebih baik dan seimbang.”
🌟 Tips penting
Jawab simple + yakin + ada contoh
Kaitkan jawapan dengan peranan guru
Tunjukkan nilai: sabar, prihatin, kreatif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan