masa poknik cikgu disiplin dulu...
budak yg buli je... bila dapat bukti cukup ... poknik terus bagi surat je.
.
akta pelajaran 1959 membenarkan kita buang serta merta.
.
so buli ni buang je serta merta
tajuk surat dia - Tindakan Gantung Persekolahan Bagi Tujuan Buang Persekolahan.
.
pastu dia ada masa 14 hari utk bela diri... buang kanser ni dari sekolah... aman lah sekolah
.
macamana nak kumpul bukti?
.
senang je kumpul bukti ni.
.
tanya je mangsa buli apa pembuli tu buat. tulis satu satu.. patu tanya mangsa buli tu sapa yg nampak dia kena buli
.
jumpa sorang2 saksi2 tu, tanya dan konfemkan pembuli tu betul2 buat ke tak. Diorang nampak ke tak..
.
kalau diorang cakap mmg pembuli tu buat gitu... terus je panggil pembuli tu
.
ceritakan apa berlaku, tunjuk semua kenyataan saksi yg dah ada.. dan tanya nak mengaku ke tak. Kalau dia nak mengaku, ambik pengakuan.
.
kalau dia x nak mengaku pun xde masalah sebab kita bergerak dengan pengakuan saksi.
.
samada dia mengaku ataupun tidak, surat gantung bagi tujuan buang tu tetap keluarkan hari tu juga.
.
minta pengetua sign,
bagi satu salinan kat budak tu
pos berdaftar satu kepada alamat ibubapa
.
diorang ada 14 hari utk merayu.
kalau tak merayu, boleh buang sekolah
.
kalau merayu... buang sekolah jugak.
.
lepas tu JPN akan ambil kes dia dan akan tempatkan dia kat mana mana sekolah.
.
kalau dia datang ke sekolah kita, kita ambil je dia masuk. Dia ada hak untuk peluang kedua.
.
tapi buat dulu akujanji.
biar dia tulis dan biar dia sign akujanji tu...
dalam akujanji tu dia berjanji kalau dia ulang lagi sekali dia akan di buang sekolah serta merta
.
kalau dia ulang lagi.. kita buang terus jika cukup serius.
.
dah buang kali kedua tak masuk sekolah balik dah
.
dalam berpuluh orang yg poknik buang sekolah... xde yg masuk balik selepas kena buang kali kedua
.
orang yg x nak belajar kita kena keluarkan dari sekolah
hanya tinggalkan yg nak belajar je.
.
tapi kita cikgu disiplin mmg kena hadap risiko.
poknik sendiri kena tukar sekolah dan dimasukkan ke sekolah buangan sebab ada orang atasan yg kena pressure.
.
hidup ni macam tu lah
kita enjoy je
.
.