Kenapa PH kalah di Negeri Sembilan walaupun performance ekonomi bagus?
.
Pakatan Harapan kalah di Negeri Sembilan. Turun dari 17 kerusi kepada 11. Menteri Besar sendiri tewas di Linggi. Setiausaha Agung DAP tewas di Chennah. Dan sepanjang minggu selepas keputusan, saya melihat infografik demi infografik dikongsi — KDNK negeri naik, rizab meningkat, pelaburan berganda, lebihan bajet mencatat rekod.
.
Technically, good performance kalau tanya pendokong Pakatan Harapan. Saya tidak pasti berkenaan data negeri, tetapi data yang dipetik peringkat kebangsaan betul. Tapi itu tidak mengubah persepsi rakyat.
.
Saya pernah tulis sebelum ini tentang ekonomis jadian yang memilih statistik tertentu untuk menyokong kesimpulan yang sudah mereka putuskan lebih awal. Boleh pergi baca post saya. Masa kempen, dipersembahan rizab negeri berbilyun, pelaburan tinggi yang diluluskan, pertumbuhan KDNK, kadar pertukaran ringgit yang pulih. Bank Negara mengumumkan angka yang memberangsangkan. Semua ini dilaungkan dari pentas ke pentas oleh ekonomis-ekonomis ini.
.
But this is elections. Tidak satu pun daripada apa yang mereka kempen adalah ekonomi akar umbi - or grassroots economics. People are benevelont, but the individual is selfish. Setiap orang datang ke peti undi dan bertanya - apa aku dapat?
.
Let me explain.
.
Rizab negeri yang besar bermakna apa? Ia bermakna kerajaan negeri tidak membelanjakan wang itu untuk kemudahan rakyat. Tiada economic spillover. Wang duduk dalam akaun, tidak bergerak dalam ekonomi tempatan, tidak mencipta pekerjaan, tidak menaikkan pendapatan sesiapa. Ia kelihatan hebat dalam laporan kewangan. Ia tidak bermakna apa-apa kepada penjaja di Seremban yang jualannya menurun. So, rizab negeri yang besar tidak menjawab, "apa aku dapat?"
.
Pelaburan diluluskan? Perkataan "diluluskan" itu penting. Ia bermakna kertas telah ditandatangani. Ia tidak bermakna wang telah masuk, kilang telah dibina, atau seorang pun telah diambil bekerja. Jurang antara pelaburan diluluskan dan pelaburan direalisasikan boleh mengambil masa bertahun-tahun, dan sebahagiannya tidak pernah direalisasikan langsung. So, "approved FDI", tidak menjawab, "apa aku dapat?"
.
Pertumbuhan KDNK lima peratus bermakna apa kepada orang biasa? Kalau gaji anda tidak naik, kalau harga barang naik lebih laju daripada pendapatan anda, angka lima peratus itu adalah abstraksi yang tidak dapat dimakan. Again, "apa aku dapat?".
.
Kadar pertukaran ringgit? Kalau anda tidak pernah ke luar negara dan tidak terlibat dalam import atau eksport, mengapa ia penting kepada anda? Again, "apa aku dapat?".
.
Realitinya, mungkin hanya 15 hingga 20 peratus rakyat yang benar-benar memahami atau merasai kesan langsung daripada statistik-statistik makro ini. Baki 80 peratus hidup dalam ekonomi yang berbeza sama sekali.
.
So, let's talk about grassroots economics dan kenapa penolakan di Negeri Sembilan juga merupakan penolakan secara dasar peringkat persekutuan.
.
Bank Negara mengumumkan dalam Sasana Symposium 2025 bahawa harga makanan dan minuman naik 17.5 peratus dari suku pertama 2020 hingga suku pertama 2025. Dalam tempoh yang sama, gaji nominal sektor swasta setiap pekerja hanya naik 7.9 peratus. Timbalan Gabenor Datuk Marzunisham Omar menyatakan dengan jelas: dalam terma sebenar, gaji setiap pekerja telah menurun sebanyak 1.9 peratus. Dan yang lebih menyakitkan — produktiviti setiap pekerja naik 7.4 peratus dalam tempoh yang sama. Oversimplification: Kerja lebih masa 7%, Gaji turun 2%, Makanan naik 17%.
.
People feel this.
.
Next is housing.
.
Purata harga rumah di Malaysia pada suku pertama 2025 adalah RM486,070 menurut data NAPIC. Di Kuala Lumpur, purata harga subsale mencecah lebih RM800,000. Gaji median bulanan Malaysia adalah sekitar RM3,000 — bermakna RM36,000 setahun. Nisbah harga rumah kepada pendapatan tahunan: 13 kali ganda. Penanda aras antarabangsa untuk perumahan yang dianggap "mampu milik" adalah tiga kali ganda pendapatan tahunan.
.
Kalau anda berpendapatan RM5,000 sebulan, bank akan meluluskan pinjaman dalam lingkungan RM450,000 hingga RM480,000. Itu sudah menyingkirkan anda daripada Kuala Lumpur sepenuhnya.
.
Sekarang tengok Seremban. Purata harga rumah di Negeri Sembilan lebih rendah daripada purata nasional — dalam lingkungan RM350,000 hingga RM400,000 untuk rumah teres di kawasan yang munasabah dekat dengan bandar. Kelihatan lebih mampu milik, betul? Tapi gaji median di Negeri Sembilan juga lebih rendah — sekitar RM2,500 hingga RM2,800 sebulan bagi ramai pekerja tempatan. Buat kiraan: RM33,600 setahun berbanding rumah RM380,000. Nisbahnya masih 11 kali ganda pendapatan tahunan. Masih jauh melebihi penanda aras tiga kali ganda. Seorang pekerja kilang di Nilai atau juruteknik di Senawang masih tidak mampu membeli rumah walaupun dia bekerja sepanjang hayatnya.
.
Iskandar Abdul Samad, mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan pengalaman dalam urban planning, dalam satu podcast ada menyebut bahawa ini antara sebab yang miskin makin miskin. Mereka perlu beli rumah jauh dari pusat bandar, tempat kerja dan menambah kos transportation etc. Its counterintuitive.
.
Ini ekonomi yang memberikan impak direct kepada rakyat. Bukan rizab negeri. Bukan pelaburan diluluskan. Bukan KDNK. Those are good for reporting and international investors, but not good for election campaigns.
.
Jadi anda boleh dapatkan seramai mana pun ekonomis jadian untuk naik ke pentas dan memilih statistik yang menyenangkan. Menteri Besar boleh membentangkan senarai pencapaian sepanjang lapan tahun pentadbiran. Semuanya mungkin betul dari segi teknikal.
.
Tetapi kalau ekonomi itu tidak bergema dengan kualiti hidup yang lebih baik, dengan beban yang lebih ringan, dengan rasa bahawa esok akan lebih senang daripada hari ini — rakyat tidak akan memilih anda.
.
Itu bukan politik identiti. Itu bukan pengundi yang tidak faham. Itu adalah rakyat yang mengundi berdasarkan realiti mereka sendiri, bukan realiti yang dipersembahkan dalam infografik.
.
Anyway, tahniah kerana baca sampai habis. Sebelum komen, letakkan "grassroot economics" supaya saya tahu siapa yang baca sampai habis.
.
p/s: Jangan kecam bahawa ada banyak faktor lain. Saya explain dari angle satu faktor je. Biar la pakar lain explain dari faktor2 social engineering, human behaviour etc.