Saya terfikir satu perkara sejak kembali ke sekolah.
Since when cikgu sentiasa kena jadi kreatif, semata-mata untuk memastikan murid mahu belajar?
“Cikgu kena buat kelas fun.”
“Cikgu kena tarik minat murid.”
“Cikgu kena guna teknologi.”
“Cikgu kena buat game.”
“Cikgu kena buat aktiviti supaya murid tak bosan.”
Saya setuju guru perlu berusaha kuat untuk memandaikan murid.
Tapi sampai satu tahap, saya rasa kita kena tanya satu soalan yang sedikit uncomfortable:
Dalam proses pembelajaran itu, apa pula tanggungjawab murid?
Sebabnya proses belajar, by definition, bukan sentiasa sesuatu yang mudah dan menyeronokkan.
Belajar memerlukan seseorang berusaha untuk memahami sesuatu yang belum difahami, mengingat kembali sesuatu yang hampir terlupa, menghubungkan maklumat lama dengan maklumat baharu, membuat kesilapan, membetulkan kesilapan dan mencuba sekali lagi.
Dalam psikologi kognitif, ada satu konsep yang sangat menarik oleh Robert Bjork:
“Desirable difficulties.”
Maksud mudahnya, sesetengah keadaan yang membuat pembelajaran terasa lebih sukar sebenarnya boleh menghasilkan pembelajaran yang lebih kukuh dalam jangka panjang.
Contohnya, cuba mengingat semula jawapan tanpa melihat buku (retrieval practice), belajar secara berselang (spacing) dan menguji diri sendiri.
Semua itu memerlukan mental effort.
Dan yang menariknya, kajian psikologi kognitif menunjukkan bahawa strategi yang membuat pembelajaran terasa mudah tidak semestinya menghasilkan pembelajaran yang lebih baik. Sebaliknya, sesetengah kesukaran semasa belajar boleh meningkatkan pengekalan dan pemindahan pengetahuan dalam jangka panjang (Bjork, 1994; Dunlosky et al., 2013).
Sebab itu saya semakin kurang bersetuju dengan idea bahawa:
“Kalau murid bosan, maksudnya cikgu gagal menarik minat murid.”
Tidak semestinya.
Bosan dan susah bukan bukti pengajaran gagal.
Murid struggle nak jawab soalan pun bukan semestinya bukti pengajaran gagal.
Kadang-kadang, struggle itu sebahagian daripada proses belajar.
Of course, bukan bermaksud cikgu boleh masuk kelas, buka buku teks, suruh murid salin nota dan kemudian salahkan murid kalau mereka tak faham. 😅
Itu bukan maksud saya.
Guru tetap perlu memberikan bimbingan yang jelas dan sesuai dengan tahap pengetahuan murid. Malah Cognitive Load Theory menunjukkan bahawa working memory manusia mempunyai kapasiti yang terhad. Untuk murid yang masih novice, arahan dan bimbingan guru sangat penting; melepaskan mereka untuk “discover everything themselves” juga bukan pedagogi yang baik. Kirschner, Sweller dan Clark (2006) menunjukkan bahawa minimal guidance sering kurang berkesan untuk pelajar yang belum mempunyai pengetahuan asas yang mencukupi.
Jadi saya bukan advocate kepada teacher-centred learning.
Saya juga bukan advocate kepada student-centred learning yang mana cikgu duduk belakang kelas dan students buat presentation untuk cover semua tajuk yang dia tak sempat ajar 😏
Saya lebih percaya kepada satu prinsip:
Teacher-guided, student-effortful learning di mana cikgu menyediakan struktur.
Kemudian cikgu menerangkan.
Cikgu menyoal.
Cikgu memberi sumber.
Cikgu mencabar pemikiran.
Cikgu memberi feedback.
Tetapi…
murid yang kena berfikir.
Murid yang kena membaca.
Murid yang kena mencari hubungan.
Murid yang kena cuba menjawab.
Murid yang kena berani salah.
Murid yang kena struggle sedikit.
Murid yang akhirnya kena membina kefahaman itu sendiri.
Sebab kalaulah setiap kali murid hilang perhatian, kita tambah animation...
Setiap kali murid bosan, kita kena buat gamifikasi...
Setiap kali murid tak mahu membaca, kita pendekkan teks atau cari short cut...
Setiap kali murid tak mahu berfikir, kita terus beri jawapan...
Lama-kelamaan kita mungkin sedang menyelesaikan masalah yang salah.
Kita mahu melahirkan murid yang mampu berfikir. Tetapi tanpa sedar, kita mungkin sedang membuang terlalu banyak keadaan yang memerlukan mereka berfikir.
Dan isu ini bukan isu kecil.
Dalam PISA 2022 bagi Creative Thinking, murid Malaysia mencatat purata 25 daripada 60 mata, berbanding purata OECD sebanyak 33 mata. Pentaksiran itu bukan sekadar menguji siapa paling “kreatif”; ia menilai keupayaan menghasilkan pelbagai idea serta menilai dan memperbaik idea dalam konteks penyelesaian masalah.
Jadi mungkin persoalan pendidikan kita selepas ini bukan hanya:
“Bagaimana cikgu boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik?”
Tetapi juga:
“Bagaimana kita boleh menjadikan murid lebih bersedia menghadapi kesukaran intelektual?”
Kita kena ingat, dunia sebenar tidak sentiasa dalam keadaan gamified.
Universiti tidak sentiasa bersifat entertaining.
Buku yang penting tidak semuanya mudah dibaca.
Masalah dalam kehidupan tidak datang dengan Kahoot, Wayground atau Blooket.
Dan pemikiran kritis tidak berkembang hanya kerana seseorang menerima maklumat yang sudah dipermudahkan untuknya.
Kadang-kadang otak perlu dipaksa bekerja sedikit lebih keras.
Bukan sehingga tahap overwhelmed.
Bukan sehingga murid hilang arah.
Tetapi cukup untuk membuat mereka berkata:
“Sekejap… saya kena fikir.”
Pada saya, mungkin itulah antara ayat paling indah yang boleh keluar daripada mulut seorang murid.
Kerana pada saat itu learning is actually happening. Mungkin kita perlu berhenti bertanya:
“Apa lagi cikgu perlu buat supaya murid mahu belajar?”
dan mula bertanya:
“Apa yang murid sendiri perlu lakukan untuk menjadi seorang penuntut ilmu?”
Guru membuka pintu.
Guru menunjukkan jalan.
Guru membimbing perjalanan.
Tetapi murid tetap perlu berjalan sendiri.
#CikguShah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan