Rabu, 2 September 2026

Sound

 Pada 1997, seorang rakyat Turki, Ahmad Tekin Topuzdag, pergi tunaikan Umrah dan perasan sesuatu yang tidak kena ketika duduk dalam Masjid Nabawi.


Beliaau adalah jurutera bunyi dan sedar sistem bunyi di dalam masjid itu kurang jelas serta ada gema dan gema balik yang terlalu kuat.


Beliau beritahu AJK masjid dan mereka beri Ahmad satu bahagian untuk uji idea serta kepakarannya. 


Hasilnya, penambahbaikan yang dibuat begitu baik dan bunyinya bertambah baik.


Lalu beliau diminta untuk bantu baiki keseluruhan sistem bunyi masjid tersebut.


Dalam tempoh 10 tahun berikutnya, Ahmad naik naik taraf sistem audio di Masjid Nabawi.


Beliau kemudia turut diberi amanah kendalikan sistem bunyi di Masjid Haram. 


Mikrofon, kabel, pembesar suara dan peralatan lain semuanya diganti. Sistem suara diubahsuai ikut kesesuaian suara setiap Imam dan muazin.


Banyak pembaharuan yang Ahmad buat hingga bilangan mikrofon pun ditambah agar bacaan Imam dapat didengari dengan jelas dalam setiap pergerakan solat.


Selepas kerja-kerja tersebut selesai, kualiti bunyi jadi jauh lebih baik. 


Sebelum tinggalkan Arab Saudi, Ahmad latih jurutera tempatan Arab Saudi supaya mereka boleh uruskan sistem audio di masjid-masjid di Arab Saudi.

Bayangkan jika AJK Masjid Nabawi tak mahu dengar cadangan beliau...