Khamis, 28 Mei 2020

5 kalimah

ayat 5 kalimah

#1 – لااله الا الله محمد رسول الله
“Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah utusan Allah.”

Selain dijadikan sebagai zikir dalam hidup seharian, kalimah ini juga termaktub dalam syahadah yang utama bagi pengakuan diri setiap umat Islam yang beriman kepada الله dan Rasul-Nya.

#2 – انا لله وانا اليه راجعون
لاحول ولا قوة الا بالله العلی العظيم

“Sesungguhnya kita semua milik الله dan kepada-Nya kita akan kembali.

Tiada daya upaya dan tiada kekuatan, melainkan dengan pertolongan الله yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Biasanya, kalimah ini diucapkan kepada mereka yang menghadapi kematian. Sungguh pun begitu, ia juga boleh diucapkan bagi mereka yang menghadapi apa jua musibah seperti kemalangan, kesakitan, kebakaran, kehilangan harta benda dan sebagainya.

#3 – الحمدلله رب العلمين

“Segala puji bagi الله, Tuhan seru semesta alam.”

 sabda Baginda Nabi SAW yang bermaksud;

“Ucapan yang paling disukai oleh الله  ada empat iaitu سبحن الله, الحمدلله, لا اله الا الله, الله اكبر dan boleh sahaja kamu mulai membacanya dari mana pun.”

(Hadis Riwayat Muslim dan An-Nasaie)

#4 – بسم الله الرحمن الرحيم

 “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Setiap perkara yang mempunyai tingkah laku yang baik, jika tidak dimulakan dengan menyebut asma الله, maka perkara itu terputus (tidak membawa keberkatan).”

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

#5 – استغفر الله العظيم واتوب اليه

 “Aku memohon ampun kepada الله dan aku bertaubat kepada-Nya.”

Tahukah kita, kalimah istighfar ini mengandungi pelbagai kaifiatnya. Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Barangsiapa yang membiasakan membaca istighfar, maka الله menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan, terbuka dari setiap kesusahan dan Dia memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.”

 (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Rabu, 27 Mei 2020

pasca covid

Ini adalah sesuatu yg praktikal dan jujur dari Ketua Klinik penyakit berjangkit,Universiti Maryland,USA


1. Kita perlu teruskan hidup kita bersama2 C19 untuk berbulan2 atau bertahun.Tak perlu d nafikan atau cemas.Usah sia2kan hidup kita.Mari lah belajar hidup dengan fakta

2. Anda tidak boleh hapuskan virus C19 yg meresap ke sel2 dinding dgn meminum bergelen air panas-anda hanya perlu ke bilik air sekerap mungkin

3. Basuh tangan dan kekalkan jarak 2meter dari orang adalah cara terbaik melindungi diri anda

4. Jika tidak ada pesakit C19 di rumah ,tak perlu lah sembur permukaan rumah

5. Bungkusan kiriman, pam d stesyen,trolly d pasaraya dan ATM tidak menyebabkan jangkitan
Basuh saja tangan,teruskan hidup seperti biasa

6.. C19 bukan nya jangkitan dari makanan.Ia berkait dengan titisan seperti selsema.Tidak ada terbukti C19 dsebar dengan memesan makanan

7. Anda mungkin hilang deria bau dan mengalami berbagai alahan dan jangkitan
Ini ada lah bukan simptom C19 yg nyata

8. Bila balik rumah,tak perlu tukar baju dengan segera dan ke bilik air
Kebersihan penting,taksub tak perlu

9. Virus C19 tidak berada d udara. Titisan jangkitan yg berkesan jika berhubungan....kekalkan jarak anda

10. Udara adalah bersih,anda boleh berjalan2 d taman ( pasti kan kekal jarak selamat)

11. Memadai lah mengunakan sabun biasa untuk C19
.bukan sabun anti bakteria.Ia nya virus bukan bakteria

12. Anda tidak perlu risau bila memesan makanan.Tapi anda boleh panaskan guna mikrowave jika perlu

13. Peluang untuk bawa C19 ke rumah dengan kasut anda adalah sesuatu yg tidak terima akal.Saya berkerja melawan virus selama 20 tahun...titisan jangkitan tidak tersebar seperti itu

14. Anda tidak boleh menghalang virus dengan mengambil cuka, air tebu dan halia.Ini untuk  pencegahan bukan merawat

15. Menguna mask/topeng muka terlalu lama akan menggangu pernafasan  dan kadar oxsigen.Guna lah bila berada d tempat awam

16.  Memakai sarung tangan juga tidak perlu virus akan berkumpul ke dalam sarung tangan dan mudah merebak jika anda sentuh muka anda.Lebih baik basuh saja tangan sekerap mungkin

17.  Kekebalan menjadi lemah bila terlalu lama berada di kawansan yg kerap d nyahkuman
Walau pun anda mengambil makanan yg berkasiat anda perlu keluar rumah pergi lah taman atau pantai
Ketahanan akan meningkat dengan mendedahkan pada PATHOGEN.bukan duduk d rumah dan makan makanan yg berminyak/berempah/bergula dan minuman berkabonat

Original article

Translated by
Fuad Latiff

https://theazb.com/we-will-live-with-covid19-for-months-lets-not-deny-it-or-panic-dr-faheem-younus/

Selasa, 26 Mei 2020

asbabul nuzul

Kenapa Al-Quran tidak menceritakan secara detail tentang kisah-kisah yang dinukilkan?

Kerana Al-Quran bukan kitab sejarah, tapi kitab panduan untuk kehidupan. Ada tempat diceritakan secara detail dan ada tempat yang diceritakan secara ringkas. Pasti ada hikmah di sebalik tersebut.

Cuma untuk memahami setiap surah, perlu faham apa tema di sebalik surah, bila surah itu diturunkan. Maka kita akan faham mengapa Allah menukilkan kisah2 tertentu di dalam surah tertentu.

Banyak kisah Al-Quran ni sebenarnya refleks kepada watak pada zaman Rasulullah.

Antara watak-watak utama ialah Nabi, sahabat, quraisy, yahudi dan nasrani.

Ada kisah yg nak menguatkan nabi, ada kisah yg nak tempelak kaum quraisy, ada kisah yg nak tempelak yahudi dan nasrani.

Cth pasal kisah nabi musa, bani israel dan firaun yang diceritakan dalam banyak surah ni pun ada target wataknya siapa.

Dalam banyak surah makkiyyah, Allah cerita tentang bagaimana kesombongan firaun dan pengakhiran beliau. Ia refleks pada kesombongan kaum quraisy yang merasakan diri mereka kuat. Padahal banyak kaum terdahulu yang lebih kuat telah dihancurkan Allah. Ini tempelakan Allah pada Quraisy yang sedang cuba menindas kaum muslimin di Makkah.

Tapi dalam surah madaniyyah pun ad kisah nabi musa & bani israel, contoh dalam surah al-maaidah yang menceritakan tentang bagaimana bani israel refuse utk masuk ke bumi Palestin padahal Allah sudah berjanji yang mereka akan menang. Ini refleks pada siapa? Ini refleks pada orang islam agar tidak takut utk berjihad. Kerana Allah sudah janjikan kemenangan. Kita saja kena usaha.

Kemudian, akhirnya ia refleks pada diri kita sendiri. Al-Quran diturunkan untuk kita baca dan faham.

Kita kena hayati ibrah dari watak-watak yang Allah ceritakan tersebut agar kita terlindung dari sifat keji dan boleh amalkan sifat-sifat yang terpuji.

Allah Al-Hakim menceritakannya supaya Nabi, sahabat dan kaum muslimin memahami konteks nasihat dan panduan yang Allah nak sampaikan.

Macam kita mengajar, ada masa kita kena bercerita tentang suatu perkara yang berkaitan dengan topik yang diajar, supaya pelajar boleh faham konteks.

Tapi perlu ke cerita semua? Tidak. Nanti meleret-leret. Dan konteks pun tak dapat difahami pelajar.

Allah itu sudah pasti tidak akan dapat ditandingi kehebatanNYA. Allah itu maha bijaksana. Sudah pasti Allah lebih tahu apa yang perlu disampaikan pada hambaNYA.

Wallahu A'lam.

Isnin, 25 Mei 2020

adab

BERADABLAH, SEBELUM BERILMU

Dihikayatkan dari sayyidina ‘Umar bin Al-Khatthaab radhiyallahu 'anhu, beliau berkata:

تأدّبوا ثم تعلّموا

“Pelajarilah oleh kalian adab, kemudian pelajarilah iLmu.”
(“Syarh Mandzhuumatil Aadab” – Al-Imam As-Safaarayni)

Kedudukan adab dalam ranah iLmu sangatlah agung, kerana adab merupakan perhiasan dan mahkota bagi penuntut iLmu. Dengan adab, iLmu yang ia pelajari menjadi barakah, dan dengan adab pula semua pintu iLmu akan terbuka. Tak hairan jika dahulu para Ulama Salaf lebih banyak menghabiskan waktunya untuk belajar adab dibanding mempelajari iLmu.

Di antara adab thaalibul iLmi terhadap gurunya adalah bersabar atas kekurangannya dan tidak menyudutkan gurunya oleh sebab kealpaannya. Justru sebaliknya, seorang murid dituntut untuk berbaik sangka terhadap perilaku gurunya dan tidak sembarangan menuduhnya.

Camkan perkataan Al-Imam As-Syaafi’i dalam bait sya’ir beliau:
“Hendaknya engkau bersabar atas pahitnya perangai kasar sang guru, kerana melekatnya iLmu senantiasa menyertainya. Siapa yang tidak merasakan kehinaan belajar barang sesaat, sungguh ia akan meneguk hinanya kebodohan seumur hidupnya...

Maka siapa yang tidak mahu belajar di masa mudanya, hendaklah ia bertakbir sebanyak empat kali atas kematiannya...

Demi ALLAH, hidupnya seorang pemuda bergantung dengan iLmu dan taqwa. Jika keduanya sirna, maka tiada lagi jati dirinya...” (Abyaat Fi Thalabil ‘ILmi)

Al-Imam An-Nawawi menasihatkan, “Seorang murid hendaknya meminta maaf terlebih dahulu bila gurunya berlaku kasar. Hendaknya ia sampaikan alasan kepada gurunya itu dan mengakui bahwa dirinyalah yang patut dipersalahkan. Adab seperti itu akan mendatangkan manfaat dan lebih membersihkan Hati sang guru.”
(At-Tibyaan Fi Aadaabi Hamalatil Qur’aan)

Kendati demikian, tidaklah terlarang bagi seorang murid untuk menyampaikan nasihat kepada gurunya. Hanyalah yang dilarang jika nasihat yang disampaikan itu tanpa memperhatikan adab...

Wallahualam