Sabtu, 27 Jun 2020

riba

Riba & Dajjal

Sedikit ringkasan dari kuliah Sheikh Imran Hossein pada 26 jun di Masjid Al Ghufran.

Kalau tak insaf lagi aku tak tahu lah. Baca sampai habis. Aku tolong ringkaskan dan terjemahkan ni.

Semua ni dari apa yang Sheikh Imran kongsikan bukan dari ulasan aku sendiri.

1. Beli rumah cara islamic beng

How did ur grandfather build house in kampung ? Adakah dengan cara riba ?

Mereka bina rumah kecil dulu, bila ada duit lebih dia buat lagi bilik kecil, tandas dan lain2.

Tapi kau mahu rumah besar di Shah Alam so kau kena sujud dan patuh pada riba.

Mereka kata lagi kita tiada alternatif lain, ini kes darurat.

Sheikh tak tahu ke, bila kita takde makanan kita dibenarkan makan babi.

Ok baik. Saya kata, kalau macam tu kenapa kau makan babi selama 30 tahun dan siap jilat jari dengan lidah lagi macam ni ( Sheikh imran tunjuk jari jilat di lidah ).

Kau terlalu happy beli rumah ni. Kau beli kereta ni. Kau jilat jari kau lagi.

Yang keduanya kau mesti makan paling minimum babi tu. Tapi kenapa kau bedal sampai penuh sekor babi tu ?

Yang ketiganya bila kau bedal babi tu, kau mesti kena cari makanan lain. Bila kau dah dapat makanan lain, kau mesti kena stop segera makan babi tu.

Tapi kau siap sain kontrak 30 tahun untuk makan babi tu. Tokdan nak mikir kata Sheikh Imran.

Bab islamic beng ?

Ada penjual musang king offer 1 basket RM1000.

So saya kata saya takde duit RM1000 untuk bayar boleh bagi saya masa.

So penjual musang king kata berapa lama masa awak perlukan ? Bagi saya 1 bulan, saya bayar awak lepas 1 bulan.

Penjual kata ok, tapi bayar extra RM100 jadi RM1100. Harga pertama RM1000 ialah harga cash.

Harga kedua RM1100 adalah harga hutang disebabkan dia perlu tunggu duit dia so dia letak RM100 extra.

So perbezaan 2 harga ni not because of durian, tapi because of time. Money cannot increase over time because that is riba.

Sekiranya rumah di Taman Tun Dr Ismail nak dijual dengan harga RM1 million.

Kau takde duit then kau datang kepada aku. Ok i will sell the house for u and give the time to pay.

The cash price is RM1 million. But because u taking the credit now so the new selling price is RM2 million and i give u 5 years.

Perbezaan harga antara cash price dan credit price is riba.

Then kau bagi BIG NAME called MURABAHA. Inilah cara islamix bengking.

Tapi bila mereka di akhirat nanti, mereka akan berkata, sekiranya kita dengar dan fikir, sudah tentu kita tak berada dalam neraka hari ni.

.

2. Riba ni dajjal's major weapon.

Charity is kau bagi sesuatu pada orang dan kau tak harapkan sesuatu apa pun in return.

Riba ni pulak terbalik, kau ambil sesuatu daripada orang, dan kau bagi orang lain nothing in return.

Seorang ostad, sheikh, maulana, mufti, dah khianat Allah dan khianat Rasullulah.

Pergi dan cari mereka, adakah mereka mengangkat subjek bab riba ni.

Mereka tak naikkan walaupun jari kelingking untuk perangi riba. Mereka dah khianat Allah dan Rasul. Mereka khianat kebenaran.

Saya dah bercakap hal ni selama 25 tahun. Mereka tak dengar pun kata saya. Mereka kata saya ni sesat.

Tapi pada hari ni saya kata kau adalah yang khianat kebenaran.

.

3. Credit card

Kebanyakan mereka ada kredit kad dalam poket.

Apa tu kredit kad ? Apa salahnya kredit kad ni ?

Kalau kau tak tahu kredit kad ni kau memang bebal.

Bila guna kredit kad kau telah guna duit orang lain.

Setiap kali kau guna kredit kad untuk beli barang, kau telah guna duit orang lain bukan duit kau.

Kalau kau pakai debit kad, kau pakai duit kau sendiri.

Bila kau pakai duit orang lain, kau mesti dikenakan syarat.

Apa syaratnya ?

The condition is, if u not repay me on time, u agree to pay riba.

So dia jerut tali dah kat leher kau. Then kau kata thank you dajjal sebab dah jerut leher aku.

Then ada sorang Sheikh kata, kalau aku bayar on time, takde lah riba, so takde haram lagi.

Sheikh Imran kata ada sorang sheikh syiah di new jersey ni pakai kredit kad, sheikh imran nampak dan tanya sheikh apa ni ? Sheikh tu jawab ni kredit kad. Sheikh Imran kata ini haram.

Sheikh syiah tu kata saya bayar setiap bulan on time, so saya takde riba. 

Sheikh imran kata look, credit card ni kasi kau kontrak. Kontrak tu kata kalau kau tak bayar on time, then kau kena bayar interests.

So kau sain kontrak tu ? Sheikh syiah tu kata ya saya sain.

Ok, katalah kontrak ni kata macam ni, sekiranya kau tak dapat bayar on time, kau kena minum whiskey ? Kau akan sain ?

Sheikh tu kata no no no. If company credit card tu buat syarat, sekiranya kau lambat bayar kau kena pergi berzina, kau akan sain ? Sheikh tu kata haram haram no no.

So setuju untuk bayar riba sekiranya lambat bayar ini sama bahkan riba ni lagi berat.

1 dirham dari riba lebih berat dosanya dari 36 kali zina.

Pada hari ni boleh katakan setiap orang ada kredit kad.

Tapi masa di jahanam kau akan ingat firman Allah dan hadis Rasullulah tentang peringatan riba ni.

.

4. Laknat dari Rasullulah

Rasullulah telah melaknat penerima riba, pemberi riba, saksi dan jurutulis. Mereka semua sama saja.

Bila kau kena laknat dari Rasullulah, kau boleh solat, kau puasa di ramadhan tak diterima pun.

Sekiranya kau terkena laknat Rasullulah, kau boleh pergi haji tapi haji kau tak diterima.

Bila kau kena laknat dari Rasullulah, tempat kau jahanam kau takde lagi jalan keluar.

Kita doa kepada Allah agar Dia beri rahmat atas apa yang kita buat cuba stay away dari riba ni.

.

5. Apa beza riba dan jual beli ?

Jual beli halal di sisi Allah, Riba haram di sisi Allah sampai kiamat.

Jual beli ada risiko, riba tiada risiko. Jual beli ni kau boleh jadi untung, boleh jadi rugi.

Tapi riba ni 1 pihak sentiasa untung tanpa rugi. Yang rugi pihak 1 lagi kena tanggung dan surely dia takkan sesekali untung.

Harta kekayaan tidak akan berputar dengan riba melalui ekonomi. Duit bertambah hanya kerana penangguhan masa.

Dengan jual beli, harta berputar melalui ekonomi untuk pergi kepada seluruh peringkat sama ada yang kaya ataupun yang miskin.

Dengan jual beli, yang kaya tidak kekal kaya, yang miskin tidak kekal miskin.

Tapi dengan riba, yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin.

Dengan riba juga, yang kaya hapuskan kerugian dari dirinya, kau kebalkan diri kau dari kerugian. Pihak lain kena tanggung kerugian kau. Kau sentiasa untung, sentiasa kaya raya.

Kerana itulah riba tidak layak digelar sebagai bisnes. Kerana itulah Allah halalkan jual beli dan haramkan riba.

Jumaat, 26 Jun 2020

ejola

Aku nak share pasal exora rc...mmg lama dah aku berhajat nak beli mpv ni...aku kerja sbgai mekanik,tyreman acondman smua aku buat😁😁😁 hampir 20tahun...pada mulanya hati berkenan sesangat kat wish facelift,mmg tersangat minat,setiap kali kereta mpv cust datang aku test drive😆😆😆,tak kisah la dari model apa asalkan mpv,,,alza,odesey,wish,estima,alphard vellfire bagai,,,smua aku testdrive🤗🤗🤗,tu untungnya kerja pomen hihi,ok berbalik pada exora....jujur aku ckp pada exora yg cps dan model sblmnya lagi aku x nak komen,,aku nak komen pasal exora yg kluaran bold...bold yg model 1st generation aku test mmg bagi aku tak minat langsung....dgn enjin meroyan tak tau nak kemana bila paddle minyak di tekan rapat,bising dalam kabin mmg bt aku tak bkenan langsung...(minta maaf pada pnguna bold 1st genertion,aku just nak jujur)...so dalam hati aku masih menang wish facelift pada masa tu,estima alphard odysea jujur aku ckp aku takut nak beli,,,masalah stering rack motor slalu problem,,,stering rack,absorber liking,aku pomen pun gerun nak pakai,😅😅😅 ..subaru suv yg model baru pun slalu problem rack...(#JANGANKECAMPROTONSAJA)
ok la berbalik pada exora rc,,,sejak rc kluar ni,,aku dah test drive hampir spuluh biji lbh kot,,,yg paling tggi milage hampir 70k km,jujur aku ckp model rc ni mmg proton ada buat pnmbahbaikan dari segisetting cvt dgn running enjin,tak mcm dulu meroyan tak mntu bila paddle tekan rapat,yg kedua aku tgk kadar bunyi dalam kabin NVH,mmg terbaik...dah setanding kereta import....tak bising mcm kluaran bold sblm ni....jujur....yg ketiga suspension aku rasa tegap sikit kurang beralun ..pikup mmg terbabom kalah wish estima smua...(kategori mpv la,jgn banding dgn mustang pulak)🤣🤣🤣🤣....so aku bt kira2 mpv yg aku nak beli pun utk guna travel family saja mcm blik kmpung,so yg rodtek mpv murah just alza dan exora jer 90rgt stahun...akhir skli mnggu lpas exora rc premium aku kluar,,syukur alhamdulillah...cuma pesan aku satu jer la sbgai pomen cap ayam ni😁😁😁..kalau nak ulang alik kerja,hantar anak pergi balik skolah,jenis mpv ni mmg x sesuai....bkn ckp exora jer,,,apa model sklipun...utk longdistance mmg terbaik....mpv ni body berat,badan besar,starting nak jalan tu dia nak guna tenaga lebih utk bergerak....contoh mcm jln jem...sbb tu mpv kat malaysia ni byk yg kondem...setiap kenderaan sama jer,,,tak kira import atau local,,,smua ada masalah keturunan aku panggil...cuma exora ni ramai yg nmpak byk rosak la sbb ramai yg guna,,,😂😂😂....ingat satu jer,,,JENAMA TAK MENJANJIKAN KUALITI....NAK KALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI EXORA RC MMG PILIHAN,,,KALAU NAK MUKA,NAK BERGAYA BELILAH RECOND CAR,,,jap aku nak tambah sikit lg,,member aku cina ada satu kedai cat,,,ok la tadi aku ckp aku bkenan sgt kat wish kan,mmg bkenan sgt kan,,nak tau sbb apa aku x jadi nak ambil kereta recond ni🤣🤣🤣🤣,,,member aku cina tadi dia sub dgn used car cat keta2 recond yg baru masuk malaysia,,aku tgk keta recond yg baru sampai tu dah mcm keta kat depo majlis pbandaran,,,enterior dalam keta naik kulat,,,kulapuk bagai🤣🤣🤣,enjin jadi macam kulapuk putih mgkin tindak balas air laut dgn besi....so terus aku batal kan niat nak ambil wish....ok la aku minta maaf andaikata coretan aku ni ada yg terasa....kita kawan xmau lawan...ASSALAMUALAIKUM

dajal

*Sifat Aneh Sang Buta@Dajjaey*

Mahkluk jelik pada sifat raga dan jiwa itu sangat buruk perangainya. Satu adab dan moral pun tiada apatah lagi dengan akhlak suci. Gaya hidupnya tidak memenuhi sifat hidup orang bertuhan malah dia mengaku pula jadi tuhan. Begitu juga para pengikutnya.

Lelaki, bertubuh besar, gempal, kaki dan tangan berisi seumpama pahlawan sumo jepun hingga jalannya berselisih kaki antara dua tumitnya. Jalannya pecak.

Muka yang hodoh dengan kulit kepala yang berkedut-kedut dan rambut berkotak kotak keriting macam gaya afro African yang selalu memintal rambutnya. Stylo ala ala bob marley. Kulitnya kemerahan tapi struktur tubuhnya pendek gemuk.

Wajahnya terhapus sebelah ibarat orang lumpuh sebelah badan. Hingga kulit wajahnya terkelebeh melayut kebawah dan membawa sekali biji matanya yang tersembul dan tergantung ibarat sebiji anggur pada tangkainya. Matanya kabur, rendah tapi pandangannya bersinar menyorot jauh.

Mata buta sebelah kiri umpama kahak melekat ke dinding itu bersinar. Pada muka bentuk bundar itu terlihat kerutan dengan kulit pipi yang berkerutu terkesan dari bekas lobang lobang jeragat dan aging penuaan.

Aneh... Kulit didahi yang turut berkerut dan berjalur itu membentuk satu khat arabic dari huruf hijaiyah ---> Kaf Fa Ra... yang sangat mudah di baca.

Bibir tebal melebar macam orang gemuk African meleweh macam mulut ikan kerapu kerana di tolak kulit wajah sebelah yang terhapus namum dagunya agak besar dan terdapat rerambut janggut yang dipintal.

Tubuh gempal dan kepala besar hingga lehernya tidak kelihatan. Giginya jarang dengan lidah berwarna merah hitam. Dihadapan terlihat seperti lelaki gendut dari belakang umpama pin bowling.

Di saat dunia dilanda bencana alam, di masa kegelapan, di musim kemarau yang sangat mencekik, memeritkan, kebuluran serta kelaparan ketika itulah dajjaey muncul dengan seluruh ketumbukkan cai mahacainya ibarat adiwira sang penyelamat manusia (al masikh).

Tubuhnya "bersinar terang" bercahaya hingga ramai manusia terpesona dan mengikutnya. Dia menawar-kan apa saja diinginkan orang sebagai tarikkan disaat kebuluran yang mengazabkan.

Ketahuilah... Al Masikh bermakna Sang Raja Pendusta dan Penipu.

Dia menggunakan seluruh kemahiran dan ilmu teknologi material yang amat  menakjubkan. Silap mata (magic) itu berupa sihir yang jarang di lihat orang. Dia menguasai materi dan sifat hayatnya.

Badannya kelihatan bercahaya di waktu malam dan di masa dunia alami kegelapan. Sinar ini miliki aura memukau dan sangat mempersonakan, maka ramai mengikuti dan menyembahnya. Padahal itu barang sihir di campur ilmu teknologi material.

Dia sangat takut dengan masa Ad Dukhan (Asap yang menyelubungi dunia) kerana selepas itu nasibnya tidak akan beruntung lagi.

Dia sudah keluar 6 tahun selepas al mahdi (20_._) tetapi hanya muncul dalam baiah kelompoknya (20_._) dan dia akan di mashyurkan pada umum sedikit masa lagi. Selama ini dia bergerak dalam kabut fitnah hitam halimunan yang menipu.

Dajjaey keluar kerana satu KEMARAHAN.

Dajjeay membawa api kesesatan ramai yahudi dan wanita memboncenginya. Ketika dia memasuki sesuatu wilayah dan negara seluruh isinya akan mengikutinya. Harta kekayaan negara itu habis disedutnya mengikutinya seperti lebah terbang menuju ke sarang.

"Alim ulama", para sarjana, pemimpin dan ilmuan duniawi yang asalnya tak kalah hujjah akhirnya melutut pada dajjeay. Rasa hebat tapi akhirnya tewas dengan dajjeay. Firaun besar akhirzaman ini miliki kepintaran yang memukau.

Dan...

Tidak lama selepas itu Nabi Isa ibnu Mariyam as (al masih yang membawa pertunjuk NUR yang haq) muncul dan membunuhnya maka terhapuslah seluruh fitnah anasir doktrin dajjaliyah.

Bagaimana kita mengenali pertunjuk NUR yang haq itu ?.. sabda Nabi saw : " kamu dapat mengenalinya (setiap pertunjuk) dengan ketetapan HATI".

Lalu sucikan hati dan kawal nafsu mu itu...

Wallahualam

*jadikan amalan zikir mahkluk syurga, di saat hari kebuluran dan melarat itu zikir yg akan mengenyangkan...*

pasca covid

Saya copy dan share saja

Salam semua, izinkn saya share seloka pesanan ni..  Tertarik dgn kata2nya yg itulah realiti.. 🤗



################

Pulang dari sekolah...
Lalu di hadapan sekolah menengah berdekatan rumah.

Nahhhh......berkelompok anak anak muda tingkatan 5
Siap bertepuk tampar dan selonggok duduk bertenggek di kaki lima jalan raya
Entah kenapa....
Hati sebak...
Sebak mengenangkan bersusah payahnya kawan - kawan guru cuba menurut segala SOP yg ada demi keselamatan anak anak tercinta .

Macam ni lah....
Kita pesan - pesan sikit...

Di dalam sekolah....
Sudah terlalu banyak yg dilakukan oleh guru dlm memastikan terjaganya penjarakan sosial antara murid.

Bila umum sekolah nak di buka...
Cikgu bertukar mcm transformer.
Jadi tukang kayu
Jadi tukang cat
Jadi tukang sapu
Jadi tukang segala tukang.

Ada yg kena angkut kerusi meja
Ada yang tertonggeng tonggeng melekat tape dan buat tanda penjarakan.

Kemudian..
Orang atas datang pantau.....
Jika ada yg tak kena,
Cikgu kena ubah lagi untuk penambahbaikan

Kena orang atas yg tahu berterima kasih
Untunglah cikgu rasa sikit dihargai.
Kena yg hanya tahu nak cari salah
Habis semua dibuat serba tak kena

Cikgu hadap semua tu sebelum murid masuk sekolah
Bila hari murid masuk...
Cikgu dah awal pagi terpacak ambil suhu
Jaga punya jaga
Pesan punya pesan
Kawal punya kawal
Sampailah murid balik.

Boleh je nak buat tak tahu
Biar lah murid jaga jarak ke tak
Tapi....cikgu ni dia takut
Takut sebab sedang jaga anak orang
Jaga anak sendiri tak takut mcm jaga anak orang
Anak orang kena terguris tangan sikit main dengan kawan
Mak ayah akan dtg tanya kenapa
Mak ayah akan buat laporan di jabatan
Kemudian cikgu akan disoal siasat
Di soal mcm cikgu dah bunuh orang
Kemudian kena sedia laporan segala.
Itu baru kena terguris tangan atau tercucuk pensil.
Jadi ....boleh bayang tak kalau anak kena covid
Apa reaksi mak ayah.
Tak mungkin nak mengaku ada bawa anak ke mall
Tak mungkin mengaku pergi jalan merata.
Jadi....sudahnya gurulah yg akan di soal siasat segala
Apa cikgu buat ?
Adakah cikgu patuh sop?
Cikgu buat itu tak?
Cikgu buat ini tak ?

Ya...inilah senarionya
Dan kerana itu
Cikgu sanggup tertonggeng tonggeng menampal maccam macam bagi memastikan jarak murid terjaga.

Tapi.....sedihnya bila di luar...
Jauh dari pagar sekolah...
Mak ayah lewat jemput anak
Mak ayah lupa nak pesan dan pesan pada anak supaya jaga jarak
Lupa nak pesan pakai mask sentiasa
Maka....anak anak tak amalkan norma baharu yang ada.
Anak anak berlagak biasa.

Luluh ya...
Luluh hati seorang  guru yg melihatnya
Luluh rasa melihat usaha di dalam seakan sangat sia sia bila tiba di luarnya
Ia seakan cikgu syok sendiri
Beria menjaga sedangkan di luar
Semua beriang ria.

Tolonglah....
Jika nak hantar anak ke sekolah
Jangan main lepas tangan saja
Persiapkan anak anak dengan norma baharu
Pesan dan pesan hingga ia menjadi sebati dan boleh diamalkan anak anak
Jika anda yg menjemput anak
Jemputlah tepat pada waktunya
Jangan biar anak anak duduk melepak dengan kawan - kawannya
Ini tanggungjawab kita sebagai ibubapa.
Jika kita rasa anak masih tak mampu mengamalkan norma baharu ini
Kekalkan anak di rumah saja.
Tolong jangan menjadi punca dan asbab orang lain di luar sana mendapat susah hanya kerana sikap anak anak kita yg tak pernah kisah dengan norma baharu yang ada.

Tolong ,ya....

Rabu, 24 Jun 2020

e learning

Tips Mudah Merakam Video Mengajar

01 Mengapa Flexible Holder mesti dipendekkan
https://drive.google.com/open?id=18-M0OZ0_HhAqCgWJgQjuiafASvu9c_dc

02 Cara menggunakan Flexible Holder
https://drive.google.com/open?id=1xNRb0gB4COrK0-JeJQKDb2DBgiDPXOor

03 Kedudukan kamera tidak semesti tepat di atas kertas
https://drive.google.com/open?id=1B7qFV0FyswmMl7fU1fvXA2u2TsBkxhno

04 Masalah bayang tangan guru
https://drive.google.com/open?id=1v-AsBm100vahTpTOLSieI_pmOL5NkF_Z

05 Wajib guna earphone yang ada microphone
https://drive.google.com/open?id=1XrQg0vvSI-fehTcmVxKWeR3KCPYjwTTC

06 Awasi saiz tulisan
https://drive.google.com/open?id=1jfvWoB5mLU7NiBDswhWDOrHz4bi06RT_

07 Jangan paksa pelajar membaca buku di video
https://drive.google.com/open?id=1W5F7wM33tN-mMqEn3_hATcnJKG9twmag

08 Panjang video jangan lebih dari 4 minit
https://drive.google.com/open?id=1Yf4puvwCBnmu9K8yfbLzQ5r1SzwgVpji

09 Cara memendekkan video bagi tajuk yang panjang
https://drive.google.com/open?id=1vxyKr1kWbmovA72lf4KiEHqIQNt6AMz4

10 Lukis dulu sebelum merakam supaya video tidak panjang
https://drive.google.com/open?id=19VxcxQw7fQCUG8MXbeQF5H7QhI1sBtqf