Sabtu, 6 Mac 2021

Derma masjid

MEMBELI UBAT DEMAM ANAK DI KEDAI RUNCIT

Penulis: Abd Ghani Haron


Suatu pagi saya menunggu giliran untuk membayar barang yang dibeli di kedai runcit sambil berbual dengan seorang kenalan yang kebetulan nak beli barang juga.

Seorang ibu pertengahan umur mendukung anak kecil yang merengek dan yang mengekornya anak lelaki yang mungkin 5 tahun. Dia bertanya taukeh, “Ah Huat, ubat demam budak kecik yang minum punya ada dak?” Ah Huat membalas, “Kak, ubat demam minum punya tarak juai sini, biji punya ada. Kak pi klinik la. Kesian budak tu”. Wanita itu menjawab, “Tak cukup duit nak pi klinik.”


Saya cepat mencelah, “Kenapa kak tak pi hospital”. Dibalasnya, “Cikgu, hospital kena tunggu lama, susah bawa anak kecik. Lagi pula kena ambik teksi, mahai. Klinik satu Malaysia pun jauh, lagi pun hari ni cuti. Saya tak cukup duit, dua tiga hari lagi baru nak dapat duit kebajikan masyarakat untuk anak yatim dan ibu tunggal”. Anak yatim rupanya. Kesal saya berkata begitu padanya. Matanya mula berair, cepat dia beralih muka untuk melindungi kesedihannya. Mungkin dah semalaman anak ini demam, merengek dalam dokongan. Kepalanya panas bila saya menyentuhnya. Dia mencari ubat demam bentuk sirap untuk mudah anak kecil itu minum.


Ketika dia nak melangkah pergi dengan wajah penuh risau, kenalan saya berkata, “Cikgu, ini bagi pada saya untuk selesaikan. Saya bawa depa pi klinik.” Saya bersyukur dan minta diperiksa abangnya sekali. Mereka berjalan menuju ke sebuah klinik berhampiran. Saya menghantar mereka dengan pandangan sedih dan bersyukur. Sedih melihat ibu tunggal berhempas-pulas nak mengubat anak, bersyukur kerana Allah pertemukan dengan seorang yang lembut hatinya, ringan tangannya dan pemurah. Ya Allah.


Kita selalu lihat orang memberi bantuan makanan dan pakaian pada anak yatim, tetapi banyak orang lupa aspek yang lebih berat pada seorang ibu tunggal ialah bila anaknya sakit, di manakah wang yang dia nak dapatkan untuk membiayai ubat dan rawatan. Akhirnya, dengan apa yang ada, berikhtiarlah mereka, seperti ibu ini. Berbanding kita yang anak baru nak demam, sudah risau, terus dibawa ke klinik tanpa fikir hal belanja. Kerisauan bila anak sakit melebihi yang lain.


Semasa saya menjadi setiausaha masjid dulu, saya kutip data anak yatim dan miskin dalam qariah, dan daftarkan. Senarai mereka saya beri kepada satu klinik di pekan dan tiap keluarga diberi satu kad pengenalan. Bila ahli keluarga mereka sakit, mereka hanya perlu pergi ke klinik ini, mendapat rawatan dan ubat, tidak perlu bayar. Di penghujung bulan saya kunjungi klinik untuk membuat bayaran rawatan seluruh keluarga yang terdaftar yang mendapat rawatan. Duit yang diguna adalah dari wang disumbangkan ke tabung kebajikan anak yatin dan miskin dibawah AJK masjid. Akhirnya klinik berkenaan sendiri tidak mahu menuntut bayaran kerana katanya dia pun nak membantu anak yatim dan miskin yang telah diiktiraf oleh masjid.


Program begini amat membantu yatim dan miskin. Hilanglah kebimbangan mereka bila mereka sakit kerana ada jaminan untuk mendapatkan rawatan. Anak qariah mendapat faedah dengan menyumbang kepada tabung ini dan dengan itu mereka secara tidak sedar telah membantu yatim dan miskin. Seluruh qariah juga telah secara tidak langsung melaksana tanggungjawab membantu yatim dan miskin kerana tabung kebajikan ini juga membantu aspek bahan makanan, pendidikan disamping sakit demam.


Apa saya ajak anda fikir ialah jika anda boleh mencadang program sebegini kepada masjid atau surau iaitu mewujudkan tabung kebajikan anak yatim dan miskin. Mungkin mana-mana NGO boleh mengumpul dana dan mewujud program sebegini. Bahkan apa kata jika keluarga yang berpendapatan selesa mengambil beberapa keluarga yatim atau miskin sebagai keluarga angkat yang dibantu aspek makanan, kesihatan atau pendidikan. Ingatlah yatim disebut 23 kali dalam Quran menunjukkan perlunya diberi perhatian sedangkan ada perkara Allah sebut sekali dua sahaja tetapi kita gigih memperjuangkannya.

Ahad, 28 Februari 2021

PdPR

 [TEKNIK GURU MENGAJAR MASA KINI]


Bismillah.


Guru bukan sahaja pakar dalam bidang keilmuannya, malah guru juga perlu menjadi seorang pemudahcara dan penyampai ilmu kepada para pelajar. Dengan keadaan pelajar yang sudah 'kreatif' dan 'luar biasa', maka guru juga perlu lebih kreatif serta luar biasa. 


Jom para guru kita ketahui teknik-teknik mengajar masa kini! 


1. Active interaction

- guru mengajar dengan menggunakan elemen komunikasi seperti eye contact dengan pelajar, perubahan intonasi suara sama ada mendatar, tinggi atau rendah, dan sebagainya. Cara ini guru menjadikan interaksi bersama pelajar lebih aktif dan berimpak. 


2. Applied-learning 

- teknik memang biasa digunakan oleh guru iaitu mengajar dan menunjukkan sesuatu perkara kepada pelajar. Kemudian praktikkan semula dengan menggunakan kaedah yang sama. Sesuai untuk subjek yang praktikal seperti sains, matematik dan sebagainya. 


3. Scanning & Levelling 

- untuk teknik ini, guru perlu mengesan tahap kefahaman dan iq para pelajar sebelum mengajar. Dengan kaedah ini guru dapat mengenal pasti metode yang bagaimana sesuai dengan semua pelajar. Belum tentu juga jika berada di dalam kelas yang sama, mereka berada pada tahap iq yang sama. Boleh buat dengan cara membuat kuiz, mock-exam dan sebagainya. 


4. Discussion & Feedback

- untuk lebih memudahkan sesi PdP tersebut maka guru-guru boleh menggunakan kaedah analogi dan perumpamaan. Contohnya bila guru mengajar subjek kemahiran hidup bagi sesuatu topik, maka kaitlah dengan perkara yang berkaitan dengan kehidupan kita. Boleh juga bertanya dengan pelajar untuk beri peluang mereka berfikir dan berkongsi pandangan. 


5. Story telling 

- teknik ini sangat sesuai untuk pelajar tadika dan sekolah rendah. Masukkan elemen kejutan, perubahan intonasi suara, gunakan props yang sesuai dengan tajuk ingin dikupas. Contohnya mengajar subjek sains tentang bumi, maka boleh bawal glob bumi atau bola sebagai kaedah penceritaan yang menarik dan kreatif. 


6. Body Language

- menggunakan anggota badan dengan membuat pergerakkan supaya PdP itu lebih aktif, menarik, kreatif dan lebih utama supaya pelajar ingat. Seperti cara mengira bilangan hari sesuatu bulan menggunakan jari. 


7. Picture & Group Technology

- saya yakin wabak pandemik telahpun berjaya mengeluarkan pelbagai kreativiti guru bagi pelaksanaan pdpr. Iaitu dengan menggunakan video animasi, poster gambar, slide presentation dan sebagainya. 


8. Self Reflection 

- sangat praktikal bila guru ingin bertanyakan soalan berbentuk KBAT. Biar pelajar memberikan respons jawapan mereka dan guru hanya perlu memperbetul serta memperkemaskan sahaja jawapan pelajar. Sudah pastinya ianya selaras dengan tujuan KBAT antaranya untuk melahirkan pelajar yang lebih kreatif, inovatif, dan berfikiran luas. 

.

.

Boleh ke boleh cikgu? 

Moga bermanfaat 😁


#KhalilKongsi 

#InspirasiGuru

#InspirasiPelajarCemerlang

Sabtu, 20 Februari 2021

Doa spm 2020

 Doa untuk anak2 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2020


بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ 

ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ 

اهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞

صِرَاطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

امين


بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ

أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء  وَالْمُرْسَلِيْن

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين


🎓 Ya Allah,

Minggu  ini adalah minggu anak-anak kami menduduki peperiksaan SPM. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.


🎓 YA ALLAH,

Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.


🎓 YA ALLAH,

Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.


🎓 YA ALLAH,

berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada Mu Ya Allah.


🎓 YA ALLAH,

Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.


🎓 Ya ALLAH,

kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH.


🎓 Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.

Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah.


🎓 YA ALLAH,

Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.


 🎓 YA ALLAH,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak jiran, rakan dan sahabat kami YA ALLAH.


🎓 Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.


🎓 YA ALLAH

Perkenankanlah doa kami ini.


🎓 رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ


🎓رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 


🎓رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.


 🎓رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 

وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

وَعَلىَ آلِهِ وصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. 

سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 

وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.


 آمين يا رب العالمين.

Solar storm

 Kita mungkin Bergelap 🙏


Ada maklumat 'SOLAR STORM" akan melanda dlm tempoh terdekat


ini belum sahih tetapi kerap diperkatakan kebelakangan ini. 


Mungkin ianya tahun ini, atau tahun ke depan. 


Apa yang merisaukan. jika ini berlaku, kita terpaksa hidup untuk beberapa ketika dalam keadaan tiada elektricity 

(no elektrik)


tiada sumber elektrik. sebagaimana kita tahu, elektrik adalah sumber asas tenaga hari ini. 


perkara yang melibatkan kuasa tenaga. 

bayangkan jika ini berlaku, manusia hidup tanpa kuasa tenaga. 


dan Solar Storm juga dikatakan akan menghapuskan frequency untuk mendapatkan jaringan internet. 


maka, tiada sumber tenaga elektrik dan tiada sumber data internet. !


dan dengan itu juga, wang di bank tidak lagi boleh dikeluarkan kerana tiada sumber elektrik.


akan berlaku pertukaran mata wang serta cara mendapatkan sumber makanan. 


kita kembali hidup semula dizaman yang sebelum ini untuk beberapa ketika. 


Solar Storm ini berlaku disebabkan perubahan gelombang letupan di Matahari yang kelajuan gelombang tersebut bergerak selaju 7Juta kilometer per jam. 


ini terjadi mengikut pola kehidupan di angkasa lepas setelah beberapa ribu tahun. 


persediaan yang boleh dilakukan, bersedialah mendapatkan dan menyimpan hasil gali bumi, seperti air, dan makanan, ubat ubatan, tanaman, bahan bakar, untuk terus hidup 


serta kepingan emas dan perak sebagai

'alat dagangan"


jika kita lihat, bumi akhir akhir ini, dilanda banjir besar dan musim sejuk di beberapa tempat yang dahulunya lokasi kemarau panjang. 


selain itu, ini mungkin fasa pengenalan kepada dunia akhir zaman sebelum 'dukhan" benar benar terjadi. 


boleh lihat sendiri kajian dan penyelidikan berkenaan Solar Storm ini di YouTube bagaimana ia boleh terjadi. 


sama sama lah kita berdoa agar , Allah sentiasa melindungi diri kita dalam segala keadaan. 


امين

Jumaat, 19 Februari 2021

Kotak amal

 *RUMAH BAU MELATI*


Waktu Maghrib yang menegangkan. Orang-orang bergerak menuju rumah kosong setelah pencuri kotak amal lari ke dalam bangunan angker untuk bersembunyi.


Tidak ada azan magrib hari itu sebab seluruhnya pergi mengejar pencuri laknat yang lancang mencemari rumah suci dengan perbuatannya yang keji.


Pencuri sialan!


Dia harus ditangkap dan diadili!


Rombongan massa itu saling sahut-menyahut, menumpahkan sumpah serapah, sesekali salah satu di antara mereka meneriakkan takbir.


Mereka makin dekat. Semerbak melati dibawa angin dari arah rerimbunan pepohonan di halaman rumah angker.


Rumah bau melati. Konon sering ada penampakan wanita yang melayang-layang mengitari rumah. Ia terbang sambil tertawa cekikian.


Namun, kali ini siapa yang peduli bau melati? Siapa yang peduli penampakan hantu wanita? Orang beramai-ramai. Bahkan di dalam rombongan itu ada Pak Haji, mana mungkin wanita itu berani menampakkan diri?


Bau melati makin kental. Kian menusuk hidung. Wangi sekaligus mendatangkan ketenangan yang mengerikan. Tak berapa lama kemudian orang-orang telah sampai di halaman rumah.


"Allahhu akbar!" Pak Haji mengucap takbir. Pandangannya menatap tajam ke awang-awang. Sementara warga yang lainya senyap. Beberapa gemetaran, ada juga yang mulutnya sampai menganga.


Perempuan itu muncul, melambung-lambung di antara dua pepohonan rimbun.


"Mengapa tak ke masjid? Mengapa tak mengumandangkan azan? Bangsaku sudah bersiap menutup telinga, beberapa sudah bersembunyi di tempat pembuangan yang kedap dan bau," sergah wanita yang wajahnya tertutup rambut panjang.


"Kami mau menangkap pencuri kotak amal!" jawab Pak Haji sedikit gemetar.


"Tidak bisa! Dia mencari perlindungan di rumah kami! Wajib bagi kami untuk melindunginya!"


"Setan terkutuk! Sudah terkutuk, sukanya membela bandit yang kelakuannya terkutuk!"


"Kamu lebih terkutuk! Kalian semua terkutuk!" Lecutan kata itu diiringi tawa cekikikan. Bau melati bertebaran.


"Biar aku bacakan kamu ayat-ayat Allaah! Lekas-lekaslah terbakar dan enyah kamu ke neraka!"


Pak Haji membaca ayat kursi. Warga berdzikir bersama-sama. Dengung suara dzikir terdengar bagai segerombolan lebah.


Tak lekas terbakar, wanita itu malah menirukan bacaan ayat kursi secara fasih.


"Bagaimana bisa ayat suci itu menghiasi lisanmu, bahkan tiap hari kamu membaca berjuz-juz quran, tapi tak satu pun yang terselip di hati?" ucap wanita yang kini duduk di atas dahan pohon beringin.


"Apa maksudmu, setan busuk?"


"Aku tahu siapa si pencuri kotak amal. Dia cuman anak-anak. Dia yatim. Kini bertambah jadi piatu. Simboknya baru saja meninggal seminggu yang lalu. Tanah kuburannya masih basah lalu kini kalian mau menghabisinya? Bagaimana bisa penderitaan anak ini luput dari jangkauan kalian?"


Semua terdiam. Pak Haji makin jengkel.

"Tapi, bukan berarti dia boleh mencuri!"


"Kamu mengumumkan KAS MASJID yang PULUHAN JUTA itu melalui pengeras suara. Sementara anak ini kelaparan. Hidupnya kini sebatang kara! Lalu ke mana saja kas yang puluhan juta itu? Mengapa yang kalian pentingkan hanya pembangunan masjid saja?"


"Kalau masjidnya bagus dan nyaman, ibadah jadi tenang." Pak Haji masih membela diri meski nada bicaranya makin melunak.


"Masjid kalian makin megah, makin nyaman, tapi, Allah yang kalian sembah itu kelaparan, kehausan, sedang kalian tak mau menggubrisnya."


"Kurang ajar! Beraninya kamu merendahkan Allah. Mana mungkin Allah lapar dan kehausan!" Pak Haji kembali menaikkan suara. Telunjuknya mengacung ke atas, tasbihnya terlihat melilit di pergelangan tangan.


"Dalam setiap jiwa yang kelaparan dan kehausan, Allah begitu dekat. Apa kalian tak pernah mengasah hati nurani?" Wanita itu kembali cekikikan.


Perkataan terakhir wanita itu membuat hati Pak Haji melunak secara kaffah. Dahulu, di pondok pesantren, ia kerap mendengar hadits qudsi tersebut. Mengapa kini ia malah melupakannya? 


Tertunduk Pak Haji dalam-dalam. Betapa menyesalnya ia kini.


Bau melati semakin tidak wajar. Makin membuat pusing dan mual. Beberapa yang tidak kuat menghirup aroma kental itu akhirnya lemas dan pingsan. Pak Haji pingsan paling akhir. 

***


"Pak, bangun! Sudah Maghrib. Ayo ke masjid." Bu Haji membangunkan suaminya yang tertidur selepas Ashar.


Buru-buru Pak Haji ke masjid dan mengecek kotak amal. Masih pada tempatnya. Pucat muka pria sepuh itu karena mimpi yang terus berkelebat di benaknya


Usai Maghrib, Pak Haji dan beberapa jamaah membongkar kotak amal. Dari hasil yang didapat, sebagian dialokasikan untuk pembangunan, sebagian untuk kesejahteraan umat.


Esok hari, pak haji buru-buru membeli sembako dengan uang kotak amal, ditambah uang pribadinya. Ia mendatangi rumah anak yatim yang ada di dalam mimpi.


Tersuruk-suruk langkah Pak Haji membopong sekarung beras dan menenteng bingkisan. Beberapa warga menawarinya bantuan untuk membawakan karung beras, tapi Pak Haji menolak.


"Ini adalah kelalaianku! Aku membiarkan anak yatim itu kelaparan. Aku sendiri yang harus memikulnya!"


Sesampai di depan gubuk tua dan reyot di pinggir sungai, buru2 Pak Haji dan warga dg bangga membuka pintu gubuk yg hampir roboh itu, dan...... apa yg mereka saksikan,..... Yatim piatu itu telah terbujur kaku di atas sajadah lusuh sambil memegangi perutnya... di hadapannya ada Al Qur'an kecil yg masih terbuka pada surat Al Insan (76:8) 

(وَیُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِینࣰا وَیَتِیمࣰا وَأَسِیرًا)


Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim, dan orang yang ditawan, [Surat Al-Insan 8].


Innaa lillaahi wa innailaihi rooji'uuun


*Nabi Musa As. pernah bertanya kepada Allah, dimana ia bisa menemui-Nya. Allah menjawab : “Temuilah Aku di tengah orang yang hancur hatinya”. Karena itulah, Allah SWT menyuruh kita untuk memberi makan orang yatim, miskin dan yang tertawan hidupnya, bahkan dinilai sebagai pendusta agama jika tidak menyantuni mereka (QS.2:177,90:14-16,93:9-10,107:3).*: 😭😭😭😭😭


Dan bisa jadi anak yatim itu ada di sekitar kita?

Siapa peduli??

Mereka bisa kelaparan di tengah kotak amal MASJID YG RATUSAN JUTA. *NGANGGUR.*

Mereka bisa kelaparan ditengah masyarakat yg berkelebihan.

Sudahkah kita jadi penolong mereka?

Berapa yg kita beri pada mereka? 😭

Astaghfirullahaladzim


Ampuni kami Ya Rabb

Ampuni kami


😭😭😭😭😭