Jumaat, 9 April 2021

Fatamorgana

 KEGILAAN FATAMORGANA


Seorang ayah datang berjumpa seorang pengamal perubatan Islam mengadu tentang anak bujangnya. Satu-satunya anak yang tinggal di rumah ketika itu.


Pemuda itu seorang graduan universiti tetapi sudah 3 tahun menganggur. Dia tidak ada inisiatif untuk mencari kerja tetapi menghabiskan masanya di dalam bilik dengan bermain game di gadget.


Kurang mahu berbual dengan ibubapa atau adik beradik lain apabila mereka datang berkunjung, emosinya terserlah semasa menyendiri; berbual, menjerit & bergelak ketawa di hadapan komputer. Makan atau solat pun kena disuruh. Lazim, siang tidur - malam berjaga hingga ke Subuh.  


Aneh. Si ayah merasakan anaknya terkena gangguan, mungkin disihir.  


"Pakcik, benar anak pakcik tu kena sihir. Sihir Yahudi. Itulah tipu daya dunia yang penuh ilusi. Ketagihan game ni pakcik, lebih bahaya dari merokok"


Anak saya budak baik, bukan bukan jahat . Dia jarang keluar rumah & bergaul tak tentu arah. Sentuh rokok pun tidak. Apalagi dadah"


"Pakcik, orang gila pun tak jahat bukan?"


Anak saya waras, sihat walafiat. Bukan gila!


"Anak pakcik ni, jika saya katakan gila itu dah keterlaluan. Tetapi itu hakikatnya. Gila ilusi yakni jiwanya tak hadir di alam nyata."


"Hidupnya dalam dunia fatamorgana. Jiwanya ketagihan sesuatu yang bukan realiti. Game peperangan yang ditaja Yahudi tu telah meragut jiwa anak pakcik. Dunianya hanya sekitar itu & dia bersungguh-sungguh menjayakannya."


" Yang bermain di akal fikirannya adalah bagaimana untuk menang, visual-visual skrin sentiasa terpampang di mindanya. Hampir setiap saat. Apa langkah seterusnya, bagaimana strategi untuk menawan watak & apa langkah untuk menghadapi situasi itu ini, apa cara untuk meningkat ke level seterusnya dan sebagainya."


" Kehidupan alam realiti, bermesra dengan keluarga tidak penting. Apabila berbicara dengannya, seolah-olah dia tiada di situ. Jiwa dan rohnya diragut dunia fatamorgana. Bukan sahaja ibu ayah, adik beradik;  Allah & Rasul lagilah tiada dalam hidupnya. Jiwanya kosong. Zero."


" Saya nak tanya, pakcik menyara anak 100% bukan? Termasuk bil internetnya."


Ya. Di rumah kami ada internet tanpa wayar.


" Beginilah, balik rumah nanti pakcik potong cable wireless tu. Maksud saya, tamatkan perkhidmatannya.  Hakikatnya pakcik sedang menanam saham akhirat (aka neraka) dalam perkembangan jiwanya kerana pakcik yang membayar bilnya. Pakcik harus luangkan lebih banyak masa untuk berbual dengannya."


Tak boleh potong wi-fi tuan. Nanti anak saya mengamuk.


" Pakcik sayang sangat dengan anak pakcik tu nampaknya. (Aka takut). Jika perkara ini berlarutan bagaimana rasanya kehidupan rumahtangga dia nanti."


Pakcik diam.


" Pakcik boleh datang seminggu lagikah untuk melaporkan perkembangan terbaru selepas ambil langkah potong wi-fi?"


Pakcik diam.


" Pakcik kena bertegas dengan anak pakcik, pakcik kan orang tua. Anak pakcik bukannya budak-budak lagi. Layan dia seperti seorang dewasa. Langkah seterusnya pelan-pelan pulaukan dia, beritahu isteri pakcik jangan masak untuk anak. Moga-moga dia sedar dia memerlukan siapa dalam hidup ini."


"Ajar dia untuk menghargai kehidupan terutamanya orang tua. Semoga Allah dan Rasul ada dalam hidupnya suatu hari nanti"


Pakcik tunduk, tetap diam dan membisu. 


ANTARA TANDA DEKATNYA KIAMAT, DI AKHIR ZAMAN LAHIRLAH ANAK-ANAK YANG BERLAGAK SEBAGAI TUAN KEPADA IBUBAPANYA DI DALAM RUMAH.

Ahad, 4 April 2021

Organik

 ALKANES:

Free radical substitution


ALKENES:

1)Preparation Of Alkenes:

   -Dehydration: Conc. H2SO4 (heat)

   -Dehydrohalogenation: KOH, ethanol


2)Chemical Reaction:

   -Hydrogenation: H2, Pt (Pt=catalyst, can be Ni or Pd etc)

   -Hydration: H30+ or H20,H+

   -(i) Hydrohalogenation: Markovnikov: HX

    (ii) Hydrohalogenation: Anti-Markovnikov: HBr, ROOR(peroxides)

   -(i) Halogenation: X2,CH2Cl2 (inert) dihalides major

    (ii) Halogenation: X2, H2O (Forms Halohydrin as major product)

        {Halohydrin:  R-CH(OH)=C(X)-R  }


3)Oxidation Of Alkenes:

   -Cold KMnO4 (dilute), OH-

   -Hot KMnO4/conc. H+

   -Ozonolysis: (i)O3 (ii)Zn, H2O


BENZENES:

1)Chemical Reactions on Benzene Ring:

   -Halogenation: X2, FeX3

   -Nitration: Conc. HNO3 '&' Conc. H2SO4

   -Friedel-Craft Alkylation: RCl, AlCl3

   -Friedel-Craft Acylation: R(Cl)C=O, AlCl3


2)Chemical Reactions of Toluene:

   -Oxidation: KMnO4, H3O+ (heat)

   -Halogenation: X2, uv


3)Additional Notes: 

CH3 of toluene is an ortho, para director. Thus, nitration, F-C Alkylation, F-C Acylation and reaction with X2, CH2Cl2 will not disturb the CH3 group on toluene but it will substitute with H on benzene ring at Ortho and Para position. Both Ortho and Para formed are major products.


HALOALKANES:

1)Chemical Reactions:

   -NaOH(aq) (forms alcohol

   -CH3CH2OH (forms ether)

   -NH3, ethanol (forms RNH2)

   -CH3ONa, ethanol (forms ether)

   -KCN, ethanol (forms RCN)

   -CH3CH2COONa, ethanol (forms ester)


2)Gridnard Reagent, RMgX:

   -Formation of RMgX: 

    {  RX+Mg, dry ether -> RMgX  }

   

   -Reaction of RMgX with:

    -metanal, H3O+ : forms primary ROH

    -other aldehydes besides methanal, H3O+ : forms secondary ROH

    -ketone, H3O+ : forms tertiary ROH

    -H3O+ : forms alkane


Slamat mnduduki PSPM II😄✌

Share3! Ingt, jika kita permudahkn urusan org lain, Allah juga akan permudahkn urusan kita.. Insyaa AlLah

Rabu, 31 Mac 2021

Roofrack

 Saya kongsikan sedikit pengalaman sebagai pengguna baru Roofbox. Semoga memberi manfaat kepada rakan rakan yang sedang mempertimbangkannya.


Saya punya dari jenama TAKA MD-500 TB.


1. Saiz atas kertas adalah 500 liter. Tetapi pada saya jangan dibandingkan dengan 500 liter boot kenderaan sedan - yang itu lebih berbentuk empat segi dan tinggi, maka lebih fleksibiliti dari sudut barangan yang boleh diisi. Roofbox oleh kerana bentuk yang lebih slim dan dengan kehadiran hinges, lock mechanism dan kepit ketam menjadikan usable space di dalam roofbox lebih terhad.


2. Saya gunakan soft baggage untuk memudahkan barangan diselit selit pada ruangan yang ada dan mengikut bentuk roofbox.


3. Bentuk yang panjang memudahkan untuk simpan barangan camping seperti folding bed/chair dan khemah.


4. Berat muatan roofbox adalah sekitar 60kg iaitu berat setelah berat maksima muatan roofrack 75 kg ditolak berat roofbox sekitar 15kg. Jadi kena agak agak atau timbang jugalah berat muatan sebelum dimasukkan dalam roofbox. Ala ala nak naik kapal terbang 😅


5. Wind noise dari roofbox/roofrack akan kedengaran sekitar kelajuan 110 kmj ke atas. Tapi tidaklah kuat mana bunyinya - cuma memang boleh dengar. Bolehlah berlawan dengan tyre noise dan bunyi enjin/cvt 😉


6. Saya difahamkan kelajuan maksima dengan roofbox adalah 140 kmj. Saya belum cuba sampai kelajuan tersebut dengan roofbox. Setakat had laju lebuhraya, pengendalian sama saja tiada perubahan ketara melainkan wind noise yang saya sebutkan di atas.


7. Tapi pada Jalan berselekoh memang ada sedikit pertambahan rasa olengan (pendulum effect). Pada saya tak jadi masalah, perlahankan saja sikit kenderaan - penumpang pun lebih selesa.


8. Ikut ukuran yang saya buat ketinggian Exora dengan roofbox hampir 2.1 meter, jadi perlu berhati hati jika berhasrat untuk memasuki parkir bawah tanah. Saya sendiri belum cuba lagi.


Semoga memberi manfaat kepada rakan rakan.

Selasa, 30 Mac 2021

Ilmu vs duit

 Saya boleh sahaja mengulang hujah “biarlah kami tidak kaya, asalkan kami berilmu” untuk berdiskusi dengan golongan – golongan mata duitan yang entah mengapa dewasa ini, suka benar menghina serta mempermain – mainkan lepasan universiti. Namun hujah tersebut pada saya terlalu apologetik, terlalu mengalah. Jadi kepada golongan “aku tak lepas SPM pun aku boleh naik Honda. Hang mengaji sampai jadi anak dara tua, gaji lagi rendah dari waktu aku jadi drebar lori bawak baja”;


Tahukah anda?


Seandainya Profesor Diraja Ungku Aziz menghabiskan masa mudanya dengan membina jenama dan mengasaskan perniagaan berjuta, hari ini majoriti golongan marhaen tidak akan pernah mampu menjejakkan kaki ke tanah suci. Namun kita bertuah kerana Prof Ungku Aziz memilih untuk mendalami bidang ekonomi, dan hasil kajian ilmiah serta kecerdasan buah fikirannya, tertubuhlah Tabung Haji. 


Tahukah anda?


Sehebat manapun anda berniaga. Sepetah manapun anda memajukan jenama. Dan selicik manapun anda menambun harta di negara – negara seperti Malawi dan Liberia, kemungkinan untuk anda hidup bahagia selama – lamanya adalah lebih rendah daripada kebarangkalian untuk anda sakit dan mati pada usia muda.  


Di Liberia, 14 orang doktor berkhidmat untuk 1 juta rakyatnya sedangkan di Malaysia, 700 orang doktor berkhidmat untuk jumlah rakyat yang sama. Kita bertuah kerana di Malaysia, golongan pelajar perubatan dan sains kesihatan tidak tertarik untuk berhenti belajar kerana “jual nasi lemak tepi jalan pun boleh beli Vellfire lagi awal dari doktor”.


Hari ini anda kaya kerana sistem percukaian yang direncana oleh para sarjana ekonomi.


Hari ini perniagaan anda maju kerana mesin yang dicipta oleh lulusan kejuruteraan


Hari ini anda sihat dan bertenaga atas bantuan lulusan perubatan.


Hari ini anda kenal Tuhan kerana golongan agamawan yang jauh merantau mencari ilmu untuk diajarkan.


So, to all those who like to condemn the university students, we do not need your sympathy nor do we owe you an apology for the life that we have chosen upon ourselves. And after all those ridicules and cynics coming out from that filthy mouth of yours, if you are to die of STD related oral thrush, the doctors would still treat you patiently. Because that is what knowledge is for, to serve for the betterment of humanity

Isnin, 29 Mac 2021

Melayu

 Betul ke Melayu tu malas dan tidak berdaya maju ?

.

1. Pada tahun 1247, seorang raja Melayu bernama Chandrabhanu Sri Dharmaraja dari kerajaan Tambralinga (sekarang - utara semenanjung Malaysia / selatan Thailand) menyerang Sri Lanka. Beliau berjaya menakluki bahagian utara pulau (kawasan Jaffna sekarang). Chandrabhanu kemudian diganti oleh anak beliau, Savakanmaindan, yang mempertahankan takhta Jaffna itu hingga ke tahun 1270. [Sekiranya anda mencari peta bahagian utara Sri Lanka, anda akan menemui kawasan bernama Chavakacheri. Chavakacheri bermaksud penempatan (kacheri) Jawa (Chava). (Orang Sri Lanka dahulu merujuk kepada orang dari Nusantara sebagai Jawa.] 

.

2. Insiden ini cukup signifikan dalam sejarah Nusantara kerana sebuah kerajaan Melayu menyerang dan menakluki kawasan yang begitu jauh (lebih dari 3000 km) dari tanah asal. Bukan mudah untuk belayar 3000km dengan segala bala tentera hampir 800 tahun yang lalu.

.

3. Insiden ini secara langsung mencerminkan kepakaran maritim dan keupayaan tentera laut orang Melayu zaman dahulu. Kejadian ini direkodkan dengan jelas di sejarah India dan Sri Lanka. Malangnya, kejayaan ini langsung tidak diceritakan dalam buku sejarah kita, tidak diajar di sekolah kita dan saya pasti, 99.9% penduduk Malaysia, termasuk orang Melayu sendiri, tidak tahu akan fakta ini.

.

4.Sekiranya anda membaca buku sejarah kita, terdapat banyak rujukan mengenai saudagar Arab, saudagar India, saudagar China, saudagar abcd, dll yang datang untuk berdagang di Kedah, Melaka, Pattani, Langkasuka, dsbnya di zaman kerajaan Melayu dahulu. Rakyat Malaysia juga diajar bagaimana Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dll datang ke tanah kita dan mempengaruhi budaya tempatan.

.

5.Tetapi buku teks sejarah kita membisu mengenai pengembaraan orang Melayu ke rantau lain. Sejarah maritim rumpun Melayu tidak diceritakan. Masyarakat rumpun Melayu dah pandai belayar lebih 2000 tahun yang dulu. Sekiranya anda membaca sejarah India, Sri Lanka, Arab dan China – saudagar/ pedagang Melayu dah lama menjalankan perniagaan di negara-negara tersebut. Seawal 1000 tahun yang lalu, pedagang Melayu berlayar hingga ke semenanjung Arab. Terdapat banyak rujukan di banyak pelabuhan India lama mengenai "pedagang Melayu dengan prahu mereka" . Bahasa Melayu menjadi lingua franca rantau ini - dari Teluk Bengal ke kepulauan Nicobar hingga ke Vietnam and Papua, bahasa Melayu boleh digunkan pada masa dulu.

.

6. Pelaut Melayu telah belayar dan menetap di pelbagai pulau / wilayah di lautan India (Madagascar, Chagos, Seychelles, Sri Lanka, India, Andaman & Nicobar, Maldives, Mauritius, kepulauan Comoros, Zanzibar) lebih dari 1500 tahun yang lalu – lama sebelum Orang Eropah mula belayar di perairan ini.

.

7.Buku sejarah kita banyak menceritakan tentang orang luar yang datang untuk berniaga di sini ... namun tidak menceritakan mengenai pedagang dan pelaut  Melayu yang berlayar jauh di zaman dulu. Contoh yang paling baik yang langsung tidak disebut dalam sejarah kita ialah bagaimana masyarakat rumpun Melayu sampai ke Madagascar hampir 1500 tahun yang lalu (semasa zaman kerajaan Sri Vijaya). Bahasa Malagasy yang digunakan di Madagascar hari ini adalah bahasa Austronesian, iaitu rumpun bahasa yang sama dengan bahasa Melayu.

.

8. Mungkin ramai di sini yang pernah dengar mengenai kerajaan Kedah Tua. Kerajaan kuno ini telah wujud hampir 2500 tahun yang lepas. Masyarakat Melayu di zaman kerajaan Kedah Tua merupakan masyarakat yang sofistikated. Mereka mahir dalam industri melebur besi. Bukan mudah untuk melebur bijih besi – kerana kita memerlukan suhu sekitar 1538 darjah C. Bijih besi yang dilebur di Kedah Tua diekspot ke India dan Arab di mana ianya digunakan untuk membuat senjata dan peralatan lain. Dan semua ini berlaku di antara 1000 – 1500 tahun yang lepas – pada masa itu Melaka belum wujud lagi. [Sultan Kedah pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Mudzaffar Shah I pada tahun 1136, hampir 300 tahun sebelum Parameswara tiba di Melaka]

.

9.Jadi… kenapa saya bangkitkan hal ini?

.

10. Saya rasa kebanyakkan orang Malaysia, termasuk orang Melayu, terutama generasi muda, tidak tahu mengenai sejarah mereka sendiri. Cara sejarah diajar di sekolah seolah-olah sejarah orang Melayu ini hanya bermula dari kesultanaan Melaka. Anak anak kita diajar seolah olah masyarakat di tanah air ini adalah masyarakat pasif yang sentiasa diserang and ditakluk oleh negeri barat bermula dari Portugis hingga ke Inggeris. Memang buku sejarah kita ada menceritakan mengenai kesultanan Melayu dan zaman kegemilangan Melaka. Tetapi ini merupakan hanya sebahagian kecil dari sejarah tanah and rumpun Melayu. 

.

10.Orang Melayu perlu tahu akan kegemilangan kerajaan Melayu zaman zaman dulu dan bukan hanya terhad kepada Melaka. Mereka perlu tahu akan kebolehan perdagangan, pengembaraan serta kekuatan tentera laut kerajaan Melayu lama yang menyerlah dari zaman dahulu lagi.

.

11.Masyarakat yang tahu akan sejarah mereka sendiri serta faham sejarah kegemilangan rumpun mereka akan menjadi masyarakat yang lebih konfiden dan berdaya maju. Dan  masyarakat yang faham sejarah kegemilangan mereka akan menjadi masyarakat yang beraspirasi tinggi (because you have done it before, you can do it again).

.

12.Tuduhan Melayu itu malas dan tidak dinamik adalah langsung tidak88 berasas apabila kita melihat sejarah rantau ini sepanjang 2000 tahun yang lepas.


  "TANAH MELAYU TANAH BERDAULAT"  🇲🇾