Sabtu, 15 Mac 2014

helang

Pada satu ketika dahulu, seorang raja menerima hadiah dua ekor helang yang tercantik di dunia.
Raja menyerahkan dua helang tersebut untuk dilatih oleh seorang pengawal diraja yang mahir dengan burung.
Berbulan lalu, pengawal itu memaklumkan kepada Raja, hanya seekor helang sahaja yang terbang anggun di langit, dan seekor lagi hanya hinggap di dahan pokok diraja tidak mahu bergerak.


Raja yang bimbang dengan keadaan helang tersebut mencari bomoh, pawang dan juga doktor untuk mengkaji mengapa helang kedua bersifat demikian.
Namun demikian, helang kedua masih tidak mahu bergerak daripada dahan diraja yang dihinggapnya walaupun pelbagai cara digunakan.
Kebuntuan, Raja memikirkan untuk mencari jawapan dari luar istana. Raja mengarahkan agar membawa balik seorang petani yang memelihara helang di tepi gunung.
Petani dibawa balik pada waktu malam. “Bantu beta rawat helang di atas dahan itu. Pastikan ia terbang seperti helang yang seekor lagi.”
Subuh besok, raja bangun dan melihat ke luar tingkap dan terlihat dua ekor helangnya sedang terbang anggun di langit.
Raja yang sangat gembira terus mencari petani untuk mendengar petuanya.
“Bagaimana tuan buat helang kedua terbang?”
“Mudah saja tuanku. Patik potong dahan yang sedang dihingapnya,” jawab petani.
Wahai anakku,
Kamu dilahirkan ke dunia ini dan dikurniakan dengan potensi pelbagai. Akan tetapi kamu tidak akan mengetahui potensimu sekiranya kamu takut meninggalkan dahan selesamu.

Kadangkala Allah sedang mematahkan dahan tersebut supaya kamu terbang semula. Kadangkala kamu sendiri yang perlu patahkan dahan tersebut untuk meneruskan kerja kamu menimba pengalaman hidupmu.
Senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan