Isnin, 4 Mei 2026

Adab pelajar

 Masuk kelas hari ini, kita tak lagi berhadapan dengan murid seperti dulu.


Yang kita hadap sekarang… cabarannya lain macam.


Bukan sekadar ajar silibus, tapi kadang-kadang terpaksa berhadapan dengan perkara yang tak pernah kita bayangkan sebagai seorang pendidik.


Mari kita lihat satu per satu.


1. Adab semakin terhakis


Hari ini, ada murid yang berani bercakap kasar, mempersendakan guru, malah tidak lagi melihat guru sebagai individu yang perlu dihormati.


Bayangkan seorang guru berdiri di hadapan kelas dengan niat mendidik, tetapi disambut dengan gelak tawa sinis, kata-kata yang menyakitkan, dan sikap tidak peduli.


Kalau adab runtuh, ilmu pun susah nak masuk. Sebab itu, pendidikan adab perlu kembali jadi keutamaan, bukan sekadar mengejar A dalam peperiksaan.


2. Batas pergaulan semakin kabur


Ada kes murid yang sudah melampaui batas sehingga ada yang bercakap lucah, membuat gangguan, malah berani menghantar mesej tidak senonoh kepada guru.


Ini bukan lagi “nakal remaja”. Ini tanda rosaknya sempadan antara hormat dan bebas.


Anak-anak perlu dididik bahawa maruah itu bukan bahan gurauan. Apa yang dianggap “biasa” hari ini, boleh jadi dosa besar yang mereka bawa sampai bila-bila.


3. Media sosial membentuk lebih daripada ibu bapa


Apa yang mereka lihat di telefon, itulah yang mereka tiru. Bahasa, gaya, cara berfikir sehingga semuanya diserap tanpa bertapis.


Masalahnya, dunia digital tidak mendidik… ia hanya mempengaruhi.


Kalau tiada bimbingan, anak akan membesar dengan nilai yang tidak jelas. Sebab itu, kawalan dan bimbingan ibu bapa sangat penting, bukan sekadar beri gajet untuk diamkan anak.


4. Guru semakin hilang sokongan


Bila guru tegur, ada ibu bapa yang terus mempertahankan anak tanpa usul periksa.


Akhirnya guru rasa seperti berjuang seorang diri. Nak tegas salah, nak diam pun salah.


Kalau rumah dan sekolah tidak sehaluan, anak akan keliru yang mana yang betul dan mana yang boleh diabaikan.


5. Tekanan emosi guru semakin berat


Ada guru praktikal yang baru seminggu sudah rasa putus asa. Ada yang hilang semangat untuk mengajar.


Orang nampak cikgu mengajar depan kelas, tapi tak nampak apa yang mereka tahan dalam hati setiap hari.


Sedangkan satu perkataan penghargaan pun mampu mengubah hari seorang guru.


6. Generasi baru, cabaran baru


Anak-anak hari ini membesar dalam dunia yang pantas, bebas, dan penuh pengaruh luar.


Guru bukan lagi sekadar mengajar, tetapi perlu mendidik jiwa, membetulkan akhlak, dan memimpin emosi.


Pendekatan juga perlu berubah iaitu dengan lebih banyak sentuhan hati, bukan hanya tekanan akademik.


Akhirnya, ini bukan tentang siapa salah.


Ini tentang bagaimana kita semua iaitu ibu bapa, guru, dan masyarakat berganding bahu membentuk generasi akan datang.


Kalau hari ini kita biarkan…

esok kita akan menyesal.


Dan waktu itu, mungkin sudah terlambat untuk kita perbaiki.


Begitulahh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan