Isnin, 13 Jun 2011

10 wajib kawen...

…..السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pernah kah anda berasa sunyi dihati walaupun dikellilingi ramai orang? hah itu dah ade tanda2 wajib kahwin tu. Jalan jalan ke blog kawan, baca tentang artikal 10 tanda wajib kahwin. Ceh kalau bab kahwin ni memang cepat je klik nak baca. oh tidak. Gatal eh. Mane ade mane ade.
Cinta bertambah indah dengan ikatan pernikahan..

10 tanda wajib kahwin
1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.
“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)
Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai ‘buah hati’. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua.” – Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.
Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.

2. Kehidupan yang tidak terurus.
Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya.” – Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.
3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina
Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya ‘ya’ dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa.” – Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.
“Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka…” – Surah an-Nur: 30-31
Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.
“Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya.” – Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.
Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.
ALLAH berfirman:
“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” – Surah ar-Rum: 21
4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.
Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.
“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” – Surah at-Taubah: 71-72
5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:
“Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.” – Hadith riwayat Abu Daud.
Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:
“Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara.” – Hadith riwayat Muslim.
Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.

6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.
Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga).” – Surah ali-Imran : 14
Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.


7. Jatuh cinta pada seseorang.
Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah ‘Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.’ Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.

ALLAH berfirman:
“DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya…” – Surah al-A’raf: 189
8. Desakan hawa nafsu
Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:
“Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya.” – Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.
Maksud ‘wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan’ bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.


9. Beronani.
Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi’e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas.” – Surah al-Mukminun: 5-7
“Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal.” – Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa’i dan Ahmad.
Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.

10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.
Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.
ALLAH berfirman:

“…Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja…” – Surah an-Nisa’ : 3.
Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.

Ahad, 12 Jun 2011

Haiwan alam dan manusia


1. The Cone Snail
Bentuknya memang indah seperti tidak berbahaya. Tapi jangan silap kerana dengan racun dari sengatnya (hujung pangkal mulutnya) boleh dipanahkan seperti panah HARPOON, dapat membunuh hanya dalam masa 4 minit.

Betapa hebatnya, tembakan panahnya boleh menembusi baju selam yang tebal. Pada masa haiwan ini mengigit saraf-saraf akan menjadi tidak berfungsi, mangsa akan jatuh dalam keadaan "beku" dimana tak ada otot yang boleh digerakkan. Betapa dashyat nya, racun binatang ini di gunakan oleh CIA untuk senjata pelumpuh.

2. Poison Arrow Frog

Katak ini adalah satu-satunya haiwan yang dikenali boleh membunuh manusia hanya dengan "SENTUHAN" Racunnya bukan terletak di taring atau lidahnya, tetapi di kelenjar kulitnya. Katak ini boleh melompat sejauh 2 meter tingginya dan jika tersentuh maka nantikanlah kesannya.

3. The Lazy Clown


Hidup di hutan Amazon, di selatan Brazil .Anggota binatang serangga "LONOMIA" nama aslinya Taturana Tatarana. Binatang ini sejenis ulat-ulat pohon yang biasa kita lihat.Tetapi yang berbeza dari ulat pohon kebanyakan. Duri-durinya yang berjumlah ratusan tersebut menyimpan racun-racun yang membunuh dan sudah memakan belasan mangsa setiap tahunnya.

Racunnya adalah ANTICOAGULANT paling extreme yang pernah ada. ANTICOAGULANT boleh memecah belah dan menghancurkan susunan sel darah.

4. BEAKED SEA SNAKE

Kalau anda pergi ke kepulauan India dan Asia , pantai-pantai daerah India atau di sekitar Teluk Persia ,jangan hairan jika melihat binatang sejenis ular boleh berada di dalam laut lepas. Nama ilmiahnya Enhydrina Schistosa. 

Racun binatang ini terkenal akan kesannya. Tapi jumlah racun segitu sudah lebih dari cukup untuk membuat anda kehilangan nyawa. Orang-orang Singapura dan Hongkong sering menjadikan ular ini sebagai lauk makan malam.


5. STONE FISH

Binatang ini tidak seperti haiwan lain kebanyakan yang suka bersembunyi, bersiap sedia semasa mangsa mendekati dan menyerangnya. Cukup hanya terdiam tanpa kata dia sudah boleh membunuh mangsanya. Duri-duri yang terletak di hampir semua bahagian binatang ini bagaikan parade jarum racun HYPODERMIC.

Setiap duri cukup untuk membunuh para penyelam dalam hitungan beberapa minit. Tetapi yang mengerikan bukanlah kematiannya melainkan saat-sat menjelang kematian. Racun dari Ikan ini sangat berbisa hingga lebih baik menyerang bahagian tubuh yang terkena racun tersebut daripada hidup sesaat pun dengan racun itu.


6. BOX "COFFIN" JELLYFISH

Chironex fleckeri adalah ubur-ubur berukuran kecil. Besarnya hanya 16 inci. Binatang unik yang mempunyai 24 pasang mata dan tentaclenya yang membawa ribuan dosis nematocysts. Jarum-jarum Microscopisnya terangsang tidak hanya oleh keinginan "si empunya" tetapi juga oleh sentuhan lembut di kulit binatang ini. Elokah binatang ini dan anda akan merasakan racun Syaraf (NEUROTOXIN) paling kuat yang pernah ada.

Sengatannya disebut juga "THE SEA WASP" yang di deskripsikan oleh ahli sebagai siksaan yang mengerikan. Ratusan bahkan Ribuan sengatan akan dirasakan oleh korbannya. Hingga boleh menimbulkan efek SHOCK yang mengerikan dan merobek kulit-kulitnya.

Bayangkan ditusuk dengan ribuan jarum suntik yang berukuran kecil dan tipis dalam sekali waktu, kurang lebih itulah rasanya. Hal yang mengerikan tentang binatang iniadalah Racun dan sengatnya bisa membunuhmu bukan lagi dalam hitungan minit atau saat, tetapi murni dengan hitungan REFLEK.

Fakta tentang Ubur-ubur ini:
  • Tentacle beracunnya boleh disimpan untuk waktu yang cukup lama. bahkan tentacle yang dikeringkan boleh di aktifkan bila terkena air.
  • BoX Jellyfish sebenarnya bukan ubur-ubur, tetapi Cubozoans (binatang yang berbentuk kubus)
  • Boleh membesar sehingga seukuran kepala manusia dewasa dan tentacle nya boleh membesar sehingga 3 meter panjangnya.

Beca Sedunia



  1. Beca Jerman (VeloTaxi)
  2. Beca Jepun (beca manusia)

  3. Beca Inggeris



  4.  
  5. Beca Amerika

  6. Beca China

  7. Beca asli Indonesia

7. Beca Malaysia
http://www.utusan.com.my/pix/2011/0212/Utusan_Malaysia/Timur/wt_04.1.jpg

Haiwan suara lantang..

Binatang menghantar maklumat untuk alasan-alasan yang sangat spesifik, seperti untuk tanda bahaya atau untuk mengawan.
Beberapa panggilan tersebut begitu keras dapat melalui air atau melalui pokok-pokok dalam jarak yang jauh untuk sampai ke penerima mereka, seperti binatang berikut.


1. Paus Biru


Suara paus biru adalah yang paling kuat di bumi, dengan kekuatan 188 desibel, jika kita bandingkan dengan konsert rock yang rata-rata hanya mencapai 100 desibel, maka ini hampir dua kali ganda.
Paus biru jantan biasa menggunakan suara kuatnya untuk menarik pasangan yang jaraknya ratusan mil jauhnya.

2. Howler Monkey


Binatang ini ditemui di hutan Hujan Amerika. Boleh membesar sehingga mencapai tinggi 4 kaki dan biasa hidup berkumpulan.
Lolongan monyet ini boleh didengari sehingga 10 mil, dan masuk rekodguinness sebagai the loudest land animal.

3. Gajah


Ketika gajah memijakkan kakinya,getaran boleh didengari sehingga 20 mil melalui tanah. Sebagai informasi gajah juga melakukan komunikasi melalui kaki yang dihasilkan getaran tersebut.
Kajian di afrika mengidentifikasi gajah menghantar maklumat untuk peringatan, untuk menyapa dan untuk mengumumkan..”Let’s go..”.
Suara ini berkekuatan 80-90 desibel, lebih kuat daripada kebanyakan manusia bertempik.

4. North American Bullfrog


Namanya berasal dari suara kuatnya, teriakan jauh yang dikeluarkan katak jantan. Suaranya boleh didengari hingga satu setengah mil jauhnya, membuat mereka jauh lebih besar dan lebih ganas daripada sebenarnya.
Untuk membuat suara beresonansi yang digunakan untuk panggilan mengawan, katak jantan mengepam udara bolak-balik antara paru-paru dan mulut dan diseberang pita suaranya.

5. Hyena

Jika anda kebetulan mendengar suara tertawa atau melihat hyena, kami sarankan anda meninggalkan tempat itu.
Hyena membuat staccato, serangkaian suara hee-hee-hee bernada tinggi atau disebut “cekikikan” oleh ahli zoologi ketika mereka sedang terancam, dikejar, atau diserang. Tawa mengganggu ini boleh didengari hingga lapan mil jauhnya.

6. Singa Afrika


Mungkin adalah binatang yang suaranya paling dikenali, raungan singa jantan digunakan untuk memburu saingan dan untuk menunjukan dominasi.
Sedangkan singa betina meraung untuk melindungi anaknya dan menarik perhatian singa jantan. Auman singa yang didengari boleh mencapai 5 mil jauhnya.

7. Northern Elephant Seal Bull


Sepanjang garis pantai California, hidup gajah laut berwajah aneh, dengan moncong besar dan bergerak terhuyung-huyung.
Ketika tiba waktunya untuk mengawan, yang jantan mengeluarkan panggilan serupa dengan suara gajah.
Panggilan ini dapat didengari untuk beberapa mil, memungkinkan jantan dan betina yang dekat tahu siapa yang berkuasa

keter + motor



Kenderaan ini telah di cipta oleh Francois Knorreck dan di beri
nama The Snaefell Hybrid Car.Kenderaan ini mengambil masa 10 tahun ,10,000 jam dam 15000 paun
untuk menyiapkannya...