Baru habis layan podcast DAS Abdul, owner bantal 7 bintang yang tersohor. Memang kental beliau ni. Cerita jatuh bangun dari kecil sampai sekarang.
Aku sendiri tak sangka aku boleh layan 73 episod podcast malam tadi. First time layan podcast semua episod ni. 😅
Part paling menyentuh bagi aku ialah bila dia ambil keputusan tinggalkan mak ayah, pindah ke Johor sehelai sepinggang. Bawa isteri dan dua anak. Anak bongsu baru habis pantang.
Dengan berbekal duit simpanan yang sedikit, dia cuba buat bisnes Supa Doopa. Dah dapat tapak cantik, tapi kena sailang. Dia tak dibenarkan masuk tapak itu, dan idea dia orang lain buat.
Jam 2 pagi dia terbaca nasihat kata 'Nak berniaga, mulakan apa yang ada ditangan'
Masa tu kat tangan dia ada bantal. Dia kejut wife dia bagitahu idea nak jual bantal. Wife dia setuju je.
Terus dia ke KL ambil bantal bermodalkan RM1600. Lepas tu join car boot sale. Buka bonet jual bantal.
Dari awal sejak dia menjual, tak ada satu pun bantal dia laku. Isteri sambil dukung anak kecil turun bantu. Anak yang masih menyusu.
Memang dia rasa loser gila melihat isteri dia sambil dukung anak dok ajak orang membeli, "Bang. Beli bantal bang".
"Kak, beli bantal kak"
Masa tu dia dah rasa give up nak jual bantal. Satu pun tak laku. Saat dah nak balik, baru pintu rezeki terbuka. Seorang cikgu borong habis bantal dia untuk letak kat homestay.
Terus harapan bersinar kembali. Dan sejak itu bantal dia makin laris hingga ada 44 orang staff, 10,000 orang dropship. Sale sebulan RM1.6 juta. Siap pasang billboard merata. Pakai Merc mewah dan pelbagai kereta lagi.
Dari kereta Merc RM800k harga, sekarang naik Myvi je. Namun dia bagitahu dia bangga dan bahagia naik Myvi sekarang ni.
Lepas Covid, bisnes dia jatuh teruk. Makin lama makin merosot hingga terpaksa jual aset dan kereta. Masa tu hutang dia RM6 juta.
Dia sempat merasa naik sekejap pada 2024, bisnes makin okey di Tiktok. Sempat bayar hutang RM2 juta sebelum kembali jatuh lebih teruk.
Saat paling loser dia rasa bila anak dia berbisik dengan anak kecilnya nak pinjam duit adik RM5 untuk beli buku.
Bila dia tanya anak dia, kenapa minta dengan adik, tak minta dengan ayah, anaknya jawab,
"Kan ayah tengah struggle sekarang"
Memang dia kata, saat tu dia rasa sangat-sangat sedih dan loser. Dia cuba jual macam-macam, jadi affiliate dan sebagainya, namun semua buntu dan tak berjaya.
Sampai suatu hari, isteri dia kata,
"Bang. Pergilah solat Subuh di masjid"
"Tapi abang kena hantar anak ke sekolah setiap pagi"
"Tak apa. Biar saya hantar anak tu. Abang pergi solat berjemaah"
Dari situ dia start solat berjemaah. Setiap kali bangun pagi nak ke masjid untuk solat berjemaah, dia rasa dia menang. Inilah kemenangan sebenar, walau masa tu bisnes masih teruk.
Dan dari situ perlahan-lahan bisnes dia naik balik dengan produk DAS Lega. Kini kehidupan lebih selesa walau tak sama macam dulu.
Beliau berpesan, kepada yang nak buat bisnes, elakkan berhutang dan guna kad kredit. Salah satu punca kejatuhan beliau adalah kerana hutang, gaya hidup dan kereta mewah.
Beliau juga berpesan, ada masalah, mengadulah pada Allah. Mengadu dalam sujud seikhlas hati. Minta doa agar diberikan rezeki Halal yang cukup juga. InsyaAllah doa akan dimakbulkan satu demi satu.
Best layan podcast macam ini. Membuka minda, memberi inspirasi dan mendidik jiwa.
Terima kasih DAS Abdul sudi berkongsi kisah hidup.
#MFS
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan