Ahad, 3 Julai 2011

talqin yang menggerunkan

TALQIN YANG MENGGERUNKAN...

Hari ini hatiku terdetik untuk mencari maksud talkinyang selalu dibaca untuk orang Islam yang meninggal dunia. Jadi, kalau boleh semasa membaca, sebut-sebutlah nama kita sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..


Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala

Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt,

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”

Sabtu, 2 Julai 2011

Atomic structure animation

selamat

Bangkitlah wahai pejuang Islam..>!

Sudah mnjadi Sunnatullah perjuangan yg sesat atau batil cepat diberi kemenangan,

Lihat sahajalah sejarah diantara perjuangn para Rasul dengan prjuangan Namrud,

Firaun dan Abu Jahal siapa dahulu mendapat kemenangan?

Perjuangan para Rasul didahulukan dengan kekalahan,apakah ia salah,tolong ambil perhatian.

Awaslah!

Kalau ada satu jemaah atau satu parti diberi kemenangan lebih dahulu janganlah anggap itu kebenaran.

Kerana apa yang berlaku didalam sejarah,yang batil lebih dahulu diberi kemenangan.

Oleh itu salah tidak mesti kalah,yang benar tidak mesti menang dan mndapat kejayaaan.



Mengapa kebenaran didahului dengan kekalahan?!

ia sudah tentulah mempunyai banyak hikmah yang tersirat kalau kita faham.

Pertama: Kebenaran mestilah melalui pendidikan,mendidik melalui masa yang panjang baru menang.

Kedua: Para pejuang mestilah diuji lebih dahulu dengan kesusahan dan penderitaan untuk tapisan agar dapat orang yang benar2 bertaqwa.

Ketiga: Berlama-lama itu untuk merekadiberi pahala yang besar,ini lebih penting dari menang,menang hanya nikmat dunia,pahala adalah di Akhirat.

Keempat: Supaya terasa bahawa kebenaran itu adalah sangat mahal hingga bersusah payah baru diberi kemenangan.

Kelima: Diuji dan panjang masa baru menang,supaya dapat orang yg benar2 ikhlas didalam perjuangan.

Keenam: Diuji dengan teruknya dan panjang pula perjuangannya,supaya orang yang berlakon dan hendak mencari peluang dan ambil kesempatan tidak boleh bertahan lama,akhirnya terbuka juga tembelang.

Ketujuh: Supaya benar2 terpisah diantara orang Tuhan dengan orang syaitan.

Kelapan: Barlama-lama berjuang baru dapat kemenangan supaya berlaku tapisan demi tapisan hingga tinggal sedikit,yang tidak logik lagi mendapat kemenangan, kemudian diberi kemenangan,supaya nampak bahawa kemenangan itu dari Tuhan bukan dari tenaga pejuang,agar para2 pejuang merendah diri dan tidak sombong serta bersyukur kepada Tuhan.

Kesembilan: Agar yang tinggal itu pilihan dari pilihan agar kebenaran itu diberi kepada orang yang benar2 baik,yang telah menjual dunianya untuk akhiratnya, setelah mereka berkuasa,mereka benar2 boleh berkhidmat untuk Tuhan dan kepentingan insan,bukan kepentingan peribadi,keluarga dan kroni2 hingga mereka disayangi oleh orang.

Kesepuluh: Supaya mereka diberi kemenangan dan terus disambung oleh generasi kemudian,berkurun-kurun lamanya,kerana berkat pejuang pertama yang begitu ikhlas dan pilihan Tuhan,orang kemudian hanya mendapat rahmat dan berkat.

Kesebelas: Kebenaran itu diberi kemenangan setelah pengikut2nya tinggal sedikit kerana diberi kemenangan secara khawariqul 'adah iaitu secara mukjizat atau secara keramat,supaya dapat dilihat oleh semua orang yang menang itu adalah orang Tuhan.

Kedua belas: Setelah diberi kemenangan kepada orang Tuhan,mereka tidak akan ada hendak membalas dendam dan menzalim kepada musuh2nya.

Ketiga belas: Setelah orang yang menang itu membawa Tuhan dan kasih sayang dan keadilan,orang ramai pun jatuh hati dan sayang,mereka pun beramai-ramai masuk islam,kerana terpengaruh dengan pejuang2 kebenaran.

Keempat belas: Akhirnya lahirlah satu kehidupan yang amat indah,berkasih sayang,berkerjasama,rasa bersama,bertolong bantu,macam satu keluarga,bahagia dan harmoni. Hasil perjuangan lahirlah masyarakat atau negara baldatun thoiyibatun warabbun ghafur.

Haraplh diambil perihatian,kalau ada golongan umat islam,cepat atau sudah mndapat kemenangan,itu bukan perjalanan para Rasul,alaihimussolatuwassalam.

Walau pun mereka umat islam,sudah pasti perjuangan mereka didalam kebatilan.

Tanda tidak benar mereka menang,didalam suasana ramai.

Kemenangan mereka bukan di backin oleh Tuhan.

Bukan secara khawariqul 'adah.Seperti berlaku kepada para Rasul alaihimussolatuwassalam.

Walau pun menang tidak akan dapat mnegakkan baldatun thoiwibatun warabbun ghafur.

Mereka menang adalah secara istidraj,yang dimurkai oleh Tuhan.

Setelah mereka berkuasa masyarakat tetap penuh,dengan gejala masyarakat yang tidak sihat.

Koreksilh prjuangan,adakah menang secra taqwa,atau scara istidraj?

Apakah kamu mendapat kemenangan

setelah melalui tapisan demi tapisan?

Kamu menang diwaktu sedikit atau ramai? setelah ada kuasa adakah orang sayang, taat setia atau taat pura2 kerana kepentingan?

Sesudah menang adakah kamu dapat menegakkan masyarakat yang bersih daripada,maksiat dan mungkar?

Berlakukah ukhuwah,kasih sayang,keselarasan,rasa bersama,berkerjasama hingga masyarakat penuh bahagia dan harmoni?

Oleh itu kemenangan kamu masih didalam persoalan,kemenangan kamu jangan2, didalam kemurkaan Tuhan,bukan keredhaan Tuhan.

sahabat

sahabat 011 18 Syarat Bersahabat
sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa disisi
Antara syarat-syarat bersahabat ialah:

1. Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kita bantu sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun nasihat dan pandangan kita.
2. Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kita tidak mampu, minta maaflah kepadanya.
3. Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlu kita bantu.
4. Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.
5. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai seperti mereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagainya.
6. Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhannya.
7. Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.
8. Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kesedihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dan kesusahan sama.
9. Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.
10. Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarganya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengumpatnya.
11. Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kenalah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.
12. Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, kenalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.
13. Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jemputannya.
14. Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya selepas matinya.
15. Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambil perhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.
16. Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukan di majlisnya.
17. Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.
18. Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangan dan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawab terhadapnya.
Oleh itu, bersahabat besar ertinya. Kerana itulah Rasulullah SAW memanggil pengikut-pengikutnya dengan perkataan Sahabat. Padahal di dalam bahasa Arab ada perkataan lain yang makna lahirnya agak sama, misalnya zamil atau rafiq. Tetapi erti sahabat lebih mendalam dan mesra.
IMG 41841 18 Syarat Bersahabat
Erti sahabat, orang yang sentiasa mengiringi kita, sentiasa ada di samping kita atau selalu berdekatan dengan kita. Erti mengiring atau sentiasa di samping atau berdekatan dengan kita itu, bukan erti luaran sahaja. Bukan sekadar lahiriah sahaja tetapi batinnya sekali. Seperti mengiringi dan mendampingi hati kita. Dekat dengan hati kita. Dengan kata yang lain, seseorang sahabat itu sentiasa memerhati dan memikirkan kehidupan lahir sahabatnya seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, situasi tempat tinggal, sakit pening, susah payah dan pendidikannya.


Sumber: 18 Syarat Bersahabat | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/18-syarat-bersahabat/#ixzz1QyAKa8we

Solo vs kawen


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.