Rabu, 13 Julai 2011

kacak di jenazah

Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W   Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.   


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. 


Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'   Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'   Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi     Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'     Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana     'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'         S


aat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je.. Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan. Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke . Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung" namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.

Selasa, 12 Julai 2011

subuh berjemaah2


Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.
Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.
Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.
Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin Al-Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.
Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.
Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.
Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki.
Wahai teman seperjuangan! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.
Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.

Isnin, 11 Julai 2011

Tidur cara rasul SAW

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiR2Ps0EyWXvUiTA4Qq8EF8HrrwhYcT7y8YY-7cUcOP2cg9HpfwMEJJIJ-ibFRX3kFyTtwpKRPmkdrk2lT2_hdE9b-R7IWDz9KMq7dNCjY56ikxqczaTfNPCC12vMXiOix6THKCQ_8aTsI/s1600/jay-tidur.jpgengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.  

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. 

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.


4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. 

Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. 

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ramadhan AlMubarak...!!!

pada 01hb Ogos pukul 4.30 pagi di 
Di rumah sendiri,masjid,surau,dan di mana jua tempat yang sesuai untuk beribadah

Marhaban Ya Ramadhan Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan yang penuh mulia, Bulan Ramadhan yang penuh dengan Rahmat serta mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu marilah kita sama-sama mengucapkan " Marhaban Ya Ramadhan " Selamat datang Ramadhan mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan berlapang dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan keluhan. Rasulullah SAW sendiri sentiasa menyambut dengan gembira setiap kali ketibaan Ramadhan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda; " Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. 

Allah memfardukan atas kamu puasanya. Didalam bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan. " HR Ahmad 

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu kerana kita mengharapkan agar jiwa dan raga kita diasah dan diasuh untuk melanjutkan perjalanan menuju ke pangkuan Allah SWT. Perjalanan kepada Allah itu dilukiskan oleh ulama salaf sebagai pengalaman yang penuh ujian dan rintangan. Ada gunung yang harus dihakis. Itulah nafsu. Di gunung itu ada lereng yang curam dan ganas pula perjalanannya tetapi apabila tetap membaja sebentar lagi akan nampak cahaya terang-benderang dan saat itu akan nampak dengan jelas rambu-rambu jalan, nampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh serta telaga- telaga jernih untuk melepaskan dahaga. 

Apabila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kenderaan Ar-Rahman untuk membawa musafir bertemu dengan kekasihnya. Untuk sampai pada tujuannya, tentu diperlukan bekalan yang mencukupi. Bekalan itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan sholat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama. Melangkah masuk gerbang puasa, bererti memasuki gerbang untuk merenungkan dan latihan. 

Oleh itu, sudah semestinya sebelum melangkahkan kaki kita perlu menyiapkan diri serta menyediakan bekalan yang perlu. Bekalan serta latihan yang perlu disediakan ialah : 

* Mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa, agar apabila kita memasuki dan menjalani ibadah puasa itu dengan pengetahuan yang diperbaharui dengan mempunyai pedoman yang baik dan petunjuk yang sempurna. 

* Memperlihatkan kegembiraaan dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa, sebagaimana dilalui Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya. 

* Memperbanyakkan doa semuga Allah memberikan tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah mentaufikkan kita supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas, jauh daripada perasaan ria, ujub, sumah dan segala penyakit yang menghilangkan pahala puasa. Kata Al Mualia ibn Fadlil; " Para sahabat membagi tahunnya kepada dua bahagian. Bahagian pertama, mereka menggunakannya untuk memohon kepada Allah agar menerima puasa yang dilaksanakan. Bahagian kedua, mereka menggunakannya untuk berdoa, memohon dan mengharap kepada Allah agar memberikan tenaga dan kekuatan untuk melaksanakan puasa yang akan datang itu." 

* Menguatkan semangat untuk menjalankan latihan dengan sempurna, agar kita memperolehi kesan-kesan yang diharapkan daripada berpuasa itu. Bulan puasa itu adalah bulan latihan jihad, memerangi hawa nafsu serta tamak . Bulan puasa itu juga adalah bulan bercucuk tanam untuk AKHIRAT, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan mensucikan diri dari dosa serta menghias diri dengan budi pekerti yang tinggi. Oleh itu, kita perlu menyiapkan diri bagi menunaikan segala hak puasa. 

* Menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amalan yang kita tanam pada bulan Ramadhan. Ini adalah kerana jika seseorang menanam benih, tidak menyiraminya dan tidak menjaganya dengan baik, akan mengeluh dan menggigit jari ketika menuai kelak iaitu ketika dihadapan ALLAH SWT 

* Membuang adat tradisi yang memberatkan. Kita dapati sebahagian besar umat Islam menanti kehadiran bulan puasa dengan memberatkan diri dalam urusan pembelanjaan dan macam-macam barangan dibeli untuk menyambut puasa. Seorang ulama Salaf menjual jariahnya kepada seorang saudagar hartawan, maka ketika jariah itu melihat betapa besar himmah tuannya yang kaya raya itu dalam menyediakan makanan puasa, dia bertanya kepada tuannya itu; " Untuk apakah tuan menyediakan makanan ini, selama yang sudah-sudah, tuan tidak sesungguh ini mencari dan mengumpulkannya? " Saudagar hartawan itu menjawab, " Untuk bulan puasa yang sedikit hari lagi akan tiba ". Mendengar jawapan tuannya, jariah itu berkata, " Kiranya tuan tidak pernah berpuasa selain daripada puasa bulan Ramadhan dan kiranya tuan mengadakan puasa Ramadhan itu untuk bersedap-sedapan dan membanyakkan makanan, saya tidak dapat bersama tuan, sudilah kiranya tuan menjual saya kembali kepada tuan saya yang dahulu. 

" Memberatkan diri dan boros berbelanja kerana puasa adalah keadaan yang tidak sekali- kali disukai syara. Syara menyuruh kita membanyakkan memberi makanan kepada fakir miskin dan memenuhi dengan sempurna hak keluarga, bukan menyuruh kita membanyakkan makanan pada bulan puasa ini. Itulah bekalan serta latihan yang perlu kita laksanakan bagi menyambut kehadiran Ramadhan. Bekalan serta latihan itu sewajarnya membantu kita melaksanakan ibadah puasa dengan penuh nikmat serta memenuhi kehendak agama Islam. 

Rasulullah mempunyai tatacaranya tersendiri ketika menyambut Ramadhan. 

Pertama : Baginda memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Ini dapat dilihat menerusi hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Aisyah yang bermaksud; " Adalah Rasulullah SAW kadangkala terus menerus berpuasa, hingga kami mengatakan bahawa Baginda tidak pernah berbuka dan kadangkala terus berbuka hingga kami mengatakan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat Baginda banyak berpuasa sebagaimana puasa di bulan Syaaban.

" Kedua : Mengadakan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menyambut Ramadhan. Pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasulullah berceramah di hadapan golongan sahabat untuk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman yang bermaksud; " Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah dihadapan kami. Maka baginda bersabda; ' Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasaNya . 

Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada satu malam yang terlebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan. " Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka " Selamat datanglah " kepadanya. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu akan sentiasa dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah menjadikan puasanya satu kewajiban dan qiam pada malam harinya suatu tatawwu. 

Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardhu pada bulan lainnya. Ramadhan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan yang memberikan pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka. 

Orang yang memberikan makanan itu akan memperolehi pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir kurma, atau seteguk air atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya keampunan dan akhirnya kemerdekaan daripada neraka. Barangsiapa yang meringankan beban seseorang ( membantunya ) nescaya Allah mengampuni dosanya. 

Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara pada bulan Ramadhan. Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Allah dan dua perkara lagi kamu sangat menghayatinya. Dua perkara yg pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepadanya. Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan perlindungan daripada neraka. Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya daripada kolamKu dengan sekali minum, dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya sehingga dia masuk ke dalam syurga. 

Berdasarkan hadith ini maka sudah sewajarnya ketika mengakhiri bulan Syaaban untuk memasuki bulan Ramadhan, kita mengadakan pertemuan atau ceramah bagi memberi panduan kepada masyarakat iaitu apa yang perlu dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan kelak. 

Ketiga: Mengucapkan "Niat" kerana ketibaan bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Ahmad dan An Nasa-i dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW sentiasa menggembirakan kalangan sahabat atas ketibaan bulan Ramadhan. Rasulullah SAW menggembirakan kalangan sahabat dengan hadithnya yang bermaksud; " Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahmu berpuasa didalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. " 

Berdasarkan penerangan hadith ini, perlulah kita mengucapkan tahniah sebagai tanda kegembiraan menyambut bulan yang berbahagia ini. Kita perlu memberi ucap selamat keatas ketibaan bulan yang dibuka didalamnya segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta dibelenggu segala syaitan. Justeru bagi menyambut kehadiran Ramadhan ini kita berusahalah mengikuti segala garis panduan yang dinyatakan. Semuga kehadiran bulan Ramadhan ini akan memberi cahaya keimanan yang lebih terang buat kita semua. 

"Amin Amin Ya Rabbal A'lamin"

AlQuran

Assalamualaikum w.b.t


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl... 


Amalan membaca Al-Quran memang dituntut dan mempunyai begitu banyak kelebihan, diantaranya: 


1- Ibadah yg paling utama dari segi bacaan. 


2- Pahala membaca satu huruf dari A-Quran: Menurut Ibu Majah digandakan sampai 400 dan Ibnu Al-Jauzi pula berpendapat digandakan 700 kali. 


3- Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari disyurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok disyurga. 


4- Mengikut Ibnu Abbas r.a Pembaca Al-Quran adalah hartawan dan pahala pembaca tidak akan putus. 


5- Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat. 


6- Dihari kiamat, Al-Quran menjadi pembela. 


7- Pembaca akan memperolehi keamanan didunia dan kemuliaan disyurga. 


8- Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat. 


9- Pembaca akan dimasukkan kedalam golongan Siddiqin, Shuhada dan Solihin. 


10- Membaca Al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka. 


11- Mendapat cahaya dibumi dan menjadi sebutan oleh malaikat dilangit. 


12- Jika dibaca didalam rumah, akan memberi cahaya dirumah itu. 


13- Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat. 


14- Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi Imam sembahyang. 


15- Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran Al-Quran. 


16- Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik daripada sembahyang sunat 1000 rakaat. 


17- Mempelajari dan membaca Al-Quran mendapat keberkatan dan keharmonian hidup. 


18- Mendapat pelindungan dipadang mahsyar nanti. 


19- Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan. 


SubhanaAllah banyaknya kebaikan dan kelebihan membaca Al-Quran, mudah2an kita akan menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan hidup kita dan terlebih baik lagi jika faham akan makna setiap ayat dan beramal dengannya. 


Wassalam,


sharing is caring, sayang kamoo sahabat: