Ahad, 21 Jun 2026

Cctv

 Kita punyai.........


Kudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama',  Basar Kalam......


Dipinjamkan jer yer.......LEASEHOLD bukan FREEHOLD.


Bersyarat,....selagi ada HAYAT.


Selagi ada HAYAT, disebabkan kita dan Jin dijadikan untuk BERIBADAH 24/7/365.....

SIFAT Pinjaman yg berbaki lagi 6, tersebut mestilah dikosongkan Dari HATI 24/7/365

Jadilah kita BANGKAI BERNYAWA yang berbau wangi......


MATIKANLAH DIRIMU SEBELUM AJAL MENJEMPUT.


Wallahua'lam

4 yakin

 "Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sebelum kita mulakan eksperimen/pembelajaran kita hari ini, Sir nak tanya satu soalan mudah. Semua tahu tak apa itu **garam**? Tahu, kan? Kita tahu garam itu masin. Tapi, macam mana kita boleh yakin 100% yang garam tu masin?"


*(Beri ruang murid respons sekilas)*


**[Isi Utama: 4 Peringkat Keyakinan]**

"Dalam hidup kita, untuk percayakan sesuatu kebenaran, ada 4 tingkat keyakinan yang kita kena lalui. Jom kita tengok satu-satu:


* **1. Ilmul Yaqin (Yakin sbb Belajar):** Ini tahap pertama. Kita baca buku teks kimia atau sains, buku kata 'Garam formulasinya $NaCl$ dan rasanya masin'. Kita tahu sebab ada ilmu dan bukti teori. Kita belum rasa lagi, tapi kita percaya sebab cikgu atau buku bagitahu.

* **2. Ainul Yaqin (Yakin sbb Nampak):** Tahap kedua, kita masuk makmal. Sir tunjuk satu botol isi serbuk putih, labelnya 'Garam'. Kamu tengok dengan mata sendiri rupa bentuk kristal garam tu. Keyakinan kamu makin naik sebab mata sudah nampak bukti fizikalnya.

* **3. Haqqul Yaqin (Yakin sbb Rasa Sendiri):** Tahap ketiga, Sir kata 'Cuba ambil sikit letak atas lidah'. Bila kamu rasa sendiri keasinan garam tu pada lidah kamu, masa ni kalau ada 100 orang datang kata 'Eh, itu gula lah!', kamu takkan percaya. Sebab apa? Sebab kamu dah alami dan rasa sendiri pengalaman tu. Tiada ragu-ragu lagi.

* **4. Kamalul Yaqin (Sempurna Keyakinan):** Tahap tertinggi sekali. Bukan setakat tahu, nampak, atau rasa... tapi ilmu dan keyakinan tu dah sebati dalam jiwa dan tindakan harian kamu. Contohnya, kamu dah tak perlu fikir dua kali untuk guna garam dalam masakan seharian sebab kamu dah faham fungsi dan kewujudannya secara total."


**[Kesimpulan & Pengajaran Moral]**

"Jadi anak-anak, apa kaitannya dengan hidup kita?


Sama macam kita belajar di sekolah. Kita tak nak jadi pelajar yang duduk di tahap **Ilmul Yaqin** sahaja—iaitu sekadar hafal nota untuk lulus periksa, lepas tu lupa. Sir nak kamu bawa ilmu tu sampai ke tahap **Haqqul** dan **Kamalul Yaqin**—kamalul yakin dalam berbuat baik, kamalul yakin dalam berintegriti, dan yakin dengan potensi diri sendiri yang ilmu itu boleh mengubah masa depan kamu.


Bila kita yakin dengan apa yang kita buat, barulah hasil kerja dan amalan kita jadi berkualiti dan 'A!'. Jom, kita mulakan kelas hari ini dengan penuh keyakinan

Khamis, 18 Jun 2026

Doa yaasin

 Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmatNya.

Wahai Tuhan kami, untukMu segala puji sebagaimana layak kebesaran dan kehebatan kekuasaanMu.

Ya Allah, kami pohon selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabat Baginda semuanya.

Ya Allah, dengan keberkatan Surah Yasin dan kitab Al-Quran yang penuh hikmat dan sesiapa yang Engkau pilih untuk membawa risalah, kenabian, penolong dan petunjuk hingga Sirat al-MustaqimMu.

Dengan kitab Al-Quran yang dibawa oleh Malaikat Jibril, dan dengan kekuatan huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna yang Engkau miliki dan dengan apa yang Engkau perjelaskan dalam Al-Quran tentang kewujudan setiap tanda-tanda yang menunjukkan (kewujudanNya), dan dengan limpah kurniaMu dapat

menghilangkan keluh kesah dan dapat menyelesaikan beban hutang.

Wahai Tuhan yang mengendalikan pergerakan laut dan matahari, Wahai Tuhan yang menjadikan khazanahNya di antara huruf kaf dan nun, Tuhan yang Maha Mengetahui sebelum dan selepas sesuatu keadaan.

Kami memohon kepadaMu Ya Allah agar membuka ruang keredhaanMu, jadikanlah kami bersatu padu memuji dan memuja kekayaanMu agar Engkau permudahkan segala kehendak dan permintaan kami.

Engkau jadikanlah keredhaanMu sebagai teman hidup kami dan dengan limpah kebesaranMu Engkau tunaikan permintaan kami secepat mungkin, perkenanlah doa kami Ya Allah dan benarkanlah harapan kami disisiMu dan masukkanlah kami ke dalam rahsia firmanMu.

Sesungguhnya pekerjaanMu apabila mengkehendaki sesuatu hanya dengan berkata: JADI, maka jadilah ia.

Maha Suci Tuhan yang menguasai setiap sesuatu dan kepadaNyalah Kembali semuanya.

Maha Suci Tuhan yang dapat menghapuskan segala dukacita, Maha Suci Tuhan yang dapat menghilangkan kesusahan dan Maha Suci Tuhan yang dapat menyelesaikan beban hutang dan Maha Suci Tuhan yang kerjaNya apabila mengkehendaki sesuatu hanya dengan berkata: JADILAH, maka jadilah.

Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkan, hilangkan. Ya Tuhan

yang menghilangkan dukacita. Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, hilangkanlah dari kami dukacita.

Wahai Tuhan Yang Hidup, Yang Kekal dan Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Dan Allah telah beri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam

Penipuan

PENCETUS PERANG TELUK


Air Mata Palsu Nayirah: Kisah Di Sebalik Pencetus Perang Teluk


Pada 10 Oktober 1990, dunia dikejutkan dengan kemunculan seorang gadis berusia 15 tahun bernama Nayirah. Sambil menangis teresak-esak, dia memberikan testimoni yang meruntun hati jutaan penonton melalui rangkaian berita antarabangsa seperti ABC dan NBC.


Nayirah mendakwa dirinya sebagai pembantu jururawat sukarelawan di Hospital al-Addan, Kuwait. Dengan nada sayu, dia menceritakan kononnya tentera Iraq telah merempuh masuk ke wad bersalin, merampas mesin inkubator, dan membiarkan bayi-bayi pramatang mati kesejukan di atas lantai hospital.


"Tentera Iraq memukul, mendera, menyembelih dan memotong telinga sesiapa sahaja yang melawan... 312 bayi dikeluarkan dari inkubator dan dibiarkan mati," dakwanya dalam tangisan yang tersekat-sekat.


Tiket Emas George H.W. Bush Untuk Berperang


Kisah kekejaman rejim Saddam Hussein ini dimainkan saban hari oleh media Amerika Syarikat (AS) sehingga mencetuskan kemarahan global. Malah, Presiden AS ketika itu, George H.W. Bush, dilaporkan mengulang cerita Nayirah sebanyak 10 kali dalam ucapan-ucapannya untuk meraih sokongan politik.


Sebenarnya, AS sudah lama bimbang dengan pengaruh Iraq. Apabila Iraq menawan Kuwait pada 2 Ogos 1990 atas pertikaian isu telaga minyak, AS berasa terancam kerana Saddam Hussein bakal menguasai harga minyak dunia.

Tiga bulan selepas testimoni Nayirah, iaitu pada 17 Januari 1991, Kongres AS akhirnya meluluskan serangan ketenteraan ke atas Iraq melalui Operasi Desert Storm. 


Iraq digempur hebat dari segenap penjuru oleh pakatan tentera AS dan sekutunya sehingga ranap. Walaupun Kuwait berjaya dibebaskan pada 27 Februari 1991, wilayah Teluk Parsi terus bergolak tanpa keamanan yang mutlak.


Pembohongan Terbongkar: Lakonan Berharga AS$10.8 Juta


Hampir dua tahun selepas perang berakhir, satu pendedahan mengejutkan telah membongkar kebenaran di sebalik air mata Nayirah. Segala-galanya hanyalah sebuah penipuan dan konspirasi terancang.


Hasil siasatan mendapati:

Identiti Sebenar: Nayirah bukanlah seorang pembantu jururawat miskin. Nama penuhnya dirahsiakan kerana dia sebenarnya adalah anak perempuan kepada Saud Nasir Al Sabah, Duta Kuwait ke Amerika Syarikat merangkap kerabat diraja Kuwait.


Tidak Wujud di Lokasi: Semasa Iraq menyerang Kuwait, Nayirah langsung tidak berada di negara tersebut, apatah lagi menyaksikan insiden di hospital.


Kempen Propaganda: Testimoni tersebut merupakan skrip yang dirancang rapi di bawah kempen Citizens for a Free Kuwait. Kerajaan Kuwait telah mengupah sebuah firma perhubungan awam terkemuka di AS, Hill & Knowlton, dengan bayaran sebanyak AS$10.8 juta untuk mengatur drama rintihan tersebut demi meraih simpati dunia.


Kesimpulan

Tangisan Nayirah yang layak mendapat anugerah Academy Award itu akhirnya menjadi antara penipuan propaganda terbesar dalam sejarah moden. Walaupun matlamat Kuwait dan AS tercapai untuk menggulingkan pengaruh Iraq pada waktu itu, harga yang perlu dibayar amatlah mahal.


Hari ini, selepas lebih tiga dekad berlalu, landskap dunia Arab terus diwarnai sengketa. Beribu-ribu nyawa rakyat jelata yang tidak berdosa telah terkorban, semuanya bermula daripada sebuah lakonan air mata yang direka untuk menghalalkan sebuah peperangan.


Sumber: Utusan TV

Subuh bjamaah

 Baru habis layan podcast DAS Abdul, owner bantal 7 bintang yang tersohor. Memang kental beliau ni. Cerita jatuh bangun dari kecil sampai sekarang.


Aku sendiri tak sangka aku boleh layan 73 episod podcast malam tadi. First time layan podcast semua episod ni. 😅 


Part paling menyentuh bagi aku ialah bila dia ambil keputusan tinggalkan mak ayah, pindah ke Johor sehelai sepinggang. Bawa isteri dan dua anak. Anak bongsu baru habis pantang.


Dengan berbekal duit simpanan yang sedikit, dia cuba buat bisnes Supa Doopa. Dah dapat tapak cantik, tapi kena sailang. Dia tak dibenarkan masuk tapak itu, dan idea dia orang lain buat.


Jam 2 pagi dia terbaca nasihat kata 'Nak berniaga, mulakan apa yang ada ditangan'


Masa tu kat tangan dia ada bantal. Dia kejut wife dia bagitahu idea nak jual bantal. Wife dia setuju je.


Terus dia ke KL ambil bantal bermodalkan RM1600. Lepas tu join car boot sale. Buka bonet jual bantal.


Dari awal sejak dia menjual, tak ada satu pun bantal dia laku. Isteri sambil dukung anak kecil turun bantu. Anak yang masih menyusu.


Memang dia rasa loser gila melihat isteri dia sambil dukung anak dok ajak orang membeli, "Bang. Beli bantal bang".

"Kak, beli bantal kak"


Masa tu dia dah rasa give up nak jual bantal. Satu pun tak laku. Saat dah nak balik, baru pintu rezeki terbuka. Seorang cikgu borong habis bantal dia untuk letak kat homestay.


Terus harapan bersinar kembali. Dan sejak itu bantal dia makin laris hingga ada 44 orang staff, 10,000 orang dropship. Sale sebulan RM1.6 juta. Siap pasang billboard merata. Pakai Merc mewah dan pelbagai kereta lagi. 


Dari kereta Merc RM800k harga, sekarang naik Myvi je. Namun dia bagitahu dia bangga dan bahagia naik Myvi sekarang ni.


Lepas Covid, bisnes dia jatuh teruk. Makin lama makin merosot hingga terpaksa jual aset dan kereta. Masa tu hutang dia RM6 juta.


Dia sempat merasa naik sekejap pada 2024, bisnes makin okey di Tiktok. Sempat bayar hutang RM2 juta sebelum kembali jatuh lebih teruk.


Saat paling loser dia rasa bila anak dia berbisik dengan anak kecilnya nak pinjam duit adik RM5 untuk beli buku.


Bila dia tanya anak dia, kenapa minta dengan adik, tak minta dengan ayah, anaknya jawab,


"Kan ayah tengah struggle sekarang"


Memang dia kata, saat tu dia rasa sangat-sangat sedih dan loser. Dia cuba jual macam-macam, jadi affiliate dan sebagainya, namun semua buntu dan tak berjaya.


Sampai suatu hari, isteri dia kata,


"Bang. Pergilah solat Subuh di masjid"


"Tapi abang kena hantar anak ke sekolah setiap pagi"


"Tak apa. Biar saya hantar anak tu. Abang pergi solat berjemaah"


Dari situ dia start solat berjemaah. Setiap kali bangun pagi nak ke masjid untuk solat berjemaah, dia rasa dia menang. Inilah kemenangan sebenar, walau masa tu bisnes masih teruk.


Dan dari situ perlahan-lahan bisnes dia naik balik dengan produk DAS Lega. Kini kehidupan lebih selesa walau tak sama macam dulu.


Beliau berpesan, kepada yang nak buat bisnes, elakkan berhutang dan guna kad kredit. Salah satu punca kejatuhan beliau adalah kerana hutang, gaya hidup dan kereta mewah.


Beliau juga berpesan, ada masalah, mengadulah pada Allah. Mengadu dalam sujud seikhlas hati. Minta doa agar diberikan rezeki Halal yang cukup juga. InsyaAllah doa akan dimakbulkan satu demi satu.


Best layan podcast macam ini. Membuka minda, memberi inspirasi dan mendidik jiwa.


Terima kasih DAS Abdul sudi berkongsi kisah hidup.


#MFS

.