Khamis, 19 September 2024

AlQuran

 Di dinding makam Firaun kat Piramid tu ada satu ayat yang menarik ... Ia tulisan hieroglif.. Tapi sekarang orang dah pandai baca.. Dulu la orang tak faham.. Yela bahasa yang macam lukisan tu..


Terjemahan dia macam ni..


"Langit Menangisi Untukmu. Bumi Menangisi Untukmu. Bila Kamu Naik ke Syurga Menjadi Bintang"


Menariknya...


Dalam Quran Allah ada sebut juga pasai ayat tu... Lebih kurang macam ayat perli..  Perli la kat Firaun dia ingat dia mati langit akan menangis dan dia akan jadi bintang 🌟😆


Baca apa yang Allah balas.. 


Ayat ni memang Allah tuju pada Firaun.. Cumanya orang tak perasan.. Dulu orang tak perasan... Tapi sejak dapat baca tulisan hieroglif kat dinding piramid tu semua, barulah ada ilmuan Islam yang terperasan...


Sekali lagi ini apa yang ditulis Firaun di makam..


"Langit Menangisi Untukmu. Bumi Menangisi Untukmu. Bila Kamu Naik ke Syurga Menjadi Bintang"


Itu sebahagian.. Ayat di dinding itu panjang lagi.. Senang kata diorang tulis, jika Firaun mati, maka semualah bumi, langit, orang akan bersedih.. akan menangis.. akan meratap..


Begitulah nak gambarkan betapa sedihnya mereka..


Tapi, tahu tak apa yang Allah balas untuk ayat menangis sedih diorang ni, di dalam Al-Quran ?


Dalam surah Ad Dukhan ayat 28-29 . Maksudnya..


"Demikianlah Kami mewariskan (semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya) kepada kaum yang lain. Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak diberi penangguhan waktu".


Perasan kan pada ayat Langit dan Bumi tak menangis pun kat hang aihh Firaun Oii... Kalau terjemahan kitalah...😂


Boleh nampak tak?


Sedangkan Quran ni turun lebih dari 1400 tahun dahulu..  Masa ni orang pun tak jumpa lagi makan-makam Firaun ni..


Makam ni dijumpai pada abad ke 19..Tahun 1800 dahulu.. AL Quran turun pada tahun 610 .. Beza 1200 tahun tau..


Macam mana dalam Quran ada ayat yang sama dengan apa yang ada di dinding Makam Firaun?


Nak jelaskan bagaimana?


Bagaimana orang-orang yang tidak mempercayai Al-Quran, yang tak percaya Quran itu ayat-ayat dari Tuhan, yang menuduh ia adalah tulisan Muhammad, yang menuduh ia adalah rekaan Muhammad dan pengikutnya?


Nak jelaskan bagaimana?


Macam mana Muhammad yang buta huruf itu boleh faham bahasa yang dah lama terkubur ? 


Dan ketika dijumpa, orang tak faham tulisan hieroglif ni dah.. Sehinggalah terjumpanya Batu Artifak Rosetta.. 


Nak dijadikan cerita, panjang lah proses tersebut.. Maksud nya Allah buka lorong untuk manusia memahami bahasa purba zaman Firaun tersebut..


Sebab itu kita harus faham..


Kenapa Allah selamatkan jasad dan tinggalan Firaun?


Allah sebut dalam Quran yang Allah tinggalkan peninggalan dari Firaun untuk menjadi pengajaran dan tauladan pada umat kemudian..


Allah sebut begitu...


Sedangkan tamadun umat lain, kalau Allah sebut dalam Quran dihancurkan, kau carilah, kau kajilah.. memang tak akan jumpa. Allah hanya tinggalkan sedikit sahaja untuk memberitahu yang tamadun itu memang wujud tetapi tak banyak informasi yang boleh kita dapat..


Berbeza dengan peninggalan Firaun.. 


Allah sebut dalam Quran, Allah jaga.. Untuk pengajaran umat kemudian.. Bila Allah sebut ia dijaga... MasyaAllah..


Seperti yang kita boleh lihat sendiri sekarang ni.. 


Tapi tetap sebahagian dari manusia, tak nampak... 


Dan dalam Quran, banyak lagi ayat-ayat lain yang menceritakan sesuatu yang mustahil sama sekali seorang manusia mampu menulisnya...


Allah siap sebut dalam Quran, jika Quran tu bukan dari Allah, pasti kamu akan jumpa pelbagai kesalahan..


Ada satu tu..


Sebelum ni baca je.. Orang Islam baca Quran dan tak perasan pun..


Bila Saintis moden yang buat kajian pada lebah.. dan hasil dari kajian tersebut menyatakan yang lebah mempunyai 2 perut.. Satu perut tinja dan satu lagi perut berisi madu..


Oklah.. biasalah kan haiwan memang pelik-pelik...


Tapi, sekali bila kau baca ayat ni..


“..keluarlah dari dalam perut-perutnya (lebah) minuman yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia” (Surah al-Nahl: 69)


Terus kau macam dapat tangkap sesuatu!


Laaa ..... Patutlah Allah guna ayat plural bagi perut lebah ni 🐝, perut-perut.. Rupa-rupanya memang ada lebih dari satu perut!


*Perut-perut tu terjemahan dalam bahasa melayu dan ayat asal dalam bahasa Arab itu sendiri menggunakan ayat majmuk bagi perut tersebut .. Bermaksud lebih dari satu perut.. 


MasyaAllah..


Dan kita kemudian akan tertanya-tanya, ayat mana pula lagi yang akan mendedahkan lagi rahsia tentang alam ?


Seronok...


Orang yang suka tentang alam, suka tentang sejarah, suka tentang misteri dah rahsia, dia pasti seronok, teruja, kagum dengan Quran..


Cuma yang hatinya mati, dia akan memandang sepi..


Mudah-mudahan Allah bersihkan hati dan mematikan kita semua dalam perasaan kasih dan sayang nya pada Al-Quran .. InsyaAllah Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻Al

Rabu, 18 September 2024

Lawatan menteri

 Cnp

sumber: fb OT

Lawatan KERJA Menteri Pendidikan tu apa ?

Lawatan kerja merujuk kepada kunjungan ke satu lokasi untuk tujuan mengetahui REALITI dan mendapatkn INFO sebenar, antaranya...


a. berinteraksi dan berbincang dengan individu yang terlibat secara langsung, seperti murid, ibubapa, guru, pihak pengurusan, atau komuniti setempat, untuk memahami cabaran, keperluan sebenar mereka.


b. mengumpul maklumat untuk membuat keputusan dasar atau strategi selanjutnya.


c. lawatan yg bertujuan untuk meningkatkan kefahaman menteri dan membuat tindakan berdasarkan pemerhatian langsung di lapangan.


Utk mencapai tujuan di atas jika melibatkan menteri.... wajar 

1. lawatan tanpa pengaturan khas, memaklumkan lebih awal untuk melihat keadaan sebenar sekolah, tanpa persiapan untuk menunjukkan yang terbaik. Ini akan memberi gambaran yang lebih jujur tentang situasi di sekolah.


2. menteri mengadakan sesi dialog tertutup dengan guru, pelajar, dan kakitangan sekolah tanpa kehadiran pegawai kementerian utk memberi peluang kepada warga sekolah bercakap secara terbuka


3. menteri mengarahkan audit bebas terhadap pengurusan sekolah yang meliputi aspek penggunaan dana, kualiti pengajaran, dan kebajikan pelajar utk dilaporkan utk pengetahuan beliau. Hasil audit ini boleh dijadikan asas untuk tindakan susulan bagi penambahbaikan yang diperlukan.


4. selepas lawatan, pastikan ada tindakan susulan yang dicatatkan berdasarkan penemuan semasa lawatan.. berbincang juga dgn kementerian lain utk sama2 membantu. 


5. setiap lawatan perlu disusuli dengan pengumpulan data dari guru dan pelajar tentang kualiti pendidikan dan cabaran sebenar di sekolah. 


6. menteri memastikan bahawa isu kebajikan guru dan pelajar, seperti beban kerja yang tidak munasabah, ketiadaan sokongan emosi, atau masalah disiplin, diatasi dengan mekanisme yang jelas. 


7. menteri boleh menemui komuniti setempat, termasuk ibu bapa dan badan bukan kerajaan dan berdialog terbuka 


8. menteri boleh mengarahkan pegawai2 KPM mengadakan program intervensi khusus untuk sekolah yang menghadapi cabaran tertentu, disesuaikan mengikut keperluan spesifik.


9. beri lebih banyak autonomi utk pihak sekolah bertindak balas lebih cepat terhadap masalah unik yang dihadapi.


10. elakkan acara2 persembahan, pameran dll yg murid dan guru sediakan khusus utk mdpt pujian menteri.. atau menteri menyampaikan sumbangan yg boleh dilakukan oleh JPN atau PPD.


Kesimpulan:

Menteri patut rasa bersalah JIKA lawatan yg menggunakan dana rakyat dlm urusan kerja rasmi lebih berbentuk lawatan yg memberi kerja pula kpd pihak yg dilawat utk menyantuni rombongan yg datang melawat... dari mencapai objektif sebenar lawatan..


Selamat Hari Malaysia !


Foto: Buat hiasan sahaja..


OT

Pendidikan

Cnp

sumber/kredit: OT

10 bebelan simple2 utk sistem pendidikan negara !


Terima kasih atas respon post aku sebelum ini....wow ! Aku cuma nak tambah skit... tak salah rasanya memberi sedikit pendapat sebagai orang tua...bukan pengetua.... 10 bebelan  simple2 jer... sempena hari raya 


1. Bina lebih byk sekolah....tak payah besar2 tapi lengkap... pitih kita banyak... kerajaan kata kurangkan subsidi sebab nak bina pembangunan utk rakyat... mestilah termasuk bina sekolah.. tapi macam tak nampak jer..


2. Dah ada sekolah yang mencukupi... maksima 30 pelajar satu kelas. Kelas A ada 30 pelajar.... makin kebelakang makin kurang, kelas akhir cukup 15 jer... inipun jika masih nak teruskan sistem streaming dgn falsafah utk scaffold mereka. 


3.Guru biarlah mereka mengajar... kurang kerja2 pengkeranian tahap paling minima... tak ada lagi baik. Besarkan sikit operasi sekolah. Ini idea basi... sebab dah lama dah di suarakan... 


4.Tak yah nak kuarkan pelajar A kesekolah lain...PPD, PPN dan guru besar / pengetua fikir jer camner nak banyakkan lagi pelajar As disekolah tersebut dan kurangkan pelajar C, D, E dan Fs ! Kalau satu sekolah dapat naikkan 5 % dapat As dan kurangkan 30 % dapat D, E dan Fs... bayangkan kesannya satu Malaysia yang ada ratusan ribu sekolah !! 


5. Aniaya pelajar As kalau tinggal sekolah asal? Kenapa plak? Adakah ni bermaksud pelajar lain yang majoriti yang tinggal disekolah asal akan teraniaya? Aku tak fikir sampai macam tu sekali...


6. Semak semula ukuran kejayaan. Sekolah yang dapat kurangkan pelajar gagal dgn peratusan meningkat LEBIH baik dari perkiraan As.... sebab ini adalah tujuan  LUHUR pendidikan.


7. Bagaimana kalau dah malas... mak bapak pulak buat tak kisah... nasiblah kalau gagal ! 


Sistem pendidikan yang baik akan mengambil isu ini sebagai suatu cabaran yang serius.. menjadikannya sebagai agenda utama... membuat pelaburan yang besar kepada kelompok ini utk mendidik warga menjadi lebih baik... tak semestinya utk dapat As...dan pastinya akan tetap ada yang akan terus tercicir... kerana kealpaan sendiri...  tetapi Ini tentunya berbeza dengan sistem yang terlebih dahulu spt  "mengalpakan" mereka. 


8. Pelajar yang tercicir ini akan mendapat satu "pukulan" bahawa sistem pendidikan bukan utk mereka, mereka serik... dan maybe trauma sehingga mengelak utk menyambung pelajaran lalu memilih utk keluar dari sistem tersebut... paling sedih ramai memilih utk jadi kutu... jadi penghuni pusat serenti...  


Sahabat aku di ILP Rembau pernah menyuarakan betapa susahnya nak dapat pelajar yang "tercicir " utk mengisi kekosongan ILP... Yang nak masuk pun maybe yang masih tersisa kesedaran utk belajar...


9. Perbetulkan definisi guru / sekolah / pengetua dll yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Fikirkan definisi yang lebih menepati falsafah pendidikan yang kononnya syumul, syamil dan kamil.... bukan falsafah byknya As.


10. Sekali lagi.... minimakan accumulative advantages kepada segelintir pelajar lalu menghasilkan  accumulative disadvantages kepada majoriti yang lain


OT

Selasa, 17 September 2024

Sahabat

 Lelaki yang Nabi ﷺ gali kuburnya dengan tangan baginda sendiri dan menolak bantuan orang lain dalam menggali kubur tersebut, kemudian Rasulullah ﷺ turun ke dalam kubur dan berbaring di dalamnya dengan jasadnya.


Namanya sebelum memeluk Islam ialah Abdul Uzza al-Muzani, berasal dari bandar Muzainah. Beliau memeluk Islam ketika berumur 16 tahun dan meninggal dunia pada usia 23 tahun. Dia seorang pemuda yang kaya dan hidup mewah. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil, lalu dia dibesarkan oleh bapa saudaranya.


Dia seorang pemuda yang sangat istimewa di kalangan pemuda lain dengan pakaian mahal dan cantik yang diimport khas dari Syam untuknya. Dia satu-satunya pemuda yang memiliki kuda pada masa itu, sedangkan pemuda terbaik di Muzainah hanya memiliki seekor keldai kecil. Bapa saudaranya adalah salah seorang pembesar di Muzainah.


Ketika Abdul Uzza berusia 16 tahun, itulah masa para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah. Mereka melalui Muzainah dengan sangat cepat kerana kaum Quraisy mengejar mereka. Suatu hari, seorang sahabat menemuinya semasa dalam perjalanan hijrah dan menawarkan Islam kepadanya. Dia segera memeluk Islam. Setelah itu, dia meminta para sahabat untuk mengajarkannya sesuatu dari Al-Quran. Namun, para sahabat berkata, "Kami tidak dapat tinggal lama kerana Quraisy mengejar kami, tetapi jika engkau mahu, ikuti kami dalam perjalanan untuk belajar Al-Quran." Dia berjalan di belakang mereka sambil mendengar bacaan Al-Quran sejauh 15 kilometer di padang pasir, kemudian kembali ke Muzainah dan pada hari berikutnya dia berdiri di sempadan Muzainah menunggu sahabat lain lalu untuk mengajarnya bacaan Al-Quran yang baru dia hafal.


Suatu hari, seorang sahabat berkata kepadanya, "Mengapa tidak berhijrah bersama kami kepada Rasulullah?" Dia menjawab, "Aku tidak akan berhijrah sebelum bapa saudaraku memeluk Islam kerana dialah yang membesarkanku. Aku tidak akan berhijrah sebelum membawa dia kepada Islam." Dia tinggal di Muzainah selama tiga tahun, menyembunyikan keislamannya. Dia mencari setiap peluang untuk berbicara dengan bapa saudaranya tentang agama Islam yang dibawa oleh Muhammad, tetapi bapa saudaranya enggan mendengarnya. Setiap kali dia ingin solat, dia pergi jauh ke padang pasir agar tidak dilihat oleh sesiapa.


Setelah tiga tahun berlalu, pada suatu hari dia berkata kepada bapa saudaranya, "Engkau telah melambatkan aku dan membuat aku tertinggal dari Rasulullah. Aku tidak lagi mampu menahan rindu kepada Nabi. Aku ingin memberitahumu bahawa sejak tiga tahun yang lalu aku telah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Aku sekarang ingin berhijrah kepada Rasulullah. Aku harap engkau menyertai aku, tetapi jika engkau menolak, tiada apa yang akan menghalang aku dari berhijrah."


Bapa saudaranya sangat marah dan berkata, "Jika engkau tetap mahu memeluk Islam, aku akan mengambil segala milikmu." Dia menjawab, "Lakukanlah apa yang engkau mahu, aku tidak akan memilih apa pun selain Allah dan Rasul-Nya." Bapa saudaranya berkata, "Jika engkau berkeras, aku akan mengambil bahkan pakaian yang ada padamu." Lalu, bapa saudaranya merobek pakaian yang dipakainya. Abdul Uzza berkata, "Demi Allah, wahai bapa saudaraku, aku akan berhijrah kepada Rasulullah walau apa pun yang engkau lakukan padaku."


Dia memulakan hijrahnya hampir dalam keadaan telanjang di padang pasir sehingga dia menemui sebuah karung guni daripada bulu. Dia memotongnya menjadi dua, satu bahagian diikat di pinggangnya dan satu lagi diletakkan di atas bahunya. Ketika dia sampai di Madinah, dia masuk menemui Rasulullah. Nabi bertanya, "Siapa engkau?" Dia menjawab, "Aku Abdul Uzza." Nabi bertanya, "Mengapa engkau berpakaian begini?" Dia menjawab, "Aku telah memeluk Islam dan bapa saudaraku telah mengambil segala milikku, termasuk pakaian. Aku tidak menemui apa-apa di jalan ini kecuali dua helai kain ini." Nabi bertanya, "Engkau benar-benar melakukannya?" Dia menjawab, "Ya." Lalu Nabi berkata, "Mulai hari ini engkau adalah Abdullah Dzul Bijadain, bukan lagi Abdul Uzza. Allah telah menggantikan dua helai kain ini dengan pakaian syurga yang engkau boleh pakai sesuka hati."


Oleh kerana kemiskinannya, dia tinggal di rumah para ahli Suffah, iaitu tempat tinggal orang-orang miskin di belakang rumah Nabi. Pada usia 23 tahun, dia menyertai Ghazwah Tabuk bersama Nabi dan dia berkata, "Ya Rasulullah, berdoalah agar aku mati syahid." Nabi mengangkat tangannya dan berdoa, "Ya Allah, haramkan darahnya dari pedang orang kafir." Abdullah berkata, "Ini bukan yang aku mahu, wahai Rasulullah." Nabi menjawab, "Wahai Abdullah, ada di kalangan hamba Allah yang keluar di jalan Allah, lalu dia dijangkiti demam dan meninggal dunia, maka dia syahid. Dan ada juga yang keluar di jalan Allah lalu terjatuh dari kudanya dan meninggal dunia, maka dia syahid. Mungkin engkau akan dijangkiti demam dan mati, maka engkau akan syahid."


Abdullah menyertai Ghazwah Tabuk dan kaum Muslimin meraih kemenangan. Dalam perjalanan pulang, Abdullah dijangkiti demam yang sangat kuat dan mula merasai kesakitan kematian. Abdullah bin Mas'ud menceritakan kisah kematian Abdullah Dzul Bijadain, katanya, "Pada suatu malam yang sangat sejuk dan gelap, aku sedang tidur. Tiba-tiba aku mendengar suara menggali di luar khemahku. Aku hairan, siapa yang menggali dalam kesejukan dan kegelapan ini? Aku bangun dan mencari Nabi, Abu Bakar, dan Umar di khemah mereka, tetapi aku tidak menemui mereka. Aku hairan ke mana mereka pergi. Aku keluar dari khemahku dan melihat Abu Bakar dan Umar memegang pelita, sementara Nabi sedang menggali kubur. Aku pergi kepadanya dan berkata, 'Apa yang berlaku, wahai Rasulullah?' Baginda mengangkat wajahnya dan air mata mengalir dari matanya. Baginda berkata, 'Saudaramu, Dzul Bijadain, telah meninggal dunia.'"


Abdullah bin Mas'ud berkata, "Aku melihat Abu Bakar dan bertanya, 'Apakah engkau akan membiarkan Rasulullah menggali kubur sendirian sementara engkau hanya berdiri memegang pelita?' Abu Bakar menjawab, 'Nabi tidak mahu orang lain menggali kubur ini selain dirinya.'"


Nabi menggali kubur Dzul Bijadain dengan tangannya sendiri. Kemudian baginda turun ke dalam kubur dan berbaring di dalamnya. Setelah itu, baginda meminta Abu Bakar dan Umar mengangkat jenazah Abdullah dengan berhati-hati. Baginda berkata, "Berlembutlah dengannya. Demi Allah, dia sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya."


Abdullah bin Mas'ud berkata, "Aku melihat Nabi memeluk jenazah itu dengan penuh kasih sayang dan air mata baginda jatuh ke atas kain kafan. Baginda bertakbir empat kali dan berkata, 'Semoga Allah merahmatimu, wahai Abdullah. Engkau adalah seorang yang selalu bertaubat dan rajin membaca Al-Quran.' Kemudian baginda mengangkat wajahnya ke langit dan berkata, 'Ya Allah, aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku sangat redha dengan Dzul Bijadain, maka redhailah dia.'"


Abdullah bin Mas'ud berkata, "Demi Allah, pada hari itu aku berharap akulah yang berada di dalam kubur itu."

رضي اللّه عنهم أجمعين


Ustaz Umar Nasir

Khamis, 12 September 2024

Speed mart

 Terbaca pasal bekas pekerja Speedmart complaint kata kerjanya gaji murah, takde OT yang berpatutan, kerja long hours, takde elaun lain dan benefit-benefit lain.


Ini semua timbul bila tengok tauke Speedmart jadi billionaire. Dikatakan tauke kaya atas jerih staff.


Saya suka nak komen balik:


1. Dulu masa sekolah orang suruh belajar kau main-main,  Pergi merempit. Pelajaran bukan jiwa kau. Sekarang banyak pulak complaintnya. 


2. Ada orang paksa kau kerja Speedmart? Kau boleh je cari kerja tempat lain kan. Takde sapa letak pistol kat kepala kau.


3. Nak gaji besar cari kerja yang susah  orang ganti. Kau kalau berhenti Speedmart berpuluh orang standby nak ganti. Apa majikan nak heran.


4. Pasal kena ganti duit hilang tu biasa je. Dari zaman dulu sapa jaga cashier kalau short duit je kena potong gaji. Kau baru keluar gua ke?


5. Kerja 10 jam gaji tak sampai RM3,000. Marilah kerja construction site Engineer ada Ijazah gaji RM2,500 je tak tentu dapat nak cuti sebulan sekali. Jangan kata 10 jam, 12 jam tu biasa, 24 jam pun selalu (bila peak). Engineer tu ada ijazah complaint pun orang tak peduli. Kau hanya sekadar SPM tu sapa nak peduli.


6. Kau nak annual dinnerlah company triplah kau masuk MLM atau jadi ejen takaful, atau ejen hartanah. Kau kena menjual. Tak nak pulak. Tak sesuai dengan jiwa. Takde darah menjual. Banyak alasan.


7. Marah boss kaya. Pergi buka satu bisnes sendiri. Start dari bawah. Jadi boss yang pemurah yang macam kau idamkan tu. 


8. Yang utama adalah gaji. Bonus tu tak wajib pun company nak bagi. Dalam surat lantikan kadangkala ditulis discretion (budi bicara) company. Kena faham mana satu wajib (statutori) mana satu discretion atau tak wajib. 


9. Nak buat union (kesatuan sekerja?) Good luck lah. Bisnes moden kat Malaysia ni dah lama tak menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja. Yang masih ada ni yang lama. Yang paling banyak dekat MAB (dulu panggil MAS).


10. Nak gaji besar, masa sekolah bila orang suruh belajar, belajar. Jangan banyak main. Kalau diri tu tak sesuai akademik, masuk kemahiran. Dah keluar kerja cari pengalaman, tambah lagi kemahiran. Belajar lagi pengurusan. Jangan jadi nurtizen hari-hari kerja nya complaint.