Rabu, 25 Februari 2026

Islam

 Cnp

Tularkan sepuas² nya.

Sampai #PMX #KPT #UMPSAMalaysia #JAKIM  respon


Pijak al-Quran vs Tarian ‘Menghina’ Agama Hindu


Saya pasti masyarakat Malaysia masih ingat peristiwa beberapa orang penyampai radio yang dikatakan telah melakukan tarian yang menghina agama Hindu di Malaysia.


Semua yang tahu berkaitan isu ini pasti masih ingat berkaitan dengan reaksi masyarakat Hindu Malaysia pada waktu tersebut dan kesan daripada reaksi tersebut kepada penyampai-penyampai radio tersebut.


Sedangkan perbuatan tarian tersebut bukan 100% terbukti bahawa ia dilakukan berkaitan agama Hindu.


Namun, telah berlaku apa yang berlaku.


***


Lihat pula apa yang berlaku dalam kes pijak al-Quran yang heboh sehari dua ini yang merupakan satu tindakan yang terang-terang biadap dan melanggar undang-undang di Malaysia.


Kami umat Islam menuntut tindakan undang-undang yang tegas kepada individu yang tak kenal untung sebegini.


Saya tidak suka untuk bercakap atas dasar bangsa dan warna kulit. Tetapi, ada ketikanya kita terpaksa menyatakan hakikat walaupun ia perit supaya orang yang tidak sedar diri menjadi sedar.


Kalaulah nenek moyang lelaki tersebut kekal di negara asalnya, adakah dia akan hidup bahagia dan selesa sebagaimana hidupnya di Malaysia?


Orang yang tidak reti untuk hormat perlembagaan dan undang-undang negara Malaysia, bolehlah berpindah ke mana-mana negara yang kamu suka.


Kenyataan saya ini hanya terpakai kepada orang yang tidak sedar diri dan bukannya kepada seluruh masyarakat India atau Hindu atau bangsa dan agama sekalipun.


***


Kepada para pemimpin Islam:


Ya, Islam itu agama rahmah. Namun, ia bukan agama yang lemah.


Kalian pasti akan dipertanggungjawabkan atas kuasa dan jawatan yang kamu ada sekarang.


Ingatlah, kalian akan mati dan disoal di hadapan Allah SWT atas amanah ini.

Selasa, 24 Februari 2026

Berbuka

 Padunya coretan seorang AJK Masjid di Taman Sri Gombak yg menyiapkan hidangan berbuka:


*Ramadan Bukan Sekadar Pahala Terawih, Tetapi Kita Jadi Manusia*



4 hari berturut-turut mereka berbuka di masjid.. sampai aku sendiri tak tahan air mata 😢


Ramadhan kali ini Allah bagi aku satu pelajaran yg aku rasa ramai patut baca sampai habis.


Sebagai AJK masjid, setiap petang memang aku ada awal untuk uruskan juadah berbuka. Hari pertama aku perasan satu keluarga kecil suami, isteri dan tiga orang anak.


Datang awal.

Duduk di hujung saf.

Ambil makanan sekadar perlu.

Tak pernah tambah.

Tak pernah berebut.


Aku fikir mungkin musafir.


Hari kedua.. ada lagi.

Hari ketiga.. masih sama.

Masuk hari keempat, hati aku mula tak sedap.


Petang itu aku ambil satu dulang dan duduk sekali dengan mereka.


Aku tegur abang tu perlahan,

“Abang duduk mana?”


Dia senyum. Tapi senyum dia bukan senyum orang tenang. Senyum orang yg sedang menahan sesuatu.


Selesai makan dan solat Maghrib, dia tarik nafas panjang.


“Tuan.. boleh saya minta izin? Kalau boleh kami nak berbuka di sini sepanjang Ramadhan.”


Nada suara dia berubah.


Aku tanya, “Kenapa bang?”


Dia tunduk lama sebelum jawab.


“Saya baru hilang kerja. Kilang tutup dua minggu lepas. Duit simpanan dah habis. Rumah sewa tertunggak. Elektrik dah kena potong. Dalam rumah ada beras sikit je. Nak masak pun tak boleh.”


Isterinya diam. Anak² pula makan bersih satu persatu. Tak ada perangai. Tak ada merengek.


“Tiap hari saya keluar cari kerja. Tapi belum ada rezeki. Saya tak minta duit tuan.. saya cuma minta izin. Biar anak² saya tak tidur lapar.”


Ayat tu tembus terus ke dada aku.


Tiba² anak sulung dia bersuara kecil,

“Abah, tak apa. Kat masjid best. Ramai orang.”


Dia cuba kuatkan ayah dia.


Allahu..


Kita kadang² ambil makanan lebih sebab takut tak cukup.

Kita kadang² komplen lauk tak sedap.

Tapi ada orang datang masjid sebab itu saja tempat yang masih ada lampu dan makanan panas.


Malam itu kami AJK sepakat bantu senyap². Bayarkan elektrik, hulur sedikit belanja dapur dan usahakan kerja melalui kenalan jemaah.


Tapi yg paling aku tak boleh lupa..


Seorang ayah yg sanggup telan ego,

bukan untuk dirinya,

tapi untuk anak²nya.


Ramadhan bukan sekadar tentang pahala terawih.

Ramadhan adalah tentang kita nampak atau tidak orang yg duduk sebelah kita.


Aku nak tanya jujur..


Kalau hari ini Allah cukupkan rezeki kita,

berapa kali kita tengok kiri kanan sebelum ambil makanan?


Dan kalau kita nampak keluarga macam ni di masjid..

adakah kita tegur?

atau kita hanya pandang sekali lalu?


Kalau kau baca sampai sini, aku minta satu je..


Tolong jangan ambil makanan berlebihan waktu berbuka.

Dan kalau ada kemampuan, hulurkan bantuan walau sedikit.


Mungkin bagi kita kecil.

Tapi bagi mereka.. itu maruah yg sedang diselamatkan.


Kalau kau setuju, tinggalkan satu ❤️ di komen.

Dan kalau kau pernah berada di tempat abang ini, tulis “Saya pernah” supaya orang lain tahu, ujian ini benar² wujud.


Semoga Ramadhan kali ini bukan sekadar kita kenyang..

tapi kita jadi manusia.


Sumber - Izrien TPP (Kisah benar untuk iktibar pembaca)

Fb Taman Sri Gombak

Kualiti air balang

 Dua hari ni heboh bila Mixue dan Zus dah masuk bazar Ramadan.


Kata orang, persaingan ini akan membuatkan peniaga kecil bungkus.


Sebagai seorang pembeli bagi saya, tidak.


1. Mixue dan Zus ni bersifat individual cup. Kalau satu rumah ada 6 orang, kena beli 6 gelas lah.


2. Berbeza dengan air balang. Satu plastik boleh minum 2 ke 3 orang. Kami berlima, beli 2 plastik air yang berharga RM6 setiap satu. Ternyata tak habis. Maksudnya, 2 plastik air tu boleh minum lebih 6 orang.


3. Satu lagi, Zus dan Mixue hanya jual air yang sama. Mustahillah orang akan hadap air yang sama selama 30 hari.


4. Di sini, peniaga air balang masih mampu survive.


Tapi...


Apa yang membuatkan air balang boleh 'bungkus'?


1. Tempoh hari, saya beli air balang kopi hazelnut. Waktu berbuka, kopinya tak rasa, apatah lagi hazelnut. Susu lagilah. Sekadar nak bagi air tu warna keruh saja. Selebihnya, rasa air gula.


2. Saya juga beli air coklat. Entah apa rasa coklatnya. Susu pun tak terasa. Yang rasa, air gula.


3. Saya juga ada beli air keladi. Cukup. Tak perlu nak kata apa. Daripada 1 jug, mungkin hanya luak 2 cawan saja. Saya simpan dalam peti ais untuk minum esoknya. Saya dah tambah susu pekat, tambah lagi Stevia. Rasanya? Manis je lah. 


4. Saya pun beli air Bandung cincau. Nak saya ulas? Tak perlu kot.


"Beli RM6 sebungkus, tapi nak macam-macam. Agak-agak lah."


1. Dia macam ni bang. Kalau kata jual Milo, pastikan air tu Milo. Bukan coklat.


2. Kalau kata jual air Ribena, juallah air yang betul. Bukan kordial anggur.


3. Kalau kata jual kopi hazelnut. Hidangkan lah minuman yang selayaknya kepada pelanggan yang membayar. Bukan air yang hanya rasa gula.


4. Kalau campur kordial, cakap je guna kordial. Tak payah pusing cakap guna buah piyor.


Peniaga air balang masih boleh survive kalau mereka utamakan kualiti. Orang kalau tak sedap, dia takkan datang lagi.


Macam mana selama ni Kopi Pak Din, Kopi Gantung Perlis dan macam-macam jenama kopi balang lain boleh survive walaupun harganya seplastik untuk seorang minum lebih kurang RM5-RM6?


Jawapannya kualiti. Saya yakin, kebanyakan kita takkan berkira bab harga. Tengok sahaja Syahmi Sazli. Beratur orang beli. Padahal, jual air je pun. Sebab apa? Kualiti.


Tapi kalau sekali dah terkena, harga RM10, guna cup slim. Dua tiga kali sedut dah habis. Siapa yang tak marah.


Sekarang ni, dari sudut pandang seorang pembeli, bukan Zus atau Mixue yang menjatuhkan peniaga air balang. Tapi, mereka sendiri yang membunuh kepercayaan orang kepada mereka.


Begitulah.

Isnin, 23 Februari 2026

Koje

 Experience framework_


50% PEKERJA MALAYSIA HADAPI TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA!


Sebanyak 50% pekerja di Malaysia dilaporkan menghadapi tekanan mental di tempat kerja.


Dua fakta utama:


1. Satu daripada lima pekerja (20%) tertekan kerana beban dan tanggungjawab yang perlu dipikul di tempat kerja.


2. Prestasi pekerja menurun berpunca daripada penilaian prestasi yang rendah, termasuk kepada pekerja yang sebenarnya berpotensi.


Terkejut dengan fakta ini?


Saya tidak terkejut langsung, kerana realitinya ramai pekerja di Malaysia:


1. Overload dengan kerja


2. Tidak dihargai


Ini selari dengan perkongsian saya sebelum ini.

---

Untuk Pekerja


Jika anda -


Rasa murung


Tidak gembira untuk bekerja


Itu mungkin tanda anda sedang mengalami tekanan mental di tempat kerja. Jangan abaikan. Dapatkan khidmat kaunseling secepat mungkin. Jika dibiarkan, keadaan boleh menjadi lebih buruk.

---

Untuk Majikan


Jika ada pekerja yang mengambil MC dengan corak yang hampir sama selama tiga bulan berturut-turut, itu mungkin petanda mereka tidak gembira atau sedang bergelut dengan tekanan.


HR sepatutnya mendapatkan pandangan doktor kesihatan pekerjaan (Occupational Health) untuk membantu — bukan terus menghukum pekerja.


Malangnya, ada yang terus melabel pekerja sebagai malas, tidak perform, malah menggunakan alasan MC untuk memberi rating below expectation dalam appraisal tahunan.


Pendekatan sebegini hanya akan memburukkan keadaan.

---

Nasihat


Wahai Boss²


Banyakkan bertanya tentang keadaan pekerja — dari segi kesihatan mental dan fizikal.

Tanya sama ada mereka gembira dengan suasana kerja.

Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman tanpa memahami situasi sebenar.


Wahai Pekerja²


Beranikan diri untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.

Jika sukar berbincang dengan bos, kongsikan dengan rakan sekerja yang memahami situasi tempat kerja anda.


Dan kepada rakan sekerja — berikan sokongan moral apabila diperlukan.

Jangan tambah beban dengan kata-kata seperti:


“Kau ni lembik lah.”


“Biasalah tu, nama pun kerja.”


“Syukur lah wei ada kerja.”


Kemampuan mental setiap individu berbeza. Jangan samakan semua orang dengan diri kita!


Ke arah kesihatan mental yang lebih baik di tempat kerja.


#mentalhealthmatters

#HRLeadership 

#dataanalysis

Selasa, 17 Februari 2026

Kuil haram

 Isu KUIL HARAM


SURAT TERBUKA UNTUK YAB PERDANA MENTERI


Assalamualaikum YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia


Saya seorang warganegara Malaysia, beragama Islam dan berbangsa Melayu.


Izinkan selaku salah seorang rakyat Dato Seri untuk memberikan sekelumit nasihat, pandangan dan saranan. 


Sejak akhir-akhir ini, negara kita dilanda banyak masalah. Samada masalah besar, maupun kecil. 


Masalah pendidikan, ekonomi, sosial, politik, hubungan antara kaum dan agama, masalah alam sekitar dan berbagai masalah dan isu lagi.


YAB Dato Seri,


Pada suatu ketika dulu, hampir setiap kali berucap di hadapan khalayak, Dato Seri selalu menjadikan Islam dan konsep pentadbiran Islam sebagai rujukan dan sandaran. Mungkin kerana itu jugalah sebahagian rakyat memberi simpati dan dokongan.


Namun setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh, Islam dan agendanya secara perlahan-lahan mula di pandang Bukan sekadar itu, sesekali Islam seolah-olah diberi pandangan sinis dan disindir dengan cara yang tidak sepatutnya.


Maaf Dato Seri, 


Masalah-masalah dan isu-isu yang sedang melanda rakyat dan negara sekarang bolehlah diibaratkan seperti serpihan dan bongkah kayu terbiar yang berkumpul sedikit demi sedikit di hulu batang sungai, di celah-celah bukit bukau di Aceh. 


Arus sungai itu pula bolehlah kita kiaskan sebagai perasaan kecewa, marah dan protes rakyat. Jika ada hujan yang lebat turun, arus akan semakin kuat, membawa dan menunda segala kayu-kayu yang tersekat.


Di waktu itu sesuatu yang sudah dapat dijangka akan boleh berlaku.


YAB Dato Seri,


Menjelang PRU-16 akan datang, umur Dato Seri menjengok ke 80 tahun. Satu angka yang tidak pasti samada Allah masih izinkan Dato Seri terus memimpin Malaysia atau tidak. Apa yang pasti kita semua akan kembali kepada Allah. Dato Seri pasti yakin dan faham tentang itu.


Oleh itu, masa ini adalah peluang dan ruang terbesar yang Allah berikan kepada Dato Seri untuk mengotakan kata-kata. Bukankah perjuangan itu membuktikan kata-kata?


Dato Seri yang dikasihi,


Negara sedang menghadapi berbagai masalah yang sebahagian besar sangat membebankan rakyat. Manakala setengah isu itu pula cukup mengguris dan melukakan hati dan perasaan rakyat majoriti.


Antara isu-isu tersebut ialah;


- ART (United States-Malaysia Agreement on Reciprocal Trade (ART)

- Isu 5207 hektar tanah diserah ke Indonesia

- Isu perlantikan Ketua Halim & Peguam Negara

- Isu gejala LGBTQ yang dibiarkan semakin berleluasa

- Geng tuala putih yang tidak didakwa

- Isu entiti bumiputera Islam yang dianiaya seperti GISBH, Madad dan lain-lain

- Isu integriti penjawat awam dan anggota penguatkuasaan

- Kes pergaduhan dan pembunuhan yang semakin menjadi-jadi dan kerap berlaku

- Isu kios putih merah yang membazir dan tidak mencapai okjektif

- Kes Zara (nampak mcm sudah senyap)

- Isu pengiktirafan UEC

- Isu kemasukan murid bermula umur 6 tahun

- Isu pilihanraya Datuk Bandar

- Isu rasuah melibatkan pegawai tinggi ATM

- Isu penternakan babi hingga dapat respon Sultan

- Isu Ketua Pesuruhjaya SPRM

- TERKINI, isu KUIL HARAM yang sedang menjadi fenomena


Dalam surat ini, saya ingin memfokuskan kepada isu KUIL HARAM.


Kuil haram bermaksud kuil yang dibina tanpa kebenaran. Samada di bina atas tanah kerajaan maupun tanah persendirian. 


Sebenarnya di situ ada dua kesalahan. Menceroboh dan membina tanpa kebenaran.


Jadi isu kuil haram ini adalah isu pelanggaran undang-undang. Bukan isu agama atau perkauman.


Dato Seri baru-baru ini ada menegaskan bahawa pembinaan kuil juga mesti melalui proses yang betul seperti mana proses pembinaan masjid dan surau.


Syabas Dato Seri. Ini yang rakyat mahu dengar dan mahu lihat sejauh mana perlaksanaannya berlaku.


Pembinaan masjid atau surau sejak sekian lama telah mematuhi proses undang-undang. Bukan sahaja dibina di atas tanah halal, tetapi juga mendapat kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa.


Sebab itu isu kuil haram ini sangat mengguris hati dan perasaan orang Islam yang merupakan rakyat dan warganegara terbanyak dalam Malaysia.


Kenapa?


Perlembagaan Persekutuan jelas meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama-agama lain dibenar diamalkan di Malaysia. Islam juga mengajarkan toleransi terhadap amalan agama lain. Itulah apa yang orang Islam dan rakyat negara ini amalkan.


Jika semua pihak mematuhi undang-undang, tidak timbul isu atau pertembungan antara agama dan kaum sebenarnya.

 

Tetapi bilamana ada satu kelompok yang berbuat sesuka hati, mendirikan kuil dengan menceroboh tanah persendirian atau tanah kerajaan dan tidak mendapat kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa, ini sangat mengundang keresahan yang mendalam di kalangan rakyat.


Sikap begini sebenarnya mencerminkan pihak terbabit iaitu pendiri kuil haram tidak mempedulikan undang-undang dan sentimen kaum dan agama lain. Ini cukup membahayakan.


Sekiranya pentadbiran Dato Seri terus membiarkan perkara ini tanpa tindakan yang tegas dan jelas, tidak mustahil keharmonian masyarakat di negara ini akan terus terancam.


YAB Dato Seri,


Dato Seri tentu tidak mahu meletakkan kesalahan ini kepada pentadbiran kerajaan terdahulu. 


Bukankah semasa menawarkan diri menjadi Perdana Menteri, Dato Seri berjanji untuk membaiki segala kepincangan yang berlaku sebelum itu? Bukankah begitu Dato Seri? 


Jika begitu apa perlunya menuding kelemahan dan kesalahan kepada pentadbiran terdahulu. Inilah masanya untuk bertindak memperbaiki dan meluruskan segala kebengkongan yang ada.


Pemerintahan yang baik dan bermaruah tidak akan meletakkan sebarang kelemahan dan kesalahan kepada pihak lain. Sememangnya orang yang baik dan berwibawa itu mempunyai misi dan visi untuk membaiki segala tatakelola yang bejat sebelumnya.


Seperti yang Dato Seri pernah syarahkan tentang pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Aziz. YB Lim Guan Eng juga pernah mengangkat Khalifah Umar Ibnu Aziz sebagai contoh tauladan.


Inilah harapan yang rakyat letakkan kepada Dato Seri. Lagi pun kerajaan Dato Seri ini disebut sebagai kerajaan pilihan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong. Tentulah itu juga harapan DYMM Seri Paduka waktu itu. 


YAB Dato Seri yang dikasihi rakyat,


Tentu Dato Seri sedar yang Dato Seri dilantik menjadi PM bukan kerana menang dalam PRU-15. Parti Dato Seri juga tidak mendapat majoriti mudah. Tetapi dengan segala apa yang berlaku waktu itu, hakikatnya Allah yang mahukan Dato Seri duduk di kerusi tertinggi dalam kerajaan.


Bila Allah yang berkehendak, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Kehendak Allah pun terjadi. 


Walhal, beberapa hari sebelum itu, Dato Seri sendiri hampir berputus asa untuk mencapai impian yang sejak lama diimpi-impikan. Tentu Dato Seri ingat, bukan?


Kenapa dan mengapa Allah izinkan Dato Seri ke Putrajaya? 


Dato Seri pun tahu, dunia ini darul bala wal imtihan. Negeri bala dan ujian. Dato Seri pasti faham kenapa Allah jadikan manusia? Iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah.


Beribadah kepada Allah bukan sekadar mendirikan solat, berpuasa, zakat, menunaikan haji, menutup aurat dan lain-lain kawajipan ain atau kewajipan individu. 


Konsep beribadah kepada Allah yang sebenarnya jauh lebih luas. Iaitu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Itulah yang diajarkan dalam Islam. 


Menjadi Perdana Menteri juga adalah ibadah. Tetapi kenalah mengikut acuan Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Semua perkara ini memang sudah menjadi keyakinan dan kefahaman Dato Seri. 


Dato Seri pasti sedar bahawa memandang sepi akan kepentingan ajaran dan agenda Islam, negara tidak akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Bahkan nasib dan masa depan Dato Seri sendiri yang akan lebih berbahaya dan lebih terancam, percayalah. 


Maaf Dato Seri, saya langsung tidak berniat hendak mengajar Dato Seri. Hanya sekadar untuk memberi peringatan dan nasihat. 


Allah menganjurkan agar sesama Islam nasihat menasihati tentang kebenaran dan kesabaran. Itulah yang cuba saya praktikkan.


YAB Dato Seri,


Berbalik kita kepada isu kuil haram. Walau pun ini bukan isu agama dan kaum, tetapi orang Islam dan kaum Melayu yang paling merasai sakit dan pedihnya. Dato Seri pasti sedar bahawa orang Islam dan orang Melayu sudah lama bertolak ansur demi agar semua rakyat dapat hidup sejahtera.


Pembinaan masjid dan surau telah lama mematuhi undang-undang. Jika ke atas orang Islam undang-undang boleh dikuatkuasakan, kenapa perkara yanag sama tidak dapat dilakukan ke atas penganut hindu?


Pembinaan kuil haram dengan menceroboh tanah orang Islam adalah isu yang cukup sensitif. Kenapa mesti terus dibiarkan. Tidak cukup dengan itu, tuan tanah pula diminta memenuhi tuntutan dan proses undang-undang yang rumit dan dengan kos yang sangat besar.


Sedangkan isu sebenarnya ialah pencerobohan dan pembinaan struktur haram. 


Bukankah sepatutnya awal-awal lagi, penceroboh itu sudah boleh didakwa? 


Kenapa pihak berkuasa tidak bersemangat hendak mendakwa penceroboh walau sudah bertahun-tahun laporan polis dibuat? 


Apa yang menghalang undang-undang ditegakkan ke atas penceroboh?


Alasan kerana itu rumah ibadat? 


Tetapi rumah ibadat yang melanggar undang-undang. Pelanggaran undang-undang tidak sepatutnya diabaikan hanya kerana namanya rumah ibadat. Tidak sepatutnya ada kompromi.


Dato Seri ada hujah yang cukup kuat untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ke atas segenap rakyat. Tidak kira apa bangsa dan agama. Tidak kira apa isu.


Pertama kerana undang-undang. Kedua kerana menegakkan undang-undang dan menjaga keharmonian rakyat juga adalah ibadah kepada Allah.


Dato Seri pasti yakin, apabila beribadah kepada Allah, di Akhirat nanti Allah akan masukkan Dato Seri ke dalam syurgaNya. 


Manakala jika Dato Seri bertindak membiarkan ada keompok rakyat yang melanggar undang-undang dan dalam masa yang sama mengancam kesejahteraan rakyat, ini sudah dikira zalim. 


Pemerintah yang zalim, bukan sahaja di dunia akan dibenci dan dimusuhi oleh rakyatnya, lebih dahsyat lagi di Akhirat pasti Allah akan humbankannya ke neraka, nauzubillah.


Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang dihormati,


Besarlah harapan rakyat majoriti agar Dato Seri tidak membiarkan isu kuil haram ini berlalu begitu sahaja. Janganlah Dato Seri memperkirakan isu ini akan senyap dan rakyat akan melupakannya setelah berlalu beberapa waktu. Tidak mungkin!


Isu ini bukan isu politik. Bukan isu agama dan perkauman. Tetapi ini isu undang-undang. 


Isu ini dibawa ke persada rakyat. Kini menjadi isu rakyat. Dimulakan oleh seorang rakyat biasa tetapi jiwanya luarbiasa. Saudara Tamim Dahari Abdul Razak. Beliau tidak ada ambisi kuasa dan harta. Beliau digerakkan oleh jiwa tauhidnya kepada Allah dan bangganya dia dengan agamanya, Islam. Beliau mengidamkan syahid sebagai penutup hayatnya. 


Jadi perjuangan ini, tidak mudah terhenti begitu sahaja.


Sebagai penutup surat terbuka ini, saya menyeru Dato Seri menilai semula segala ucapan, ulasan, pendekatan dan tindakan berkaitan isu kuil haram ini. Samada yang dikeluarkan oleh Dato Seri sendiri, maupun oleh mana-mana anggota pentadbiran dan badan penguatkuasaan.


Wahai Dato Seri, tegakkanlah undang-undang dan perlembagaan tanpa mengira kaum dan agama. Jangan takut kepada undi dan pengundi. Sebaliknya takutlah kepada Allah Rabbul Jalil. 


Seperti diingatkan sebelum ini, Dato Seri diberi kuasa atas kehendak dan izin Allah. Jangan sampai Allah timpakan kehinaan di dunia, manakala di Akhirat diseksa di dalam neraka.


Sekian, wassalam.


29 Syaaban 1447

Madrasah Kehidupan