Experience framework_
50% PEKERJA MALAYSIA HADAPI TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA!
Sebanyak 50% pekerja di Malaysia dilaporkan menghadapi tekanan mental di tempat kerja.
Dua fakta utama:
1. Satu daripada lima pekerja (20%) tertekan kerana beban dan tanggungjawab yang perlu dipikul di tempat kerja.
2. Prestasi pekerja menurun berpunca daripada penilaian prestasi yang rendah, termasuk kepada pekerja yang sebenarnya berpotensi.
Terkejut dengan fakta ini?
Saya tidak terkejut langsung, kerana realitinya ramai pekerja di Malaysia:
1. Overload dengan kerja
2. Tidak dihargai
Ini selari dengan perkongsian saya sebelum ini.
---
Untuk Pekerja
Jika anda -
Rasa murung
Tidak gembira untuk bekerja
Itu mungkin tanda anda sedang mengalami tekanan mental di tempat kerja. Jangan abaikan. Dapatkan khidmat kaunseling secepat mungkin. Jika dibiarkan, keadaan boleh menjadi lebih buruk.
---
Untuk Majikan
Jika ada pekerja yang mengambil MC dengan corak yang hampir sama selama tiga bulan berturut-turut, itu mungkin petanda mereka tidak gembira atau sedang bergelut dengan tekanan.
HR sepatutnya mendapatkan pandangan doktor kesihatan pekerjaan (Occupational Health) untuk membantu — bukan terus menghukum pekerja.
Malangnya, ada yang terus melabel pekerja sebagai malas, tidak perform, malah menggunakan alasan MC untuk memberi rating below expectation dalam appraisal tahunan.
Pendekatan sebegini hanya akan memburukkan keadaan.
---
Nasihat
Wahai Boss²
Banyakkan bertanya tentang keadaan pekerja — dari segi kesihatan mental dan fizikal.
Tanya sama ada mereka gembira dengan suasana kerja.
Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman tanpa memahami situasi sebenar.
Wahai Pekerja²
Beranikan diri untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.
Jika sukar berbincang dengan bos, kongsikan dengan rakan sekerja yang memahami situasi tempat kerja anda.
Dan kepada rakan sekerja — berikan sokongan moral apabila diperlukan.
Jangan tambah beban dengan kata-kata seperti:
“Kau ni lembik lah.”
“Biasalah tu, nama pun kerja.”
“Syukur lah wei ada kerja.”
Kemampuan mental setiap individu berbeza. Jangan samakan semua orang dengan diri kita!
Ke arah kesihatan mental yang lebih baik di tempat kerja.
#mentalhealthmatters
#HRLeadership
#dataanalysis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan