Selasa, 24 Februari 2026

Kualiti air balang

 Dua hari ni heboh bila Mixue dan Zus dah masuk bazar Ramadan.


Kata orang, persaingan ini akan membuatkan peniaga kecil bungkus.


Sebagai seorang pembeli bagi saya, tidak.


1. Mixue dan Zus ni bersifat individual cup. Kalau satu rumah ada 6 orang, kena beli 6 gelas lah.


2. Berbeza dengan air balang. Satu plastik boleh minum 2 ke 3 orang. Kami berlima, beli 2 plastik air yang berharga RM6 setiap satu. Ternyata tak habis. Maksudnya, 2 plastik air tu boleh minum lebih 6 orang.


3. Satu lagi, Zus dan Mixue hanya jual air yang sama. Mustahillah orang akan hadap air yang sama selama 30 hari.


4. Di sini, peniaga air balang masih mampu survive.


Tapi...


Apa yang membuatkan air balang boleh 'bungkus'?


1. Tempoh hari, saya beli air balang kopi hazelnut. Waktu berbuka, kopinya tak rasa, apatah lagi hazelnut. Susu lagilah. Sekadar nak bagi air tu warna keruh saja. Selebihnya, rasa air gula.


2. Saya juga beli air coklat. Entah apa rasa coklatnya. Susu pun tak terasa. Yang rasa, air gula.


3. Saya juga ada beli air keladi. Cukup. Tak perlu nak kata apa. Daripada 1 jug, mungkin hanya luak 2 cawan saja. Saya simpan dalam peti ais untuk minum esoknya. Saya dah tambah susu pekat, tambah lagi Stevia. Rasanya? Manis je lah. 


4. Saya pun beli air Bandung cincau. Nak saya ulas? Tak perlu kot.


"Beli RM6 sebungkus, tapi nak macam-macam. Agak-agak lah."


1. Dia macam ni bang. Kalau kata jual Milo, pastikan air tu Milo. Bukan coklat.


2. Kalau kata jual air Ribena, juallah air yang betul. Bukan kordial anggur.


3. Kalau kata jual kopi hazelnut. Hidangkan lah minuman yang selayaknya kepada pelanggan yang membayar. Bukan air yang hanya rasa gula.


4. Kalau campur kordial, cakap je guna kordial. Tak payah pusing cakap guna buah piyor.


Peniaga air balang masih boleh survive kalau mereka utamakan kualiti. Orang kalau tak sedap, dia takkan datang lagi.


Macam mana selama ni Kopi Pak Din, Kopi Gantung Perlis dan macam-macam jenama kopi balang lain boleh survive walaupun harganya seplastik untuk seorang minum lebih kurang RM5-RM6?


Jawapannya kualiti. Saya yakin, kebanyakan kita takkan berkira bab harga. Tengok sahaja Syahmi Sazli. Beratur orang beli. Padahal, jual air je pun. Sebab apa? Kualiti.


Tapi kalau sekali dah terkena, harga RM10, guna cup slim. Dua tiga kali sedut dah habis. Siapa yang tak marah.


Sekarang ni, dari sudut pandang seorang pembeli, bukan Zus atau Mixue yang menjatuhkan peniaga air balang. Tapi, mereka sendiri yang membunuh kepercayaan orang kepada mereka.


Begitulah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan