Kadang-kadang kita tanpa sedar tidak bermaksud untuk berprsangka dan berkata buruk tentang seseorang atau dengan kata lain “Mengumpat”, dengan mengatakan bahawa apa yang kita ucapkan itu adalah kebenaran. Namun hakikatnya tidaklah begitu. Jadi saya mengajak diri saya dan kalian semua agar bermuhasabah dimanakah letaknya diri kita? Sama ada termasuk golongan pemakan bangkai (Eeee..gelinya..Na’uzubillah!) atau golongan orang2 yang beriman (Ameen..InsyaAllah..) sepertimana dalam firman Allah ayat 12,Surah al-Hujurat dengan maksud:
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kau memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Kisah ini diceritakan daripada Syeikh Abu al-Qasim al-Junaid r.a. katanya:
Sewaktu aku berada di kota Baghdad menunggu jenazah seseorang untuk disembahyangkan bersama ramai juga orang lain, tiba-tiba datang seorang fakir yang kelihatan seperti seorang sufi dan zuhud. Orang fakir ini terus meminta-minta sesuatu daripadaoarng di situ. Aku tidak setuju dengan perbuatan orang orang fakir itu, seraya berkata di dalam hatiku:
“ Kalau si fakir ini boleh membuat sesuatu kerja yang boleh mengelakkan dirinya meminta-minta kepada orang seperti ini, bukankah itu lebih baik baginya? “
Sesudah selesai menyembahyangkan jenazah, aku terus pulang ke rumah. Seperti biasa pada waktu malam aku selalu bangun untuk berzikir, solat malam, munajat dengan tangisan dan sebagainya. Tetapi pada malam itu aku terasa berat sekali untuk melakukannya seperti biasa. Meskipun aku terus memaksa-maksa diriku untuk embuatnya namun akhirnya mataku yang mengantuk dapat mengatasi segala daya upayaku untuk meneruskan ibadat itu.
Dalam tidur aku bermimpi melihat orang fakir zuhud yang ak lihat di tempat jenazah siang tadi. Aku lihat seolah-olah ada bangkai orang yang sudah mati, diletakkan di atas meja panjang. Orang-orang yang membawanya itu lalu menghampiriku seraya berkata kepadaku:
“ Nah makanlah dagingnya, kerana engkau telah mengumpatnya tadi!”
Orang-orang itu pun menyorongkan meja panjang itu kepadaku.
“Eh, jangan salah faham! Aku tidak mengumpatnya, aku hanya berkata sesuatu paa diriku.” Hujahku kepada mereka.
“Tetapi, orang seperti engkau ini tidak patut melakukan perbuatan seperti itu.” Kata mereka.
“Baiklah, aku minta maaf.” Kataku.
“Tidak. Tetapi engkau mesti prgi kepadanya sendiri dan meminta maaf dihalalkan apa yang engkau sangkakan dalam hatimu itu!” Kata mereka.
“Baiklah aku berjanji.” Kataku.
Pada hari berikutnya aku masih teragak-agak, sama ada aku mesti mencari si fakir itu dan meminta maaf kepadanya? Aku bingung, tetapi aku berjanji kepada orang-orang dalm mimpiku malam tadi.
Sementara aku dalam keadaan teragak-agak begitu, tiba-tiba aku terlihat si fakir itu sedang berada di tengah-tengah kebun mengumpul air-air embun dari dedaunan sayuran di dalam kebun. Aku terus mendatanginya untk memohon maaf kepadanya. Aku memberi salam, lalu dia segera membalas salamku. Belum sempat aku mengatakan sesuatu lagi untuk memohon maaf kepadanya, dia lebih dahulu telah berkata kepadaku:
“Hai Abu al-Qasim! Ingatlah lain kali jangan buat begitu lagi, ya.” أﺴﺗﻐﻓﺍﺮﺍﷲﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
“Ya.”
Katanya lagi: “ Pergilah sekarang, mudah-mudahan Allah s.w.t. mengampunkan aku dan juga kamu!”
Itulah sahaja ucapan si fakir zuhud itu, lalu dia pun pergi dari situ dan sekelip mata sahaja sudah hilang daripada pandangan. Aku tidak sempat bertanya siapa gerangan dia? Dan dari mana datangnya?
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Antara kebaikan seseorang Islam ialah meninggalkan sesuatu yang tiada kena-mengena dengannya.”
Sabda Nabi: “ Ketahuilah sesungguhnya pada jasad terdapat seumpal darah, jika elok nescaya eloklah seluruh jasad, dan jika rosak nescaya rosaklah seluruh jasad. Ketahiulah itulah HATI.”
Moral: Sama2lah kita jaga HATI & IMAN kita. Ok! InsyaALLAH....
Rujukan:
Himpunan Hadis Modal Insan 2
Karya Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
_________________
" Dikala ku bersedih,
tak tahu kepada siapa harus ku merintih,
sering DIA berikan ku banyak dugaan hingga diriku letih.
Tapi tanpa ku redari,
DIA sedang memimpinku kepada nikmat yang bakal kuraih."
kisah kedua
kisah kedua
Imam Syafie yang terkenal kerana mampu menghafal al-Quran sejak berusia 6 tahun lagi. Suatu ketika beliau telah hilang sebahagian daripada hafalannya hanya kerana terpandang betis seorang wanita secara tidak sengaja. Kesilapan yang tidak disengajakan pun telah melunturkan ilmunya. Bagaimanakah pula kita pada hari ini yang penuh maksiat dari siang hingga malam?
Agaknya mungkin ada yang berkata bahawa dia lebih hebat daripada Imam Syafie kerana walaupun pelbagai maksiat dilakukan, tidak pula hilang ingatannya. Mustahil kita lebih hebat daripada Imam Syafie. Yang sebetulnya; ingatan kita tidak hilang setelah melakukan maksiat kerana tiada sesuatu ilmu yang bermanfaat pun dalam kepala kita. Jadi macam mana mahu hilang kalau memang kepala sudah kosong.
Moralnya ialah maksiat membawa banyak kesan negatif dalam kehidupan harian kita. Hanya kita sahaja yang tidak menyedarinya kerana ketiadaan ilmu. Kesan negatif itu adalah bala di dunia. Di akhirat kelak, sama-samalah kita maklumi sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan