Rabu, 29 Jun 2011

Mulianya hati seorang anak


Mulianya Hati Seorang Anak
Lapang benar dada Wak Buang bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.
''Tapi Pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Wak Buang. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah.
“Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Wak Buang sebaik turun dari motornya. “Apa bendanya terlolong-lolong in bang?” tanya Mak Jah. “Ada berita baik in Pah, nampaknya hajat Kita nak ke Mekah tahun in akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi Kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah TU dah melambai-lambai,”
Cerita Wak Buang dengan wajah berseri-Seri. “Betul ke in bang? Baru semalam is Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak Ada dalam senarai.” “Betullah Pah oii…….. Saya in baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak TU kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Mana Kita nak cari duit banyak TU bang? Tiga ribu TU bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Jah merenung gusar wajah suaminya.
“Alah Pah, Kita mintalah tolong dengan Nazir Dan Ajib. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.” Wajah Wak Buang semakin berseri-Seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. “Lusa Hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik, boleh Kita berunding,” cadang Wak Buang.
“Kalau tak cukup bahagian saya TU, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok Kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu Kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Jah tidak bersetuju dengan rancangan Wak Buang.“Pah…. Nazir Dan Ajib tu kan anak-anak Kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagipun selama in Kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak Kita tu tak akan menghampakan Kita kali in.” Yakin benar Wak Buang, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.
“Tapi bang………..” “Dahlah…… pegi siapkan kerja awak TU, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,” Pintas Wak Buang sebelum Mak Jah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Wak Buang bila Nazir menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Wak Buang menelefon Ajib pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
“Insya’Allah, teman balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Teman suruh Intan balik sama?” tanya Ajib. “Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau Dan Nazir. Intan TU Ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Wak Buang. Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan denga Intan. Sikap degil Dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Nazir Dan Ajib yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Wak Buang ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Wak Buang tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang. “Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Wak Buang.
“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?”
“Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat Abah. Kerja apa Dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan Cuba membuat Abahnya faham. “Kenapalah kau seorang in lain benar dari abang Dan kakak kau. Cuba kau tengok Ajib TU, tak pernah dia membantah cakap macam kau in!”
“Intan memang tak sama dengan Kak Ajib, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya. “Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. Aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.”
“Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu, Wak Buang memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Wak Buang bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.
“Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Wak Buang memulakan bicara. “Hajat apa pula Abah?” tanya Nazir yang duduk di sebelahnya. “Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Ajib bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Wak Buang mengutarakan hasratnya.
“Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Nazir. “Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.”“Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Nazir serba salah.
“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Wak Buang melindungi kekecewaannya.“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Nazir. Wak Buang terdiam, harapannya kini cuma pada Ajib. “Kamu macam mana Teman, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Wak Buang berpaling pada Ajib.
“Teman pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Teman baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Wak Buang mendengar jawapan Ajib. “Mah bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”
“Betul kata Mah tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Nazir. Kata-kata Azman dan Nazir bagaikan sembilu yang menikam dada Wak Buang. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Wak Buang terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.
“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Jah bersuara cuba meredakan keadaan. “Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Wak Buang bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.
“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Wak Buang pada Mak Jah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya. “Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Jah sambil mencapai kain selendangnya. “Nak ke mana pulak tu?” tanya Wak Buang melihat Mak Jah bersiap-siap. “Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Jah menekan suara bila menyebutnya anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Wak Buang yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.
“Nak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?” “Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Jah. “Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.” Mak Jah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.
“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.” “Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. “Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawap Wak Buang sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedan membaca suratkhabar. Mak Jah pula melipat kain.
“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka. Wak Buang menurunkan suratkhabar yang dipegangnya., kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. “Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Wak Buang merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Wak Buang turut tertawa. Mak Jah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.
“Abah ni…… ke situ pulak….” “Habis tu?” “Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Wak Buang.
“Apa???” Wak Buang terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya. “Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Ajib. Intan tak cantik dan baik macam Kak Ajib, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.”
“Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Ajib nak kahwin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.
“Terima kasih Intan. Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Ajib dan Nazir yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Wak Buang sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.
“Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.” “Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Wak Buang. Intan peluk abahnya erat. “Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Jah mengusik Wak Buang sambil mengesat air mata penuh kesyukuran. “Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Wak Buang dan Mak Jah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.
“Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Jah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. “Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?” “Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.” “Hah! Awak dengan tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Wak Buang yang turut mendengar perbualan dua beranak itu.
“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Jah dan Wak Buang berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Wak Buang mengerling Mak Jah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Wak Buang terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.
“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Jah terjaga. “Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.” “Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Jah. Dari jauh lagi Wak Buang sudah melihat Nazir dan Azman menanti mereka. “Mak….. Abah…..,” Nazir meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju.
“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Wak Buang tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. “Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Ajib sambil mencium tangan Wak Buang. “Intan pun tak datang juga ke?” tanya Wak Buang terasa hampa. “Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Jah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Wak Buang. Mak Jah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.
“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Jah pada Nazir dan Azman. Nazir mengerling Azman yang sedang memandu. “Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Nazir cuba bergurau walaupun terasa sayu.“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?”
“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman. “Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Wak Buang. Azman dan Nazir hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Ajib meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Wak Jemen yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
“Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Ana setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya. “Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Jah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. “Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Bik Pitah. “Intan mana?” Wak Buang mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
“Nazir….. mana Intan? Mana adik kau?” tanya Wak Buang dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. “Sabar Abah….,” Nazir menggosok belakang abahnya. “Kenapa …….. kenapa?” Mak Jah menurunkan Aiman, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.
“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Ajib tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Wak Buang terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Jah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Wak Buang duduk di tepi kepalanya.
“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang. “Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Wak Buang menepuk lembut bahu Mak Jah yang tersedu.
“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Jah. “Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak…….. tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Nazir. Mak Jah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.
Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan