Selasa, 14 Jun 2011

Bugati

Bugatti Veyron SuperSport: Di Sebalik Tabir Kereta Terpantas Di Dunia
Seperti yang diketahui, Bugatti Veyron SuperSport memegang takhta sebagai kereta terpantas di dunia setelah memecah rekod kereta terpantas pada 10 julai 2010 dengan kelajuan 431km/j oleh pemandu dari Bugatti iaitu Pierre-Henri Raphanel. Untuk membaca carta kereta terpantas, klik sini. Rekod ini dipecahkan di litar rahsia Volkswagen, Ehra-Lessien turut diketahui sebanyak 5 unit sahaja dikeluarkan bagi model ini.
Merekabentuk sebuah kereta bukanlah mudah, pelabagai faktor perlu diambil kira seperti struktur chasis, berat bersih, kuasa dihasilkan, kuasa diperlukan, daya seretan (drag), sistem penyejuk dan berbagai lagi. Tugas itu menjadi lebih mencabar lagi jika ingin merekabentuk sebuah kereta ‘hyper‘ yang mampu mencapai kelajuan 431km/j.
Sedikit spesifikasi tentang Bugatti Veyron SuperSport:
Kapasiti: 7993 cc
Kuasa keluaran: 882 KW (1200 hp) pada 6400 rpm
Tork maksimum: 1500 Nm pada 3000–5000 rpm
Transmisi: 7 kelajuan DSG
Pecutan: 2.5 saat (0-100km/j), 6.7 saat (0-200km/j), 14.6 saat (0-300km/j)
Bugatti Veyron SuperSport adalah suatu kejayaan yang sangat besar bagi Bugatti setelah mengalahkan musuh ketatnya SSC Ultimate Aero dan sehingga kini, tiada pengeluar kereta yang mampu mengalahkan kuasa pecutan Bugatti Veyron iaitu 2.5 saat. Apakah yang menjadikan Bugatti Veyron SuperSport kereta terpantas? Mari kita lihat di sebalik tabir gergasi ini…
1. Aerodinamik
Salah satu musuh utama bagi merekabentuk sesebuah kereta (terutama kereta yang pantas) adalah daya seretannya ataupun lebih dikenali sebagai drag. Sesebuah kereta haruslah mempunyai jumlah drag yang optimum untuk mencapai efficiency yang maksimum. Drag yang tinggi menyebabkan pembaziran kuasa terutama pada kelajuan yang tinggi.
SuperSport mempunyai drag coefficient sebanyak 0.4, dan jumlah drag boleh dikira dengan rumus tertentu (boleh rujuk buku dan sesiapa yang pernah mengambil subjek aerodinamik jika ingin tahu lebih lanjut ttg drag coefficient), dan pada kelajuan 400km/j sahaja ia memiliki 5600N daya yang menolaknya kebelakang.
Sesebuah kereta yang bergerak laju juga memerlukan sejenis daya yang dipanggil downforce untuk membantunya melekap pada permukaan jalan. Supersport mempunyai spoiler (atau flap) yang di kawal secara elektronik untuk memberikan downforce ketika ia sedang bergerak.
2. Enjin
Seperti yang kita ketahui, Veyron menggunakan susunan enjin yang sangat unik W16, iaitu 2 buah enjin V8 disambung pada satu crankshaft. Enjin sebegini adalah antara faktor utama ia boleh memecut dari statik hingga 100km/j dalam hanya 2.5 saat. Boleh layari Youtube untuk mendapatkan animasi bagaimana enjin W16 berfungsi.
Model ini juga dilengkapi dengan 4 buah turbo yang besar dan sebuah intercooler. Dengan enjin lagenda ini juga, ia menelan sebanyak hampir 6.5 liter bahan bakar seminit pada kelajuan maksimumnya dan mampu menghabiskan setangki bahan bakar dalam hanya 12 minit.
3. Sistem Penyejuk
Oleh kerana Veyron SS menghasilkan kuasa yang tinggi iaitu 1200hp, sistem penyejuk yang mantap juga diperlukan. Model ini mempunyai 10 buah radiator iaitu 4 buah untuk radiator enjin, 2 buah untuk aircon, sebuah untuk pelincir transmisi, sebuah untuk pelincir enjin, sebuah untuk intercooler, dan terakhir sebuah untuk minyak differential.
Model ini juga telah digubah dari segi lubang-lubang udara penyejuknya berbanding model terdahulu iaitu Veyron GrandSport. Lebih banyak lubang ditambah untuk membantu untuk kemasukan udara namun penambahan ini menyebabkan drag coefficient bertambah. Untuk mengelakkan penambahan drag ini, roof scoop di atas telah dihilangkan dan diratakan. Keseluruhan lubang udara ini menyedut sejumlah 4 tan udara dalam masa sejam.
4. Sistem Brek
Oleh kerana ia beroperasi pada kelajuan extreme, sistem brek yang baik juga perlu diambil kira. Model ini menggunakan carbon ceramic brek untuk menghentikan jentera ini pada kelajuan 400km/j ke statik dalam masa hanya 10 saat.
Spoiler yang dikawal secara elektronik itu juga bertindak sebagai flap apabila brek ditekan dan mampu membantunya untuk berhenti. Model terbaru ini juga telah menggunakan banyak bahan carbon untuk mengurangkan berat bersihnya sebanyak 50kg berbanding model terdahulu.
5. Tayar
Untuk mengelakkan suhu yang tinggi pada tayar, SuperSport telah menggunakan sistem kawalan kelajuan elektronik yang meletakkan had kelajuan sebanyak 411km/j sahaja dan pada kelajuan ini tayar tersebut hanya dapat bertahan sejauh 60km sahaja. Ketika rekod kelajuan dipecahkan pada 10 julai 2010, kawalan kelajuan ini telah dimatikan buat sementara.
Tayar yang berkualiti tinggi ini menjalankan tugas yang sangat baik untuk menanggung beban dan downforce pada kelajuan tinggi dan mempunyai corak istimewa supaya dapat mengeluarkan haba yang dihasilkan dari tayar ini. Maka tidak hairanlah jika dikatakan satu set tayarnya berharga lebih dari 32,000 USD.
sumber:selangor2u.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan