Khamis, 2 Jun 2011

Biasiswa

Bulu roma saya naik meremang bila membaca berita akhbar dan berbagai ulasan dlm media internet berkaitan isu Biasiswa JPA ini. Tambah-tambah pula bila tengok MCA seakan-akan cuba bermain api menyalahkan kakitangan JPA yang tak ada kena mengena itu.

Lagi naik meremang bulu roma bila baca kenyataan PERKASA yang bagi amaran kat MCA jangan campur tangan soal biasiswa-biasiswa ini, tambah-tambah pula bila salah seorang geng PERKASA Ruslan Kasim ka apa nama siap bagi ulasan panjang lebar bab perlembagaan negara yang mendasarkan bahawa Biasiswa ini adalah sebahagian dprd HAK ISTIMEWA orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan; PERKASA kata jgn dok memandai-mandai nak campur tangan.

Fuh! hebat sungguh, rasa berdesing telinga mendengarnya.

Bukan berdesing sebab naik semangat tapi berdesing cuping telinga ini sebab sebagai salah seorang saki baki SAKSI yang masih tinggal dari zaman di mana UMNO sengaja mengubah BIASISWA menjadi PPTN di sekitar penghujung tahun 1980an dulu, saya memang naik marah sungguh bila depa dok politikkan bab BIASISWA ini.

BIASISWA apa ke hal nya, la ni mana ada BIASISWA dah; hat tinggal saki baki untuk budak-budak straight A tu biaq lah dia tinggal setakat mana yg ada, sebagai bahan kajian Sejarah di kemudian hari.

Dulu, zaman saya masuk U di penghujung tahun 1980an dulu, masa tu budak2 semua dapat BIASISWA, kjaan masa tu hantaq saya pi ngaji sampai Amerika mana nu, sekupang pun arwah bapak saya yg kerja menoreh getah di Baling sana nu tak payah bayaq.

Tapi la ni, bukan kata nak ngaji sampai Amerika, nu nak masuk kolej swasta rumah kedai tepi jalan nak jadi MISI pun jenuh berhutang beribu-ribu dengan PPTN!!

Jadi, kepada MCA/UMNO dan PERKASA, berhentilah politikkan bab BIASISWA ni.

Cuba fight bagi PPTN jadi BIASISWA, nescaya habis semua rakyat jelata akan sokong parti hangpa nanti.

Kalau hangpa nak tau, kat bawah ini dok ada berjuta-juta bekas graduan Univ/IPTA/IPTS/Poly etc yang tengah dok sengsara kais pagi makan pagi kais petang makan petang, celah-celah tu nak kena bayaq hutang PPTN yg asalnya sepatutnya adalah BIASISWA untuk semua.

Ops, satu lagi, nak kena habag juga.

Bila saya baca muka depan the STAR hari tu kata kerajaan isytihar budak2 straight A+ akan otomatik dapat biasiswa (tak kita apa bangsa), tiba-tiba terlintas di pemikiran saya:

"Untung la mak pak depa yang kaya raya tu; duit banyak boleh beli mcm2 jenis buku rujukan kat anak-anak, boleh hantaq tusyen kat pusat tusyen yang hebat-hebat yang tenaga pengajarnya adalah pembuat soalan dan pemeriksa kertas soalan. Boleh hire/upah cikgu-cikgi baguih-baguih atau pun guru-guru cemerlang mai rumah bagi tusyen kat anak dia siang malam....nak bagi dapat 9A+".

RUGI ka bayaq mahal-mahal habis duit beribu-ribu nak kejar 9A+ tu?

Tak RUGI haih, sebab bila dah dapat 9A+, WAJIB dapat BIASISWA.

Bila dah dapat BIASISWA, semua kerajaan tanggung dari tahun mula sampai habis belajar.

Lega mak ayah boleh save duit. Berbaloi Pelaburan depa!!

Habis tu, org2 kampung atau pun orang pekan macam Abang saya yang tinggal di rumah Flat PERDA kat Bukit Mertajam tu, yg kerja operator kilang, bini tak kerja, sabtu ahad balik kampung di Baling Kedah naik motor, pi balik 2 jam, bawak mai ulam-ulam kampung pi jual di pasar malam Pauh Indah dan pasar Tani Kubang Semang, Bukit Mertajam untuk dapatkan extra income empat lima ratus sebulan tu macam mana pulak dengan nasib anak-anak dia?

Baru ni SPM, anak dia cuma dapat offer UITM, itu pun dok kalut, nak cari duit mana nak buat belanja beli kain baju dan persediaan untuk daftar.

Adakah disebabkan "Kemiskinan Bandar" yang dia alami itu yang menyebabkan anak-anak dia tak dapat menikmati peluang pendidikan yang sempurna (buku rujukan, tusyen, cikgu mai rumah etc), lantas anak dia tak dapat 9A+, maka anak dia tak layak dapat BIASISWA?

Tak kira UMNO, tak kira MCA tak kira PERKASA, nak tanya kat hangpa:

"Adil kah Macam Itu?"

Secara sinis kita boleh kata, orang kalau dah kaya raya, ada duit berlambak-lambak, tak heran haih kalau nak bayaq lebih untuk dapat soalan bocor (kalau ada) ka apa, janji anak score; lepas tu for the next 7 years, tak payah pening kepala nak fikir cari duit mana nak tanggung anak belajar.

So, sama-samalah kita renung dan fikir.

Dan, buah last sekali; nak habag kat semua rakyat MALAYSIA tak kira apa bangsa:

"Buat apa lah kita nak gaduh-gaduh MELAYU, CINA, INDIA, SABAH/SERAWAK dll dalam bab BIASISWA ini. Kita kan ada hasil minyak berbilion juta di bawah perut bumi Malaysia tercinta ini. Boleh jual dan ambik untuk bagi BIASISWA kepada semua anak-anak kita, tak kira bangsa!!"

Fakta: Untung BERSIH Petronas sebelum cukai untuk tempoh 9 bulan berakhir pada 31 Dec 2011 ialah RM69.746 billion atau pun sebanyak 69,746,000,000 Ringgit. 

Enam Puluh Sembilan Billion, lebih daripada cukup untuk tanggung anak-anak kita semua pi belajar tak kira anak orang PAS/PKR/DAP/UMNO/MIC mahu pun MCA!

Susah-susah sangat, hangpa lantik saja aku jadi Menteri, lagi senang.

kredit:http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan