Rabu, 19 November 2014

pondan


Akhir-akhir ini banyak perkara pelik yang berlaku melibatkan tabiat manusia. Memang sah ini tanda-tanda akhir zaman. Semua gejala jahiliyah yang berlaku di zaman nabi-nabi terdahulu, berlaku semula keseluruhannya di zaman kita.
Belum habis gelombang buang bayi gara-gara hubungan malam tahun baru, ambang merdeka dan Hari Valentine, kemudian berganti pula dengan gejala buli dan kini boleh pula mahkamah membenarkan dan mengiktiraf transgender. MasyaAllah, apa nak jadi dengan dunia ini?
Ironinya, 2 dari 3 hakim yang memutuskannya pula ialah orang Islam sendiri. Tergamak mereka memutuskannya mengikut "buku" perundangan sivil, walaupun jelas ia bertentangan dengan undang-undang dari ‘buku perlembagaan Allah’ iaitu Al-Quran dan sunnah itu sendiri.
Apabila perundangan negara turut merestui, kami juga geleng kepala. Lagi-lagi apabila ada 2 wakil dalam Ratu Pondan Dunia dari Malaysia, sebuah Negara Islam. Ironinya, salah seorang darinya dari Pantai Timur, negeri yang membawa gelaran DARUL IMAN… Kegilaan apakah ini? Apakah perasaan Rasulullah SAW melihat semua ini? Apakah pula tindakan Allah nanti terhadap semua ini?
APA ITU PONDAN?
Pondan, yang juga dikenali sebagai Mak Nyah, Bapuk, Darai, Sama Species dsbnya, merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita yang dilahirkan transeksual".
Menurut Laporan Negara oleh Profesor Madya Teh Yik Koon, Pensyarah Kriminologi dan Sosiologi di Universiti Utara Malaysia, yang tertonjol sebagai pakar tersohor dalam isu ini, mak nyah yang secara amnya merujuk kepada lelaki transeksual, adalah lelaki Mukhannats yang mahukan jantina yang lain dari jantina yang mereka dilahirkan.
Transgender atau Pondan adalah masalah terbitan yang terbentuk secara perlahan-lahan, bukan penyakit yang berlaku sejak lahir. Setelah naluri itu terbentuk, lalu ia dikatakan sebagai penyakit Gender Identity Disorder (G.I.D.). Para doktor mengklasifikasikannya sebagai penyakit 'mental' atau Psikologi. Ini bermakna ia melibatkan akhlak, habit dan sikap secara gradual, berbeza dengan ‘Khunsa’ yang pada dasarnya bermaksud ‘dwi jantina’.
BAGAIMANA PONDAN TERJADI?
Pengaruh persekitaran kehidupan bercirikan wanita pada anak lelaki di peringkat awal, ditambah dengan kelalian ibubapa mengenal tanda dan tidak tegas melakukan pencegahan adalah antara punca utamanya. Pengaruh artis, media hiburan, adik beradik perempuan dan rakan sebaya mempengaruhi sifat ini secara perlahan-lahan. Ia bukan seperti khunsa yang berlaku sejak lahir lalu boleh dikatakan sebagai ‘takdir’.
Kami ingin kongsikan dapatan kami dari banyak juga kes-kes begini yang pernah dirujuk kepada kami. Ada anak lelaki yang sehingga tingkatan 3 masih suka pakai skirt kakaknya. Lebih selesa berkawan dengan perempuan di sekolah daripada rakan lelakinya. Suka kepada segala permainan anak perempuan, hatinya kecil dan jiwanya amat sensitif persis seorang perempuan.
Setelah dikaji, kami dapati antara sebab besarnya ialah apabila ‘attachment’ seorang bapa yang sangat longgar dengan anak lelakinya. Ada juga anak lelaki yang sengaja menjarakkan diri kerana si bapa terlalu garang atau tidak peduli dengan anak lelakinya. Ada yang hanya bapanya terlalu sibuk, atau telah berpisah. Ibunya pula kurang peka melihat perubahan naluri anak itu. Tambah berat lagi bilamana ia anak lelaki tunggal atau terpisah dari adik beradik lelakinya dan dikelilingi adik beradik perempuan kesemuanya.. ‘Nahas’...
Sebahagian murobbi RPWP datang dari latar belakang sekolah dan kolej yang ber’asrama’. Apabila kami kaji semula, habit pondan ini memang mula terbentuk dari peringkat sekolah rendah lagi. Apabila sampai ke peringkat kolej, atau ke peringkat 'membesarkan buah dada', maka ia menjadi bersifat kekal.
Sebahagian dari mereka pula ada yang terlanjur menjadi "penerima" kepada aktiviti seksual songsang. Kemudiannya mereka terbiasa lalu berusaha mengambil hati teman lelakinya dengan mengubah diri menjadi lembut dalam percakapan, cara berjalan, mengenakan hiasan perempuan hinggalah ke peringkat membesarkan buah dada. Sebahagian lagi sanggup melakukan pembedahan menukarkan alat genital mereka kepada alat sulit seorang wanita.
Sesungguhnya gejala pondan 'tahap ini' adalah satu kerosakan dan pengubahan kekal yang tidak boleh diperbaiki apabila ia telah terjadi. Sekalipun mereka bertaubat tetapi jalan kembali telah mereka runtuhkan. Menangis air mata darah tetap tidak mampu mengubah apa-apa.
BAGAIMANA MENCEGAH TERJADINYA PONDAN
Sebelum ini, kami sendiri pernah terlalai apabila ada seorang anak lelaki kami yang sangat comel dan menjadi tumpuan kebanyakan tetamu wanita. Dia sentiasa didukung dan dilayan seperti seorang puteri oleh dayang-dayang, daripada kalangan tetamu atau oleh kakak-kakak besar di RPWP.
Akhirnya pada umur 5 tahun anak ini menunjukkan kecenderungan yang aneh. Jalan kepit, pemalu tak kena tempat dan suka bermain dengan permainan kanak-kanak perempuan. Tatkala rakannya bermain bola, dia boleh selesa bermain masak-masak juga bermain anak patung bersama anak perempuan. Apabila diajak main bola di padang ketika riadah, dia enggan sampai menangis.
Kami kenalpasti masalah ini dan langsung dengan tegas membuat pemisahan. Kami memasukkan anak ini dalam apitan rakan-rakan sebaya yang lelaki dengan pantauan abang-abang, dan murobbi RPWP. Baru 6 tahun sahajapun sudah masyaAllah susahnya untuk membetulkan kesan pondan itu. Lebih setahun kami cuba dan kini barulah kami nampak islahnya. Alhamdulillah ia kembali menjadi kanak-kanak lelaki normal.
Yang kami kesan seawal itu juga sudah sukar dipulihkan. Apatah lagi jika pada umur 18 tahun dan buah dadanya membesar baru kita sedar anak kita mempunyai naluri pelik yang menyukai rakan sejenisnya. Alasan yang sering kita dengar ialah "Walaupun badanku lelaki, tetapi naluriku wanita".
Mereka bukannya khunsa yang terjadi sejak lahir lalu dibenarkan Allah untuk memilih satu jantina yang dominan. Tetapi mereka lelaki sejati yang menukar fitrah melalui fisiologi jantina dengan sengaja. Sebahagiannya malah mengubah secara fizikal melalui proses pembedahan, paling tidak pun menyuntik atau memakan hormon penyubur untuk mengubah susuk diri untuk menjadi wanita.
Untuk kes anak kami tadi, pendekatan kami yang pertama ialah, memisahkan anak-anak ini dari sumber gejala, iaitu apa sahaja pengaruh perempuan. Perjalanan hidup mereka semua dipantau. Kami juga kawal akses internet dengan pemantauan yang sangat rapi. Kami lebih utamakan pencegahan dari perawatan.
Dari kecil kami pisahkan antara lelaki dan perempuan sekalipun mereka baru berusia 2 atau 3 tahun. Kami tentukan aktiviti yang wajar bagi memisahkan habit anak lelaki dengan perempuan. Yang penting kami sentiasa perhatikan tanda-tanda awal dan segera mengambil langkah pemulihan sebaik saja gejala ini menunjukkan tanda.
Sebagai ibu bapa, pastikan kita peka dengan siapa anak kita berkawan. Pastikan juga perubahan yang berlaku kepada mereka dan bertindak dengan cepat sebelum semuanya terlambat. Tidak guna menangis airmata darah jika transgender telah berlaku sampai dada mereka tumbuh 'buah'.
KESIMPULAN
Penyakit GID ini ada kaitan dengan habit dan akhlak. Oleh itu ia boleh terjadi jika tidak dicegah tetapi boleh juga dipulihkan dengan alquran yang diturunkan untuk membetulkan akhlak manusia. Yang penting ialah pencegahan awal. Jangan sampai buah dada dibesarkan dan pembedahan genital berlaku.
Anak itu dilahirkan seperti kain putih, kitalah yang membentuk mereka untuk jadi sepertimana yang Allah mahukan. Tetapi ibu bapa hari ini, bila anak dah terlanjur menjadi pondan, katanya "Itu ketentuan Allah". KEPADA ALLAH JUGA KITA PERSALAHKAN AKIBAT DARI KELEMAHAN DIRI SENDIRI. Nauzubillah.
Sikap ibubapa yang lalai amat menyedihkan kita. Dalam kes yang merujuk kepada kami, malah ada bapa bergelar ‘Datuk’ yang dengan bangganya sanggup membiayai pembedahan transgender anak lelakinya di Singapura untuk dijadikan ‘perempuan jadian’. Itu juga alasannya, ‘telah ditakdirkan begitu’. Sedangkan beliau seorang bapa yang sangat garang, tetapi takut bini dan tidak tegas terhadap anak. Di sini ada bezanya GARANG dengan TEGAS yang berasas.
Lagi mengelirukan apabila ada Si Pondan yang kononnya ingin bertaubat. Mereka mula mengenakan tudung dan pakaian yang longgar serta menutup aurat WANITAnya. Kita juga jadi keliru akan hukum fekahnya jika begitu. Bagaimana pakaian solatnya? Di mana safnya? MasyaAllah…
Tegahan ini terlalu jelas dalam quran dan hadis. Tidak lagi perlu kita petik satu persatu untuk membahas dan mempertikainya. Sebelum anak-anak kita jadi keliru tandas mana mereka patut masuk, perhatikanlah anak-anak kita. Ikatlah mereka dengan Al-Quran dan Sunnah sejak kecil agar tidak tergelincir dari laluan agamanya. Perhatikan tandanya dan cegah dari mula.
Jangan salahkan takdir yang kononnya itu semua telah tersurat. Sebenarnya kita sendiri yang memilih untuk menjadi ibu bapa yang "mati hatinya” untuk membaca tanda-tanda kerosakan ini. Jika anak kami yang 6 tahun pun telah susah untuk kami ubah kembali, inikan pula jika naluri itu sudah mendominasi diri hingga dewasa.
Janganlah sampai dunia ini dipenuhi golongan-golongan seperti manusia di zaman Nabi Luth a.s. yang kemudiannya dilaknat oleh Allah dengan bencana yang besar. Nauzubillah.
Satu perkara lagi yang sangat serius ialah habit liwat meliwat. Gejala hubungan sejenis atau 'lelaki jambu' ini juga amat menakutkan. Nanti akan kami kongsikan dapatan hasil pemerhatian dan kajian kami tentang ini dalam satu artikel khusus.
WARGA PRIHATIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan