Makin lama aku bersahabat dengan kanser,
makin aku faham, tenang itu jauh lebih mahal daripada perhatian manusia.
Dulu, mungkin aku juga pernah rasa bahagia bila orang puji.
Bila orang kata kuat.
Bila orang nampak kita positif.
Bila posting ramai react.
Normal.
Tapi kanser banyak mengajar aku tentang hidup.
Ia mengajar bahawa manusia tak mampu memberi ketenangan yang sebenar.
Hari ini orang kagum.
Esok orang lupa.
Hari ini orang simpati.
Esok orang compare perjuangan kita dengan orang lain pula.
Penat kalau hati terlalu bergantung pada pandangan manusia.
Sebab itu sekarang aku makin suka hidup yang perlahan.
Slow living.
Tak perlu berlumba dengan semua orang.
Tak perlu paksa diri sentiasa nampak kuat.
Tak perlu kejar semua benda serentak.
Pelan-pelan tapi sampai juga.
Kanser buat aku sedar,
yang perlu dijaga bukan pandangan orang.
Tetapi hati sendiri.
Kata nak sihat kan?
Jadi bukan badan saja yang perlu dijaga.
Hati pun sama.
Kurangkan overthinking.
Kurangkan memendam.
Kurangkan sibuk mahu membuktikan diri pada semua orang.
Aku teringat satu ayat yang banyak menenangkan hati aku:
“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu beriman.”
(Surah Ali-Imran: 139)
Kadang-kadang Allah tak terus hilangkan sakit kita.
Tapi Allah kuatkan hati kita perlahan-lahan untuk terus bertahan.
Dan mungkin sebab itu juga…
orang yang pernah diuji dengan sakit mula nampak hidup dari sudut yang berbeza.
Kita mula belajar bahawa bahagia itu kadang-kadang sangat sederhana.
Masih boleh bangun pagi.
Masih boleh senyum.
Masih boleh sujud dengan tenang.
Itu pun sebenarnya nikmat yang sangat besar.
Terima kasih sudi membaca..🕊️🫂♥️
Tiada ulasan:
Catat Ulasan