*Tanggungjawab pengadil di selekoh trek adalah seperti berikut:*
-Berada di lokasi yang telah ditetapkan sebelum acara bermula.
-Memastikan atlet berlari mengikut lorong yang ditetapkan bagi acara yang menggunakan lorong.
-Memerhati dengan teliti jika berlaku sebarang pelanggaran peraturan seperti:
*Atlet keluar atau memijak garisan lorong.
*Menghalang, menolak atau mengganggu atlet lain.
*Memotong masuk ke lorong lain sebelum garisan yang dibenarkan.
-Bagi acara lari berganti-ganti, pastikan pertukaran baton berlaku di dalam zon pertukaran yang ditetapkan.
-Catatkan dengan lengkap nombor lorong, nombor peserta, acara dan jenis kesalahan sekiranya berlaku pelanggaran peraturan.
-Laporkan segera kepada Ketua Pengadil Balapan. Pengadil tidak membuat keputusan pembatalan peserta secara sendiri.
-Pastikan kawasan tugasan sentiasa selamat dan bebas daripada sebarang gangguan.
-Kekal di tempat bertugas sehingga semua peserta selesai melepasi kawasan yang ditugaskan.
*Dalam acara balapan, halangan (obstruction/interference) berlaku apabila seseorang pelari mengganggu pergerakan pelari lain sehingga memberi kelebihan kepada dirinya atau menyebabkan kerugian kepada pelari lain.*
Antara perlakuan yang dikira sebagai halangan ialah:
- *Menolak* pelari lain dengan tangan, bahu atau badan.
- *Menghimpit* pelari sehingga pelari lain terpaksa memperlahankan larian atau keluar daripada laluan.
- *Memotong* masuk terlalu awal sehingga menyebabkan pelari lain terpaksa mengelak atau membrek.
- *Menghalang* laluan dengan sengaja ketika memotong atau selepas memotong.
- *Menyentuh* atau menarik pakaian, badan atau baton pelari lain.
- *Mengubah* haluan secara tiba-tiba sehingga mengganggu rentak atau langkah pelari lain.
-Dalam acara berganti-ganti, pelari yang telah menyerahkan baton tidak segera keluar dari laluan, lalu mengganggu pasukan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan