Sabtu, 16 Julai 2011

Muhasabah

feeling down by antontang d2z4edf Bila Rasa Lemah Itu Menjengah
Memang, rasa lemah atau down itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur. Kadangkala, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.
Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada. Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali? Bagaimana kita menyingkapinya?
Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.
Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam keadaan itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.

Harapan Untuk Bangkit
Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr. Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?
Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.Ya, Bersangka baiklah. Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar. Dan kelak, kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kita merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil tersenyum.
Kesilapan kita. Ada masa kita silap. Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan. Kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.
Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari. Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?
“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.” – [Surah An-Nisa', 4: 32]
Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.
Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?
Namun, silapnya pada kita. Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya. Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa. Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.

Muhasabah Diri
Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.
Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah. Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.
Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?
Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi. Baik, Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?
Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo’a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” – [Surah Yunus, 10: 12]
Maka, di situ ada hikmah untuk sama-sama kita renungkan.
Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita. Dia mahu kita kembali kepadaNya. Dia mahu kita selamat di ‘sana’. Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali. Sekarang, jawablah dengan hati kita. . .
ba1aabc127fb9f6aee269762e791ee44 Bila Rasa Lemah Itu Menjengah
Yakinlah Janji Allah Itu Benar
Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya ‘Illah’ (Tuhan) seluruh semesta. Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.
Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.
Nabi Muhamad juga merasa sedih dengan pemergian Siti Khadijah, tetapi baginda tidak memanjangkan kesedihan itu.
Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.
Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita. Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya. Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.
” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” – [Surah At-Talaq, 65: 2-3]


Sumber: Bila Rasa Lemah Itu Menjengah | Aku ISLAM http://akuislam.com/blog/renungan/bila-rasa-lemah-itu-menjengah/#ixzz1SKAbP1nu

riba'

interest rates Trivia Tentang Riba
Beberapa fakta tentang riba :
1. Tahukah anda bahawa, riba’, kadar faedah, dan bunga itu adalah benda yang sama?
2. Tahukah anda bahawa riba’ adalah punca utama menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang mana mereka yang miskin menjadi semakin miskin dan yang kaya menjadi semakin kaya?
Interest Rate Rise Trivia Tentang Riba
3. Tahukah anda bahawa riba’ juga salah satu penyebab jatuhnya empayar Ottoman?
4. Tahukah anda karangan William Shakespeare bertajuk “Merchant of Venice” berkisar mengenai pengambilan riba?
5. Tahukah anda bahawa Allah SW dan Rasulnya mengishtiharkan perang terhadap mereka yang mengambil riba’? (Surah Al Baqarah 2:279)
6. Tahukah anda bahawa mengambil riba’, memberi riba’,merekod dan menjadi saksi kepada urusan riba itu dosanya adalah sama? (Sahih Muslim)
images 11 Trivia Tentang Riba
7. Tahukah anda bahawa larangan riba’ juga terdapat didalam Kitab Injil? (Leviticious 25:35-7, Exodus 22:24, Deutronomy 23:19-20 dll.)
8. Tahukah anda bahawa terdapat 70 jenis riba’? Dan yang paling kecil dosanya adalah seperti berzina dengan ibu sendiri? (Ibnu Majah, Baihaqi)
terkejut Trivia Tentang Riba
9. Tahukah anda bahawa menerima satu dirham (wang perak) riba’ dengan menyedarinya, dosanya lebih besar dari berzina 36 kali? (Ahmad)
10. Tahukah anda bahawa semasa israk mikraj, Nabi SAW melihat mereka yang makan riba’ perutnya dipenuhi dengan ular? (Ahmad, Ibn Majah)
11. Tahukah anda bahawa akan tiba masanya tidak ada seorang pun didunia ini yang terkecuali dari riba’, jika dia tidak terlibat dengan riba’ sekalipun debu atau wap riba’ akan kena padanya (Sahih Abu Daud)
3002786976 4be7cc609c Trivia Tentang Riba
Rujukan: The Prohibition of Riba In The Quran & Sunnah oleh Sheikh Imran Hossein


Sumber: Trivia Tentang Riba | Aku ISLAM http://akuislam.com/blog/renungan/trivia-tentang-riba/#ixzz1SK9lo2jK

harta karun

TREASURE YAMASHITA 2 Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Yamashita12 5kgGoldBares Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
look up 653x495 Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Harta karun Yamashita, adalah harta yang dirampas oleh Tentera jepun pada perang dunia ke-2. Lokasi ini terletak di sebuah pulau di dalam wilayah Mindanao di Filipina. Lokasi yang tepat terdapatnya harta karun ini menjadi satu misteri walaupun ramai yang percaya harta-harta ini tersembunyi di merata-rata pulau ini.
Tresure Of Lima, Peru
upper view cocos island Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Pada Tahun 1820, Lima (ibu Kota Peru) sedang mengalami perang revolusi. Sebagai langkah berjaga-jaga, pemerintah Lima memutuskan untuk memindahkan harta-harta dan kekayaan ke Mexico, supaya selamat sekiranya mereka digulingkan.
Kesemua harta-harta tersebut memerlukan 11 buah kapal untuk dipindahkan dan pemerintah Peru memerintahkan nakhoda william Thompson, iaitu kapten kapal Mary Dear  untuk mengetuai ekspedisi ini. Namun malangnya, pemerintah Peru tidak mengetahui bahawa Kapten William Thompson sebenarnya adalah bekas lanun. Setelah semua harta dimuatkan didalam kapal, beliau dan anak buahnya membunuh semua orang Peru yang turut serta bagi menjaga harta tersebut dan mencampakkan mayat mereka ditengah laut.
sedwick 5 april 2009 Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
sedwick lima 1703 Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
William Thompson melarikan harta tersebut ke Lautan Hindi dan menguburkan harta tersebut di Kepulauan Cocos. Mereka bersembunyi dan akan kembali mengambil harta tersebut setelah keadaan dirasakan selamat. Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, kapal Mary Dear telah berjaya ditangkap dan semua ahlinya dihukum gantung kecuali Kapten William Thompson yang telah bersetuju untuk menunjukkan tempat harta itu disembunyikan dikepulauan Cocos.
Didalam perjalanan mengambil semula harta tersebut, Kapten William Thompson berjaya meloloskan diri ke dalam hutan dan sehingga sekarang harta tersebut belum berjaya ditemui lagi. Sejak dari peristiwa ini, lebih dari 300 ekspedisi pencarian diadakan namun semuanya gagal. Ada teori yang mengatakan bahawa harta tersebut sememangnya tiada di kepulauan Cocos tetapi telah disembunyikan ditempat lain oleh William Thompson
The Ark of The Convenant (Tabut Perjanjian), Jerussalem
the new ark Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Tabut perjanjian didalam Alkitab adalah sebuah kotak yang terbuat dari emas yang bertulis “10 Perintah Tuhan”. Selain itu kononnya dikatakan terdapat tongkat Nabi Musa juga berada didalam kotak itu.
gambar ini hanyalah sebuah replika
Pharaohs’ Missing Treasure, Egypt
604tut Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Pada tahun 1922, Howard Carter telah menemui makam Tutankhamun di The Valley of Kings (Lembah Raja-Raja). Dia mendapati makam itu dipenuhi pelbagai artifak dan harta yang mengkagumkan. Harta itu terlalu banyak sehingga dia memerlukan 10 tahun untuk mengkatalogkan kesemua artifak tersebut.
Namun penggalian seterusnya yang dilakukan pada akhir abad ke 19 terhadap 2 makam yang lain menemukan makam-makam tersebut telah kosong. Makam itu disyaki telah dirompak oleh pencuri makam, tetapi yang menjadi bersoalan adalah dimanakah harta dan artifak itu pergi setelah sekian lama? Kerana biasanya jumlah artifak dan harta yang  terdapat didalam makam adalah terlampau banyak, jadi mustahil benda-benda tersebut hilang begitu sahaja.
kingtutluxor2yn4 Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Teori lain mengatakan bahawa harta didalam makam itu sebenarnya dicuri oleh para pendeta dizaman firaun itu sendiri. Ini kerana terdapat catatan bahawa terdapat pendeta yang bernama Herihor bertanggungjawab semasa upacara pengebumian di lembah raja-raja tersebut, telah mengambil harta-harta itu dan cuba merebut tahta kekuasaan pemerintahan mesir
Montezuma’s Treasure, Mexico
montezumaiz1 Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Peristiwa penghapusan suku kaum Aztec yang dilakuka tentera Sepanyol pada 1 Julai 1520 telah menjadi perhatian pencari harta karun. Setelah membunuh maharaja Montezuma, Hernando Cort dan pasukannya telah dikepung oleh Kesatria Aztec yang sedang marah di kota Tenochtiti.
Maka terjadilah pertempuran selama beberapa hari sehingga Hernando Cort mengarahkan pasukannya mengumpulkan harta yang bernilai Montezuma untuk dibawa lari. Namun malangnya, tentera Sepanyol itu tidak berjaya lari jauh apabila Kesatria Aztec berjaya mengejar mereka sehingga ke Danau Tezcuco. Pertempuran menyaksikan ramai tentera Sepanyol  terbunuh. Cort dan sisa pasukan yang masih  hidup membuang segala harta kedalam danau itu dan kemudian melarikan diri.
Setelah sekian lama, tentera Sepanyol datang kembali untuk mengambil harta tersebut tetapi harta tersebut telah didapati telah hilang. Sehingga sekarang, banyak ekspedisi untuk mengesan harta-harta tersebut di Danau Tezcuco tetapi masih gagal mengesannya.
King Solomon’s Treasure, Jerussalem
TheJewishTorah2 Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
cherubimoverthemercyseat Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
cherubimoverthemercyseat2 Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Artifak-artifak yang dianggap suci ini dikatakan dirampas oleh bangsa Rom dari Kuil Sulaiman, Jerussalem dan dicurigai disembunyikan di kubah-kubah di Vatican.  Artifak ini dianggap sebagai harta karun terbesar Alkitab seperti sangkakala perak yang akan menandakan Kedatangan Al-Masih, terompet, lilin emas dan lain-lain lagi
Blackbeard’s Treasure, Caribbean Island
pylekiddtreasureqb1 Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Lanun termasyur di dalam sejarah, Si janggut Hitam ataupun Blackbeard ini hanya sempat menjalankan rompakan sekitar 2 tahun sahaja. Namun hasil rompakannya sungguh banyak sehingga menjadi lagenda. Ketika Sepanyol sedang sibuk mencari harta dikawasan Mexico dan Amerika Selatan, Blackbeard hanya melakukan serang hendap terhadap kapal-kapal itu semasa mereka kembali ke Sepanyol.
Blackbeard seorang lanun yang pintar namun dia akhirnya tumpas di tangan Leftenan England, Robert Maynard. Kapalnya, Queen Ann’s Revenge, karam dibedil di kawasan Beaufort, Carolina Utara, namun tiada harta ditemui pada -kapal itu. Ramai yang percaya Blackbeard menyimpan harta-harta itu di gua-gua pulau Cayman di kawasan Caribbean.
The Lost City – Atlantis
atlantis2 Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Menurut ahli falsafah Yunani, Atlantis adalah kota yang sangat maju berada disebuah pulau sekitar 9 000 tahun yang lalu. Wilayahnya meliputi wilayah Asia sehingga Libya, dengan istana-istana yang mewah, bertatahkan emas dan perak, dan merupakan tempat yang tanah dan iklimnya terbaik di Dunia. Tapi kemudian, Plato menulis dalam karyanya bahawa Atlantis dikalahkan dalam perang oleh bangsa lain sehingga kota itu dihancurkan.
The Amber Room, Rusia
alg amber room Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Digambarkan sebagai keajaiban dunia ke-8 oleh orang-orang yang pernah melihatnya. Amber Room merupakan harta karun paling unik di sepanjang sejarah.
Merupakan sebuah ruangan berukuran 11 kaki persegi, terdiri dari panel-panel dinding berukuran besar yang bertatahkan beberapa ton batu Amber yang luar biasa, cermin-cerminbesar yang disisinya terdapat dedaunan yang terbuat dari emas, serta empat buah mozaic Florentine yangg luar biasa indahnya. Tersusun dalam 3 tingkat, ruangan tersebut bertatahkan permata-permata yang tak ternilai harganya. Di dalamnya tersimpan berbagai koleksi benda seni buatan Prusia dan Rusia yg paling berharga.
Bernsteinzimmer05 Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Dibuat oleh Raja Friedrich I dari Prusia untuk diberikan kepada Czar Rusia, Peter yang Agung (The Great Peter) pada tahun 1716. Ruangan Amber terletak di Istana Katherine, St. Petersburg  ini mungkin bernilai  lebih dari US$142 juta

Saat Hitler dan tentera Nazinya menyerang Rusia, penjaga Ruangan Amber was-was. Mereka mencuba untuk memindahkannya, namun dindingnya mulai remuk sehingga mustahil memindahkan dinding ruangan tersebut. Akhirnya mereka menutupinya dengan papan.
rtamberroom02080125sshyd7 Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri
Namun usaha tersebut gagal untuk menyembunyikan Ruangan Amber. Saat Nazi mengebom Leningrad (kini dikenali St. Petersburg) pada bulan Oktober 1941, mereka merebutnya serta memindahkannya ke Istana Königsberg selama masa perang.
Ketika Königsberg menyerah bulan April 1945, Ruangan Amber menghilang, dan sampai sekarang tak pernah diketemukan kembali. Pelbagai persoalan dan teori dibuat mengenai kehilangan ruangan ini.
Pihak Russia kini telah menciptakan replika  Ruangan Amber, yang dibuat dengan sangat teliti, di Istana Catherine
.


Sumber: Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri | Aku ISLAM http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/lokasi-harta-karun-yang-hilang-dan-misteri/#ixzz1SK9EXsLb