Harta karun Yamashita, adalah harta yang dirampas oleh Tentera jepun pada perang dunia ke-2. Lokasi ini terletak di sebuah pulau di dalam wilayah Mindanao di Filipina. Lokasi yang tepat terdapatnya harta karun ini menjadi satu misteri walaupun ramai yang percaya harta-harta ini tersembunyi di merata-rata pulau ini.
Tresure Of Lima, Peru
Pada Tahun 1820, Lima (ibu Kota Peru) sedang mengalami perang revolusi. Sebagai langkah berjaga-jaga, pemerintah Lima memutuskan untuk memindahkan harta-harta dan kekayaan ke Mexico, supaya selamat sekiranya mereka digulingkan.
Kesemua harta-harta tersebut memerlukan 11 buah kapal untuk dipindahkan dan pemerintah Peru memerintahkan nakhoda william Thompson, iaitu kapten kapal Mary Dear untuk mengetuai ekspedisi ini. Namun malangnya, pemerintah Peru tidak mengetahui bahawa Kapten William Thompson sebenarnya adalah bekas lanun. Setelah semua harta dimuatkan didalam kapal, beliau dan anak buahnya membunuh semua orang Peru yang turut serta bagi menjaga harta tersebut dan mencampakkan mayat mereka ditengah laut.
William Thompson melarikan harta tersebut ke Lautan Hindi dan menguburkan harta tersebut di Kepulauan Cocos. Mereka bersembunyi dan akan kembali mengambil harta tersebut setelah keadaan dirasakan selamat. Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, kapal Mary Dear telah berjaya ditangkap dan semua ahlinya dihukum gantung kecuali Kapten William Thompson yang telah bersetuju untuk menunjukkan tempat harta itu disembunyikan dikepulauan Cocos.
Didalam perjalanan mengambil semula harta tersebut, Kapten William Thompson berjaya meloloskan diri ke dalam hutan dan sehingga sekarang harta tersebut belum berjaya ditemui lagi. Sejak dari peristiwa ini, lebih dari 300 ekspedisi pencarian diadakan namun semuanya gagal. Ada teori yang mengatakan bahawa harta tersebut sememangnya tiada di kepulauan Cocos tetapi telah disembunyikan ditempat lain oleh William Thompson
The Ark of The Convenant (Tabut Perjanjian), Jerussalem
Tabut perjanjian didalam Alkitab adalah sebuah kotak yang terbuat dari emas yang bertulis “10 Perintah Tuhan”. Selain itu kononnya dikatakan terdapat tongkat Nabi Musa juga berada didalam kotak itu.
gambar ini hanyalah sebuah replika
gambar ini hanyalah sebuah replika
Pharaohs’ Missing Treasure, Egypt
Pada tahun 1922, Howard Carter telah menemui makam Tutankhamun di The Valley of Kings (Lembah Raja-Raja). Dia mendapati makam itu dipenuhi pelbagai artifak dan harta yang mengkagumkan. Harta itu terlalu banyak sehingga dia memerlukan 10 tahun untuk mengkatalogkan kesemua artifak tersebut.
Namun penggalian seterusnya yang dilakukan pada akhir abad ke 19 terhadap 2 makam yang lain menemukan makam-makam tersebut telah kosong. Makam itu disyaki telah dirompak oleh pencuri makam, tetapi yang menjadi bersoalan adalah dimanakah harta dan artifak itu pergi setelah sekian lama? Kerana biasanya jumlah artifak dan harta yang terdapat didalam makam adalah terlampau banyak, jadi mustahil benda-benda tersebut hilang begitu sahaja.
Teori lain mengatakan bahawa harta didalam makam itu sebenarnya dicuri oleh para pendeta dizaman firaun itu sendiri. Ini kerana terdapat catatan bahawa terdapat pendeta yang bernama Herihor bertanggungjawab semasa upacara pengebumian di lembah raja-raja tersebut, telah mengambil harta-harta itu dan cuba merebut tahta kekuasaan pemerintahan mesir
Montezuma’s Treasure, Mexico
Peristiwa penghapusan suku kaum Aztec yang dilakuka tentera Sepanyol pada 1 Julai 1520 telah menjadi perhatian pencari harta karun. Setelah membunuh maharaja Montezuma, Hernando Cort dan pasukannya telah dikepung oleh Kesatria Aztec yang sedang marah di kota Tenochtiti.
Maka terjadilah pertempuran selama beberapa hari sehingga Hernando Cort mengarahkan pasukannya mengumpulkan harta yang bernilai Montezuma untuk dibawa lari. Namun malangnya, tentera Sepanyol itu tidak berjaya lari jauh apabila Kesatria Aztec berjaya mengejar mereka sehingga ke Danau Tezcuco. Pertempuran menyaksikan ramai tentera Sepanyol terbunuh. Cort dan sisa pasukan yang masih hidup membuang segala harta kedalam danau itu dan kemudian melarikan diri.
Setelah sekian lama, tentera Sepanyol datang kembali untuk mengambil harta tersebut tetapi harta tersebut telah didapati telah hilang. Sehingga sekarang, banyak ekspedisi untuk mengesan harta-harta tersebut di Danau Tezcuco tetapi masih gagal mengesannya.
King Solomon’s Treasure, Jerussalem
Artifak-artifak yang dianggap suci ini dikatakan dirampas oleh bangsa Rom dari Kuil Sulaiman, Jerussalem dan dicurigai disembunyikan di kubah-kubah di Vatican. Artifak ini dianggap sebagai harta karun terbesar Alkitab seperti sangkakala perak yang akan menandakan Kedatangan Al-Masih, terompet, lilin emas dan lain-lain lagi
Blackbeard’s Treasure, Caribbean Island
Lanun termasyur di dalam sejarah, Si janggut Hitam ataupun Blackbeard ini hanya sempat menjalankan rompakan sekitar 2 tahun sahaja. Namun hasil rompakannya sungguh banyak sehingga menjadi lagenda. Ketika Sepanyol sedang sibuk mencari harta dikawasan Mexico dan Amerika Selatan, Blackbeard hanya melakukan serang hendap terhadap kapal-kapal itu semasa mereka kembali ke Sepanyol.
Blackbeard seorang lanun yang pintar namun dia akhirnya tumpas di tangan Leftenan England, Robert Maynard. Kapalnya, Queen Ann’s Revenge, karam dibedil di kawasan Beaufort, Carolina Utara, namun tiada harta ditemui pada -kapal itu. Ramai yang percaya Blackbeard menyimpan harta-harta itu di gua-gua pulau Cayman di kawasan Caribbean.
The Lost City – Atlantis
Menurut ahli falsafah Yunani, Atlantis adalah kota yang sangat maju berada disebuah pulau sekitar 9 000 tahun yang lalu. Wilayahnya meliputi wilayah Asia sehingga Libya, dengan istana-istana yang mewah, bertatahkan emas dan perak, dan merupakan tempat yang tanah dan iklimnya terbaik di Dunia. Tapi kemudian, Plato menulis dalam karyanya bahawa Atlantis dikalahkan dalam perang oleh bangsa lain sehingga kota itu dihancurkan.
The Amber Room, Rusia
Digambarkan sebagai keajaiban dunia ke-8 oleh orang-orang yang pernah melihatnya. Amber Room merupakan harta karun paling unik di sepanjang sejarah.
Merupakan sebuah ruangan berukuran 11 kaki persegi, terdiri dari panel-panel dinding berukuran besar yang bertatahkan beberapa ton batu Amber yang luar biasa, cermin-cerminbesar yang disisinya terdapat dedaunan yang terbuat dari emas, serta empat buah mozaic Florentine yangg luar biasa indahnya. Tersusun dalam 3 tingkat, ruangan tersebut bertatahkan permata-permata yang tak ternilai harganya. Di dalamnya tersimpan berbagai koleksi benda seni buatan Prusia dan Rusia yg paling berharga.
Dibuat oleh Raja Friedrich I dari Prusia untuk diberikan kepada Czar Rusia, Peter yang Agung (The Great Peter) pada tahun 1716. Ruangan Amber terletak di Istana Katherine, St. Petersburg ini mungkin bernilai lebih dari US$142 juta
Saat Hitler dan tentera Nazinya menyerang Rusia, penjaga Ruangan Amber was-was. Mereka mencuba untuk memindahkannya, namun dindingnya mulai remuk sehingga mustahil memindahkan dinding ruangan tersebut. Akhirnya mereka menutupinya dengan papan.
Namun usaha tersebut gagal untuk menyembunyikan Ruangan Amber. Saat Nazi mengebom Leningrad (kini dikenali St. Petersburg) pada bulan Oktober 1941, mereka merebutnya serta memindahkannya ke Istana Königsberg selama masa perang.
Ketika Königsberg menyerah bulan April 1945, Ruangan Amber menghilang, dan sampai sekarang tak pernah diketemukan kembali. Pelbagai persoalan dan teori dibuat mengenai kehilangan ruangan ini.
Pihak Russia kini telah menciptakan replika Ruangan Amber, yang dibuat dengan sangat teliti, di Istana Catherine.
Pihak Russia kini telah menciptakan replika Ruangan Amber, yang dibuat dengan sangat teliti, di Istana Catherine.
Sumber: Lokasi Harta Karun Yang Hilang Dan Misteri | Aku ISLAM http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/lokasi-harta-karun-yang-hilang-dan-misteri/#ixzz1SK9EXsLb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan