Sesuatu yang amat memeranjatkan anda semua telah berlaku pada minggu lepas tatkala selang sehari kami tuliskan satu nota bertajuk “Senarai 10 gempa bumi terbesar dalam sejarah dunia akhir zaman”.Jika anda semua perhatikan pada website kami,nota bertajuk “Senarai 10 gempa bumi terbesar dalam sejarah dunia akhir zaman” bertarikh 4.6.2011. Dalam nota tersebut kami turut menyatakan kepada anda semua bahawa negara Chile pernah dilanda gempa bumi berukuran 9.5 skala richter pada tahun 1960. Keesokkannya tatkala anda membuka akhbar harian anda,tanpa diduga Gunung berapi Puyehue di selatan Chile mula meletus setelah 51 tahun mendiamkan diri.Adakah anda menganggap ini sesuatu yang biasa atau LUAR BIASA???Mungkinkah sejarah bakal berulang di saat anda semua terlalu selesa dengan segala kemudahan agen-agen dajjal cipta sehingga terlupa tanggungjawab sebagai seorang muslim?Ingatlah,kadangkala keselesaan akhirnya akan membinasakan dan membawa kesesatan. Letupan yang berpunca daripada letusan itu turut menghasilkan gas setinggi 10 kilometer. Kerajaan Chile yang sebelum ini mengarahkan 600 berpindah meningkatkan jumlah mangsa yang terbabit kepada 3,500 individu untuk ditempatkan ke kawasan perlindungan yang lebih selamat. Puyehue terletak 870 kilometer di selatan ibu kota Santiago.Gunung berapi Puyehue di selatan Chile smeletus buat kali pertama dalam tempoh setengah abad, menghamburkan kepulan abu sehingga ke Argentina. Tidak jelas mana satu antara empat rangkaian gunung berapi itu meletus kerana liputan debu dan keadaan cuaca. Kali terakhir ia meletup ialah pada 1960. Media tempatan melaporkan, bau sulfur yang kuat dapat dihidu dan aktiviti gegaran juga kerap berlaku. Asap debu dari Chaiten memenuhi bandar di Argentina dan dapat dilihat dari angkasa lepas. Gunung berapi Llaima, satu daripada yang paling aktif di Amerika Selatan, meletus pada 2008 dan 2009.
Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Imran ayat 190,mafhumnya: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta perbezaan malam dan siang terdapat tanda-tanda kepada orang yang mempunyai akal fikiran.”
Hasil pemerhatian kami Brigade Zameer Fisabilillah,gunung berapi ini kerap menghasilkan kilat di sekitar gunung tatkala ia meletus dan inilah yang membezakan dengan gunung berapi lain yang terdapat di sekeliling dunia.
Masihkah anda ingat tajuk yang kami tuliskan pada buku kami buat tatapan anda semua?Lihatlah tajuk “Menjelangnya Detik Bermulanya Bekalan Elektrik Terbukti
Perlahan-Lahan Tiada Nanti” . Maklumat tambahan dari tajuk tersebut,ketahuilah bahawa bekalan elektrik akan pupus tidak lama sahaja lagi termasuklah teknologi kapal terbang.Berita terkini,berpuluh-puluh penerbangan dibatalkan di Amerika Selatan disebabkan debu gunung berapi Puyehue di Chile.Di Argentina, sebanyak 32 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Buenos Aires Ezeiza dan 30 lagi penerbangan dibatalkan di Aeroparque de Buenos Aires yang melibatkan penerbangan domestik dan serantau.Di Sao Paulo, pihak berkuasa Brazil mengumumkan 10 penerbangan ke Argentina dibatalkan, manakala di Santiago sejumlah 16 penerbangan dibatalkan.Pihak berkuasa Chile berkata, aktiviti gunung berapi itu semakin perlahan, tetapi hujan lebat mengundang bencana tanah runtuh yang mengancam penduduk di wilayah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan