Selasa, 12 Mei 2026

Bejet

 NTAHLAH BANG.


Kau baru guru ganti, bayangkan kami yg tak berganti2 ni... 😁😁😁✌️✌️✌️


Antara ciri2 budak sekarang khususnya kelas tengah sampai belakang, ialah terlalu vokal atau banyak mulut. Masa kita mengajar, dia pun nak bercakap (menyembang). Bila diajukan soalan berkaitan apa yg dipelajari, semua pakat senyap. Ada juga yg menjawab & ada juga yg menyampuk dgn jawapan merapu. Kemerapuannya di kampung dibawanya ke kelas.


Itu belum masuk lagi dgn masalah tiada tumpuan & jadi "mayat" di dalam kelas iaitu jasad ada dlm bilik darjah tapi mimda & jiwa melayang entah ke mana.


3 kelas depan dpd 13 kelas kami, selalunya ok. Mereka masih aktif mendengar & cuba memahami apa yg cikgu ajar.


Tak tahulah kenapa budak sekarang terlalu banyak mulut, liar & tak hormat orang. Mungkin sebab "overdose" makan sosej sama nugget barangkali.


Ada lagi jenis melawan cakap. Kecil2 baru tingkatan 1 pandai dah menjawab walaupun dah tertangkap berbuat salah. Mahu saja aku lada2 mulutnya. Ada juga yg pandai berbohong iaitu saja2 buat alasan.


Hari2 setiap kali habis sesi PdP, mereka melaungkan ucapan, "terima kasih cikgu, kaaaaammmmiiiiii saaaaaaaayang cikgu". Tapi hakikatnya tak begitu.


Ramai budak yg rasa hormat pada guru, pada orang dewasa itu dah lama luntur & berkubur.


#KeruntuhanAkhlak

Isnin, 11 Mei 2026

Menuju الله

 4 Kelajuan Hidup Dalam Quran


Quran dah bagitahu ada 4 "speed" dalam hidup. 


*1. Untuk Rezeki & Dunia → JALAN PERLAHAN*  

_"Maka berjalanlah di pelusuk-pelusuk bumi"_  


Untuk cari makan, cari duit, Allah suruh _masyi_ = jalan je. Tenang, rileks, tak kalut. Sebab rezeki dah _محسوم_ = confirm, dah tulis. Takkan lari.  


*2. Untuk Solat → JALAN LAJU SIKIT*   

_"Maka berusahalah kamu pergi kepada mengingati Allah"_  


_Sa'yu_ = jalan laju, fokus & bersungguh. Bila azan, tinggalkan dunia. 


*3. Untuk Syurga → BERLUMBA*   

_"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan"_  


_Sari'u_ = pecut, berlumba. Untuk taubat, sedekah, buat baik - kena laju. 


*4. Untuk Kembali Pada Allah → LARI SEKUAT HATI*   

_"Maka larilah kamu kepada Allah"_  


_Firru_ = lari lintang-pukang tanpa toleh belakang. Bila jiwa sakit, dosa menimbun, dunia hentam - jangan jalan. LARI kepada Allah. Tinggal semua.  


Masalah kita: kita terbalik kelajuan tu. Sebab tu kita _إنهاك_ = penat lesu & _احتراق نفسي_ = jiwa terbakar.


Sabtu, 9 Mei 2026

Kanker

 Makin lama aku bersahabat dengan kanser,

makin aku faham, tenang itu jauh lebih mahal daripada perhatian manusia.


Dulu, mungkin aku juga pernah rasa bahagia bila orang puji.


Bila orang kata kuat.

Bila orang nampak kita positif.

Bila posting ramai react.


Normal.


Tapi kanser banyak mengajar aku tentang hidup.


Ia mengajar bahawa manusia tak mampu memberi ketenangan yang sebenar.


Hari ini orang kagum.

Esok orang lupa.


Hari ini orang simpati.

Esok orang compare perjuangan kita dengan orang lain pula.


Penat kalau hati terlalu bergantung pada pandangan manusia.


Sebab itu sekarang aku makin suka hidup yang perlahan.


Slow living.


Tak perlu berlumba dengan semua orang.

Tak perlu paksa diri sentiasa nampak kuat.

Tak perlu kejar semua benda serentak.


Pelan-pelan tapi sampai juga.


Kanser buat aku sedar,


yang perlu dijaga bukan pandangan orang.


Tetapi hati sendiri.


Kata nak sihat kan?


Jadi bukan badan saja yang perlu dijaga.

Hati pun sama.


Kurangkan overthinking.

Kurangkan memendam.

Kurangkan sibuk mahu membuktikan diri pada semua orang.


Aku teringat satu ayat yang banyak menenangkan hati aku:


“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu beriman.”


(Surah Ali-Imran: 139)


Kadang-kadang Allah tak terus hilangkan sakit kita.


Tapi Allah kuatkan hati kita perlahan-lahan untuk terus bertahan.


Dan mungkin sebab itu juga…

orang yang pernah diuji dengan sakit mula nampak hidup dari sudut yang berbeza.


Kita mula belajar bahawa bahagia itu kadang-kadang sangat sederhana.


Masih boleh bangun pagi.

Masih boleh senyum.

Masih boleh sujud dengan tenang.


Itu pun sebenarnya nikmat yang sangat besar.


Terima kasih sudi membaca..🕊️🫂♥️

Khamis, 7 Mei 2026

Pecat !

 Dalam dunia korporat, ada satu pantang besar. Jangan sesekali pecat orang waktu dia tengah susah. Doa orang teraniaya ni tak ada hijab, terus sampai ke langit.


Januari 2025, aku pegang jawatan Manager Finance. Bos bagi arahan suruh "cut cost". Aku dengan bongkak terminate Kak Lela, cleaner ofis yang dah kerja 12 tahun. Umur dia dah 55 tahun.


Alasan aku bagi? "Company rugi". Padahal aku nak bagi laluan dekat kroni bos. Masa aku hulur surat tu, Kak Lela cuma senyum. 


"Tak apa encik. Saya halalkan gaji. Tapi kerja saya 12 tahun, saya tuntut satu-satu."


Dia lap air mata pakai kain buruk yang dia selalu guna. Sebelum keluar, dia tinggalkan kain buruk tu atas meja aku. Itulah silap besar aku.


Minggu pertama dia tak ada, aircond ofis rosak serentak 7 biji. Technician datang check, dia pelik. Dalam blower tu penuh rambut uban yang panjang-panjang.


Minggu kedua lagi gila. System payroll crash. Semua staf dapat slip gaji RM0.00. Bila IT check log, ada login dari akaun Kak Lela pukul 3:13 pagi. Padahal akaun tu aku dah delete lama!


Masuk minggu ketiga, hidup aku mula jadi neraka. Aku mimpi Kak Lela duduk dekat cubicle aku, tengah mop lantai pakai kain buruk dia. 


"Encik, lantai kotor. Hati encik lagi kotor," dia bisik.


Aku terjaga, kaki aku basah dan bau air longkang. Kat lantai bilik ada kesan mop dari pintu sampai katil. Esoknya aku demam sampai muntah gumpalan rambut uban.


Aku cari rumah Kak Lela kat Seksyen 19. Jiran cakap dia dah meninggal dua hari lepas aku pecat dia. Serangan jantung. Dia mati sambil genggam kain buruk tu.


Jiran dia bagi aku satu kotak arwah pesan. Dalam tu ada payslip 12 tahun, uniform dia, dan satu balang air hitam. Labelnya: "Air mata 12 tahun. Titis ke-7, baru mula."


Benda pelik tak berhenti. CCTV rakam kelibat dia tengah vakum tanpa wayar. Printer keluar gambar dia tengah mop dengan tulisan "Kerja saya tak habis."


Sampai satu tahap, bos aku kena sawan. Mulut berbuih, tapi jari dia sempat tulis kat cermin: "RESIGN". Aku dapat email dari alamat pelik, attachment surat berhenti kerja aku yang ditandatangani dengan cop jari drah atas nama Lela Binti Osman.


Aku jumpa ustaz, dia cakap ni "Sihir Tuntut Hak". Dia tak nak duit, dia nak aku rasa penderitaan dia 12 tahun. Aku kena mop satu ofis 12 malam berturut-turut pakai kain buruk dia.


Setiap kali aku mop, aku kena sebut nama staf yang aku pernah aniaya. Malam pertama, aku jumpa gigi geraham Kak Lela bawah kain tu. Malam ke-12, kain tu reput jadi abu.


Aku ingat dah habis. Aku dapat kerja baru, tapi hari pertama HR bagi uniform, dalam poket ada nota: "Terima kasih sudi mop dosa saya. Sekarang giliran awak kutip dosa orang lain." Ada sehelai rambut uban dalam tu.


Sampai sekarang, tiap pukul 3:13 pagi, kaki aku akan basah. Tangan aku gatal nak mop. 12 tahun dia simpan, dia pulangkan dalam 12 malam.


Kalau kau pecat orang, pastikan dia keluar dengan senyuman. Kalau dia tinggalkan kain buruk, bakar cepat. Sebab itu bukan sekadar kain... itu kain kfan kau.

Solat

 Solat yang terakhir adalah solat asar, bukan solat isyak. Demikian juga solat permulaan hari adalah maghrib bukanlah subuh.

Solat isyak adalah pembuka malam & solah subuh adalah penutup malam.

Malam itu adalah waktu untuk mereka yang dicintai Allah, malam itu adalah waktu khusus untuk mereka menghampir Allah.


Solat yang jangan sesekali kita terlepas daripada waktunya, solat yang jangan sesekali kita tertinggal sehingga terpaksa mengqadakannya.

Adalah SOLAT ASAR, siapa yang terlepas solat asar, siapa yang tinggalkan solat asar seluruh amal kebaikannya haritu tidak diterima Allah ‎سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى walaupun sedikit.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Barangsiapa yang meninggalkan solat Asar, maka gugurlah amalannya.”

Riwayat al-Bukhari (no. 553) & Muslim (no. 626)


Kerana itu tiada jamak antara asar & maghrib, yang ada hanya zohor & asar, maghrib & isyak, kerana hari yang berbeza.


Siapa jaga 2 waktu solah ini di awal waktu (solat ubuh & solat asar) inshaAllah rezekinya pasti lancar, rezeki itu luas, kesihatan, kemudahan, dipermudahkan, kefahaman ilmu, panjang usia ini semua rezeki. Solat yang paling utama untuk berjemaah adalah solat Subuh & Solat Isyak.


Siapa solat isyak berjemaah ganjarannya seolah ia beribadah separuh malam, dan siapa yang solat subuh berjemaah ganjaran baginya BERIBADAH SELURUH MALAM.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Barangsiapa yang terlepas solat Asar, seolah-olah dia kehilangan keluarga dan hartanya.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)


Dua waktu yang kita kena jaga zikir/baca quran iaitu selepas selesai solat subuh & selepas selesai solat asar. Di antara terbitnya matahari & terbenamnya matahari adalah waktu khusus ahlullah (merekalah orang orang Allah, waliullah, yang hampir kepada Allah ‎سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) para zikirin.


Wallahua’lam

Aki Naszeri