hhhaaaa.... nie ler jawabnya... sempena hari guru tahun nie 16 mei... awal tu yop/...
SEORANG cikgu BIASA-biasa ajer...
1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3.  Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang  murid  Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan  mengajar  sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4.  Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK  sekolah  - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang  guru mungkin ada  2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru -  Mesyuarat Kokurikulum -  Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran  sekolah Hari Guru Maulidur Rasul  Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa  Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum,  kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab  terhadap 2 unit -  Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan  permainan  tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab -   Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7.  Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar  masuk  Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus  Borang Fleksi  PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku  Pemantauan / salah laku  murid Buku catatan relief guru Buku tugasan  mingguan Laporan mingguan Laporan  keceriaan Borang menghantar dan  mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas  peperiksaan Buku  Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x  5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan
*  Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas  khas…..  tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya  tugas seorang guru  amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu  cuti banyak dan sebagainya.  Tetapi hakikatnya tugas seoran guru  amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan  lain membawa balik  kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa  menanda  buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar   pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.
SELAMAT BERJUANG SEMUA  GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan