Tipu  daya Dajjal tidak dapat dilihat dan difahami dengan pandangan mata  kasar tetapi menerusi kajian terperinci. Para alim ulamak sepatutnya  berganding bahu dengan golongan yang pakar dalam bidang ekonomi barat  bagi membongkar kegiatan mereka dan memperkuatkan umat Islam dengan  kembali kepada hukum asal yang di wahyukan oleh Allah menerusi  Rasulullah.
Rasulullah  telah mengingatkan umat Islam dengan jelas bagaimana tipu daya yang  mereka jalankan bagi tujuan memalingkan kita dari Islam yang sebenar.
Diriwayatkan  daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya: Tiada seorang pun yang  bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajjal lebih banyak daripada apa yang  aku tanya. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah yang menyusahkan kamu. Dia  tidak boleh memberi sebarang kemudaratan kepada kamu. Aku berkata:  Wahai Rasulullah! Mereka berkata, dia (Dajjal) mempunyai makanan dan  sungai. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina  kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah  kepadanya. (Hadis Muslim)
Mughirah b. Syu'ba melaporkan: Tiada  seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajjal lebih banyak  daripada apa yang aku tanya. Aku (salah  satu perawi selain Mughirah b. Shu'bah) berkata: Apa yang kamu telah  bertanya? Mughira menjawab: Aku berkata bahawa mereka mengatakan  bahawa dia (Dajjal) mempunyai roti yang menggunung dan daging  kambing dan sungai daripada air. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan  makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat  yang diberikan oleh Allah kepadanya. (Hadis Muslim)
Pesan Orang Tua Jangan Bermain Dengan Makanan Besar Maknanya
Waktu  kita kecil dulu kalau kita masih ingat, orang-orang tua amat marah  kalau kita bermain dengan makanan kerana itu di sukai syaitan, rupanya  amatlah benar rupanya makanan merupakan permainan yang paling besar oleh  syaitan dajjal bagi memperdaya umat manusia.
Masa  dulu perdagangan makanan tidak dianggap perniagaan menguntungkan kerana  sifatnya cepat rosak dan tidak boleh disimpan lama. Tapi itu berubah  dengan perkembangan ETFs (Exchange Traded Fund) dan inovasi kewangan  yang lain. Pada mulanya spekulasi makanan di pasaran hadapan nampaknya  baik, bila kontrak  akan berakhir, seseorang akan membeli barangan  secara serta-merta atau harga tunai. Hal ini memaksa harga pasaran  hadapan lebih menarik dan penentuan penentuan penyelarasan harga semasa  yang lebih realistik. Tapi itu berubah pada tahun 1991. Dalam Julai 2010  lapuran di Harper's Magazine mendedahkan “The Food Bubble: How Wall  Street Starved Millions and Got Away with It,” 
Frederick Kaufman menulis:
Tanpa  kita sedari pada tahun 1991, berlaku peristiwa penting yang merubah  sejarah makanan tidak seperti yang kita ketahui selama ini, apabila pada  tahun itu Goldman Sachs memutuskan roti kita sehari-hari merupakan  pelaburan yang sangat baik. . . .
Siapakah  Goldman Sachs? Beliau merupakan salah seorang pemilik konsortium 8 buah  bank yang membentuk Federal Reserve Bank Amerika, yang diketuai oleh  kumpulan Rothschild. Gabungan kedua-dua individu ini merupakan penyagak  ekonomi dan dipercayai mendalangi kumpulan rahsia Illuminati yang  diketahui umum merupakan agen dajjal. Buat pertama kali juga pada 9  december 2009, kerajaan Malaysia melalui Malaysian Securities Comission  (MSC) telah meluluskan lesen untuk Goldman Sachs membuka pejabat di sini  dan menawarkan perkhidmatan onshore fund management services, sebelum  ini mereka beroperasi melalui negara asing. Kita bimbang akibat mainan  penyangak ekonomi ini seperti yang berlaku di Greece akan terjadi pula  di negara kita.
Penyangak-penyangak  ekonomi ini atas nama industrialist, broker-broker emas, dan  pelabur-pelabur kewangan setiap bidang sudah lama mengidamkan untuk  mengawal keperluan asasi orang ramai, kemudian menahan bekalan untuk  menaikan harga seperti yang biasa berlaku dinegara kita sendiri. Selepas  di katakan kekurangan bekalan seperti ayam, tepung, gula, diesel,  dsbnya maka diiystiharkan kenaikan harga. Tapi selepas kenaikan harga  itu, dengan serta-merta bekalan mencukupi. Inilah mainan golongan  riba-kapitalis yang memegang kepentingan didalam negara.
Allah telah memberi amaran kepada orang-orang beriman tentang tipu-daya mereka dengan tujuan menyesatkan dari jalan Allah;
Wahai  orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita  dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai  dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan  Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan  perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah  kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (At-Taubah 9:34) 
Tetapi bagi golongan dajjal imperialis inilah inovasi kewangan! Seperti di jelaskan lagi oleh Kaufman,
Goldman. . . datang  dengan idea indeks dana komoditi (commodity index fund), sebenarnya  inilah cara mereka mengumpul kekayaan menggunung (umat Islam telah  diberitahu melalui hadis diatas!) untuk diri mereka  sendiri. . . . sepatutnya jual dan beli, seperti amalan biasa semua  orang di pasaran, mereka hanya buat oder untuk beli. Ini disebut "going  long." Mulalah mereka “going long” untuk pasaran hadapan  gandum. . . . Dan setiap kali kontrak ini hampir tamat tempoh, mereka  akan melakukan sesuatu yang disebut "rolling it over" untuk kontrak  seterusnya. . . . Dan mereka terus mengulangi kaedah tersebut dengan  beli dan beli dan beli dan beli dan mengumpulkan hingga menimbun-nimbun  dan menggunung untuk belian gandum dipasaran hadapan dalam jumlah yang  tidak pernah berlaku selama ini dalam sejarah. Dan penimbunan ini  mencipta sebuah fenomena yang sangat aneh di pasaran. 
Ini disebut  "demand shock." Biasanya harga naik kerana kekurangan bekalan  . .. . Dalam hal ini, Goldman dan beserta bank-bank riba-kapitalis  mengada-adakan permintaan bukan berdasarkan permintaan pasaran  sebenarnya untuk keperluan membeli gandum, dan seterusnya menetapkan  harga lebih tinggi dari sebenarnya. . . .  gandum merah (mutu tinggi  untuk roti) umumnya diperdagangkan antara $ 3 dan $ 6 per bushel. Ia  naik hingga $ 12, lalu $ 15, lalu $18. Kemudian mencecah $ 20. Dan pada  25 Februari 2008, pasaran hadapan gandum merah berada sekitar $ 25 per  bushel. . . . tetapi ironinya di sini pada tahun 2008, pengeluaran  gandum dihasilkan adalah terbesar dalam sejarah dunia.
Kedajalan  mereka seterusnya. . .  pada waktu itu Goldman dan serta bank-bank  riba-kapitalis benar-benar mencelarukan struktur dalam pasaran, mereka  mencipta satu sistem melindungi diri mereka di luar pasaran, memperkenal  idea yang sangat jahat disebut "replikasi". . . . Katakanlah,. . . Anda  lantik saya melabur untuk anda di pasaran gandum. Anda memberi saya  $100. . . . apa saya perlu lakukan adalah meletakkan $100 di pasaran  gandum. Tapi saya tidak perlu melakukan itu. Yang perlu hanyalah  sebanyak $ 5 sahaja. . . Dan dengan $ 5 itu, saya boleh memegang  kedudukan $100 anda. Nah, sekarang saya sekarang memiliki $ 95  anda. . . . inilah Goldman lakukan dengan beratus-ratus bilion dolar,  dan apa yang dilakukan juga oleh semua bank riba-kapitalis dengan  beratus-ratus bilion dolar, mereka telah menempatkan pelaburan yang  paling konservatif mungkin. 
Mereka memasukkannya ke dalam  T-bil. . . . dengani beratus-ratus bilion dolar di T-bil, mereka dapat  mengembangkan menjadi triliunan dolar. . . . Dan kemudian mereka  mengambil trilion dolar, mereka memberikannya kepada peniaga bawahan  mereka, dan mereka berkata, "Kamu semua buatlah apa yang patut.. Lakukan  apa yang paling menguntungkan saat ini" Maka, ketika berbilion-bilion  orang kelaparan, mereka menggunakan wang itu untuk membuat  berbilion-bilion dolar untuk diri mereka sendiri.
Para  penyelidik bersependapat tentang perkara yang menyebabkan krisis  makanan. Dalam sebuah rencana 2010 Julai disebut “How Goldman Sachs  Gambled on Starving the World’s Poor – And Won,”
Wartawan Johann Hari menjelaskan;         
Bermula  pada akhir tahun 2006, harga makanan dunia mulai naik. Setahun  kemudian, harga gandum telah naik 80 peratus, jagung sebanyak 90 peratus  dan beras sebanyak 320 peratus. Rusuhan makanan berlaku di lebih  daripada 30 negara, dan 200 juta orang menghadapi kekurangan zat dan  kelaparan. Tiba-tiba, pada pertengahan tahun 2008, harga makanan turun  ke paras sebelum ini, semacam silap mata pula. Jean Ziegler, wakil khas  PBB tentang Right to Food, menyebut ini adalah a silent mass murder", entirely due to "man-made actions.”
Beberapa  ahli ekonomi mengatakan, kenaikan disebabkan oleh peningkatan  permintaan oleh China dan India pertambahan mendadak penduduk kelas  menengah dan berkembangnya pada penggunaan jagung untuk etanol. Namun  menurut Profesor Jayati Ghosh dari Pusat Pengajian Ekonomi di New Delhi,  permintaan dari negara-negara tersebut sebenarnya turun 3 peratus selama tempoh tersebut; dan International Grain Council menyatakan bahawa pengeluaran gandum global telah meningkat tatkala berlaku lonjakan harga.
Menurut  sebuah kajian oleh Lehman Brothers (sekarang ini bubar – setelah banyak  meragut hasil dunia), indeks spekulasi dana makanan melonjak dari $ 13b  menjadi $ 260b dari tahun 2003-2008. Tidak menghairankan, kenaikannya  sejajar dengan peingkatan harga makanan bermula pada tahun 2003. Hedge  fund manager Michael Masters menganggarkan bahawa urusniaga di bursa di  AS, hanya 64 peratus daripada semua kontrak gandum adalah spekulasi  tanpa langsung melibatkan dagangan gandum sebenar. Mereka miliki  pegangan itu semata-mata jangkaan inflasi harga dan menjual semula  dengan berganda. 
Pada Ogos 2009 Jayati Ghosh seorang profesor di Pusat Pengajian Ekonomi dan Perancangan di Jawaharlal Nehru University di New Dehli membentangkan dalam kertasnya , membandingkan harga makanan asasi tersenarai di pasaran berjangka dengan yang tidak tersenarai. Dia mendapati bahawa harga makanan asasi tidak tersenarai dalam pasaran berjangka, seperti bijian, ubi kayu dan kentang, mengalami hanya kenaikan kecil tidaklah sebanyak makanan asasi yang bergantung kepada spekulasi, seperti gandum.
Apa Yang Boleh Kita Dilakukan?
Menurut Kaufman, krisis makanan kini meningkatkan mangsa kelaparan seluruh dunia sebanyak 250 juta orang. Sebagai alternatif, beliau menyarankan pusat simapnan gandum kebangsaan atau seluruh dunia, sehingga pihak berkuasa boleh membawa gandum ke pasar ketika diperlukan untuk menstabilkan harga. Penyelesaian jangka panjang ialah membina semula pasaran tanpa melalui orang tengah.
Pada Ogos 2009 Jayati Ghosh seorang profesor di Pusat Pengajian Ekonomi dan Perancangan di Jawaharlal Nehru University di New Dehli membentangkan dalam kertasnya , membandingkan harga makanan asasi tersenarai di pasaran berjangka dengan yang tidak tersenarai. Dia mendapati bahawa harga makanan asasi tidak tersenarai dalam pasaran berjangka, seperti bijian, ubi kayu dan kentang, mengalami hanya kenaikan kecil tidaklah sebanyak makanan asasi yang bergantung kepada spekulasi, seperti gandum.
Apa Yang Boleh Kita Dilakukan?
Menurut Kaufman, krisis makanan kini meningkatkan mangsa kelaparan seluruh dunia sebanyak 250 juta orang. Sebagai alternatif, beliau menyarankan pusat simapnan gandum kebangsaan atau seluruh dunia, sehingga pihak berkuasa boleh membawa gandum ke pasar ketika diperlukan untuk menstabilkan harga. Penyelesaian jangka panjang ialah membina semula pasaran tanpa melalui orang tengah.
Penyelesaian bagi umat islam ialah kembali kepada hukum asal zakat.
Diriwayatkan  daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Kami biasanya mengeluarkan  zakat fitrah sebanyak satu gantang makanan, satu gantang gandum, satu  gantang kurma, satu gantang keju atau satu gantang zabib iaitu anggur  kering. (Hadis Muslim)
Firman Allah s.w.t dalam quran;
Wahai  orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian  dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami  keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang  buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat),  padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu  (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya.  Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Al-Baqarah 2:267)
Rasulullah s.a.w merupakan seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah sudah mendapat gambaran yang jelas peristiwa-peristiwa yang akan berlaku terutamanya pada akhir zaman.Mengikut hukum asal, zakat wajar dikeluarkan berdasarkan harta zakat itu sendiri. Misalnya, jika buah tamar maka zakatnya adalah buah tamar, jika padi maka zakatnya adalah padi dan jika biri-biri maka zakatnya adalah biri-biri. Tetapi mengikut ulamak fikah masakini yang membolehkan agar harta tersebut ditukar nilainya ke dalam matawang dan zakat dikeluarkan berdasarkan nilai matawang. Namun begitu berdasarkan realiti semasa, adalah wajar pandangan ini dinilai semula dan kembali kepada hukum asal zakat di sebabkan keperluan strategik bahan bekalan asasi umat islam. Tambahan lagi mata wang kertas fiat yang di guna pakai kini telah terserlah kelemahannya kerana di manupulasi oleh zionist-dajjal bagi kepentingan mereka.
Rasulullah s.a.w merupakan seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah sudah mendapat gambaran yang jelas peristiwa-peristiwa yang akan berlaku terutamanya pada akhir zaman.Mengikut hukum asal, zakat wajar dikeluarkan berdasarkan harta zakat itu sendiri. Misalnya, jika buah tamar maka zakatnya adalah buah tamar, jika padi maka zakatnya adalah padi dan jika biri-biri maka zakatnya adalah biri-biri. Tetapi mengikut ulamak fikah masakini yang membolehkan agar harta tersebut ditukar nilainya ke dalam matawang dan zakat dikeluarkan berdasarkan nilai matawang. Namun begitu berdasarkan realiti semasa, adalah wajar pandangan ini dinilai semula dan kembali kepada hukum asal zakat di sebabkan keperluan strategik bahan bekalan asasi umat islam. Tambahan lagi mata wang kertas fiat yang di guna pakai kini telah terserlah kelemahannya kerana di manupulasi oleh zionist-dajjal bagi kepentingan mereka.
Mereka makhluk yang paling licik tipudayanya sehingga sesiapa  tidak mengikut sistem yang mereka cipta kelihatan amat ketinggalan dan  mundur. Sebenarnya nilai wang ataupun pendapatan transaksi yang kita  dapat hanyalah fatamorgana sahaja, yang nilainya boleh dihilangkan dalam  sekelip mata dan bahan mentah sebenar yang paling baik mutunya  diserahkan kepada mereka untuk dimiliki dan dimonopoli sepenuhnya oleh  mereka tanpa perlu membanting tulang, dan pemilikan bahan mentah ini  digunakan sebagai senjata strategik mereka berpaksikan sepenuh-penuhnya  sistem riba-kapitalis. Mereka menentukan kepada siapa yang boleh dijual  iaitu kepada sesiapa yang mengikut telunjuk mereka. Dan mereka akan  sekat perdagangan dan bekalan makanan kepada sesiapa yang menentang  menggunakan usul PBB.
sumber: http://petunjukzaman.blogspot.com 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan