
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai  hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin  maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani  menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai  hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak  memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada  di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita  menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah  pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga  masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan  budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul  berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang  terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar  untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang  memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam  bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik  berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani  melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat  anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama,  untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama  dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari  melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa  dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan  sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang  bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada  mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan  dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang  darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (H.R.  At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah s.w.t dan RasulNya telah  mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira  sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh  orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan  solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam  yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau  tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak  perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin  dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup  aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran  sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh  agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya,  tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya  secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang  wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup  aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya,  tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan  juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua  sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat  mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila  sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan  hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi  mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari  cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila  sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai  diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang  jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan