Sabtu, 23 Oktober 2021

Fakta kobit

 Wabak "Spanish Flu" pada tahun 1918 telah ditularkan oleh program vaksinisasi influenza sekitar tahun 1915 dan kematian berpuluh juta manusia pula ditenggelamkan oleh Perang Dunia Pertama...


Manakala wabak polio yang ditularkan oleh program vaksin polio telah meragut berjuta nyawa di Afrika, Amerika dan Eropah sekitar tahun 1950-an pula ditenggelamkan oleh Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1945...


Dan tidak mustahil kematian akibat wabak Coronavirus yang ditularkan oleh program vaksin Covid-19 akan ditenggelamkan juga oleh Perang Dunia Ketiga yang dilihat bakal tercetus di Laut China Selatan...


Dahulu KKM tidak pernah memberi amaran bahawa pengambilan vaksin boleh merisikokan kepada kematian... 


Dahulu KKM tidak pernah memberi amaran bahawa selepas divaksin, masih berisiko untuk dijangkiti Covid-19... 


Dahulu KKM tidak pula memberitahu bahawa selepas divaksin masih perlu mengamalkan SOP yang bukan-bukan... 


Dulu apabila antivaxx mendakwa kes Covid-19 tinggi adalah kerana program saringan, KKM pula mendakwa jika boleh seluruh negara mahu disaring... 


Walhal akibat dari kes naik, pelbagai SOP serta PKP dilaksanakan, sehingga membunuh ekonomi dan rakyat... 


Apabila antivaxx mendakwa kematian Covid-19 yang meningkat adalah disebabkan penyakit jantung dan lain-lain yang sememangnya dari dulu telah sedia tinggi, KKM mendakwa ianya benar-benar kerana Covid-19... 


Apabila antivaxx mendedahkan bukti kematian akibat vaksin, KKM pula mendakwa ianya bukan kerana vaksin, tetapi kerana serangan jantung dan sebagainya... 


Walhal akibat kenaikan kes Covid-19 yang tidak bergejala sehingga mencecah puluhan ribu sehari, ramai yang panik dan takut, lantas segera mengambil vaksin yang kononnya boleh melindungi mereka... 


Apabila antivaxx memberi amaran bahawa kaedah memasukkan virus yang dilemahkan ke dalam badan manusia, melalui suntikan vaksin adalah sangat merbahaya kerana sistem imuniti badan tidak dicipta untuk menerima kemasukan virus secara mendadak... 


KKM pula mendakwa bahawa ianya telah lama diamalkan, dan tidak merbahaya malah KKM mendakwa bahaya kematian akibat virus lebih tinggi dari risiko kematian akibat vaksin... 


Walhal Covid-19 sebenarnya hanyalah wabak selsema biasa atau influenza sepertimana SARS, MERS, H1NI, H5N1, J.E. Swine Flu, Bird Flu yang berasal dari haiwan seperti burung, kelawar, unta dan babi ini, tidak boleh menjangkiti manusia melainkan melalui vaksinisasi... 


Jika ada yang menular ke manusia pasti terdapat campur tangan vaksinisasi seperti haiwan anjing yang disuntik vaksin rabies yang kemudian menular di kalangan anjing liar dan manusia... 


Pun begitu, wabak tersebut hanyalah bersifat epidemik dan akan terhapus dengan sendiri sepertimana MERS yang pernah melanda Timur Tengah, SARS yang pernah melanda China, J.E atau Nipah yang pernah melanda Malaysia, H1N1, Swine Flu serta Bird Flu yang pernah melanda Hong Kong dan sebagainya... 


Berbeza dengan Covid-19 yang dijalankan program vaksinisasi secara global dan besar-besaran ke seluruh dunia, hasil penguasaan pihak berkepentingan seperti kerajaan China dan Amerika dalam mempengaruhi serta mengawal WHO... 


Dan sekarang, KKM masih belum dapat menjelaskan mengapa kes kematian BID atau "Brought In Death" iaitu kematian di luar fasiliti kesihatan semakin meningkat, walaupun kematian di hospital semakin menurun... 


Adakah KKM tidak mampu lagi menipu angka kematian harian yang melebihi 400 kematian sehari, kerana sememangnya purata yang meninggal dunia setiap hari di Malaysia adalah 400 kematian sehari, sebelum tahun 2019 lagi... 


Dan adakah kadar kematian BID Covid-19 pula bakal mencecah ribuan atau lebih kes sehari, walhal kadar vaksinisasi sudah mencecah lebih dari 90 peratus, dan apakah agaknya lagi alasan KKM ketika itu? 


Adakah kes Covid-19 akan dinaikkan kembali, kononnya rakyat tidak mengikut SOP semasa merentas daerah dan negeri, seterusnya membuatkan rakyat kembali panik dan terpaksa pula mengambil dos ketiga atau "booster" yang dicampurkan, menjadikannya lebih kuat dan berbahaya berbanding dos pertama dan kedua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan