AKIBAT ORANG KAYA YANG MEMBUAT MASALAH
Yang sebenarnya orang yang kayalah di dunia ini menjadi masalah
Terutama ahli-ahli perniagaan dan golongan korporat
Sistem ekonomi mereka riba adalah menjadi punca rakyat teraniaya
Mereka monopoli di bidang ekonomi
Merekalah yang menentukan harga bahan mentah yang dibeli dari rakyat
Dan mereka jugalah yang menentukan harga barang yang hendak dijual kepada umum
Kerana mereka ingin untung banyak
Bahan mentah dibeli dengan harga yang murah
Setelah jadi barang dijual pula dengan harga yang mahal
Rakyat yang menghasilkan baranglah yang menjadi susah
Disusahkan lagi pula oleh kesalahan menjual barang yang terlalu mahal
Ditambah lagi rasa malang timbul rebutan dan saingan
Bakhil pun timbul tidak mahu menolong fakir miskin
Orang yang susah bertambah susah, si miskin bertambah miskin
Begitulah seterusnya kerana mahu untung banyak
Kapitalis membuka tempat-tempat judi dan hiburan
Lahirlah pelacuran kerana ingin hidup
atau ingin senang, jual diri dan maruah
Gaji buruh pula terlalu murah
Tidak setimpal dengan tenaga dan titik peluh
Makin lama, di antara orang kaya dengan orang miskin
jurang kehidupan mereka terlalu jauh bezanya
Timbul kelas-kelas di dalam masyarakat
Di antara satu sama lain tidak boleh duduk sama
Golongan yang miskin ini akhirnya sedar
Mereka telah dizalimi dan dipermainkan oleh si kaya
Pertarungan dan pertembungan pun berlaku seluruh dunia
Demonstrasi di sana sini
Penculikan, pembunuhan, pergaduhan berlaku setiap hari
Akibatnya keamanan tidak wujud
Kerajaan pening kepala, orang kaya di dalam ketakutan,
orang ramai tergugat keselamatannya
Ini adalah akibat orang kaya yang membuat masalah.
Kembalilah pd prinsip ekonomi islam
Menjaga maslahat semua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan