Selasa, 28 Januari 2025

e.Mas7

Cnp dari gwa

 Disebabkan ada brader yang tanya aku berapa kos penuh pemilikan Proton e.Mas 7 untuk sebulan, maka aku pun tolonglah kirakan. Disclaimer. Segala kiraan di bawah adalah anggaran sahaja. Kiraan ini adalah sebagai panduan. Jangan mudah terpengaruh. Ok, jom start kira.


***

1. Harga Kereta (Kita ambik varian paling mahal terus)


Varian Premium: RM123,800


2. Ansuran Bulanan


Andaikan kau bayar deposit 10% dan ambil pinjaman 9 tahun dengan kadar faedah 3%.


Loan = RM123,800 - RM12,380 (deposit 10%)


Jumlah pinjaman = RM111,420


Bayaran bulanan (9 tahun, 3%) ≈ RM1,180/bulan


3. Kos Elektrik (Charging)


Proton e.MAS 7 Premium guna bateri 70.1 kWh dengan jarak perjalanan sekitar 450km satu cas penuh. Jom kira kos elektrik kalau travel 1,500km sebulan.


***

1,500km / 450km = 3.33 kali cas penuh sebulan


1 cas penuh = 70.1 kWh


Total guna tenaga = 3.33 × 70.1 kWh = 233.4 kWh


***

Kos Elektrik (Guna Caj di Rumah - TNB Tariff)


Tarif elektrik rumah anggaran RM0.57/kWh


233.4 kWh × RM0.57 = RM133.04/sebulan


***

Kos Elektrik (Guna Public DC Fast Charger - Lebih Mahal)


Anggaran RM1.20/kWh


233.4 kWh × RM1.20 = RM280/sebulan


***

So, kalau cas kat rumah, kos sekitar RM130 sebulan. Kalau selalu guna DC fast charger, boleh cecah RM280 atau lebih!


4. Kos Maintenance & Wear and Tear


EV tak banyak komponen bergerak macam enjin petrol, so kos servis lebih rendah, tapi masih ada wear and tear.


Jaminan bateri & motor: 8 tahun / 160,000 km


Kos servis tahunan: RM250 atau lebih kurang RM21 sebulan (info dari Pro-Net)


Tayar: RM800 sebiji. Tapi biasanya 2-3 tahun sekali baru tukar. So kos bulanan dalam RM90.


Brek pad: RM500 - RM800 sepasang (EV guna regenerative braking, so tahan lebih lama). So kos bulanan lebih kurang RM70 (aku kira ikut kos paling mahal).


5. Insurans & Cukai Jalan


Insurans: RM2,000 - RM2,500 setahun (ikut NCD & coverage)


Cukai Jalan: FREE untuk EV sekarang! 


***

Total Kos Bulanan (Anggaran)


A. Ansuran: RM1,180

B. Charging (Rumah): RM130

C. Maintenance (bulanan): RM181

D. Insurans (bulanan): RM210


Kos Bulanan (Anggaran kasar) = RM1,701.00

***


So macam mana? Adakah kos bulanan yang aku kira ni sesuai dengan keadaan poket kau sekarang? Ada yang kata nak ambik kereta, kos bulanan jangan lebih 30% daripada gaji dan ada yang kata ambik kereta yang harganya sama jumlah gaji kau setahun.


Apa apa pun, buatlah pilihan yang bijak dan tak menyusahkan diri kau. Aku tolong kira je ni. Rasa tak kena dengan selera kau, ubahlah. Tadehal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan