Selasa, 17 Februari 2026

Kuil haram

 Isu KUIL HARAM


SURAT TERBUKA UNTUK YAB PERDANA MENTERI


Assalamualaikum YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia


Saya seorang warganegara Malaysia, beragama Islam dan berbangsa Melayu.


Izinkan selaku salah seorang rakyat Dato Seri untuk memberikan sekelumit nasihat, pandangan dan saranan. 


Sejak akhir-akhir ini, negara kita dilanda banyak masalah. Samada masalah besar, maupun kecil. 


Masalah pendidikan, ekonomi, sosial, politik, hubungan antara kaum dan agama, masalah alam sekitar dan berbagai masalah dan isu lagi.


YAB Dato Seri,


Pada suatu ketika dulu, hampir setiap kali berucap di hadapan khalayak, Dato Seri selalu menjadikan Islam dan konsep pentadbiran Islam sebagai rujukan dan sandaran. Mungkin kerana itu jugalah sebahagian rakyat memberi simpati dan dokongan.


Namun setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh, Islam dan agendanya secara perlahan-lahan mula di pandang Bukan sekadar itu, sesekali Islam seolah-olah diberi pandangan sinis dan disindir dengan cara yang tidak sepatutnya.


Maaf Dato Seri, 


Masalah-masalah dan isu-isu yang sedang melanda rakyat dan negara sekarang bolehlah diibaratkan seperti serpihan dan bongkah kayu terbiar yang berkumpul sedikit demi sedikit di hulu batang sungai, di celah-celah bukit bukau di Aceh. 


Arus sungai itu pula bolehlah kita kiaskan sebagai perasaan kecewa, marah dan protes rakyat. Jika ada hujan yang lebat turun, arus akan semakin kuat, membawa dan menunda segala kayu-kayu yang tersekat.


Di waktu itu sesuatu yang sudah dapat dijangka akan boleh berlaku.


YAB Dato Seri,


Menjelang PRU-16 akan datang, umur Dato Seri menjengok ke 80 tahun. Satu angka yang tidak pasti samada Allah masih izinkan Dato Seri terus memimpin Malaysia atau tidak. Apa yang pasti kita semua akan kembali kepada Allah. Dato Seri pasti yakin dan faham tentang itu.


Oleh itu, masa ini adalah peluang dan ruang terbesar yang Allah berikan kepada Dato Seri untuk mengotakan kata-kata. Bukankah perjuangan itu membuktikan kata-kata?


Dato Seri yang dikasihi,


Negara sedang menghadapi berbagai masalah yang sebahagian besar sangat membebankan rakyat. Manakala setengah isu itu pula cukup mengguris dan melukakan hati dan perasaan rakyat majoriti.


Antara isu-isu tersebut ialah;


- ART (United States-Malaysia Agreement on Reciprocal Trade (ART)

- Isu 5207 hektar tanah diserah ke Indonesia

- Isu perlantikan Ketua Halim & Peguam Negara

- Isu gejala LGBTQ yang dibiarkan semakin berleluasa

- Geng tuala putih yang tidak didakwa

- Isu entiti bumiputera Islam yang dianiaya seperti GISBH, Madad dan lain-lain

- Isu integriti penjawat awam dan anggota penguatkuasaan

- Kes pergaduhan dan pembunuhan yang semakin menjadi-jadi dan kerap berlaku

- Isu kios putih merah yang membazir dan tidak mencapai okjektif

- Kes Zara (nampak mcm sudah senyap)

- Isu pengiktirafan UEC

- Isu kemasukan murid bermula umur 6 tahun

- Isu pilihanraya Datuk Bandar

- Isu rasuah melibatkan pegawai tinggi ATM

- Isu penternakan babi hingga dapat respon Sultan

- Isu Ketua Pesuruhjaya SPRM

- TERKINI, isu KUIL HARAM yang sedang menjadi fenomena


Dalam surat ini, saya ingin memfokuskan kepada isu KUIL HARAM.


Kuil haram bermaksud kuil yang dibina tanpa kebenaran. Samada di bina atas tanah kerajaan maupun tanah persendirian. 


Sebenarnya di situ ada dua kesalahan. Menceroboh dan membina tanpa kebenaran.


Jadi isu kuil haram ini adalah isu pelanggaran undang-undang. Bukan isu agama atau perkauman.


Dato Seri baru-baru ini ada menegaskan bahawa pembinaan kuil juga mesti melalui proses yang betul seperti mana proses pembinaan masjid dan surau.


Syabas Dato Seri. Ini yang rakyat mahu dengar dan mahu lihat sejauh mana perlaksanaannya berlaku.


Pembinaan masjid atau surau sejak sekian lama telah mematuhi proses undang-undang. Bukan sahaja dibina di atas tanah halal, tetapi juga mendapat kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa.


Sebab itu isu kuil haram ini sangat mengguris hati dan perasaan orang Islam yang merupakan rakyat dan warganegara terbanyak dalam Malaysia.


Kenapa?


Perlembagaan Persekutuan jelas meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama-agama lain dibenar diamalkan di Malaysia. Islam juga mengajarkan toleransi terhadap amalan agama lain. Itulah apa yang orang Islam dan rakyat negara ini amalkan.


Jika semua pihak mematuhi undang-undang, tidak timbul isu atau pertembungan antara agama dan kaum sebenarnya.

 

Tetapi bilamana ada satu kelompok yang berbuat sesuka hati, mendirikan kuil dengan menceroboh tanah persendirian atau tanah kerajaan dan tidak mendapat kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa, ini sangat mengundang keresahan yang mendalam di kalangan rakyat.


Sikap begini sebenarnya mencerminkan pihak terbabit iaitu pendiri kuil haram tidak mempedulikan undang-undang dan sentimen kaum dan agama lain. Ini cukup membahayakan.


Sekiranya pentadbiran Dato Seri terus membiarkan perkara ini tanpa tindakan yang tegas dan jelas, tidak mustahil keharmonian masyarakat di negara ini akan terus terancam.


YAB Dato Seri,


Dato Seri tentu tidak mahu meletakkan kesalahan ini kepada pentadbiran kerajaan terdahulu. 


Bukankah semasa menawarkan diri menjadi Perdana Menteri, Dato Seri berjanji untuk membaiki segala kepincangan yang berlaku sebelum itu? Bukankah begitu Dato Seri? 


Jika begitu apa perlunya menuding kelemahan dan kesalahan kepada pentadbiran terdahulu. Inilah masanya untuk bertindak memperbaiki dan meluruskan segala kebengkongan yang ada.


Pemerintahan yang baik dan bermaruah tidak akan meletakkan sebarang kelemahan dan kesalahan kepada pihak lain. Sememangnya orang yang baik dan berwibawa itu mempunyai misi dan visi untuk membaiki segala tatakelola yang bejat sebelumnya.


Seperti yang Dato Seri pernah syarahkan tentang pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Aziz. YB Lim Guan Eng juga pernah mengangkat Khalifah Umar Ibnu Aziz sebagai contoh tauladan.


Inilah harapan yang rakyat letakkan kepada Dato Seri. Lagi pun kerajaan Dato Seri ini disebut sebagai kerajaan pilihan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong. Tentulah itu juga harapan DYMM Seri Paduka waktu itu. 


YAB Dato Seri yang dikasihi rakyat,


Tentu Dato Seri sedar yang Dato Seri dilantik menjadi PM bukan kerana menang dalam PRU-15. Parti Dato Seri juga tidak mendapat majoriti mudah. Tetapi dengan segala apa yang berlaku waktu itu, hakikatnya Allah yang mahukan Dato Seri duduk di kerusi tertinggi dalam kerajaan.


Bila Allah yang berkehendak, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Kehendak Allah pun terjadi. 


Walhal, beberapa hari sebelum itu, Dato Seri sendiri hampir berputus asa untuk mencapai impian yang sejak lama diimpi-impikan. Tentu Dato Seri ingat, bukan?


Kenapa dan mengapa Allah izinkan Dato Seri ke Putrajaya? 


Dato Seri pun tahu, dunia ini darul bala wal imtihan. Negeri bala dan ujian. Dato Seri pasti faham kenapa Allah jadikan manusia? Iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah.


Beribadah kepada Allah bukan sekadar mendirikan solat, berpuasa, zakat, menunaikan haji, menutup aurat dan lain-lain kawajipan ain atau kewajipan individu. 


Konsep beribadah kepada Allah yang sebenarnya jauh lebih luas. Iaitu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Itulah yang diajarkan dalam Islam. 


Menjadi Perdana Menteri juga adalah ibadah. Tetapi kenalah mengikut acuan Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Semua perkara ini memang sudah menjadi keyakinan dan kefahaman Dato Seri. 


Dato Seri pasti sedar bahawa memandang sepi akan kepentingan ajaran dan agenda Islam, negara tidak akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Bahkan nasib dan masa depan Dato Seri sendiri yang akan lebih berbahaya dan lebih terancam, percayalah. 


Maaf Dato Seri, saya langsung tidak berniat hendak mengajar Dato Seri. Hanya sekadar untuk memberi peringatan dan nasihat. 


Allah menganjurkan agar sesama Islam nasihat menasihati tentang kebenaran dan kesabaran. Itulah yang cuba saya praktikkan.


YAB Dato Seri,


Berbalik kita kepada isu kuil haram. Walau pun ini bukan isu agama dan kaum, tetapi orang Islam dan kaum Melayu yang paling merasai sakit dan pedihnya. Dato Seri pasti sedar bahawa orang Islam dan orang Melayu sudah lama bertolak ansur demi agar semua rakyat dapat hidup sejahtera.


Pembinaan masjid dan surau telah lama mematuhi undang-undang. Jika ke atas orang Islam undang-undang boleh dikuatkuasakan, kenapa perkara yanag sama tidak dapat dilakukan ke atas penganut hindu?


Pembinaan kuil haram dengan menceroboh tanah orang Islam adalah isu yang cukup sensitif. Kenapa mesti terus dibiarkan. Tidak cukup dengan itu, tuan tanah pula diminta memenuhi tuntutan dan proses undang-undang yang rumit dan dengan kos yang sangat besar.


Sedangkan isu sebenarnya ialah pencerobohan dan pembinaan struktur haram. 


Bukankah sepatutnya awal-awal lagi, penceroboh itu sudah boleh didakwa? 


Kenapa pihak berkuasa tidak bersemangat hendak mendakwa penceroboh walau sudah bertahun-tahun laporan polis dibuat? 


Apa yang menghalang undang-undang ditegakkan ke atas penceroboh?


Alasan kerana itu rumah ibadat? 


Tetapi rumah ibadat yang melanggar undang-undang. Pelanggaran undang-undang tidak sepatutnya diabaikan hanya kerana namanya rumah ibadat. Tidak sepatutnya ada kompromi.


Dato Seri ada hujah yang cukup kuat untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ke atas segenap rakyat. Tidak kira apa bangsa dan agama. Tidak kira apa isu.


Pertama kerana undang-undang. Kedua kerana menegakkan undang-undang dan menjaga keharmonian rakyat juga adalah ibadah kepada Allah.


Dato Seri pasti yakin, apabila beribadah kepada Allah, di Akhirat nanti Allah akan masukkan Dato Seri ke dalam syurgaNya. 


Manakala jika Dato Seri bertindak membiarkan ada keompok rakyat yang melanggar undang-undang dan dalam masa yang sama mengancam kesejahteraan rakyat, ini sudah dikira zalim. 


Pemerintah yang zalim, bukan sahaja di dunia akan dibenci dan dimusuhi oleh rakyatnya, lebih dahsyat lagi di Akhirat pasti Allah akan humbankannya ke neraka, nauzubillah.


Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang dihormati,


Besarlah harapan rakyat majoriti agar Dato Seri tidak membiarkan isu kuil haram ini berlalu begitu sahaja. Janganlah Dato Seri memperkirakan isu ini akan senyap dan rakyat akan melupakannya setelah berlalu beberapa waktu. Tidak mungkin!


Isu ini bukan isu politik. Bukan isu agama dan perkauman. Tetapi ini isu undang-undang. 


Isu ini dibawa ke persada rakyat. Kini menjadi isu rakyat. Dimulakan oleh seorang rakyat biasa tetapi jiwanya luarbiasa. Saudara Tamim Dahari Abdul Razak. Beliau tidak ada ambisi kuasa dan harta. Beliau digerakkan oleh jiwa tauhidnya kepada Allah dan bangganya dia dengan agamanya, Islam. Beliau mengidamkan syahid sebagai penutup hayatnya. 


Jadi perjuangan ini, tidak mudah terhenti begitu sahaja.


Sebagai penutup surat terbuka ini, saya menyeru Dato Seri menilai semula segala ucapan, ulasan, pendekatan dan tindakan berkaitan isu kuil haram ini. Samada yang dikeluarkan oleh Dato Seri sendiri, maupun oleh mana-mana anggota pentadbiran dan badan penguatkuasaan.


Wahai Dato Seri, tegakkanlah undang-undang dan perlembagaan tanpa mengira kaum dan agama. Jangan takut kepada undi dan pengundi. Sebaliknya takutlah kepada Allah Rabbul Jalil. 


Seperti diingatkan sebelum ini, Dato Seri diberi kuasa atas kehendak dan izin Allah. Jangan sampai Allah timpakan kehinaan di dunia, manakala di Akhirat diseksa di dalam neraka.


Sekian, wassalam.


29 Syaaban 1447

Madrasah Kehidupan

Ahad, 15 Februari 2026

Intern

 Hari ni last day budak-budak intern kat ofis aku. Sepatutnya jadi hari sedih, tapi pusing punya pusing, jadi hari "pembantaian" sedunia. Pegawai aku awal-awal dah cop diorang ni sebagai "the worst batch of intern" yang kitorang pernah dapat sepanjang zaman.


Bulan 9 tahun lepas diorang masuk. Dari awal lagi setiap unit dah bising pasal attitude diorang, tapi pihak pengurusan masih cuba bersabar. Tapi hari ni, kesabaran tu dah sampai ke penghujung.


Pagi tadi, majlis presentation diorang kat bilik seminar. Semua pegawai dah terpacak tunggu, tapi batang hidung diorang tak nampak-nampak. Aku kena pergi cari, korang tahu aku jumpa kat mana? Tengah sibuk mekap dalam bilik! Budak degree tau, bukannya budak sekolah.


Masa sesi Q&A bermula, belum sempat tunjuk isi, cover page slide dah kena maki. Bayangkan dah 5 bulan intern, nama organisasi tempat diorang kerja pun salah eja! Pegawai aku yang bahagian korporat tu dah mula berasap telinga.


Lagi parah, dalam laporan tu diorang selamba letak task yang pegawai tak pernah approved, malah ada unsur plagiarism yang terang-terangan. Memang naik hantulah member tu bila kena sembur.


Pihak pengurusan pun tak simpan ayat. Terus straight to the point pasal attitude sepanjang 5 bulan. Diorang malas nak cakap pasal presentation sebab nak address terus apa yang diorang buat sepanjang kat sini.


Budak-budak intern ni selalu datang lambat masuk ofis. Paling wtf moment, masa kena bagi task handle meja pendaftaran program, semua pakat lambat sampai peserta pun dah sampai dulu.


Masa event CSR lagi sakit hati. Pegawai-pegawai semua sibuk ke hulu ke hilir settlekan kerja, budak-budak intern ni boleh sedap makan sambil bertiktok dekat meja yang disediakan untuk pegawai. Memang tak ada common sense!


Lagi satu, masa supervisor universiti diorang datang, boleh pulak diorang tak kenal. Aku macam wtf, biar betul korang ni student degree? Depan supervisor boleh pulak menipu cakap busy gila dengan task sampai tak sempat buat report.


Sepanjang intern diorang diberi tempat dalam bilik IT, sorang satu desk dan PC. Bila aku lalu bilik IT, memang aku akui diorang sangat busy. First busy tidur, second busy tengok movie atau K-Drama.


Tempat kerja aku ni sebenarnya paling chill dalam dunia, tapi kalau satu kerja pun korang buat cincai dan masalah attitude tahap langit, better korang buat company sendiri jelah dik. Jangan susahkan orang lain!

Tido

 https://www.facebook.com/share/p/1KNvDNBaTs/



✨Podcast #412 : Jangan Kencing Tengah Malam & Kenapa “Bersama” Waktu Malam Tu Sebenarnya Kesilapan Besar!

Pernah tak korang bangun pukul 3 pagi, lepas tu terus tak boleh tidur sampai ke Subuh?✨


[⚠️ INI ADALAH PENGETAHUAN AM BUKAN NASIHAT RASMI PERUBATAN, SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR ANDA⚠️]


Aku baru layan satu video power gila dari Dr. Michael Breus.


Dia ni bukan calang-calang orang.


Dia digelar "The Sleep Doctor".


Dah 26 tahun jadi pakar tidur dan psikologi klinikal.


Apa yang dia bongkar dalam video ni memang mengubah cara aku pandang bantal aku sendiri.


Ramai antara kita ingat tidur ni benda simple.


Tutup mata, esok pagi bangun.


Tapi realitinya, ramai yang tidur 8 jam pun masih bangun penat.


Atau paling sadis, tak boleh tidur langsung.


Dr. Breus ni datang bukan nak bagi nasihat klise minum susu suam.


Dia bagi fakta sains yang langgar semua mitos kita percaya selama ni.


Benda pertama yang dia sentuh ialah soalan paling famous orang tanya dia.


"Doktor, kenapa saya terbangun tengah malam dan tak boleh tidur balik?"


Jawapan dia simple tapi menyakitkan hati.


Jangan pergi kencing.


KENAPA KITA SELALU TERJAGA PUKUL 1 HINGGA 3 PAGI?


Ini bukan gangguan makhluk halus.


Ini biologi badan kita.


Suhu badan kita akan jatuh masa kita tidur.


Bila suhu badan jatuh, kita tidur lena.


Tapi sampai satu tahap, badan kita kena panaskan balik suhu tu sebelum kita jadi beku (hypothermic).


Masa proses pemanasan badan ni berlaku, otak kita akan terjaga.


Biasanya antara pukul 1 hingga 3 pagi.


Semua manusia kat muka bumi ni akan terjaga waktu ni.


Masalahnya ialah apa yang korang buat lepas terjaga tu.


Ramai orang akan bangun pergi tandas sebab alang-alang dah terjaga.


Bila korang duduk dan berdiri dari katil, degupan jantung korang akan naik.


Untuk tidur balik, degupan jantung kena bawah 60.


Bila korang berjalan ke tandas, jantung pam laju.


Lepas tu korang buka lampu tandas.


Cahaya tu bagitahu otak, "Eh dah pagi ke?"


Melatonin terus stop.


Lepas tu korang tengok jam kat handphone.


Terus otak korang buat matematik.


"Alamak dah pukul 3:30, aku kena bangun pukul 6:30, tinggal 3 jam je lagi!"


Stress datang, cortisol naik.


Memang confirm tak boleh tidur balik.


Nasihat Dr. Breus, kalau terjaga, baring je diam-diam.


Tunggu sekejap, melainkan pundi kencing tu memang dah nak meletup.


TAPI KENAPA KITA MINUM KOPI CARA SALAH?


Dr. Breus tanya, benda cecair pertama korang minum pagi-pagi apa?


Kalau jawapan korang kopi, korang dah silap besar.


Tidur ni aktiviti yang menyahhidratkan (dehydrative).


Kita hilang hampir satu liter air masa tidur cuma melalui pernafasan.


Kopi tu diuretik, dia buat kita kencing.


Dah la kering, korang buang lagi air.


Badan jadi macam kismis.


Satu lagi fakta sains yang mind-blowing.


Bila kita bangun tidur, badan kita tengah penuh dengan hormon cortisol dan adrenalin untuk kejutkan kita.


Kalau korang minum kopi masa cortisol tengah tinggi, dia tak berkesan sangat.


Sebab tu korang minum pun masih rasa lembab.


Dr. Breus suruh tunggu 90 minit lepas bangun baru minum kopi.


Bagi cortisol tu turun dulu secara natural.


Masa tu baru caffeine masuk dan bagi impak maksimum.


Minum air kosong dulu 3-4 cawan sebaik sahaja bangun tidur.


SOALAN SENSITIF: BILA WAKTU TERBAIK UNTUK "BERSAMA"?


Ini soalan ketiga paling popular orang tanya dia.


Kebanyakan orang buat "projek" pukul 10:30 hingga 11:30 malam.


Sebab tu masa lapang sebelum tidur.


Tapi dari segi biologi, itu masa paling tak sesuai.


Masa tu melatonin tengah tinggi (hormon tidur).


Hormon estrogen, testosteron, adrenalin semua tengah rendah.


Dr. Breus cakap, kalau nak performance power dan connection yang best, buat waktu pagi.


Untuk lelaki, paras testosteron paling tinggi waktu pagi.


Itu cara Mother Nature bagitahu "Gunakan sekarang".


Memang kena gosok gigi dulu la, jangan la pengotor.


Tapi point dia, ikut jam biologi badan, bukan ikut jam dinding.


APA BENDA TU "CHRONOTYPE"?


Kita semua tak sama.


Dr. Breus pecahkan manusia kepada 4 jenis Chronotype (Kod Genetik Tidur).


1. Lion (Singa): Orang yang bangun awal gila (5 pagi), bertenaga pagi, tapi pukul 9 malam dah KO. Ini biasanya CEO atau leader.


2. Bear (Beruang): Ini 55% populasi manusia. Bangun ikut matahari, tidur ikut matahari. Waktu kerja 9-5 memang ngam dengan dorang.


3. Wolf (Serigala): Ini geng creative, artist, coder. Malam baru otak dia hidup. Pukul 12 malam baru dapat idea. Pagi memang benci gila nak bangun.


4. Dolphin (Lumba-lumba): Ini geng tidur tak lena. Cemas, perfectionist, otak sentiasa berfikir. Tidur sikit je terjaga.


Kenapa kena tahu benda ni?


Sebab kalau korang paksa diri jadi orang lain, korang akan penat.


Contohnya kalau korang Wolf, jangan paksa diri bangun pukul 5 pagi untuk jadi produktif macam Lion.


Korang akan burnout sebab lawan genetik sendiri.


MITOS PASAL MELATONIN YANG BAHAYA


Sekarang trend orang ambil gula-gula (gummies) melatonin untuk tidur.


Dr. Breus kata ini sangat bahaya terutamanya untuk kanak-kanak.


Melatonin tu hormon.


Bila korang bagi hormon kat budak, ia boleh kacau proses akil baligh (puberty).


Ada kajian tunjuk melatonin boleh jadi kontraseptif (perancang) pada dos tinggi.


Lagipun, melatonin ni bukan ubat tidur.


Ia cuma "Sleep Regulator".


Ia bagitahu otak "dah malam", tapi ia tak tekan suis tidur.


Di US, melatonin ni tak dikawal selia (unregulated).


Ada kajian check botol melatonin, label tulis lain, isi dalam lain.


Ada yang takde melatonin langsung, ada yang ada CBD, ada yang dos 600% lebih tinggi dari label.


Jangan bagi anak makan melatonin semata-mata nak suruh dorang diam tidur awal.


Dorang cuma perlukan rutin, bukan hormon tambahan.


JADI MACAM MANA NAK TIDUR KALAU OTAK TAKNAK DIAM?


Dr. Breus ajar teknik pernafasan 4-7-8.


Ini teknik dari tentera untuk turunkan degupan jantung.


Tarik nafas 4 saat.


Tahan nafas 7 saat.


Hembus nafas 8 saat.


Buat 20 kali pusingan.


Bila korang fokus mengira, otak tak boleh fikir masalah dunia (Monkey Mind).


Jantung akan jadi perlahan.


Bila jantung perlahan, badan automatik masuk mod tidur.


Simple, percuma, dan berkesan.


BANTAL PUN MAINKAN PERANAN?


Dr. Breus cakap bantal tu sebenarnya "Katil untuk Kepala".


Kalau bantal salah, leher sakit, tidur tak nyenyak.


Kalau korang tidur mengiring (Side Sleeper), korang kena cari bantal yang tebal sikit.


Sebab nak isi ruang kosong antara telinga dengan tilam.


Supaya tulang leher selari dengan tulang belakang.


Kalau korang tidur meniarap (Stomach Sleeper), Dr. Breus cakap tolong berhenti.


Itu posisi paling teruk untuk pinggang.


Cuba latih tidur mengiring.


KESIMPULANNYA


Tidur bukan sekadar memejamkan mata.


Ia adalah proses pemulihan (recovery).


Kalau korang tak jaga tidur, korang akan cepat tua, cepat marah, dan otak tak function.


Dunia sekarang tengah hadap "Global Sleep Crisis".


Satu daripada tiga orang dewasa tak cukup tidur.


Kita kena start respect waktu tidur kita.


Sebab bila tidur kita power, hidup kita pun power.


📌Sumber : (495) Human Sleep Expert: Don’t Pee In The Middle Of The Night & Why Night Time Sex Isn’t A Good Idea! - YouTube


Sekian,

Tun Abah

Belajar Content & Personal Branding


👉🏻Nota kaki : Penulisan ini adalah olahan naratif daripada transkrip video bagi memudahkan pembacaan. Kandungannya tidak mewakili pendirian peribadi saya. Mohon maaf atas sebarang kesilapan fakta atau ejaan, dan segala teguran amat dialu-alukan.

Loan

 🛑 KENAPA SAYA TAK CADANGKAN ANDA BAGI LOAN KEPADA SESIAPA PUN WALAUPUN AHLI KELUARGA. 


Pada tahun 2005, sekumpulan penyelidik buat satu eksperimen yang mengejutkan dunia. 


Mereka pilih seorang gelandangan bernama Ted yang dah bertahun-tahun hidup bawah jambatan di California.


Tanpa sebarang syarat bayaran balik, Ted diberikan wang tunai $100,000 (kira-kira RM440,000)! 💰


Satu-satunya syarat: Hidupnya akan difilemkan.

Penyelidik pilih Ted sebab dia seorang yang tenang, tidak terlibat dengan dadah/alkohol, dan dianggap cuma "nasib tak baik". Dia juga diberikan akses percuma kepada penasihat kewangan profesional pada bila-bila masa.


Apa yang berlaku selepas itu sangat menyedihkan:


 * Fasa Awal: Ted mula tinggal di hotel, kemudian sewa apartmen. Ada kestabilan. Tapi peliknya, dia tetap tidur di atas lantai, bukan di katil.


 * Kehadiran 'Parasit': Bila orang tahu dia ada duit, muncul "kawan-kawan" baru. Permintaan pinjam duit mula bertalu-talu.


 * Paranoia: Ted mula rasa semua orang nak curi duit dia, termasuk penasihat kewangan yang cuba bantu dia. Dia putuskan hubungan dengan pakar, dan mula berbelanja ikut emosi. Beli kereta, beli hadiah mewah, dan tabur duit untuk "beli" perhatian.


Keputusannya?


Hanya dalam masa 6 BULAN, semua duit $100,000 itu habis licin. 💸


Teman wanita hilang. Kawan-kawan lesap. Ted akhirnya kembali semula ke jalanan sebagai gelandangan.


Pengajaran yang sangat 'pahit' untuk kita telan:

Duit bukan ubat kepada kekacauan hidup—duit sebenarnya adalah pembesar (amplifier) kepada siapa diri kita yang sebenarnya.


Kalau dalaman kita tak stabil, berikanlah sejuta ringgit sekalipun, ia takkan mampu menyelamatkan kita. Masalah sebenar bukan pada dompet, tapi pada mentaliti.


Saya jumpa banyak klien dah skrg. Ada yg bila dapat duit senang, cashout dan cashflow, hidup dia dan keluarga bertambah jauh lebih baik. Dan ada juga yg makin parah. Bezanya apa?


Yg kategori hidup bertambah baik, mereka ni terus belajar. Yg makin parah, mereka dapat duit mereka lesap, tak masuk kelas dan hanya datang balik bila duit semua dah habis dan masalah jadi lebih besar.


Saya pernah pinjamkan beribu ringgit kepada beberapa staff yg susah, tiada satu pun yg bayar balik. Majoriti berhenti tanpa notice. Ada yg saya modalkan berniaga ( sbb kasihan isteri beliau meengandung ank 4, dan gaji sebagai driver tak cukup) dan akhirnya baeang berniaga juga wallahualam mereka beli atau tidak. 


Moralnya, kalau IQ duit atau otak dia boleh manage RM10,000 sahaja, dia takkan boleh perbaiki hidup jangka panjang bila kita bagi mereka RM1juta. Perasan tak org yg kita bagi mereka pinjam duit, pinjam nama buat loan, majoriti akan ada masalah nak bayar balik?

Khamis, 12 Februari 2026

Kuil haram

Cnp. 

Kredit 2 owner

Bagi saya tindakan pihak berkuasa yang membawa masalah kepada keamanan negara. Kes kuil ni bukan pertama kali. Pihak Berkuasa kena semak undang2 dan laksana. Banyak berita isi gelap yang sering menjadi "rahsia terbuka" dalam sosiologi jenayah dan politik di Malaysia, khususnya di Selangor dan pantai barat Semenanjung.


Isu ini bukan lagi sekadar isu kebebasan beragama, tetapi telah berevolusi menjadi isu ekonomi gelap (shadow economy), penguasaan wilayah (turf war), dan politik naungan (patronage politics).


Berikut adalah analisis mendalam mengenai naratif "Sesuatu yang belum terbongkar" di sebalik percambahan kuil haram yang tidak seimbang dengan populasi:


1. Kuil Sebagai "Markas" dan Penanda Kawasan (Turf)


Dalam dunia kongsi gelap (terutamanya kumpulan yang mendominasi kawasan perumahan kos rendah atau bekas estet), struktur fizikal adalah penting untuk menanda kawasan.

 * Simbol Kuasa: Membina kuil di persimpangan jalan atau di bawah pokok besar di kawasan tertentu adalah cara kumpulan kongsi gelap menanda "kawasan jajahan" mereka. Jika kuil itu kekal dan tidak diganggu pihak berkuasa, ia memberi isyarat kepada kumpulan lain bahawa "Kawasan ini ada payung (pelindung) kuat."

 * Pusat Operasi: Sebilangan kuil haram ini (bukan semua) berfungsi sebagai tempat pertemuan yang "sah" di mata masyarakat. Jika polis serbu, mereka boleh kata sedang bermesyuarat AJK kuil atau sedang persiapan upacara agama.


2. Ekonomi "Kutipan Derma" & Penggubahan Wang Haram


Institusi agama (termasuk surau, masjid, kuil, tokong) di Malaysia mempunyai satu kelebihan besar: Aliran tunai (cash flow) derma yang sukar diaudit.

 * Kutipan Perlindungan: Dalam sesetengah kes, peniaga kecil atau penduduk diminta menderma kepada kuil demi "keselamatan". Resit mungkin dikeluarkan atas nama kuil, tetapi sebahagian wang itu mengalir ke tangan "Ayahanda" atau ketua gangster yang menguasai jawatankuasa kuil tersebut.

 * Pencucian Wang (Money Laundering): Wang hasil aktiviti haram boleh disalurkan sebagai "derma pembinaan kuil". Apabila wang itu masuk ke tabung kuil, ia menjadi wang yang "suci" dan boleh digunakan untuk membayar gaji "pekerja" atau menganjurkan jamuan makan yang menaikkan nama ketua gangster tersebut sebagai dermawan.


3. Modus Operandi "Tunggu Pampasan" (Profiteering)

Ini adalah punca utama mengapa kuil kecil tiba-tiba dibesarkan secara drastik apabila ada ura-ura pembangunan (seperti lebuh raya atau perumahan baru).

 * Strategi: Tanah kosong kerajaan diduduki. Sebuah kuil kecil dibina. Apabila pemaju datang nak buat projek, "jawatankuasa kuil" akan menuntut pampasan atau ex-gratia.

 * Nilai Pampasan: Tuntutan bukan sikit—ia boleh mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit untuk kos "pemindahan dewa" dan struktur. Jika pemaju enggan bayar, isu perkauman dimainkan, gangster turun buat kecoh, dan ahli politik ditekan.

 * Akhirnya, pemaju terpaksa bayar. Wang pampasan ini kadangkala tidak digunakan sepenuhnya untuk bina kuil baru, tetapi "hilang" dalam tangan orang tengah. Ini adalah bisnes yang sangat menguntungkan.


4. Transformasi Sosial: Gangster kepada "Pemimpin Masyarakat"

Salah satu cara terpantas untuk seorang ketua gangster mendapatkan legitimasi sosial (social legitimacy) dan kekebalan politik adalah dengan menjadi Pengerusi Kuil.

 * Dengan memegang jawatan ini, dia bukan lagi dilihat sebagai penjenayah, tetapi sebagai "Pembela Agama" dan "Pemimpin Komuniti".

 * Apabila polis mahu menangkapnya, naratif akan dipusing: "Polis menindas pemimpin agama kaum India." Ini menjadikan polis serba salah. Ahli politik (terutamanya wakil rakyat) terpaksa berbaik-baik dengan tokoh ini untuk mendapatkan undi (vote bank) di kawasan tersebut.


5. Faktor Sejarah "Pecahan Estet" di Selangor

Secara demografi, Selangor unik. Apabila estet-estet besar dipecahkan untuk pembangunan (Subang, Puchong, Shah Alam, Klang), pekerja estet berselerak ke taman-taman perumahan dan flat PPR.

 * Satu estet mungkin ada satu kuil besar (Mariamman). Apabila estet itu pecah, setiap kumpulan pekerja yang berpindah ke kawasan baru mahu membina kuil mereka sendiri ("bawa tuhan bersama").

 * Daripada 1 kuil estet yang sah, ia berpecah menjadi 10 kuil kecil (shrines) di 10 kawasan perumahan berbeza. Inilah sebab data kuil melonjak naik secara tidak proporsional. Kebanyakannya bermula sebagai tempat sembahyang kecil di bawah pokok, kemudian dipasang bumbung zink, kemudian dinding batu, dan akhirnya menjadi kuil kekal yang "haram" di sisi tanah.


Kesimpulan

Banyak kuil haram (terutamanya yang kecil-kecil di tepi jalan atau kawasan semak) tidak mewakili kepentingan majoriti penganut Hindu yang taat. Penganut Hindu yang sebenar mahukan tempat ibadat yang bersih, sah, dan tenang—bukan sarang gangster.


Isu ini berlarutan kerana:

 * Ahli Politik takut hilang undi jika bertindak tegas.

 * Polis sukar bertindak kerana kongsi gelap berselindung di sebalik sensitiviti agama (perisai manusia).

 * Ekonomi Pampasan menjadikan pembinaan kuil haram satu "pelaburan" yang lumayan bagi pihak tertentu.

* Aliran tunai. 


Siasatlah. Saya tidak menuduh sesiapa. Tanpa prejudis. Tapi jelaskan siapa tuan punya kuil2 ini. Jika mereka persatuan berdaftar, bagaimana mereka menceroboh? 


Saya menulis hanya contoh bentuk Penyelewengan Agama (Religious Exploitation) untuk tujuan jenayah dan keuntungan peribadi yang ada dalam sejarah.

Selasa, 10 Februari 2026

Tax

 *Bagaimana Orang Kaya Elakkan Membayar Cukai (Secara Undang-Undang)*


Setiap tahun kerajaan AS menerbitkan data cukai dan setiap tahun corak yang sama muncul. Beberapa orang terkaya di negara ini membayar kadar cukai efektif yang lebih rendah daripada guru, jururawat, jurutera atau kelas pekerja lain. Itu bukan kekaburan sistem, itulah sistem yang berfungsi tepat seperti yang direka. Inilah kebenaran yang kebanyakan orang tidak pernah belajar. Orang kaya tidak membuat wang mereka seperti yang anda lakukan dan kerana itu mereka dikenakan cukai dengan sangat berbeza.


Kebanyakan orang memperoleh pendapatan, gaji, upah kerja mengikut jam dan pendapatan dikenakan cukai dengan banyak, secara automatik dan serta-merta. Orang kaya memberi tumpuan kepada pemilikan bukan pendapatan, mereka memiliki perniagaan, mereka memiliki saham, mereka memiliki hartanah dan pemilikan dikenakan cukai jauh lebih lembut daripada buruh. Aset tidak dikenakan cukai dengan cara yang sama terhadap pendapatan.


Jika anda memperoleh 100,000 dolar daripada pekerjaan, ia akan dikenakan cukai serta-merta. Jika anda memiliki 100 juta dolar dalam stok dan ia meningkat kepada 130 juta dolar bahawa kenaikan 30 juta dolar tersebut tidak dikenakan cukai sama sekali melainkan anda menjual. Ini dipanggil pendapatan tidak direalisasi dan di bawah undang-undang semasa pendapatan tidak direalisasikan tidak boleh dikenakan cukai. Daripada menjual aset dan membayar cukai, individu kaya meminjam terhadapnya. 


Bank kerap menawarkan pinjaman yang disokong oleh portfolio saham atau hartanah. Pinjaman bukan pendapatan kerana ia adalah pinjaman, mereka tidak dikenakan cukai. Ini membolehkan seseorang mengakses berjuta-juta dalam bentuk tunai sementara secara teknikal tidak memperoleh apa-apa pada tahun itu.


Begitu juga apabila anda menjalankan perniagaan, banyak perbelanjaan menjadi kos, memerlukan kereta untuk mesyuarat, perniagaan membelinya, komputer riba untuk keperluan perniagaan dan membelinya. Sebahagian daripada rumah anda ialah pejabat anda, sebahagian daripada sewa anda ialah kos perniagaan, perbelanjaan perniagaan ini ditolak daripada keuntungan anda supaya ada sedikit wang yang tinggal untuk kerajaan mencukai. 


Apabila orang kaya meninggal dunia, kerajaan boleh mengambil sebahagian besar wang keluarga mereka dalam bentuk cukai negara. Untuk menghentikan ini, mereka meletakkan wang dan harta mereka ke dalam kotak undang-undang yang dipanggil amanah (trust). Apabila ia berada dalam amanah ia secara sah tidak ada lagi, jadi ia tidak boleh dikenakan cukai apabila mereka mati. Dengan cara ini mereka masih boleh menetapkan peraturan bagaimana keluarga mereka mendapat wang.


Kemudian adanya sedekah, wang yang anda berikan kepada badan amal rasmi tidak dikenakan cukai. Orang kaya sering membuat yayasan amal mereka sendiri, mereka menderma wang kepadanya yang menurunkan cukai mereka pada tahun itu. Kemudian mereka mengawal yayasan itu dan memutuskan ke mana wang itu pergi.


Mereka juga boleh membayar gaji untuk menjalankannya. Jadi inilah bahagian yang kebanyakan orang tidak pernah fikirkan. Peraturan undang-undang ini tidak ditulis dalam ruang kosong. Undang-undang percukaian dibentuk oleh mereka-mereka yang mampu membayar pelobi, akauntan dan membawa pengaruh selama berdekad-dekad. Apabila undang-undang ditulis oleh mereka yang sudah memiliki sistem, mereka secara semula jadi lebih mengutamakan pemilikan berbanding gaji, aset berbanding buruh, sifat kesabaran dari  desakan. Itulah sebabnya orang kaya tidak melanggar undang-undang cukai, mereka membantu menulisnya.

Isnin, 9 Februari 2026

Programmer

 JANGAN JADI PROGRAMMER.


Mungkin…

itu sahaja nasihat yang aku mampu beri pada anak muda hari ini.


Lagi-lagi

kalau kau ada angan-angan nak bina startup sendiri,

nak jadi “full-stack”,

nak buat sistem untuk orang lain.


Pagi ni aku hantar anak lambat lagi.

Cikgu akan marah anak-anak.

Anak-anak akan marah aku sepanjang perjalanan.

Isteri pun diam —

diam yang lebih menakutkan dari marah.


Sebab aku tidur pukul 3.47 pagi.


Aku dah biasa.


Semua salah aku.

Aku dah terbiasa

jadi orang yang dipersalahkan.


Apa yang mereka tak tahu…


Semalam production down pukul 11.18 malam.


Sepatutnya aku cuma pantau server,

tunggu cron job jalan,

balas beberapa mesej Slack.


Tapi entah kenapa,

satu alert muncul.


“High CPU usage – critical.”


Aku log masuk server.

Load average gila.

Memory hampir habis.

Database connection penuh.


Aku jerit dalam group:


“Rollback sekarang!”

“Disable feature tu!”

“Siapa push code ni?”


Sistem ni kecil je katanya.

“Tak ramai user.”

“Takyah cloud mahal-mahal.”


Orang selalu pelik.


“Kenapa app simple pun kena AWS?”

“Kenapa nak monitoring?”

“Kenapa nak backup tiap malam?”


Sebab kami selalu berdepan

kes kecemasan.


Satu query salah,

satu loop tak terminate,

satu button viral…


Server boleh mati dalam masa 3 minit.


Bila aku tengok log error tu,

aku terus teringat satu kes lama.


Client telefon aku jam 2 pagi.


“System tak boleh login.

Staff tak boleh kerja.

Boss marah.”


Aku periksa.


Migration separuh jalan.

Schema rosak.

Data customer bercampur.


Aku cakap:


“Ni dah kritikal.

Kena freeze semua transaction.”


Tapi client merayu.


“Tak boleh downtime.

Esok ada audit.”


Aku buat kerja gila.


Hotfix terus di production.

Manual patch database.

Tanpa staging.

Tanpa sleep.


Dalam masa sama,

ada 5 client lain tunggu reply WhatsApp.


Aku terpaksa ignore.

Mute group.

Fokus satu sistem.


Aku penat.


Aku sedih.


Bukan sebab debug sorang-sorang.


Tapi sebab aku tahu,

masa aku yang hilang ni

takkan pernah masuk invoice.


Bulan tu,

aku sendiri tak ambil gaji.

AWS bill jalan.

Gaji team jalan.

Client minta diskaun.


Akhirnya sistem hidup semula.


Apa yang aku dapat?


Client marah dalam group.


“Kenapa jadi macam ni?”

“Developer tak competent.”

“Kami bayar mahal tau.”


Aku hancur.


Bukan sebab dia marah.


Tapi sebab aku dah beri

semua yang aku mampu

dengan ilmu dan kudrat aku.


Kembali ke malam tadi.


Bila tengok server yang sama…


Aku buat satu lagi kerja gila.


Aku remote desktop ke laptop isteri,

tether hotspot,

drive kereta berhenti tepi jalan.


Sebab kalau tunggu sampai rumah,

database mungkin corrupt lagi.


Dan betul…


Query salah jalan.

Index tak guna.

Server hampir crash balik.


Aku fix.


System stabil.


Aku rasa satu benda.


Lega.

Letih.

Kosong.


Tapi lega.


Sebab aku tahu,

esok pagi

ramai orang boleh kerja macam biasa

tanpa tahu

apa yang hampir berlaku malam tadi.


Aku cuba buat posting.

Cuba marketing.

Cuba janji pada diri

nak grow bisnes.


Tapi aku kosong.


Badan aku sendiri belum pulih

dari burnout berbulan-bulan.

Baru balik kursus DevOps.

Baru ambil certification.

Belajar tech baru yang berubah setiap 6 bulan.


Aku tutup laptop.


Tak dapat satu lead pun malam tu.


Bila pintu rezeki tertutup,

dalam hati aku berdoa:


Ya Allah,

kalau rezeki bukan dari coding hari ini,

bukakan pintu lain buatku…


Aku tidur.


Dan pagi ini…


Anak marah sebab lambat.

Isteri penat sebab aku selalu “tak ada”.


Untuk kesekian kali aku terfikir…


Kalau ada anak muda tanya aku:


“Abang, okay ke jadi programmer?”


Aku mungkin jawab.


Tak.


Jadi programmer bermaksud:


Kau sentiasa salah.

Bug jadi salah kau.

Requirement tak jelas pun salah kau.

User salah tekan pun salah kau.


Bila sistem jalan elok:


“Biasalah, memang kerja kau.”


Bila sistem down 5 minit:


“Developer bodoh.”

“Tak professional.”

“Kami boleh saman.”


Satu bug

akan padamkan

seribu commit yang tak pernah orang nampak.


Aku pernah kena:


Client maki sebab aku ikut spec yang dia sendiri approve.

Boss marah sebab aku tak boleh siapkan kerja

yang mustahil secara matematik.

User kutuk sebab aku tak buat feature

yang tak pernah diminta.


Kenapa semua ni jadi dekat aku?


Sebab aku programmer.


Hierarki paling bawah

dalam dunia bisnes.


Lebih rendah

daripada sales yang janji tak masuk akal.

Lebih rendah

daripada manager yang tak faham tech.


Kadang-kadang,

orang yang tak tahu beza

RAM dan storage

lebih dihormati daripada kau.


Jadi aku tanya kau balik, dik…


Betul ke

kau nak jadi programmer?


Kalau kau nak glamour,

nak kaya cepat,

nak dipuji selalu…


Jangan.


Tapi kalau kau sanggup hidup

dalam dunia yang sentiasa berubah,

penuh tekanan senyap,

penuh tanggungjawab yang orang tak nampak,

dan masih pilih untuk menyelesaikan masalah orang lain…


Maka selamat datang.


Ini bukan sekadar kerja.


Ini pengorbanan

yang log-nya

tak pernah masuk dashboard.


27 Januari 2026


Seorang Programmer

yang sentiasa salah di mata orang.


Sekadar luahan.

Catatan dan diari.


Dan kalau anak aku baca someday…

Abi minta maaf

sebab selalu ada di depan skrin

lebih lama

daripada di depan mata kamu.

Rabu, 4 Februari 2026

Nafkah

 Isteri yang solehah, mengutamakan agama bukannya wang ringgit


Nafkah yang menjadi kewajipan suami ialah menyediakan makan minum, tempat tinggal dan pakaian serta keperluan asas kehidupan mengikut kemampuan suami. 


لِيُنفِقۡ ذُو سَعَةٖ مِّن سَعَتِهِۦۖ

"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya.." (At-Talaq:7)


Pemberian wang ringgit tidak wajib dan bukan termasuk nafkah. 


Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;


تُطْعِمَها إذا طَعِمتَ ، وتَكْسوها إذا اكتسَيتَ ، أوِ اكتسَبتَ

"Engkau memberi makan kepadanya, jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya, jika engkau berpakaian." [HR. Abu Daud]


Pendek kata, nafkah ialah pemberian makan minum, pakaian agar isteri boleh hidup dan tidak mati kebuluran atau terdedah aurat.


Ramai lelaki masuk neraka bukan sebab tidak membayar nafkah isteri tetapi kerana tidak solat, tidak berbuat baik kepada ibubapa, tidak mendidik isteri dengan kewajipan agama, tidak melaksanakan perintah Allah dan melanggar larangan-Nya.


Perempuan pula ramai yang masuk neraka kerana derhaka kepada suami dan menjadi kufur kerana tidak bersyukur.


Dan ramai penghuni neraka majoritinya terdiri daripada wanita bukan lelaki.

Selasa, 3 Februari 2026

Dr. Penjara


 3 Februari 2026 ~

Masih ingatkah anda dengan bekas banduan/prospek pertama Malaysia yang memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) semasa dalam penjara dan diberi pengampunan penuh oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan Baginda pada tahun 2024.


Beliau adalah Dr. Malik Bin Yatam.


Hari ini beliau menerima perkenan untuk menghadap DYMM Sultan Selangor.


Pertemuan berlangsung hampir sejam dalam suasana yang hening, sedih dan pilu.


Ini adalah pertemuan pertama seumpamanya antara DYMM Tuanku dengan seorang bekas banduan yang mendapat pengampunan daripada Baginda.


Selepas 24 tahun menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS), hukuman yang tidak ada tarikh bebas, tidak dijatuhkan hukuman mati kerana semasa kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun; Dr. Malik akhirnya dibebaskan pada 11 Disember 2024.


Menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun, Dr. Malik kini berusia 39 tahun berjaya memperoleh Ph.D dalam bidang pentadbiran perniagaan, hasil usaha melanjutkan pelajaran semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang.


Pada pertemuan ini, Baginda berkenan bertanyakan khabar tentang perkembangan kehidupan beliau selepas keluar dari penjara dan perancangan masa hadapan.


Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Dr. Malik dan Baginda merasakan beliau layak untuk diberi peluang kedua.


Baginda telah mempertimbangkan pengampunan ini sebaik mungkin melihat kepada semua faktor yang telah disembah maklumkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.


Baginda turut menasihatkan Dr. Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup.

Isnin, 26 Januari 2026

Pencen

 Ya, setuju sangat dengan kenyataan tuan


Saya akan pencen. Tapi pencen dari kerja sekarang shj kerana perkerjaan hari ini hanya untuk orang yang "dilihat berkerja" dan bukan untuk orang "ingin berkerja". Penilaian hanya untuk orang yang ada angka, statistik, dokumen lengkap dan laporan yang "impressive". Mereka pandai memaparkan output semata-mata tetapi tidak reflect dengan outcome! Nampak cantik tetapi tiada kualiti. Presentation-wise bagus, price tags tinggi tapi values dan kualiti tiada.


In Shaa Allah, saya akan teruskan khidmat dan banyak potensi diri yang belum digunakan semasa perkhidmatan kerana tiada platform dan penghargaan. Bersara untuk teruskan potensi diri dan buat apa yang patut kita buat, bukan buat untuk apa Yang boss suka buat!

Pertiwi

 💢"Bermula Sebagai Kuli Ladang Tebu, Akhirnya Mahu Jadi Perdana Menteri. Kisah Fiji Yang Hilang Dari Peta Kuasa Peribumi."


💢Tuan-tuan kalau sebut Fiji, mesti terbayang air laut biru, pasir putih dan orang pakai baju bunga-bunga main gitar tepi pantai. Syurga pelancongan, kan?


💢Tapi di sebalik keindahan poskad tu, Fiji menyimpan satu sejarah luka yang sangat dalam. Luka yang berdarah akibat "Toleransi" yang memakan diri. Kisah ini bermula zaman penjajah British (sekitar 1879). Skrip dia macam hampir sama dengan beberapa buah negara lain.


💢British nak usahakan ladang tebu di Fiji. Tapi orang asal Fiji (iTaukei) tak nak kerja ladang. Mereka selesa hidup di kampung, tangkap ikan, tanam ubi. Hidup sara diri, tenang. British tak puas hati. British nak duit.


💢Jadi, British angkut masuk buruh dari India (dipanggil Girmityas). Ribuan orang dibawa masuk naik kapal untuk jadi kuli potong tebu.


💢Masa tu, Ketua-Ketua Adat Fiji (Ratu) setuju.

Mereka fikir: "Alah, biarlah mereka kerja berat tu. Kita duduk diam-diam kutip sewa tanah. Tanah masih hak kita." Sikap "tak apa" inilah permulaan segala bencana.


💢Kaum pendatang ni, sifat mereka memang "survival". Mereka datang sehelai sepinggang, jadi mereka kerja bagai nak gila. Mereka kumpul duit. Mereka tak boros. Dan yang paling penting, mereka hantar anak-anak mereka pergi sekolah tinggi-tinggi.


💢Sementara orang asal Fiji masih selesa menyanyi tepi pantai dan berbangga dengan gelaran "Tuan Tanah", anak-anak pendatang tadi dah mula masuk universiti. Tahun demi tahun berlalu. Generasi berganti generasi.


💢Buruh ladang tebu tadi dah tak ada. Yang ada sekarang adalah peguam, doktor, akauntan dan toke-toke besar yang menguasai ekonomi Fiji. Orang asal Fiji? Masih di kampung. Masih pegang geran tanah, tapi poket kosong.


💢Tanah mereka dipajakkan kepada kaum pendatang untuk berniaga. Yang kaya, penyewa. Yang miskin, tuan tanah. Bila ekonomi dah pegang, apa langkah seterusnya?


💢Menjelang tahun 1980-an, populasi kaum India di Fiji dah meletup. Malah pada satu ketika, jumlah mereka MELEBIHI jumlah orang asal Fiji sendiri.


💢Bayangkan. Tuan rumah jadi minoriti dalam rumah sendiri. Bila jumlah dah ramai, suara mereka makin lantang. Mereka mula cakap pasal "Hak Samarata" 


Mereka kata: "Kami lahir di sini. Kami bangunkan ekonomi negara ni. Kenapa Perdana Menteri mesti orang asal Fiji? Kami pun nak memerintah!" Orang asal Fiji mula sentap. Baru mereka sedar mereka dah terlena terlalu lama. Tapi nasi dah jadi bubur.


💢Pada pilihan raya tahun 1987, gabungan parti yang didominasi oleh kaum India (diketuai Dr. Timoci Bavadra, walaupun dia Fiji tapi kabinetnya penuh orang India) menang pilihan raya.


💢Buat pertama kali dalam sejarah, kerajaan Fiji dikuasai oleh "tetamu" yang dibawa masuk oleh British dulu. Orang asal Fiji panik. Mereka rasa terancam. Tanah mereka, adat mereka, agama mereka... semua rasa macam bakal tergadai.


💢Mereka turun ke jalan raya. Mereka protes.

"Fiji for Fijians!" laung mereka. Tapi kuasa dah lepas ke tangan orang lain melalui peti undi yang sah. Bila demokrasi gagal melindungi peribumi, maka DARAH yang mengambil alih.


💢Pada 14 Mei 1987, seorang Leftenan Kolonel bernama Sitiveni Rabuka (orang asal Fiji) melangkah masuk ke Parlimen bersama askar bertopeng gas. Dia acukan senapang. Dia tangkap Perdana Menteri dan kabinetnya.


💢Rabuka isytiharkan rampasan kuasa (Coup d'etat).

Alasan dia mudah dan menakutkan: "Aku buat ini untuk pastikan orang Fiji tidak menjadi pelarian di tanah air sendiri."


💢Dunia kecam Rabuka. Komanwel buang Fiji. Ekonomi jatuh merudum. Tapi bagi orang asal Fiji, Rabuka adalah wira penyelamat. Mereka tak peduli ekonomi jatuh, asalkan kuasa politik kembali ke tangan peribumi.


💢Fiji melalui siri rampasan kuasa demi rampasan kuasa (1987, 2000, 2006). Semuanya berpunca daripada ketidakpuasan hati peribumi terhadap dominasi ekonomi dan politik kaum pendatang.


💢Apa yang jadi di Fiji adalah satu tragedi. Tapi ia juga satu UNIVERSITI kehidupan untuk kita belajar.

Tuan-tuan nampak tak? Pencerobohan kedaulatan tak berlaku sekelip mata. Ia tak datang dengan kereta kebal dari luar.Ia datang melalui EKONOMI dulu.


💢Mula-mula mereka minta tumpang cari makan. Kita bagi. Lepas tu mereka minta bina tempat ibadat dan sekolah. Kita bagi atas dasar toleransi.


💢Lepas tu mereka kuasai pasaran borong, kedai runcit, sampai ke syarikat besar. Kita masih selesa jadi pengguna. Akhirnya, bila mereka dah pegang urat nadi duit negara, mereka akan beli ahli politik.


💢Mereka akan tuntut supaya undang-undang diubah. Mereka akan cabar hak istimewa peribumi.

Masa tu, barulah kita terhegeh-hegeh nak melenting.


💢Barulah kita nak marah bila tengok bangunan mereka naik megah atas tanah kita, sedangkan rumah kita makin kecil di pinggir bandar. Isu di Fiji bukan pasal benci kaum lain.


💢Tapi pasal kelalaian peribumi yang membiarkan "jarum halus" masuk mencucuk kulit. Orang Fiji bernasib baik sebab tentera mereka 100% orang peribumi, jadi mereka boleh rampas kuasa guna senapang.


💢Ingatlah tuan-tuan. Toleransi itu bagus. Tapi toleransi tanpa batas adalah KEBODOHAN.Jangan sampai satu hari nanti, cucu cicit kita tanya: "Atuk, kenapa nama kampung kita ni nama Melayu, tapi tuannya bukan orang Melayu?"


💢Masa tu, jawablah dengan air mata. MasyaAllah, sesungguhnya Allah S.W.T memberikan tanah air kepada sesuatu bangsa sebagai amanah untuk dijaga dan dimakmurkan.


💢Kehilangan kedaulatan bukan hanya kerana kekuatan musuh, tetapi seringkali kerana kelemahan dan kelalaian umat itu sendiri dalam mempertahankan hak mereka.


Moga kita bangkit daripada tidur yang panjang sebelum segalanya terlambat.


“CnP/:Tulisan Mazlan Syafie”

Sabtu, 24 Januari 2026

Pencen

 *PENCEN YANG MEMBUNUH POTENSI*


Sejak kebelakangan ini, aku perasan satu fenomena yang menyentuh hati tetapi dalam masa yang sama, membuat aku rasa sedih


Ramai yang sudah pencen.

Dan ramai di antara mereka berkata :


“Saya dah pencen, fokus akhirat jer sekarang. Dunia saya dah tinggal, sekarang hanya kelas agama, kelas Al-Quran”


Niat mereka baik,

Hati mereka lembut,

Mereka mahu dekat dengan Allah. Dan itu sangat mulia


Tapi ada satu hakikat yang tiba-tiba menikam fikiran aku


Pencen adalah istilah kapitalis. Dalam Islam, pencen ertinya mati


Islam tak pernah ajar manusia berhenti memberi manfaat selagi dia masih hidup. Allah dan Rasulnya tidak pernah cakap :


“Bila umur dah 55 - 60, berhenti menyumbang.”


Tidak


Selagi nafas ada, selagi tangan boleh bergerak, selagi lidah boleh bercakap, selagi akal masih waras, Allah masih menuntut kita memberi manfaat


Bukan kerana dunia,

tetapi kerana itu juga ibadah


Allah beri ilmu bukan untuk disimpan,


Allah beri skill bukan untuk dibawa ke kubur


Aku teringat kata-kata Ustaz Nouman Ali Khan di World Quran Convention :


“Jika Allah beri kamu ilmu, pengalaman dan skill,

itu tanda Allah mahu kamu bantu ummah. Kamu ada tanggungjawab untuk melatih generasi muda, bukan berhenti hanya kerana kamu sudah ‘pencen’.”


Kata-kata itu membuatkan aku terdiam lama


Ramai yang dulu jurutera hebat, tapi selepas pencen, skill itu dibiarkan berhabuk


Ramai yang dulu guru terbaik,

tapi selepas pencen, tak lagi mengajar walau satu pelajaran kecil


Ramai yang dulu pakar pentadbiran, pakar kewangan, pakar pertanian, pakar teknologi, tapi hari ini mereka rasa dunia tak perlukan mereka


Padahal, merekalah harta terbesar umat Islam


Siapa lagi nak melatih generasi muda? Kalau bukan mereka yang sudah melalui hidup di masa lampau?


Ada anak muda terkapai-kapai nak belajar kerja. Ada anak muda mahu belajar bisnes tapi tak ada mentor. Ada anak muda mahu jadi baik, tapi tak ada orang tua yang membimbing


Sementara ramai yang sudah pencen, diam di rumah, hadir kelas agama, hadir kelas Al-Quran yang itu sangat bagus


Tapi mereka lupa satu lagi ibadah besar :


Mengalirkan manafaat kepada manusia. Mengajar apa yang mereka tahu. Membimbing generasi baru. Membangun dunia sambil membangun akhirat


Pencen bukan bermaksud berhenti. Pencen bermaksud fasa baru untuk memberi lebih banyak


Bayangkan…


Kalau seorang guru pencen ajarkan 5 anak muda mengaji, mengurus hidup, membina karakter, itu adalah pahala berterusan 


Kalau seorang jurutera ajarkan 3 anak muda kemahiran teknikal, itu sedekah jariah


Kalau seorang bekas pengurus ajar adab kerja, disiplin, leadership, itu pahala yang terus menaik walaupun dia tidur


Membantu dunia juga ibadah

Mengajar manusia juga ibadah

Menyebar manfaat juga ibadah


Dan semua ini boleh dibuat tanpa meninggalkan kelas agama atau kelas Al-Quran.


Selagi kita masih dipinjamkan usia, kita belum pencen dari berbuat baik


Aku pandang sekeliling dan aku terfikir :


Bila Allah masih biarkan kita hidup, itu tanda Allah masih mahu kita memberi manfaat


Kerana dalam Islam, pencen hanya ada satu


Pencen sebenar adalah ketika kita mati. Sebelum itu, kita masih pekerja Allah yang wajib memberi.

Khamis, 22 Januari 2026

Diskriminasi 6 tahun

 Saringan diagnostik atau kelayakan ke Tahun 1 langgar prinsip asas pendidikan awam


[1]

Ujian diagnostik atau saringan untuk menentukan kelayakan seorang kanak-kanak berumur 6 tahun masuk sekolah adalah satu pelanggaran prinsip asas pendidikan awam. 


[2]

Ujian diagnostik atau ujian pengesan hanya digunakan untuk tujuan mengenalpasti keperluan murid, bukan bertujuan mendiskriminasikan murid. Malah istilah ujian dianogstik adalah tidak tepat untuk situasi ini. Sebenarnya, yang dimaksudkan dalam situasi ini ialah ujian kelayakan yang bersifat pemilihan melalui amalan isihan (discriminate). 


[3]

Mana mungkin anak-anak yang baru berumur lima tahun diberikan ujian kelayakan untuk menentukan mereka boleh masuk tahun satu atau tidak? 


[4]

Layak masuk atas asas apa? 


3M? Anak-anak ini belum masuk pendidikan formal lagi. Mengapa diukur kemahiran 3M mereka? 


[5]

Atas asas kestabilan emosi? Anak-anak yang akan ambil ujian nanti baru berumur lima tahun. Tidak ada teori perkembangan kanak-kanak yang boleh mengesahkan anak-anak lima tahun mempunyai kestabilan emosi. 


[6]

Atas asas keupayaan kognitif/cara fikir? Pada usia 5 tahun, pembangunan kognitif kanak-kanak masih belum lengkap sepenuhnya. Kognitif anak-anak ini masih lagi pada peringkat pra perkembangan kognitif yang konkrit. Keupayaan kognitif pada tahap ini sangat dipengaruhi oleh status sosio ekonomi keluarga, latar belakang pendidikan ibubapa dan sokongan kemudahan di rumah seperti gajet, internet, buku. Tentulah ujian kelayakan seperti ini akan memberi banyak kelebihan pada kanak-kanak dari latar SES tinggi. Apa jadi kepada anak-anak dari keluarga yang sangat miskin? 


[7]

Jelas tindakan melaksanakan ujian diagnostik atau pengesanan (sebenarnya ujian kelayakan) adalah tidak adil pada kanak -kanak seusia lima tahun. Pendidikan awam WAJIB bersifat Inklusif dan tidak boleh sama sekali bersifat eksklusif.


[8]

Menafikan hak kanak-kanak umur enam tahun masuk sekolah di saat sebahagian kanak-kanak yang lain dibenarkan masuk adalah bercanggah dengan prinsip keadilan pendidikan, sifat kemanusiaan, meningkatkan kesenjangan atau jurang pendidikan serta membelakangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 


[9]

Ini adalah satu pelanggaran yang serius kepada prinsip keadilan akses pendidikan dan usaha untuk merapatkan jurang pendidikan. Malah jelas satu penafian kepada hak asasi pendidikan asas untuk semua kanak-kanak yang telah memenuhi umur layak masuk sekolah.


Dr Anuar Ahmad 

Pakar Pendidikan

Selasa, 20 Januari 2026

Humble

 Janganlah dibunuh semangat dan motivasi orang hanya kerana kesalahan kecil. Tiada manusia yang sempurna, termasuklah kau yang bergelar ketua, pentadbir atau pengurus.


Pangkat tidak menjadikan seseorang itu kebal daripada kesilapan dan jawatan bukan lesen untuk melukakan hati dan perasaan orang.


Belajarlah menghargai sebelum sibuk mencari cela. Raikan dahulu usaha orang. Walaupun kecil di mata kau tapi besar maknanya buat orang itu.


Jangan disusahkan, jangan dipersulitkan dan jangan setiap perkara diteliti hanya untuk memburu kesalahan.


Ingatlah, suatu masa dahulu kau juga pernah berada di bawah. Kau juga pernah penat, pernah mengharapkan pujian dan pernah mendambakan sedikit empati.


Bila sudah berada di atas, janganlah sombong dan berlagak sehingga lupa adab dan ihsan. Suatu hari nanti, tempoh di atas itu akan tamat dan kau akan kembali bersama² berada di bawah aturan-Nya.


In shaa allah doa orang yang disakiti dan dizalimi, doanya sangat dekat dengan Allah. Kadang² bukan kerana orang tu tidak kuat, tetapi kerana terlalu penat menahan. Penat untuk terus bersangka baik dan penat untuk terus positif.


Manusia mungkin mudah lupa layanan manis, tetapi sangat lama mengingati pahit yang pernah ditelan.


Jika tidak mampu membahagiakan orang, sekurang²nya jangan menyakitkan. Kuasa itu sementara, tetapi luka di hati manusia, kesannya kekal lama.


@norhaizatmokhtarrudin

Panglima islam

 Inilah 5 Panglima Perang Paling Top dalam Sejarah Islam ⚔️.


Dalam sejarah Islam, ada para panglima yang bukan hanya kuat di medan perang,

tetapi juga mulia akhlaknya dan lurus imannya.


Pertama, Khalid bin Walid.

Dijuluki Saifullah al-Maslul, pedang Allah yang terhunus.

Ahli strategi perang yang tidak pernah kalah,

menjadi kunci kemenangan Islam di Mu’tah dan Yarmuk.


Kedua, Ali bin Abi Thalib.

Singa Allah dan Gerbang Ilmu.

Keberaniannya tak tertandingi, kecerdasannya luar biasa.

Ia menjadi panglima utama di Badar, Khandaq, dan Khaibar.


Ketiga, Hamzah bin Abdul Muthalib.

Asadullah, Singa Allah.

Pahlawan Perang Badar yang ditakuti Quraisy,

dan gugur sebagai syuhada di Perang Uhud.


Keempat, Sa’ad bin Abi Waqqash.

Penakluk Persia.

Panglima Qadisiyah yang meruntuhkan Kekaisaran Sassaniyah,

dikenal sebagai sahabat dengan doa yang mustajab.


Kelima, Abu Ubaidah bin Al-Jarrah.

Aminul Ummah.

Panglima rendah hati, jujur, dan disiplin,

penakluk Damaskus dan pemimpin pasukan Syam.


Mereka berperang bukan demi dunia,

tetapi demi menegakkan agama Allah.


#FaktaUnikIslami 

#FaktaIslam 

#SejarahIslam 

#KisahPanglimaIslam 

#PejuangIslam 

#KisahPanglimaPerang

Rabu, 14 Januari 2026

Revenge

 "Dimalukan Depan 100,000 Orang, Jurutera Ini Balas Dendam Dengan Cipta Empayar Bernilai Berbilion Dolar."


Oleh: Mazlan Syafie


Tuan-tuan pernah tak rasa dikhianati? Rasa macam kena tikam belakang oleh orang yang kita percaya?


Rasa sakit tu, pedih kan?


Tapi hari ini saya nak cerita pasal seorang jurutera Jepun yang mengubah rasa sakit tu jadi "senjata nuklear" yang memusnahkan musuhnya.


Nama dia Ken Kutaragi. Umur 35 tahun.


Dia kerja di Sony.


Zaman tu (80-an), Sony ni syarikat "kayangan".


Dorang buat TV Trinitron, dorang buat Walkman. Barang dorang semua high class.


Video game? Bagi bos-bos Sony, itu mainan budak-budak. Takde kelas. Buat malu kompeni je.


Tapi Kutaragi ni lain macam sikit. Dia obses.


Dia tengok anak perempuan dia main Nintendo Famicom kat rumah. Mata dia nampak sesuatu yang orang lain tak nampak.


Dia nampak masa depan.


Dia tahu, satu hari nanti, "mainan budak-budak" ni akan jadi industri hiburan paling besar di dunia, potong wayang gambar dan muzik.


Jadi apa dia buat?


Dia buat kerja gila. Dia cipta cip bunyi (sound chip) untuk Nintendo secara senyap-senyap.


Dia buat kat rumah, malam-malam lepas balik kerja. Dia sorok daripada bos Sony.


Bila kantoi, bos besar Sony mengamuk sakan.


"Kau guna harta syarikat untuk buat benda bodoh ni?"


"Kau nak kena pecat ke?"


"Video game bukan bisnes kita!"


Nyaris-nyaris dia kena tendang keluar. Tapi nasib dia baik. CEO Sony masa tu, Norio Ohga, nampak bakat dia.


Ohga selamatkan Kutaragi. "Bagi budak ni teruskan," katanya.


Maka bermulalah kerjasama bersejarah antara Sony dan Nintendo pada tahun 1988.


Dorang setuju nak buat projek "Super Disc". Sony buat alat, Nintendo buat game.


Bos-bos Sony suka lah. Dorang dapat tumpang nama Nintendo, Raja Gaming masa tu.


Semua nampak cantik. Sampailah tarikh keramat Jun 1991.


Lokasi: Consumer Electronics Show (CES), Chicago.


Ini event teknologi paling besar dalam dunia. Semua mata tertumpu kat pentas.


Bos-bos Sony duduk barisan depan. Senyum lebar. Pakai sut mahal. Bersedia nak naik pentas raikan kerjasama dengan Nintendo.


Sekali... Naib Presiden Nintendo, Howard Lincoln, pegang mikrofon.


Dengar baik-baik apa dia cakap.


Dia tak sebut pun nama Sony.


Sebaliknya, depan 100,000 orang, depan wartawan satu dunia, dia umumkan Nintendo akan bekerjasama dengan Philips (pesaing Sony).


Dia batalkan deal dengan Sony secara live atas pentas!


Tuan-tuan bayangkan muka bos-bos Sony masa tu.


Terkedu. Jatuh rahang. Muka merah padam menahan malu.


Dorang dikhianati hidup-hidup. Dimalukan di pentas dunia.


Balik ke Tokyo, bilik mesyuarat Sony meletup.


"Kan aku dah cakap! Jangan main dengan industri game ni!"


"Buat malu kaum je!"


"Tutup projek ni! Kita fokus jual TV balik!"


Semua orang nak give up. Semua orang nak lari menyorok dalam gua. Malu weh. 


Tapi Kutaragi bangun.


Dia tak minta maaf. Dia tak tunduk.

Dia tanya satu soalan cepumas kat bos-bos besar tu.


"Adakah kita nak biar je syarikat mainan tu malukan kita macam ni?"


Bilik tu senyap sunyi.


Kutaragi sambung lagi, "Kita buat konsol sendiri.


Kita buat lagi power dari dorang. Kita tak payah partner. Kita lawan dorang."


Semua orang geleng kepala. Gila ke apa mamat ni?


"Kita takde game. Kita takde developer. Kita takde Mario. Kita takde Sonic."


"Nintendo dengan Sega pegang 95% pasaran. Kau nak lawan macam mana?"


"Kau akan mati dalam masa setahun."


Tapi Kutaragi tak peduli. Dia ada dendam yang perlu dilunas. Dan dendam tu adalah bahan bakar paling power.


Akhirnya, dengan berat hati, Sony bagi lampu hijau. Projek "PlayStation" bermula.


Tapi laluan dia bukan karpet merah. Laluan dia penuh duri.


Kutaragi sedar dia tak boleh lawan Nintendo guna cara Nintendo. Dia kena main taktik kotor sikit.


Taktik dia: Curi Hati Developer.


Selama ni, Nintendo layan pembangun game (developer) macam kuli batak.


Kontrak Nintendo kejam. Royalti sikit. Takde kebebasan kreatif. Nintendo berlagak sebab dorang monopoli.


Kutaragi masuk jarum. Dia pergi jumpa developer-developer ni. Namco, Capcom, Konami.


Dia tawarkan "syurga".


"Korang buat game untuk Sony, aku bagi royalti tinggi. Aku bagi kebebasan. Kita partner, bukan kuli."


Satu demi satu developer mula beralih arah.


Paling pedih bagi Nintendo, syarikat Square (pembuat Final Fantasy) pun lari masuk Sony.


Final Fantasy tu permata Nintendo kot! Tu pun kena rembat.


Kemudian, Kutaragi buat satu lagi pertaruhan besar.


Grafik 3D.


Masa tu, semua game 2D (macam Mario). Pakar industri kata 3D ni mustahil untuk konsol rumah.


Mahal sangat. Panas sangat.


Kutaragi gelak je. Dia jurutera genius.


Dia bina cip yang boleh proses polygon masa nyata.


Bila dia tunjuk demo T-Rex bergerak dalam 3D kat developer... semua ternganga.


Masa tu lah dorang sedar. Zaman Mario lompat-lompat 2D dah tamat. Zaman PlayStation dah bermula.


Disember 3, 1994. PlayStation dilancarkan di Jepun.


Hari pertama je dah jual 100,000 unit.


Bila masuk Amerika tahun 1995, ia bukan setakat bersaing. Ia membunuh.


Dalam masa dua tahun, PlayStation jual lagi banyak daripada gabungan Nintendo 64 dan Sega Saturn!


Menjelang tahun 2000, PlayStation jadi konsol pertama dalam sejarah jual 100 JUTA unit.


Nintendo? Terduduk.


Sega? Terus bungkus kain baju, keluar terus dari bisnes konsol. Mati katak.


Tapi Kutaragi tak puas lagi. Dendam dia belum habis.


Tahun 2000, dia keluarkan PlayStation 2 (PS2).

Ini bukan konsol. Ini raksasa.


Boleh main DVD. Boleh main game lama. Paling power dalam dunia.


PS2 jual 155 Juta unit! Rekod dunia yang sampai hari ini takde siapa boleh pecahkan.


Apa jadi kat Nintendo?


Syarikat yang malukan Sony atas pentas CES tu, terpaksa makan asap selama lebih 10 tahun.

Dorang jadi nombor dua.


Kutaragi?


Jurutera yang hampir kena pecat sebab buat cip bunyi senyap-senyap tu, naik pangkat jadi CEO Sony Computer Entertainment.


Dia bina divisyen yang untung berbilion dolar. Menyelamatkan Sony masa bisnes TV dorang merundum.


Hari ini, jenama PlayStation dah jual lebih 500 juta konsol merentas 5 generasi.


Hasil jualan tahunan? Lebih USD 30 Bilion.


Semuanya bermula sebab seorang lelaki berumur 35 tahun enggan menyerah kalah bila dimalukan.


Tuan-tuan nampak tak permainan dia?


Kutaragi ajar kita satu benda mahal tentang bisnes dan kehidupan.


Pengkhianatan bukan penamat. Ia adalah minyak petrol.


Bila orang kata "NO", itu bukan bermakna idea kita bodoh. Itu bermakna kita bebas untuk buat sendiri tanpa dorang.


Bila orang malukan kita depan orang ramai, jangan lari balik rumah nangis bucu katil.


Balik ofis, kunci pintu dan bina satu benda yang akan buat dorang menyesal seumur hidup.


Jangan dendam dengan pukul orang. Dendam dengan kejayaan.


Biarkan orang yang tikam belakang kita tu tengok kita dari jauh, sambil gigit jari, menyesal sebab lepaskan peluang untuk berada di sisi kita masa kita kat puncak.


Inilah kisah bagaimana Nintendo secara tak sengaja mencipta musuh paling besar dorang sendiri.


Dan inilah kisah bagaimana Ken Kutaragi membuktikan bahawa kadang-kadang, cara terbaik untuk menang adalah dengan membiarkan musuh gelak dulu.


Sebab siapa yang gelak paling akhir, dialah pemenang sebenar.


MasyaAllah, hebat sungguh percaturan rezeki Tuhan.


Kadangkala Allah hadirkan ujian berbentuk penghinaan dan penolakan manusia bukan untuk melemahkan kita, tetapi untuk mengeluarkan potensi "raksasa" yang terpendam dalam diri kita.


Jika Ken Kutaragi tidak dimalukan hari itu, mungkin PlayStation tidak akan wujud hari ini.


Moga kita semua dikurniakan semangat juang yang tinggi, tidak mudah patah semangat dengan caci maki manusia dan terus berusaha membina legasi yang memberi manfaat kepada ummah.

Khamis, 8 Januari 2026

Elit

 Dunia hari ini dikawal oleh dark psikologi golongan elit yang menguasai hampir semua sektor: perubatan, pendidikan, ekonomi, politik, sosial, hiburan, sukan dan industri artis. Mereka tidak memerlukan tentera; mereka gunakan manipulasi minda sebagai senjata paling senyap tetapi paling berkesan.


Dalam perubatan, fearmongering adalah strategi utama. Statistik penyakit dibentangkan dengan cara yang menakutkan, bukan mendidik. Peratusan dibesar-besarkan, risiko diputar untuk mencipta ketakutan kolektif. Rakyat dipaksa percaya bahawa mereka sentiasa “berpotensi sakit”. Jargon saintifik digunakan untuk melemahkan keberanian bertanya.

Lebih dahsyat, ubat sintetik dipasarkan sebagai “keperluan”, walaupun banyak hanya merawat simptom, bukan punca. Sistem menjadikan pesakit bergantung seumur hidup. Penyakit kronik dijadikan industri, bukan masalah kesihatan. Sesiapa yang bertanya atau memilih rawatan alternatif terus dilabel “anti-sains”, itu pun satu bentuk manipulasi psikologi.


Dalam pendidikan, sistem dibina sebagai mesin mematikan kreativiti. Ranking, peperiksaan, dan penilaian standard menjadikan pelajar percaya bahawa nilai diri mereka hanya berdasarkan markah. Mereka dilatih mematuhi, bukan mempersoal. Otak diprogram untuk menjadi pekerja elit kapitalis, bukan manusia merdeka.


Dalam ekonomi dan kewangan, elit mengawal melalui hutang, inflasi terancang dan sistem fiat. Nilai wang dimanipulasi; rakyat dibiarkan berlumba tanpa sedar lumba itu sebenarnya perangkap. Bank memegang minda manusia melalui ketagihan kredit, pinjaman dan ilusi kemewahan yang tidak pernah stabil.


Dalam politik, naratif diatur seperti teater. Rakyat diberi isu remeh untuk berperang sesama sendiri sementara keputusan penting dibuat di belakang tirai. Propaganda moden tidak kasar, ia datang melalui muka yang “baik”, slogan yang “positif”, dan media yang berpihak.


Dalam sosial, algoritma mengawal emosi berjuta manusia. Trend dicipta untuk membentuk norma, bukan lahir secara organik. Fikiran masyarakat dibentuk oleh paparan skrin, bukan kebenaran.


Dalam hiburan, manusia dihanyutkan ke dunia fantasi supaya mereka lupa realiti. Nilai moral diruntuhkan perlahan-lahan melalui watak, skrip dan jalan cerita yang glamor. Hiburan dijadikan candu minda.


Dalam sukan, fanatik diwujudkan untuk mengalihkan kemarahan rakyat. Emosi yang sepatutnya digunakan untuk menuntut perubahan, dihabiskan dalam sorakan dan perbalahan pasukan.


Dalam industri artis, selebriti digunakan sebagai alat pembentukan budaya. Gaya hidup songsang dinormalisasi, akhlak diremehkan, dan pemikiran kritikal dimatikan. Artis dijadikan role model supaya masyarakat ikut tanpa soal.


*Elit tidak perlu memerintah dengan kekerasan. Mereka hanya perlu menguasai minda manusia melalui ketakutan, hiburan, hutang, trend dan idola. Siapa yang sedar akan bebas. Siapa yang lalai terus diperhamba dalam sistem.*Dunia hari ini dikawal oleh dark psikologi golongan elit yang menguasai hampir semua sektor: perubatan, pendidikan, ekonomi, politik, sosial, hiburan, sukan dan industri artis. Mereka tidak memerlukan tentera; mereka gunakan manipulasi minda sebagai senjata paling senyap tetapi paling berkesan.


Dalam perubatan, fearmongering adalah strategi utama. Statistik penyakit dibentangkan dengan cara yang menakutkan, bukan mendidik. Peratusan dibesar-besarkan, risiko diputar untuk mencipta ketakutan kolektif. Rakyat dipaksa percaya bahawa mereka sentiasa “berpotensi sakit”. Jargon saintifik digunakan untuk melemahkan keberanian bertanya.

Lebih dahsyat, ubat sintetik dipasarkan sebagai “keperluan”, walaupun banyak hanya merawat simptom, bukan punca. Sistem menjadikan pesakit bergantung seumur hidup. Penyakit kronik dijadikan industri, bukan masalah kesihatan. Sesiapa yang bertanya atau memilih rawatan alternatif terus dilabel “anti-sains”, itu pun satu bentuk manipulasi psikologi.


Dalam pendidikan, sistem dibina sebagai mesin mematikan kreativiti. Ranking, peperiksaan, dan penilaian standard menjadikan pelajar percaya bahawa nilai diri mereka hanya berdasarkan markah. Mereka dilatih mematuhi, bukan mempersoal. Otak diprogram untuk menjadi pekerja elit kapitalis, bukan manusia merdeka.


Dalam ekonomi dan kewangan, elit mengawal melalui hutang, inflasi terancang dan sistem fiat. Nilai wang dimanipulasi; rakyat dibiarkan berlumba tanpa sedar lumba itu sebenarnya perangkap. Bank memegang minda manusia melalui ketagihan kredit, pinjaman dan ilusi kemewahan yang tidak pernah stabil.


Dalam politik, naratif diatur seperti teater. Rakyat diberi isu remeh untuk berperang sesama sendiri sementara keputusan penting dibuat di belakang tirai. Propaganda moden tidak kasar, ia datang melalui muka yang “baik”, slogan yang “positif”, dan media yang berpihak.


Dalam sosial, algoritma mengawal emosi berjuta manusia. Trend dicipta untuk membentuk norma, bukan lahir secara organik. Fikiran masyarakat dibentuk oleh paparan skrin, bukan kebenaran.


Dalam hiburan, manusia dihanyutkan ke dunia fantasi supaya mereka lupa realiti. Nilai moral diruntuhkan perlahan-lahan melalui watak, skrip dan jalan cerita yang glamor. Hiburan dijadikan candu minda.


Dalam sukan, fanatik diwujudkan untuk mengalihkan kemarahan rakyat. Emosi yang sepatutnya digunakan untuk menuntut perubahan, dihabiskan dalam sorakan dan perbalahan pasukan.


Dalam industri artis, selebriti digunakan sebagai alat pembentukan budaya. Gaya hidup songsang dinormalisasi, akhlak diremehkan, dan pemikiran kritikal dimatikan. Artis dijadikan role model supaya masyarakat ikut tanpa soal.


*Elit tidak perlu memerintah dengan kekerasan. Mereka hanya perlu menguasai minda manusia melalui ketakutan, hiburan, hutang, trend dan idola. Siapa yang sedar akan bebas. Siapa yang lalai terus diperhamba dalam sistem.*

Ego

 *JANGAN TERLALU SIBUK DENGAN URUSAN AIB ORANG LAIN* 


*Salah satu kesalahan manusia yang paling buruk adalah terlalu sibuk mengamati kekurangan orang lain dari pada mengamati kekurangan diri sendiri*.. 


*Mata manusia memang lah hebat, ia mampu melihat aib orang lain, tapi sayangnya dia buta dengan aib nya sendiri* 


*Ingat!!Tidak ada manusia yang sempurna dalam segala hal, pasti akan ada saja kekurangannya, boleh jadi ada yang indah dalam rupa, tapi ada kekurangan dalam gaya bicara* 


*Bagus dalam penguasaan ilmu, tapi tidak mampu menguasai emosi dan mudah tersinggung, kuat di satu sisi, tapi lemah di sudut yang lain*.. 


*Dari situlah kita harus cermat mengukur timbangan penilaian terhadap seseorang*, *apa kekurangan dan kesalahannya.* *Kenapa bolih begitu, dan seterusnya..* 


*Seperti apapun orang yang sedang kita nilai,keadilan tidak boleh dilupakan.* *Walaupun terhadap orang yang tidak disukai,Yakinlah kalau di balik keburukan sifat seorang mukmin,pasti ada kebaikan di sisi yang lain*.. 


*Bahkan mungkin jika kita berada di tempat dan situasi yang sama,kita pun tidak lebih bagus dari orang yang kita nilai*..

*Kerana itu, lihatlah terlebih dahulu kekurangan dalam diri kita sebelum kita menilai kekurangan orang lain*.. 


*Ego manusia cenderung mengatakan kalau ”sayalah yang lebih baik dari yang lain” ego yang seperti inilah yang kerap membuat timbangan penilaian jadi tidak adil*.. 


*Kesalahan dan kekurangan orang lain begitu jelas,tapi kekurangan diri sendiri tidak pernah terlihat.Padahal, kalau saja bukan kerana Allah yang menututup aib kita,tentu orang lain pun akan secara jelas dan dengan mudah menemukan aib yang ada pada kita


Yang terburuk dari kesalahan kita adalah, terlalu tertarik dengan kesalahan orang lain hingga lupa akan kesalahan yang telah diperbuat oleh diri sendiri


Sabtu, 3 Januari 2026

قناعة



 Siapa yang qana‘ah, dia hidup sebagai hamba Allah.

Siapa yang tidak qana'ah, dia hidup sebagai tawanan dunia.


Bisyr al-Hafi :

“Apabila hati telah qana‘ah, dunia datang atau pergi tidak lagi melukakannya.”


Imam Al-Ghazali :

“Qana‘ah itu apabila hati tidak bergoncang ketika nikmat berkurang, dan tidak lalai ketika nikmat bertambah.


Ibn Rajab al-Hanbali :

“Qana‘ah lahir daripada iman yang benar terhadap qada’ dan qadar.”


Ali bin Abi Talib :

“Hati yang qana‘ah tidak akan diperhambakan oleh apa yang ia miliki.”


Said bin Jubair :

“Orang yang qana‘ah tidak sibuk mengeluh, kerana dia sibuk bersyukur.”


Ibn Qayyim al-Jawziyyah :

“Hati yang qana‘ah tidak letih berangan, dan tidak sakit kerana kekurangan.”


Yang paling penat di dunia

bukan orang miskin,

tetapi orang yang tidak pernah merasa cukup.