Rabu, 20 Mei 2026

Sejarah perak

 "J.W.W. Birch Bukan Mangsa Teraniaya! Ini Kisah Residen Biadap Yang Suka Pijak Agama Dan Adat Bangsa Kita!" 


Bertahun-tahun lamanya nama Pasir Salak dicop oleh buku sejarah penjajah sebagai lokasi orang Melayu bertindak ganas dan kejam. Naratif Mat Salleh selalu main sentimen seolah-olah J.W.W. Birch ini pegawai suci yang datang nak majukan Perak tetapi mati katak dibunuh masa tengah mandi.


Kepala otak dia! Kita dah kena tipu hidup-hidup dengan wayang penjajah. Mari sini aku bongkarkan siapa sebenarnya James Wheeler Woodford Birch. Dia bukan wira malang. Dia adalah penceroboh paling biadap yang pernah jejak kaki di bumi Perak!


Ceritanya bermula selepas Perjanjian Pangkor 1874. Birch dihantar sebagai Residen British pertama ke Perak. At atas kertas, tugas dia cuma sebagai penasihat kepada Sultan Abdullah. Nasihat tau, bukan memerintah!


Tetapi apa si Mat Salleh ni buat bila sampai sahaja di Perak? Dia berlagak macam dia raja yang punya kuasa mutlak! Paling menyakitkan hati, dia ni sepatah haram bahasa Melayu pun tak tahu.


Macam mana kau nak jadi penasihat kepada Sultan Abdullah kalau bahasa bangsa baginda pun kau tak reti nak cakap? Ini bukti awal dia tak ada rasa hormat langsung pada budaya tempatan.


Kekurangajaran Birch tak berhenti setakat itu. Dia mula rampas hak mengutip cukai daripada Sultan Abdullah dan pembesar tempatan. Bagi orang Melayu masa tu, hak kutip cukai ni lambang kedaulatan di tanah sendiri. Bila Birch rampas hak tu, dia sebenarnya tengah pijak maruah Dato' Maharaja Lela dan pembesar lain.


Mesti ada geng palatao sejarah yang akan masuk campur dan cakap, "Eh, Birch dibunuh sebab dia nak hapuskan sistem hamba abdi. Pembesar Melayu marah sebab hilang hamba. Birch tu hero kemanusiaan la!"


Baca buku sejarah tu kasi habis! Birch bukannya suci sangat. Dia langgar Perjanjian Pangkor yang terang-terang sebut Residen tak boleh sentuh hal agama dan adat Melayu. Sistem hutang masa tu terikat rapat dengan struktur ekonomi serta adat tempatan. Dia main semberono hapuskan tanpa sebarang rundingan dengan tuan empunya kawasan. Paling menjijikkan, ada rekod sejarah merekodkan dia suka lindungi dan sembunyikan hamba-hamba perempuan di rumahnya. Kemanusiaan apa kalau perangai macam tu?


Birch juga dengan bongkaknya paksa Sultan Abdullah menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British. Dia siap ugut dan malukan baginda di hadapan khalayak ramai. Tetamu jenis apa yang masuk rumah orang lepas tu ugut tuan rumah?


Jadi kau rasa orang Melayu nak duduk diam sahaja ke bila maruah agama dan bangsa dipijak-pijak macam tu?


Sebab itulah berlakunya peristiwa berdarah di Pasir Salak pada 2 November 1875! Dato' Maharaja Lela, Pandak Endut dan Si Putum bukan bertindak sebab mereka ni pengganas gila darah. Mereka bertindak sebab kesabaran dah sampai ke kemuncak.


Bila Si Putum mendaratkan lembing ke tubuh Birch yang tengah mandi di rumah rakit tu, ia adalah hukuman mati yang adil untuk seorang penjajah yang melampaui batas!


Tetapi British punya licik, mereka guna kes kematian Birch ni sebagai tiket untuk gantung Dato' Maharaja Lela dan buang negeri Sultan Abdullah ke Pulau Seychelles. Mereka acah-acah jadi mangsa kononnya pegawai mereka dibunuh tanpa belas kasihan. Padahal hakikatnya, Birch yang cari pasal dahulu!


Tolonglah ubah cara kita baca sejarah. Jangan sesekali rasa simpati pada penjajah yang mati di tanah kita. Birch tu cuma perompak bersut putih yang angkuh. Kematian dia adalah bayaran tunai untuk sifat biadap dia yang tak reti nak hormat tuan rumah. Bangkitlah orang Melayu. Agungkan wira kita yang berani melawan dan bukannya menangisi penjajah celaka!


Srikandi Sarah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan