Isnin, 17 Ogos 2026

Yuran ptandingan

 PERTANDINGAN ANTARA SEKOLAH. ADAKAH INI JUDI?


SOALAN: Yuran pendaftaran sekolah untuk acara sukan peringkat daerah diambil Dari Peruntukkan yg disediakan oleh kpm kepada sekolah. Duit tu boleh digunakan oleh penganjur utk membeli hadiah. Pertandingan antara sekolah peringkat daerah. Yuran digunakan untuk membeli medal Dan lain lain. Yuran dimasukkan kepada akaun sekolah penganjur. Adakah ini judi?


JAWAPAN: 


1. Pertandingan Peringkat Daerah (Inter-Sekolah / MSSD) – Status: Maisir (Judi) / Tidak Dibolehkan


Jika wang peruntukan KPM atau sumbangan PIBG digunakan oleh pihak sekolah untuk membayar yuran pendaftaran ke pertandingan peringkat daerah, dan wang yuran tersebut digunakan oleh pihak penganjur daerah untuk membeli hadiah pemenang:


a. Hukum: Tidak Dibolehkan (Terjatuh ke dalam unsur Maisir/Judi).

Sebab Fiqh:


•   Peserta sebagai Wakil Sekolah: Pasukan murid membawa nama dan bertanding bagi pihak sekolah. Dari sudut Syariah, sekolah bertindak sebagai wakil/penaja rasmi peserta, bukannya "pihak ketiga bebas".


•   Pertaruhan Modal Antara Sekolah: Apabila Sekolah A, B, dan C masing-masing menyumbang yuran pendaftaran ke dalam satu tabung penganjur untuk dijadikan dana hadiah, ia menjadi konsep pertaruhan.


•   Unsur Laba-Rugi (Zero-Sum Game): Sekolah yang menang mendapat kembali wang/hadiah hasil sumbangan sekolah lain (dalam bentuk hadiah), manakala sekolah yang kalah menanggung kerugian wang pendaftaran tersebut tanpa sebarang imbuhan.


Cadangan Patuh Syariah


Penganjur daerah wajib menggunakan yuran pendaftaran sekolah hanya untuk kos operasi/pengurusan (sewa padang, pengadil, makan minum, sijil). Manakala hadiah pemenang wajib dibiayai oleh penaja luar atau peruntukan khas penganjur sendiri (bukan diceduk daripada kutipan yuran peserta) atau peruntukan dari PPD/KKM.


2. Pertandingan Peringkat Dalaman Sekolah (Sukan Tara / Antara Rumah Sukan / Kelas) – Status: Harus / Halal


Jika peruntukan KPM atau dana tabung tahunan PIBG digunakan untuk membeli hadiah acara yang dianjurkan khusus dalam kalangan murid sekolah itu sendiri:


Hukum: Harus / Sah (Bukan Maisir/Judi).


Sebab Fiqh


•   Peruntukan KPM: Merupakan geran amanah institusi untuk pembangunan kokurikulum murid. Pihak sekolah bertindak sepenuhnya sebagai Penganjur & Pemberi Hadiah (Hibah/Ja'izah), bukannya entiti yang bersaing dengan pihak luar.


•   Dana / Yuran Tahunan PIBG: Berstatus sumbangan kebajikan am (Tabarru') daripada ibu bapa. Murid atau rumah sukan yang bertanding tidak membayar sebarang wang pertaruhan khas untuk menyertai acara tersebut.


Tiada mana-mana pihak (murid atau rumah sukan) yang rugi modal sekiranya kalah, dan hadiah diberikan semata-mata sebagai galakan daripada dana sekolah/PIBG.


Semoga bermanafaat.


Jauhi dosa besar judi.


Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan. Insha Allah…

Jumaat, 14 Ogos 2026

Duit dan suami

 “Sejak aku boleh cari duit sendiri, aku mula rasa suami aku dah tak berguna.”


Aku tahu ayat itu jahat.


Tapi itulah hakikatnya.


Dulu aku pernah hidup susah bersama suami. Gaji dia tak besar, tapi setiap kali dapat gaji, perkara pertama yang dia fikir ialah aku dan anak-anak.


Kadang-kadang dia sendiri tak beli apa-apa untuk dirinya.


“Tak apa, abang masih ada.”


Itu ayat dia setiap kali aku tanya kenapa dia tak beli barang yang dia perlukan.


Sampailah aku mula berniaga dari rumah.


Pada awalnya, suami orang yang paling banyak menyokong aku.


Dia tolong bungkus barang.


Dia hantar parcel.


Dia jaga anak ketika aku sibuk.


Malah pernah beberapa kali dia balik kerja terus sambung membantu aku berniaga.


Bisnes aku semakin maju.


Pendapatan aku semakin besar.


Dan tanpa aku sedar…


duit mula mengubah aku.


Aku mula rasa aku lebih hebat daripada suami.


Kalau dia bagi duit belanja, aku kata tak perlu.


Kalau dia tegur aku balik lewat, aku melenting.


“Abang jangan nak kawal hidup saya. Saya boleh cari duit sendiri!”


Suatu hari kami bergaduh sebab aku beli barang mahal tanpa berbincang dengannya.


Dia cuma bertanya,


“Kenapa tak bincang dengan abang dulu?”


Aku terus meletup.


“Bincang untuk apa? Duit saya!”


Dia terdiam.


Aku sambung lagi.


“Kalau abang rasa tak puas hati, abang carilah duit lebih. Jangan harapkan saya!”


Wajah dia berubah.


Tapi dia tak melawan.


Dia cuma berkata,


“Abang bukan marah awak sebab awak berjaya. Abang cuma takut kejayaan awak buat awak lupa siapa yang ada masa awak belum berjaya.”


Aku ketawa.


“Jangan ungkit jasa lama.”


Dia diam.


Dan malam itu…


aku tidur membelakanginya.


Aku tak tahu itu adalah malam terakhir dia tidur di rumah sebagai suami aku.


Pagi esoknya, aku bangun dan nampak almari suami sudah kosong.


Baju dia tak ada.


Beg dia tak ada.


Aku telefon.


Tak diangkat.


Aku WhatsApp.


Tak dibalas.


Aku mula marah.


Aku fikir dia sengaja nak ajar aku.


Sampailah petang itu aku dapat satu mesej daripada dia.


“Abang pergi bukan sebab abang benci awak. Abang pergi sebab abang dah tak tahu macam mana nak buat awak nampak nilai abang sebagai suami.”


Aku terduduk.


Tapi ego aku masih tinggi.


Aku tak kejar.


Aku fikir dia akan balik.


Seminggu berlalu.


Sebulan.


Dua bulan.


Dia tetap tak pulang.


Bisnes aku semakin maju.


Duit semakin banyak.


Tapi rumah yang dulu penuh suara anak-anak dan gelak ketawa…


terasa kosong.


Aku mula sedar sesuatu.


Dulu bila aku penat berniaga, ada orang yang buatkan air.


Ada orang yang urus anak.


Ada orang yang tolong angkat barang.


Ada orang yang sanggup dengar aku mengeluh walaupun dia sendiri penat.


Sekarang aku ada duit.


Tapi aku seorang.


Suatu hari aku pergi ke rumah mak mentua.


Aku menangis di depan dia.


“Mak… saya nak abang balik.”


Mak mentua hanya diam.


Kemudian dia keluarkan satu kotak.


Dalam kotak itu ada barang-barang lama yang aku pernah bagi kepada suami.


Dan ada satu nota tulisan tangan dia.


Aku buka.


“Kalau satu hari nanti awak sedar abang bukan pesaing awak, abang masih doakan awak bahagia.”


Aku terus menangis.


Baru aku sedar…


Selama ini aku terlalu sibuk membuktikan bahawa aku boleh hidup tanpa suami.


Sampai aku terlupa…


suami bukan dicipta untuk bersaing dengan isteri.


Dia pasangan.


Dia tempat bersandar.


Dan bila seorang wanita mampu mencari pendapatan sendiri, itu satu nikmat.


Tetapi nikmat itu tak sepatutnya membuatkan kita hilang adab, meninggikan suara, menghina atau merendahkan suami.


Aku masih ada duit.


Aku masih ada bisnes.


Aku masih mampu hidup sendiri.


Tetapi sekarang aku sanggup bayar apa saja untuk mendapatkan kembali satu perkara yang dulu aku anggap tidak penting…


seorang suami yang pernah mencintai aku sepenuh hati.


Malangnya…


bila aku akhirnya belajar menghargainya,


dia sudah belajar hidup tanpa aku.


Dan itulah penyesalan yang paling sakit.


Bukan kerana aku pernah berjaya.


Tetapi kerana dalam perjalanan aku mengejar kejayaan…


aku kehilangan orang yang pernah berdiri di belakang aku ketika tiada siapa pun percaya pada aku.❤️ 


Rabu, 5 Ogos 2026

Politik: apa saya dpt?

 Kenapa PH kalah di Negeri Sembilan walaupun performance ekonomi bagus?

.

Pakatan Harapan kalah di Negeri Sembilan. Turun dari 17 kerusi kepada 11. Menteri Besar sendiri tewas di Linggi. Setiausaha Agung DAP tewas di Chennah. Dan sepanjang minggu selepas keputusan, saya melihat infografik demi infografik dikongsi — KDNK negeri naik, rizab meningkat, pelaburan berganda, lebihan bajet mencatat rekod. 

.

Technically, good performance kalau tanya pendokong Pakatan Harapan. Saya tidak pasti berkenaan data negeri, tetapi data yang dipetik peringkat kebangsaan betul. Tapi itu tidak mengubah persepsi rakyat.

.

Saya pernah tulis sebelum ini tentang ekonomis jadian yang memilih statistik tertentu untuk menyokong kesimpulan yang sudah mereka putuskan lebih awal. Boleh pergi baca post saya. Masa kempen, dipersembahan rizab negeri berbilyun, pelaburan tinggi yang diluluskan, pertumbuhan KDNK, kadar pertukaran ringgit yang pulih. Bank Negara mengumumkan angka yang memberangsangkan. Semua ini dilaungkan dari pentas ke pentas oleh ekonomis-ekonomis ini. 

.

But this is elections. Tidak satu pun daripada apa yang mereka kempen adalah ekonomi akar umbi - or grassroots economics. People are benevelont, but the individual is selfish. Setiap orang datang ke peti undi dan bertanya - apa aku dapat?

.

Let me explain.

.

Rizab negeri yang besar bermakna apa? Ia bermakna kerajaan negeri tidak membelanjakan wang itu untuk kemudahan rakyat. Tiada economic spillover. Wang duduk dalam akaun, tidak bergerak dalam ekonomi tempatan, tidak mencipta pekerjaan, tidak menaikkan pendapatan sesiapa. Ia kelihatan hebat dalam laporan kewangan. Ia tidak bermakna apa-apa kepada penjaja di Seremban yang jualannya menurun. So, rizab negeri yang besar tidak menjawab, "apa aku dapat?"

.

Pelaburan diluluskan? Perkataan "diluluskan" itu penting. Ia bermakna kertas telah ditandatangani. Ia tidak bermakna wang telah masuk, kilang telah dibina, atau seorang pun telah diambil bekerja. Jurang antara pelaburan diluluskan dan pelaburan direalisasikan boleh mengambil masa bertahun-tahun, dan sebahagiannya tidak pernah direalisasikan langsung. So, "approved FDI", tidak menjawab, "apa aku dapat?"

.

Pertumbuhan KDNK lima peratus bermakna apa kepada orang biasa? Kalau gaji anda tidak naik, kalau harga barang naik lebih laju daripada pendapatan anda, angka lima peratus itu adalah abstraksi yang tidak dapat dimakan. Again, "apa aku dapat?".

.

Kadar pertukaran ringgit? Kalau anda tidak pernah ke luar negara dan tidak terlibat dalam import atau eksport, mengapa ia penting kepada anda? Again, "apa aku dapat?".

.

Realitinya, mungkin hanya 15 hingga 20 peratus rakyat yang benar-benar memahami atau merasai kesan langsung daripada statistik-statistik makro ini. Baki 80 peratus hidup dalam ekonomi yang berbeza sama sekali.

.

So, let's talk about grassroots economics dan kenapa penolakan di Negeri Sembilan juga merupakan penolakan secara dasar peringkat persekutuan.

.

Bank Negara mengumumkan dalam Sasana Symposium 2025 bahawa harga makanan dan minuman naik 17.5 peratus dari suku pertama 2020 hingga suku pertama 2025. Dalam tempoh yang sama, gaji nominal sektor swasta setiap pekerja hanya naik 7.9 peratus. Timbalan Gabenor Datuk Marzunisham Omar menyatakan dengan jelas: dalam terma sebenar, gaji setiap pekerja telah menurun sebanyak 1.9 peratus. Dan yang lebih menyakitkan — produktiviti setiap pekerja naik 7.4 peratus dalam tempoh yang sama. Oversimplification: Kerja lebih masa 7%, Gaji turun 2%, Makanan naik 17%.

.

People feel this. 

.

Next is housing.

.

Purata harga rumah di Malaysia pada suku pertama 2025 adalah RM486,070 menurut data NAPIC. Di Kuala Lumpur, purata harga subsale mencecah lebih RM800,000. Gaji median bulanan Malaysia adalah sekitar RM3,000 — bermakna RM36,000 setahun. Nisbah harga rumah kepada pendapatan tahunan: 13 kali ganda. Penanda aras antarabangsa untuk perumahan yang dianggap "mampu milik" adalah tiga kali ganda pendapatan tahunan.

.

Kalau anda berpendapatan RM5,000 sebulan, bank akan meluluskan pinjaman dalam lingkungan RM450,000 hingga RM480,000. Itu sudah menyingkirkan anda daripada Kuala Lumpur sepenuhnya.

.

Sekarang tengok Seremban. Purata harga rumah di Negeri Sembilan lebih rendah daripada purata nasional — dalam lingkungan RM350,000 hingga RM400,000 untuk rumah teres di kawasan yang munasabah dekat dengan bandar. Kelihatan lebih mampu milik, betul? Tapi gaji median di Negeri Sembilan juga lebih rendah — sekitar RM2,500 hingga RM2,800 sebulan bagi ramai pekerja tempatan. Buat kiraan: RM33,600 setahun berbanding rumah RM380,000. Nisbahnya masih 11 kali ganda pendapatan tahunan. Masih jauh melebihi penanda aras tiga kali ganda. Seorang pekerja kilang di Nilai atau juruteknik di Senawang masih tidak mampu membeli rumah walaupun dia bekerja sepanjang hayatnya.

.

Iskandar Abdul Samad, mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan pengalaman dalam urban planning, dalam satu podcast ada menyebut bahawa ini antara sebab yang miskin makin miskin. Mereka perlu beli rumah jauh dari pusat bandar, tempat kerja dan menambah kos transportation etc. Its counterintuitive.

.

Ini ekonomi yang memberikan impak direct kepada rakyat. Bukan rizab negeri. Bukan pelaburan diluluskan. Bukan KDNK. Those are good for reporting and international investors, but not good for election campaigns.

.

Jadi anda boleh dapatkan seramai mana pun ekonomis jadian untuk naik ke pentas dan memilih statistik yang menyenangkan. Menteri Besar boleh membentangkan senarai pencapaian sepanjang lapan tahun pentadbiran. Semuanya mungkin betul dari segi teknikal.

.

Tetapi kalau ekonomi itu tidak bergema dengan kualiti hidup yang lebih baik, dengan beban yang lebih ringan, dengan rasa bahawa esok akan lebih senang daripada hari ini — rakyat tidak akan memilih anda. 

.

Itu bukan politik identiti. Itu bukan pengundi yang tidak faham. Itu adalah rakyat yang mengundi berdasarkan realiti mereka sendiri, bukan realiti yang dipersembahkan dalam infografik.

.

Anyway, tahniah kerana baca sampai habis. Sebelum komen, letakkan "grassroot economics" supaya saya tahu siapa yang baca sampai habis. 

.

p/s: Jangan kecam bahawa ada banyak faktor lain. Saya explain dari angle satu faktor je. Biar la pakar lain explain dari faktor2 social engineering, human behaviour etc.

Khamis, 16 Julai 2026

Saman cedera

 BEKAS PELAJAR MENANG SAMAN KECUAIAN, TERIMA PAMPASAN RM452,809


MUAR: Seorang lelaki berusia 21 tahun dianugerahkan pampasan berjumlah RM452,809 oleh Mahkamah Tinggi Muar selepas memenangi saman kecuaian susulan kecederaan serius yang dialaminya ketika mengikuti kelas Pendidikan Jasmani pada tahun 2019.

Ketika kejadian, mangsa masih merupakan pelajar Tingkatan Dua di SMK Chaah, Segamat.

Saman tersebut difailkan melalui bapanya yang bertindak sebagai wakil litigasi kerana mangsa masih di bawah umur ketika insiden berlaku pada 17 September 2019.
.

Kronologi kejadian

Kejadian berlaku semasa kelas Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan antara 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Berdasarkan fakta kes, pelajar telah diasingkan mengikut jantina sebelum aktiviti dijalankan. Seorang guru kemudian mengambil peralatan sukan dari stor dan mengendalikan aktiviti frisbee.

Selepas aktiviti itu selesai, mangsa mengambil sebuah raket badminton milik sekolah untuk bermain secara tidak formal bersama seorang rakan sekelas.

Ketika permainan berlangsung, batang besi raket tersebut tercabut daripada pemegang lalu mengenai dan menyebabkan kecederaan tembus pada mata kirinya.

Kecederaan serius dan kekal

Mangsa mengalami:

* Kecederaan tembus yang teruk pada mata kiri
* Patah tulang tengkorak
* Pendarahan akut di dalam otak

Kecederaan tersebut mengakibatkan kecacatan klinikal kekal yang serius, termasuk gangguan terhadap fungsi penglihatan dan neurologi.

Pihak yang dinamakan dalam saman

Saman tersebut difailkan terhadap:

* Guru yang mengendalikan aktiviti
* Pengetua sekolah
* Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
* Kerajaan Malaysia

Keputusan mahkamah

Hakim Mahkamah Tinggi, memutuskan sepenuhnya memihak kepada mangsa selepas menilai keseluruhan bukti.

Mahkamah membenarkan tuntutan atas asas 100% liabiliti selepas mendapati defendan gagal menyediakan penyeliaan yang mencukupi, munasabah dan berkesan.

Hakim turut menyatakan bahawa para pelajar ketika itu berada di bawah jagaan, kawalan dan pengawasan operasi secara langsung oleh guru.

Pampasan yang dianugerahkan

* RM400,000 sebagai ganti rugi am
* RM12,809 sebagai ganti rugi khas
* RM40,000 sebagai kos

Jumlah keseluruhan: RM452,809

Kes ini menjadi peringatan bahawa keselamatan pelajar tidak bergantung kepada kehadiran guru semata-mata.

Penyeliaan yang berkesan, pemeriksaan peralatan dan kawalan aktiviti yang sesuai perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kecederaan yang boleh meninggalkan kesan sepanjang hayat.

Sumber: Yee, X. Y. (2026, July 15). Ex-student wins over RM452,000 in negligence suit against school. The Star. The Star article

Rabu, 15 Julai 2026

Balapan

 *Tanggungjawab pengadil di selekoh trek adalah seperti berikut:*


-Berada di lokasi yang telah ditetapkan sebelum acara bermula.

-Memastikan atlet berlari mengikut lorong yang ditetapkan bagi acara yang menggunakan lorong.

-Memerhati dengan teliti jika berlaku sebarang pelanggaran peraturan seperti:

*Atlet keluar atau memijak garisan lorong.

*Menghalang, menolak atau mengganggu atlet lain.

*Memotong masuk ke lorong lain sebelum garisan yang dibenarkan.

-Bagi acara lari berganti-ganti, pastikan pertukaran baton berlaku di dalam zon pertukaran yang ditetapkan.

-Catatkan dengan lengkap nombor lorong, nombor peserta, acara dan jenis kesalahan sekiranya berlaku pelanggaran peraturan.

-Laporkan segera kepada Ketua Pengadil Balapan. Pengadil tidak membuat keputusan pembatalan peserta secara sendiri.

-Pastikan kawasan tugasan sentiasa selamat dan bebas daripada sebarang gangguan.

-Kekal di tempat bertugas sehingga semua peserta selesai melepasi kawasan yang ditugaskan.

*Dalam acara balapan, halangan (obstruction/interference) berlaku apabila seseorang pelari mengganggu pergerakan pelari lain sehingga memberi kelebihan kepada dirinya atau menyebabkan kerugian kepada pelari lain.*

Antara perlakuan yang dikira sebagai halangan ialah:

- *Menolak* pelari lain dengan tangan, bahu atau badan.

- *Menghimpit* pelari sehingga pelari lain terpaksa memperlahankan larian atau keluar daripada laluan.

- *Memotong* masuk terlalu awal sehingga menyebabkan pelari lain terpaksa mengelak atau membrek.

- *Menghalang* laluan dengan sengaja ketika memotong atau selepas memotong.

- *Menyentuh* atau menarik pakaian, badan atau baton pelari lain.

- *Mengubah* haluan secara tiba-tiba sehingga mengganggu rentak atau langkah pelari lain.

-Dalam acara berganti-ganti, pelari yang telah menyerahkan baton tidak segera keluar dari laluan, lalu mengganggu pasukan lain.