Selasa, 18 Februari 2014

heran

Aku hairan dengan mahasiswa.

Diperjuangnya kebebasan akademik,
tapi culas ke kelas pengajian,
malas ke majlis-majlis ilmu,
buku-buku berhabuk atas rak,
diskusi intelek jauh sekali,
kata perjuang kebebasan suara,
tapi dalam kelas senyap sunyi membatu?

Aku hairan dengan mahasiswa.

Dilaungnya 'good governance'
tapi diri sendiri kelam kabut tanpa arah tuju,
pengurusan diri serabut sekali,
penampilan diri tak diendah,
barang sendiri berterabur,
bilik macam kandang,
soal disiplin masa usah dicerita.

Aku hairan dengan mahasiswa.

Diperjuangnya kemajuan ekonomi negara,
tapi bila orang berniaga diperlekeh,
harta awam dirosakkan,
barangan tempatan tak disokong,
orang Islam nak cipta produk sendiri jauh sekali.

Aku hairan dengan mahasiswa.

Ditentangya pembaziran harta negara separuh mati,
tapi harta awam tak pandai berjimat,
suis lampu tak ditutup bila keluar bilik,
berwudhu macam nak mandi,
kipas dibiar berpusing tanpa makhluk berdekatan,
soal jihad ekonomi jauh panggang dari api nak bicara.

Aku hairan dengan mahasiswa.

Dilawannya penipuan dan penyelewengan,
integriti dan ketelusan lancar di mulut,
tapi waktu exam menipu sakan,
assignment diplagiat,
homework tak siap, kelentong lecturer.
Belum bicara kelembapan mahasiswa urus persatuan pelajar,
bukankah itu juga korupsi dan tidak amanah?

Aku hairan dengan mahasiswa.

Diteriaknya kebajikan rakyat sampai hilang suara,
tapi rakan sebilik kebuluran lansung tak endah,
rakan sekelas ketinggalan akademik lansung tak dibantu
sahabat berpersatuan sampai tak tidur lansung tak ditolong,
program volunteerism lansung tak dipandang,
sampah sebutir tengah jalan pun tak mampu dikutip

Aku hairan dengan mahasiswa,
bukan aku perlekeh mahasiswa,
kerana aku pun mahasiswa,
dan negara perlukan mahasiswa,
seperti mana pokok perlukan air.

Nota untuk diri sendiri.
kritikan untuk muhasabah di awal semester
-tulisan helmi-(copy paste)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan