Sabtu, 8 Februari 2014

show off

BERSAMA GEMBIRA, ADANYA AIR MATA.

Scroll newsfeed yg ada, berbaloi untuk dikongsikan 2 coretan dari rakan FB. Sekurang-kurangnya, kita mengingati deraian air mata mereka-mereka yang tidak segembira kita.

"Sedih melihat ada sahabat yang bertanya tentang bagaimana nak survive dengan belanja makan RM 5.00 sehari di universiti.

Dengan kos hidup yang makin meningkat, ditambah dengan kebanyakannya bakal menanggung hutang PTPTN. Ada teman di Kulliyyah saya hanya menjadikan mi segera dan air kosong sebagai alas perut untuk sepanjang hari.

Tambah sebak, melihat gambar teman-teman yang Allah rezekikan biasiswa menyambung pengajian ke luar negara mampu melancong keliling Eropah, Turki dan segala macam syurga dunia. Seronok berbelanja di butik-butik terkemuka.

Saya fikir ada sesuatu yang tak kena. Semacam berlaku jurang kelas yang terlalu melampau.

Saya tidak berniat untuk menyalahkan teman di luar negara. Saya cuma mahu berkongsi bahawa teman sepermainan kita dahulu, ada yang terpaksa berikat perut untuk meneruskan pelajaran.

Namun begitu, saya yakin masih ada yang prihatin. Pernah seorang teman yang belajar di luar negara, bank in wang sebanyak RM 1000.00 pada saya. Katanya: "Buat beli buku yang kritis. Buku yang mampu sedarkan umat. Mampu bantu umat maju ke depan." Saya terharu, dan dari situ saya sedar masih ada bahagia untuk kita. Kita mampu sebarkan bahagia.

Buat teman yang menerima biasiswa (dalam dan luar negara) , gunakanlah nikmat itu sebaik mungkin. Ingatlah, dalam duit rezekimu itu, ada terlalu banyak kisah perit dan air mata."

***************************
"Saya terasa, mungkin kita patut berpada-pada dalam mengupload gambar di dalam facebook.

Saya sendiri, banyak tersilap juga.

Tatkala kita upload gambar tentang makanan, ada sahabat kita yang kelaparan.

Tatkala kita upload gambar pergi ke sana ke mari, ada sahabat kita yang tinggal sahaja di bilik tidak ke mana, kerana dia tidak punya wang, tidak punya tajaan seperti kita.

Tatkala kita upload surat tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan, ada sahabat kita yang berhempas pulas mencari kerja.

Dalam Quran sebut, تفاخر بينكم "Kamu saling berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk antara satu sama lain."

"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya kamu bersikap tawaduk sehingga tidak ada seorang pun menginginkan apa yang dimiliki orang lain dan tidak ada seorang pun yang berbangga dengan apa yang dimilikinya." -Riwayat Muslim dan Abu Daud dan Ibnu Majah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan