Khamis, 10 Julai 2014

Al-Kauthar

Al-Kauthar : Hadiah dari Allah buat Rasulullah 

Anas bin Malik bercerita, " suatu ketika Rasulullah s.a.w menundukan kepalanya sekejap kemudian mengangkat kepalanya semula sambil tersenyum. Ada sahabat yang bertanya kepada baginda; 'mengapa engkau tertawa?' lalu Rasulullah menjawab 'baru sebentar tadi diturunkan kepadaku satu surah. Surah Al-kauthar' lalu baginda membaca surah tersebut hingga selesai. Kemdian baginda bertanya: 'adakah kamu mengetahui apa dia al-kauthar?' para sahabat menjawab 'Allah & Rasul-Nya lebih mengetahui'. Baginda berkata: 'al-Kauthar adalah sebatang sungai yang Allah Azza Wa Jalla berikan kepadaku di dalam syurga. Padanya terdapat kebaikan yang sangat banyak. Pada hari kiamat kelak, umatku akan minum daripadanya. Jumlah gelasnya seperti bintang-bintang'."
(Riwayat Imam Ahmad)
Surah ini sangat pendek. Ia terdiri daripada tiga ayat, 10 kalimah dan 42 huruf sahaja. Membacanya pula tidak sampai seminit. Dalam masa sesingat itu, Allah s.w.t akan berikan 420 pahala kebaikan kepada sesiapa yang membacanya. Ini kerana setiap huruf yang dibaca, Allah berikan 10 pahala kebaikan.
sabda Rasulullah s.a.w, "barang siapa membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan digandakan menjadi sepuluh kali ganda."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan