Rabu, 8 September 2021

Contoh repot covid

 *_CONTOH DRAF LAPORAN POLIS, sekarang tugas kita pula sebagai individu untuk bantu bertindak buat laporan_*

 Tuan/Puan,

*PENOLAKAN MUKTAMAD VAKSINASI COVID 19 SERTA TUNTUTAN HAK ASASI SESUAI DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA*

Saya, _ (No.K/P: ) dengan ini menolak kesemua jenis suntikan dan vaksin Covid-19 untuk diri saya.

 2. Berikut merupakan sebab-sebab mengapa saya tidak mahu divaksin COVID-19:

 2.1 Sepertimana yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bahagian atas sisipan vaksin bagi 'Risalah Maklumat Ubat Untuk Pengguna', vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia ketika ini jelas menyatakan “PRODUK INI TELAH DILULUSKAN MENURUT GARIS PANDUAN PENDAFTARAN BERSYARAT UNTUK PRODUK FARMASEUTIKAL SEMASA BENCANA DI MALAYSIA. PEMBERIAN PRODUK INI ADALAH BERDASARKAN PILIHAN INDIVIDU SEMATA-MATA." Justeru sebagai warganegara, saya mempunyai hak terlindung di sisi perlembagaan. Saya berhak untuk menerima atau menolak sebarang jenis ubat yang dimasukkan ke dalam badan saya sesuai dengan hak kebebasan/perlindungan kehidupan diri dan keluarga di bawah Perlembagaan menurut Bahagian IV Kanun Keseksaan daripada semua dari semua bentuk perbuatan pengganas menurut seksyen 130B (2)(3) dan 212/221; serta kesalahan material BabVIB, IX, XI, dan XVI Kanun Keseksaan, Perkara 4(1), 150, 126,dan 183 Perlembagaan serta torts/Nuremberg Code/UN etc.

 

2.2 Selain itu, vaksin COVID-19 dihasilkan kurang dari setahun dalam pembangunan ujian keselamatan ke atas manusia. Vaksin COVID-19 tidak mematuhi piawai keselamatan yang memerlukan pemerhatian (pengawasan) dan kajian sekurang-kurangnya lima (5) tahun. Kesan sampingan tidak muncul dalam jangka masa singkat setelah disuntik, ia memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

 2.3 Di borang penerimaan suntikan vaksin COVID-19 juga jelas menyatakan bahawa saya menanggung apa jua kesan selepas vaksinasi, sedangkan pembuat vaksin, pengedar, doktor mahupun kerajaan sendiri terlepas dari menanggung liabiliti atas produk yang telah disyorkan.

 2.4 Berikut senarai menunjukkan dokumen vaksin COVID-19 di Malaysia masih di fasa kajian. Dan kerana ini saya tidak mahu merisikokan kesihatan saya dalam masa panjang atau pendek.

 Pfizer (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04368728):

Estimated Primary Completion Date : November 2, 2021

Estimated Study Completion Date : May 2, 2023

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04368728

 Moderna (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04470427):

Estimated Primary Completion Date : October 27, 2022

Estimated Study Completion Date : October 27, 2022

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04470427

 Astrazeneca (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04516746):

Actual Primary Completion Date : March 5, 2021

Estimated Study Completion Date : February 14, 2023

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04516746

 Sinovac's (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04456595):

Actual Primary Completion Date : December 17, 2020

Estimated Study Completion Date : February 2022

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04456595

 CanSino

Estimated Primary Completion Date : December 30, 2021

Estimated Study Completion Date : January 30, 2022

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04526990

 3. Saya menegaskan bahawa saya maklum manfaat dan kebaikan vaksin. Saya juga maklum dengan kesan sampingan dengan meneliti sisipan vaksin yang telah dikeluarkan NPRA. Justeru saya memohon keputusan tidak mengambil vaksin ini dihormati sesuai dgn hak saya mengikut perlembagaan prinsip keagamaan, tradisi dan hak asasi tubuh/kehidupan saya serta rakyat oleh Tuhan/Rukunegaradi bawah Bahagian III Perlembagaan dan Undang-undang Kecemasan Perkara 150(6A)[Seksyen 130B (3) (1) Kanun Keseksaan],11(5), 3(1), dan 4(1) Perlembagaan.

 4. Saya juga ingin menegaskan, saya tidak berminat mendengar atau menghadiri sebarang sesi soaljawab, penerangan, dan kaunseling berkenaan suntikan/vaksinasi Covid-19.

 clinicaltrials.gov

Study to Describe the Safety, Tolerability, Immunogenicity, and Efficacy of RNA Vaccine Candidates Against COVID-19 in Healthy Individuals - Full Text View - ClinicalTrials.gov

 Study to Describe the Safety, Tolerability, Immunogenicity, and Efficacy of RNA Vaccine Candidates Against COVID-19 in Healthy Individuals - Full Text View.

 12:05

MD

Pujukan, desakan, persoalan dan gangguan dalam sebarang bentuk termasuk panggilan telefon, mesej pesanan ringkas, whatsapp, lawatan ke rumah, desakan ketua jabatan atau premis kesihatan dan sebagainya adalah tidak akan dilayan. Jika ia tetap berlaku dan menjejaskan emosi, psikologi dan mental, saya sekali tidak akan teragak-agak membuat laporan dan aduan kepada pihak berwajib termasuk pihak berkuasa dan Biro Pengaduan Awam (SISPAA).

 5. Sehubungan dengan itu juga, saya dengan sekeras-kerasnya meminta pihak berkuasa serta pihak kerajaan untuk menarik balik peraturan-peraturan ‘doublestandard’ yang di kenakan hampir di semua tempat kepada saya dan juga kepada rakyat Malaysia yang menolak untuk di vaksin kerana ia jelas telah melanggar hak-hak asasi mengikut yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

 6. Selain itu, laporan ini di buat atas kehendak sendiri dan tiada hasutan dari mana-mana pihak serta segala maklumat penolakan saya ini adalah sebahagian daripada maklumat peribadi saya dan tidak boleh sewenang-wenangnya dikongsi dan dihebahkan kepada mereka yang tidak berkenaan dengan apa tujuan sekalipun terutamanya untuk dipandang serong atau diaibkan. Sekiranya saya dapati ini berlaku, sekali lagi saya akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang tersedia.

 7. Dengan laporan ini, saya membantah segala jenis paksaan dan apa jua Pengaruh Tidak Wajar (Undue Influence) untuk vaksinasi covid-19, termasuk bantahan terhadap sebarang bentuk DISKRIMINASI “Medical Apartheid” yang telah berlaku terhadap diri saya dan pada mana-mana masyarakat dalam negara ini.

Sekian laporan saya, terima kasih.

 

_____

Nama : DR. AAAA

No. i/c: 88888888

Tiada ulasan:

Catat Ulasan