Jumaat, 3 September 2021

Pendidikan

 *PERJUMPAAN LIBAT URUS YBMK PENDIDIKAN*


(Dr Radzi Jidin)

Pembukaan sekolah mengambilkira PPN :


1. Sekiranya sekolah dibuka 3hb Okt, tiada sesi persekolahan di negeri fasa 1. 


2. Negeri fasa 2, kelas yg akan hadir murid Tingkatan 6 sem 2. 


3. Negeri fasa 3, buka sekolah utk murid Tingkatan 5 dan 6 shj. 


4. Negeri fasa 4, 2 minggu pertama buka utk Ting 5 dan 6. Kemudian 2 minggu berikutnya buka utk Tingkatan 1-4, dan sekolah rendah. 


5. Kapasiti sekolah hanya 50%. Cnth, dlm kelas 5A dibahagi 2. (5A1 dtg sekolah, 5A2 buat PdPR). Seblm ni wlaupun ada SOP yg bagus tp berlaku kesesakan sewaktu datang dan pulang sekolah. 


6. Pendekatan ini akan terus dipantau. Keselamatan murid diberi keutamaan. 


7. Keadaan dlm bilik darjah : Pengudaraan adalah penting. Langsir disimpan, pelitup muka diwajibkan sepanjang masa kpd murid dn guru. Penyuraian murid secara berperingkat. SOP lain akan kekal. 


8. Asrama akan dibuka utk negeri fasa 3, murid akan guna test kid dibekalkan KPM. 


9. Pembukaan sekolah telah dibincang teliti dgn MKN dan KKM. 


10. Takwim akademik : Murid akan kekal dlm kelas hingga Februari 2022. Mac 2022 baru murid naik kelas. Mungkin sesi 2022 akan di ganjak sedikit. Murid Thn 1 2022 masuk bulan Mac. 


11. Uniform sekolah boleh pakai pakaian yg sopan jika tiada uniform sekolah. Jgn bebankan ibu bapa, rambut pnjng sikit tu buat2 xnampak. Yg penting mereka hadir ke sekolah


12. Kehadiran murid tidak diberi penekanan ttp perlu ambil tahu mengapa murid itu xhadir. KPM nk tengok trend dan punca murid xhadir. 


13. Bagi tahu ibu bapa jika jd kontak rapat Covid-19, jgn benarkan anak dtng ke sekolah. Test kit akan dibekal ke sekolah. Murid dn guru boleh test sekiranya bergejala. 


14. Vaksin guru dan AKP dh lebih 80%. Program disusun begitu rapi. Guru yg tidak divaksin tidak dibenarkn mengajar murid bersemuka. Tetapi mereka tetap perlu hadir ke sekolah. KPM dan JPA sedang teliti tindakan yg sesuai diambil kpd 2500 guru yg pilih utk xdivaksinkn. Menteri mohon tindakan perlu disegerakan. 


15. Pekerja kantin, pkk, cleaner xboleh bekerja di sekolah jika xvaksin. 


16. Vaksin utk murid. KPM dh mohon supaya murid Ting 5 dan 6 diberi suntikan vaksin. Murid umur 12 thn boleh divaksin jika dibenarkan KKM, namun tertakluk kpd bekalan vaksin.


17. Sekiranya berlaku kes positif Covid-19 di sekolah, maka perlu ditutup selama 2 hr. GB bincang dgn PKD ttg penutupan sekolsh. Ikut keputusan PKD selanjutnya. Dlm era endemik KPM akan lihat bgaaimana utk menangani keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya. 


18. Isu Peranti dan data : Sekiranya peranti dh cukup hanya perlu data kpd pelajar. Telco dh byk membantu kerajaan. KPM mempunyai kekangan kewangan, tumpu belanja kpd hal yg lebih penting. Cdgn Internet akan dipasang di 

sekolah ttp keadaan belum mengizinkan. Kaedah flip classroom boleh digunakan apabila mengajar bersemuka. 


19. Kos penyediaan modul tinggi : Peruntukan jika diizinkan akan di masukkan kedlm akaun PIBG. 


20. Jika kelas 20 murid shj tetap perlu digilirkan sebab pendekatannya kehadiran murid hanya 50%. SKM boleh operasi seperti biasa (150 murid kebawah). Pendidikan khas mohon tidak digilirkan sebab murid xramai. 


21. Pendapatan sekolah : Sewa kantin dan kedai buku sekolah xdikutip. Pendapatan sekolah berkurang. Buat masa ni keputusan dikekalkan. KPM akan terus melihat bantuan yg boleh diberikan kpd sekolah


22. Amali sains akan diteruskan


23. Kegiatan luar bilik darjah : Buat masa ni fokus kpd akademik dahulu. Atlet boleh buat late starter.


24. Olah kembali peraturan disiplin 1959. Peraturan yg dh lama akan dilihat dn diteliti semula. Pengudaraan kipas perlu ditambah. Design br sekolah akan diberi perhatian. Tentang infrastruktur sekolah, penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat


*Kesimpulan*:

- Cuti guru hujung thn xakan diganggu. 

- Mohon jasa baik bila KPM umum pembukaan sekolah berilah sokongan. 

- PGB dan semua guru berilah kepercayaan kpd KPM. 

- PGB, guru dan ibu bapa perlu sentiasa patuhi SOP. 

- Sekolah akan dibuka seperti dijadualkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan